TOK AWANG NGAH - SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN
044. GODAAN HANTU RIMBA
Dekat sempadan negeri Kelantan, tidak jauh juga dari pekan
Munduk di mana kaki judi sabung ayam membawa ayam jaguhnya ke gelanggang
sabungan, ada terdapat sebuah kampung bernama Kampung Lalang.
Penghuni Kampung Lalang ini asalnya adalah orang Melayu
sebelah Kelantan. Tapi mereka menyeberang sempadan dan meneroka di sana hingga
mereka jadi rakyat Thai. Kebanyakan orang tua-tua di kampung ini tidak pandai
cakap Thai.
Di kampung inilah terdapat seorang anak muda yang bernama
Ismail yang ketika itu berusia 22 tahun.
Setelah enam bulan Ismail berkahwin dengan sepupunya bernama
Salamah, ayahnya meninggal dunia. Jadi tanah yang diteroka oleh ayahnya,
terpaksalah diteruskan oleh Ismail bersendirian. Kalau dulu dia hanyalah
pembantu ayahnya meneroka tanah bukit untuk dijadikan kebun getah, kini dialah
sendirian meneroka.
Kadangkala berminggu-minggu Ismail hidup dalam hutan di
sebuah bangsal yang diperbuat dari kayu-kayu bulat dan beberapa kulit kayu.
Bila malam, unggun api sentiasa dinyalakan menghambat nyamuk pembawa kuman
malaria.
Tapi minggu pertama sendirian di hutan belukar yang mula
ditebang tebas itu, Ismail merasa sesuatu yang menyeramkan. Bau bunga melur
semerbak. Menyucuk-nyucuk hidungnya. Sedangkan dia tahu tak ada sepohon pun
pohon bunga melur disekitar itu.
Bau itu boleh dikatakan berterusan. Walaupun Ismail rasa
gentar juga, namun dia tidak boleh bersifat pengecut. Dia teringat kata-kata
arwah ayahnya, hidup ini meniti maut. Sesiapa yang tak sanggup berdepan dengan
maut, akan mati sebelum ajal.
Dicapai kelewangnya, lalu dia turun mengintai kalau ada
apa-apa. Lagipun dia selalu mengendap kalau-kalau ada binatang buas di sekitar
bangsalnya itu. Ismail tidak pasti apa-apa. Malah tidak ada sesuatu pun yang
menjelma.
Ketika Ismail pulang setelah dua minggu di hutan
terokaannya, dia tidak menceritakan hal ganjil itu kepada sesiapa.
Seperti biasa, apabila genap seminggu di rumah, Ismail
datang lagi ke tempat tanah penerokaannya. Kali ini bulan cerah. Dan Ismail
sangat senang kalau bulan cerah begitu.
Suatu hari, ketika malam sambil meninjau kalau-kalau ada
binatang buas, dia ternampak nun di kejauhan lembaga manusia sedang berdiri di
situ. Ismail tak syak lagi bahawa lembaga itu adalah hantu. Namun Ismail yang
cuba memberanikan diri melangkah mendekati lembaga itu. Ismail melihat wanita
itu paling cantik. Dan rasanya tak gadis secantik itu. Dia memakai pakaian
jarang yang agak-agak Ismail dibuat dari sutera.
Dari sinat bulan itu, jelas kelihatan bentuk badannya yang
indah bagai patung ukiran. Kepala wanita itu seperti mendongak bulan. Rambutnya
mengerbang panjang. Wanita itu tidak bergeraj-gerak.
Kemudian setelah lembaga itu berdiri sambil mendongak bulan
tidak bergerak-gerak, lalu kemuudian dia berpaling ke arah Ismail yang sedang
mengintainya. Kemudian lembaga itu melangkah pergi ke hujung sana memasuki
hutan yang belum diteroka.
Setiap malam lembaga itu ke tempat biasa sambil berdiri
tidak bergerak-gerak seperti berdoa. Kemudian melangkah pergi.
Ismail semacam sudah lupa daratan, walaupun dia tahu makhluk
itu bukan manusia, namun dia semacam gila bayang terhadap makhluk jelita itu.
Ketika sedang baring menunggu lelap, dia berfikir untuk
mengikut jejak makhluk jelita itu. Supaya dia tahu dimana makhluk jelita itu
tinggal. Ismail terfikir juga, mungkin jika dia mengikuti jejak makhluk itu,
dia akan tersesat nanti dan akan mati di hutan dicekah beruang atau harimau.
Tapi sifat ingin tahu
dan tidak mahu mengalah pada ketakutan, menyebabkan Ismail cuba juga
mencari helah. Dia merancang untuk membawa seberkas kayu kecil menanda. Dia
akan cicirkan seputung kayu itu dalam kira-kira empat lima depa mengikut jejak
wanita itu.
Memang betul-betul tekad itu ditunaikan keesokan malamnya.
Dia ragu-ragu apakah wanita itu hantu atau manusia penghuni hutan. Wanita itu
berjalan melalui hutan seperti wanita biasa. Dia tidak menghilangkan diri.
Tapi alangkah terkejutnya, ketika dia mengikuti jejal wanita
itu hingga 50 depa, dia menemui sebuah rumah yang cantik. Rumah itu dicahayakan
oleh sinar lilin aneka warna. Di hadapannya ada sebuah kolam yamg juga
dikelilingi nyalaan lilin.
Ismail mengintai kalau-kalau ada orang lain selain dari
wanita yang diekorinya itu. Ternyata tida ada sesiapapun, kecuali wanita itu
seorang saja. Ketika melihat wanita itu meluluhkan pakaiannya kemudian turun ke
kolam itu, dia bagaikan putus nafas menahan keghairahannya melihat tubuh itu
tanpa pakaian.
Kewarasanya bagai terbenam dalam kegahirahan. Ismail seperti
tidak bileh berfikir sepertimana dia lakukan di bangsal semalam. Dia tidak
dapat berfikir lagi bahawa lembaga itu hantuatau bunian yang menggodanya. Kini
dia berada dalam kemabukan nafsu bergelojak.
Ismail menunggu hingga wanita itu selesai mandi dan
melangkah memasuki rumahnya Kemudian Ismail melangkah berhati-hati mengikuti
wanita itu.
Pintu tidak berkunci dari dalam. Dia memasuki rumah penuh
cahaya lilin, Dilihatnya sekitarnya tidak ada hiasan apa-apa. Rumah itu
berdinding putih seluruhnya,seperti batu dinding. Dan alangkah terkejutnya dia,
ketika didapati dirinya berhadapan dengan wanita itu. Sepasang matanya
bening.Mulutnya menguntum senyum.
Kemudian wanita itu berpaling lagi, lalu melangkah menuju
sebuah bilik khas. Ismail tidak lagi dapat menahan nafsunya. Ditariknya wanita
itu ke dadanya dan ketika berlaga mata dengan wanita itu smail melihat mata itu
seperti membenarkan apa yang dilakukannya.
Nafsu Ismail bernyala semakin marak. Dia tidak lagi dapat
mempertimbangkan padahnya. Ismail bercengkerama dengan wanita itu hinga
keletihan dan tertidur. Keesokkannya Ismail mendapati dirinya berada di tepi
humanya, tidak jauh dari bangsalnya. Dia bingkas dari baringnya dan fikirannya
masih mengenangi peristiwa malam tadi.
Setelah 2 minggu dihumanya, Ismail pulang lagi. Tapi dia
mendapati sesuatu yang pelik pada dirinya. Ismail tidak berupaya bergaul dengan
Isterinya sebagai suami isteri. Kelakiannya hilang.Dia seperti tidak ada nafsu
langsung. Pulang kali pertama isterinya Salamah tidak begitu perasan. Tapi dua
tiga kali suaminya tidak bergaul dengannnya sebagi suami isteri, mulailah
datang rasa syak dan wasangka di hati Salamah.
Mengapa tiba-tiba suaminya tumpul kelakiannya. Apakah yang
telah berlaku. Mengapakah suaminya jadi begini? Mengapakah Ismail yang gagah
sebagai seorang suami dulu, kini tidak berdaya untuk memuaskan isterinya.
Itulah persoalan yang bermain dalam kepala Salamah. Berbulan-bulan lamanya dia
tidak lagi mengecapi kenikmatan sebagai seorang isteri. Tak hairan kalau
Salamah mulai kelihatan murung dan termenung.
Akhirnya atas desakan ibunya, Salamah terpaksa juga
berterus-terang bagaimana hubungannya dengan Ismail akir-akhir ini.
Masaalah hilang kelakian yang dihinggapi Ismail kini jadi
masaalah keluarga. Mertua Ismail berbincang dengan ibu Ismail apakah tindakan
yang harus diambil. Baik mertua Ismail maupun orang tuanya sendiri, syak Ismail
kena “keteguran” sewaktu berhuma. Perkara begini sering terjadi.
Apa yang menghariankan tiba-tiba, apabila pulang dari huma
terus tidak bercakap, jadi bisu. Sehingga terpaksa dipanggil bomoh atau dukun.
Memang meneroka hutan, membuat huma, bukan saja bermusuh dengan berbagai
penunggu dan makhluk halus.
Ismail kelihatan tidak sakit. Tubuhnya segar bugar. Bila
pulang dari huma, Ismail seperti gelisah. Dia tak sabar untuk ke huma semula.
Baik Salamah, orang tua Salamah dan juga ibu Ismail cuba menahan Ismail supaya
tidak ke huma buat sementara waktu. Mereka mahu berikhtiar, menelek pada bomoh
apa yang terjadi
Tapi Ismail bersifat keras kepala itu tidak mahu
ditahan-tahan. “Banyak kerja di huma” katanya. Pokok-pokok hutan yang
ditebang-tebas belum dibersih. Kalau sudah dibersih, hendak dibakar lagi.
Dan Ismail pulang juga ke huma. Pulang juga ke bukit. Tidak
tertanggung meninggal gadis rimba itu., walaupun selama perhubungan sulit yang
misteri, tidak sepatah pun wanita itu berkata-kata. Ismail seperti berkasih
dengan perempuan bisu yang tidak tahu menuturkan kata.
Tidak ada yang difikirkan oleh Ismail kini, kecuali
bercengkerama dengan wanita aneh itu. Tarikan isterinya tidak ada sedikit hama
pun pada pandangan Ismail sekarang, jika dibandingkan dengan wanita di rimba
itu. Berkali-kali sudah Ismail pulang dari huma, Salamah hampa juga sebagai
seorang isteri untuk mendapatkan haknya untuk meneguk kenikmatan sebagai
seorang isteri.
Malah sepulangnya Ismail dari bukit itu, mereka suami isteri bertengkar.
Hinggalah terlucut kata-kata “ aku tak suka kau lagi. Kalau kau tak mahu jadi
isteri, minta saja cerai.”
Salamah jadi kerakutan . Bagaimana kalau Ismail
bersungguh-sungguh mencerainya ? Bagaimana kalau terlucut perkataan ‘talak
tiga’?
Pertengkaran itu lebih membimbangkan keluarga. Keadaan
Ismail rupanya sudah lebih parah. Perlu diikhtiarkan segera. Kalau tidak, rumah
tangga yang direstui keluarga itu akan binasa.
Setelah mengetahui ada bomoh di kampung Cenak, ayah Salamah,
Pak Muin segera ke sana menjemput bomoh yang dikatakan terkenal boleh
menyelesaikan berbagai penyakit aneh.
Seminggu kemudian barulah bomoh itu datang. Setelah
diasapkan kemenyan, dan dibacakannya mentera jampi sambil memejamkan matanya,
tubuh bomoh itu gementar seperti tiba-tiba diserang demam malaria.
Dan setelah tubuhnya menhgigil kira-kira sepuluh minit,
bomoh itu ketawa, “Yaaa, sekarang kau dah datang. Cakap asal usulmu !”
“Aku penunggu bukit Bebal,” kedengar suara perempuan dari
bomoh itu sendiri.
“Kenapakah kau merampas suami orang ? Kau pecahkan
rumahtagga orang. Kau sakitkan hati perempuan lain ?” tanya bomoh itu lagi.
Kedengaran lagi suara perempuan yang terbit dari bibir bomoh
itu, “Ismail yang datang ke tempatku dan menjadikan aku isterinya.”
“Sekarang aku perintahkan kau serahkan Ismail padaku,”
perintah bomoh itu. Badannya mengigil lebih hebat lagi. Sehinggalah rumah itu
seperti bergegar sama.
“Tidak ! Dia telah menjadi kepunyaanku. Tak siapa pun boleh
mengambilnya. Tak ada siapa boleh perintah aku. Sekarang aku akan balik,”
begitulah bunyi kata-kata penunggu bukit itu melalui bibir bomoh itu.
Salamah, Pak Muin dan isterinya serta ibi Ismail saling
pandang memandang antara satu dengan lain. Wajah mereka kelihatan risau.
Sekejap kemudian bomoh itu pun sedar. Bomoh itu menyapu
mukanya dengan kedua belah tangan. Kemudian dia mengeluh dan mengelengkan
kepala.
“Pada pandangan saya, memang susah untuk memulihkan Ismail.
Kalau sekiranya dihalau penunggu itu, Ismail akan terus dengan penyakitnya
sekarang. Saya tidak berjaya menyuruhnya menyerah Ismail balik”
Bomoh itu hanya mengambil wang untuk tambang pergi balik
saja, sebab katanya dia tidak boleh mengambil pengeras sebab ushanya tidak
berjaya.
Pak Muin tidak mahu putus harapan. Dicarinya bomoh lain.
Bersama bomoh itu, Pak Muin pergi ke huma Ismail kemudian adakan upacara
menghalau hantu dan memberikan perlindungan kepada Ismail supaya tidak didekati
oleh gadis penunggu bukit itu lagi.
Rupanya usaha itu menyebabkan berlakunya tragedi. Ismail
lebih murung selepas upacara menghalau wanita misteri penunggu bukit itu.
Dan suatu hari dia mendengar ada suara memanggilnya. Tidak
ada sesiapa pun di rumah waktu itu. Ismail mencari arah suara itu. Kemudian
melangkah turun dari rumah.
Orang nampak Ismail berjalan seperti biasa saja. Tapi Ismail
sebenarnya mengikut panggilan suara itu. Dia menuju hutan. Kemudian meredah
hutan dan terus Ismail hilang.
Ketika orang-orang kampung mencarinya bertemulah dengan
cebisan pakaian Ismail. Terdapat kesan darah. Ismail sudah dicekik harimau.
“Kata bomoh dari Cenak yang mula-mula cuba mengubat Ismail,
sepatutnya Ismail dibiarkan begitu hingga penunggu itu mulai bosan dengan
Ismail dan melepaskannya. Kalau sekirnya dipisahkan secara paksa akibatnya
memanglah menyedihkan. Pak Cik tak tahu hal ini. Tapi apa boleh buat, sudah
ditakdirkan begitu, ” begitulah kata Pak Muin, mentua Ismail.
TAMAT
No comments:
Post a Comment