51. Rahsia Seorang Sahabat
Tiba-tiba
saya tersedak. Mata dan hidung terus berair. Dan sepasang mata datuk tertumpu
ke wajah saya. Renungannya begitu tajam. Tangan kanan saya yang memegang cawan
teh terus menggeletar. Perlahan-lahan cawan itu saya letakkan kembali ke tempat
asalnya (dalam talam kecil). Mahyuddin terus menepuk belakang saya
perlahan-lahan, kemudian dia mengurut-ngurut dua tiga kali di bahagian tengah
tulang belakang. Perjalanan nafas terasa normal kembali.
"Tak apa, tersedak tengah minum, menurut kata orang tua-tua, ada orang yang menyebut nama kamu Tamar”, ujar Mahyuddin.
"Itu tandanya, minum tak menyebut kalimah Allah, cuba baca Bismillah tadi, tentu tidak begitu jadinya”, sahut datuk.
Saya segera berpaling ke arahnya. Saya menggigit bibir, renungan datuk tidak lagi setajam tadi. Tetapi, saya tahu datuk begitu kesal dengan sikap yang telah saya lakukan itu.
"Dia tak sengaja, usahlah dikesalkan”, Mahyuddin bersuara.
"Saya tahu, kalau dari sekarang tidak ditegur nanti perbuatan itu diulang lagi. Malu kita bila disebut orang membela cucu yang tak tahu adat dan tak senonoh”, jawab datuk.
"Sudahlah, masih boleh dibetulkan”, balas Mahyuddin sambil tersenyum pada datuk.
Dari tingkap yang terdedah, saya dapat melihat awan petang yang berarak perlahan-lahan arah ke selatan, sesekali ternampak burung gagak terbang rendah mencari ulat di daun pisang nangka dan embun. Kerana datuk tidak menjamah pisang goreng dan air teh, Mahyuddin terpaksa membawa barang-barang itu ke dapur. Datuk sandarkan badan pada dinding rumah. Dahinya kelihatan berkedut macam memikirkan sesuatu, saya masih lagi melihat gumpalan awan serta burung gagak yang terbang bebas di luar.
"Kalau mengantuk bawa baring dulu”, kata Mahyuddin pada datuk.
Saya bagaikan terkejut dan merasa hairan, bila masanya Mahyuddin melintas di hadapan saya dari ruang dapur menuju ke ruang tengah. Berdasarkan pada tempat yang saya duduk itu, sesiapa saja yang mahu pergi ke dapur atau dari dapur mahu ke ruang tengah mesti melintas di hadapan saya. Ah, ini memang perkara pelik, macam mana saya tak boleh sedar langsung Mahyuddin melintas. Agaknya, dia mahu menguji kepandaian datuk lagi. Memanglah manusia Mahyuddin ini tidak boleh dipercayai. Semua persoalan itu bermain-main dalam kepala saya. Rasa curiga berbunga kembali dalam hati. Datuk harus diberitahu tentang hal ini, biar datuk bertindak segera, kalau lambat bertindak nanti celaka menimpa diri.
"Apa yang kau fikir Tamar?", tanya datuk dengan mendadak.
"Mahyuddin tuk”, kata saya semacam berbisik.
Datuk tersenyum sambil menepuk bahu kiri saya berkali-kali. Datuk kembali duduk di tempat asalnya. Sesungguhnya saya tidak sedar masa bila datuk merapati saya. Mahyuddin yang duduk berhadapan dengan datuk, tersenyum ke arah saya. Dia bagaikan tahu apa yang tersirat dalam dada saya.
"Cucu awak memang pemerhati orangnya”, kata Mahyuddin pada datuk.
"Betul kah cakap awak ni?"
"Saya bercakap setelah melihat, tadi sengaja saya menghilangkan diri di hadapannya ketika dia termenung panjang, rupa-rupanya dia sedar, malah langkah saya ke dapur dikiranya”, tambah Mahyuddin lagi.
Datuk tarik nafas panjang. Begitulah perangai datuk, dia semacam tidak senang bila ada orang memuji saya secara . berhadapan. Saya garu pangkal dagu beberapa kali, kembang juga rasa hati bila menerima pujian begitu. Mahyuddin memperkemaskan silanya. Datuk pula sandarkan badan ke dinding. Mereka sekarang berada dalam keadaan yang cukup selesa. Angin petang yang masuk ikut jendela memberikan rasa segar pada mereka. Barangkali, datuk dan Mahyuddin senang berada dalam keadaan demikian. Bagi diri saya tidak pula begitu, saya rasa jemu duduk dalam rumah tanpa melakukan sesuatu.
"Apa hajat sebenar awak menjemput saya ke mari. Cakaplah, kalau boleh saya tolong, tetap saya tolong, kalau tak boleh saya menolak”, senang hati saya bila datuk bersuara demikian.
Datuk mahu menyelesaikan masalahnya dengan segera dan dengan segera pula dia mahu meninggalkan rumah Mahyuddin. Saya lihat Mahyuddin mengerutkan dahi luasnya, lama benar dia termenung. Dia seperti berada dalam keadaan serba salah. Tiba-tiba Mahyuddin bangun dan menuju ke tingkap. Berdiri di situ dengan membelakangi datuk. Mahyuddin merenung ke arah pokok-pokok yang tumbuh subur di lereng sebuah bukit yang tidak jauh dari rumahnya.
Melihat bentuk tubuh Mahyuddin dari belakang, memang menarik serta menampakkan ciri-ciri seorang pahlawan. Bidang belakangnya lebar, kedua belah pangkal lengannya kelihatan tegap. Cukup sajak dia berdiri, kena pula dengan tubuhnya yang tinggi.
"Aku telah berjanji dengan diri sendiri, engkau adalah satu-satunya sahabat ku dunia akhirat”, Mahyuddin pusingkan badan merenung wajah datuk.
"Jadi apa yang engkau mahu aku lakukan untuk menguatkan persahabatan tu Mahyuddin?"
"Apa yang ada pada saya, mahu saya nyatakan pada awak."
"Jangan bergurau kawan."
"Saya tidak bergurau tentang sesuatu yang benar."
Datuk terdiam mendengar kata-kata Mahyuddin i tu. Dengan lemah Mahyuddin melangkah merapati datuk. Mereka duduk berhadapan. Mahyuddin letakkan tangan kanannya atas kepala lutut datuk dengan tenang.
"Ada rahsia yang mahu saya tanyakan pada sahabat”, bisik Mahyuddin.
"Silakan”, datuk tersenyum. Bahu Mahyuddin ditepuknya dua tiga kali. Mereka berbalas senyum. Anehnya, Mahyuddin tidak terus mengajukan pertanyaan pada datuk. Ada keraguan yang terpamer di wajah Mahyuddin.
"Tanyalah apa yang mahu kau tanyakan pada ku, apa rahsia yang mahu kau katakan pada ku Mahyuddin?"
"Sahabat juga membela harimau seperti saya."
"Tidak."
Muka Mahyuddin jadi pucat, bila dia mendengar datuk menyebut perkataan 'tidak' dengan serta merta dia menekup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Dahi Mahyuddin kelihatan berkerut. Saya kira Mahyuddin merasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya. Dia bimbang dengan tindak tanduknya itu, perasaan datuk akan terguris.
"Maafkan saya”, Mahyuddin tersipu-sipu.
"Tak apa, setiap orang berhak bertanya dan menyoal, perbuatan kamu tidak salah."
"Tapi, boleh melukakan perasaan orang."
"Tidak,kerana aku sememangnya tidak membela harimau, cuma ada orang yang berpendapat aku membelanya”, datuk membuka rahsia diri.
Mahyuddin anggukkan kepala. Saya mula resah tidak menentu, memang bosan duduk dalam rumah yang pergerakannya serba terbatas. Saya sandarkan badan ke dinding dan kedua belah kaki saya luruskan. Dan sepasang mata saya kembali tertumpu pada awan serta dedaun yang dapat saya lihat dari jendela yang terdedah.
"Pelik juga, orang yang tidak tahu tentang harimau dapat menguasai harimau”, rungut Mahyuddin sambil matanya merenung pangkal dagu datuk.
Kemudian Mahyuddin minta izin dari datuk untuk melihat garis-garis di pergelangan tangan kiri datuk. Permintaan itu tidak dihampakan. Setiap bulu roma dan kedut kulit lengan datuk ditatap oleh Mahyuddin dengan teliti, sesekali dia menggosok lengan datuk dengan telapak tangannya perlahan-lahan macam mencari atau merasa sesuatu.
"Berdasarkan rabaan dan gerak urat-urat sendi awak, memanglah awak tidak memelihara harimau, awak berterus terang dengan saya”, Mahyuddin berhenti meraba pergelangan tangan datuk.
Dia termenung sejenak. Kulit dahinya kelihatan berlapis dan kedua belah kelopak matanya kelihatan kian mengecil melindungi sepasang anak matanya yang tajam. Tiba-tiba Mahyuddin melepaskan sebuah keluhan. Belakangnya bertemu dengan papan dinding. Keningnya masih juga berkerut.
"Awak memang tidak ada hubungan dengan harimau tetapi ... "
"Teruskan Mahyuddin”, desak datuk.
"Waktu saya mengejar awak dalam hutan, saya selalu di pintas dan disergah oleh harimau, mujurlah saya berjaya mengunci geraknya, kalau tidak mati saya."
"Biasanya harimau yang mengikut saya tidak mengacau atau membinasakan sesiapa kecuali dirinya dicederakan"
"Begitulah, antara kita berdua ada perbezaan dalam menguasai dunia binatang."
"Aku tidak menguasai binatang”, kata datuk dengan nada suara yang agak tinggi, seolah-olah menafikan tanggapan yang dibuat oleh Mahyuddin itu.
Cepat –cepat Mahyuddin tepuk bahu datuk. Mereka berbalas senyum. Saya terkejut bila Mahyuddin kenyitkan matanya pada saya. Dengan itu, fahamlah saya yang Mahyuddin sekadar mahu mengusik datuk.
"Saya fikir eloklah kita keluar dari rumah ni, duduk berehat di belakang rumah pula." Mahyuddin mengeluarkan cadangan.
Sayangnya cadangan itu ditolak oleh datuk dengan alasan, kalau dia berada di tepi hutan kecil di belakang rumah, harimau yang selama ini mengikuti dirinya akan muncul!.
"Biarkan si Tamar saja yang keluar untuk bermain”, kata datuk. Saya gembira mendengar perintah itu. Tanpa membuang masa, saya terus melompat ikut pintu, dalam beberapa saat saja sudah berada di tanah. Bila berada di tanah saya jadi bodoh, saya tidak tahu dengan siapa saya mesti berkawan. Saya renung ke hulu hilir silih berganti. Akhirnya, saya duduk di bawah pohon mempelam. Dalam keadaan matahari yang kian mengecil di dada langit, saya tercium bau yang am at wangi, beberapa ekor ayam hutan, entah dari mana datangnya muncul di bawah rumah.
Saya naik ke rumah kembali. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat datuk dan Mahyuddin berdiri tanpa baju. Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan ketika saya tidak ada di atas rumah.
Saya duduk di tempat asal saya. Datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, mereka bagaikan tidak menyedari kedatangan saya.
Saya pura-pura batuk. Serentak datuk dan Mahyuddin merenung ke arah saya dengan rasa terkejut. Keduanya mengenakan baju ke badan kembali dan terus berdiri. Mereka masih lagi merenung ke arah saya.
"Ada apa tuk?" Tanya saya.
"Tak ada apa-apa Tamar, kami cuma berlatih menguatkan urat-urat badan”, balas datuk dengan wajah yang selamba. Saya menggigit bibir dan terus duduk.
Aneh, datuk dan Mahyuddin masih lagi berdiri, bertentang mata dengan kedua belah tangan menolak bahu pihak yang menentang (datuk tolak bahu Mahyuddin dan Mahyuddin pula tolak bahu datuk) masing-masing kelihatan berusaha menewaskan pihak yang menentang. Muka datuk dan Mahyuddin kelihatan merah, sepasang kaki mereka bagaikan melekat di lamai. Badan keduanya kelihatan berulas-ulas dan daging yang terlekap di bahagian bawah ketiak, kelihatan mengembang macam ahli bina badan dalam pertunjukan.
Semua yang saya lihat menimbulkan berbagai-bagai ramalan pada diri saya, mungkin mereka beradu kekuatan cara batin atau mungkin saja. Ramalan yang terjadi dalam diri saya itu bagaikan mendesak menyuruh saya menyoal datuk.
"Latihan apa ni tuk, saya tak pernah melihat tuk berlatih macam ini”, tanya saya dan terus bangun, kemudian duduk berhampiran kaki kanannya, saya lihat urat-urat dan ketulketul daging di betis datuk berulas-ulas pejal.
"Jauh Tamar”, tekanan suara datuk meninggi. Saya tidak peduli dengan perintahnya. Saya merasa seronok melihat daging buah betisnya yang pejal bergerak-gerak, geram juga rasa hati melihat bulu romanya yang tumbuh panjang di betis, bulu romanya juga bergerak, macam tunggul lalang dilanggar kaki lembu.
"Jauhhhh .... “, tempik datuk, saya jadi terkejut dan terus melompat lari ke arah muka pintu. Suara datuk yang keras dan kasar itu membuat badan saya jadi menggeletar tidak tentu arah.
Saya terus duduk di atas bendul pintu sambil berjuntai kaki tetapi, sepasang mata saya masih menyorot telatah datuk dan Mahyuddin.
Tiba-tiba, Mahyuddin menjatuhkan kedua belah tangannya dari memaut bahu datuk, kedua belah telapak tangannya dikembangkan macam bentuk ekor burung merpati, Mahyuddin melompat lalu melepaskan satu tendangan yang cukup kencang ke dada datuk. Bagaikan kilat datuk memegang telapak kaki kanan Mahyuddin dan terus memusingkannya. Mahyuddin terlentang atas lantai.
"Macam mana boleh jadi begini? Pada mulanya kita berjanji melakukan semuanya ini sekadar untuk menegangkan urat di samping mencari punca atau bentuk langkah silat yang kita
amalkan serupa atau tidak, tiba-tiba lain pula yang kau lakukan”, nada suara datuk cukup kecewa dan hampa. Wajahnya kelihatan muram sekali. Saya menggigit bibir. Mahyuddin segera meraba pangkal lehernya berkali-kali. Kemudian dia terus duduk dalam keadaan berdiri lutut.
Kedua belah lengannya terkandas atas kepala lutut. Dia termenung panjang dengan sepasang matanya merenung lantai.
"Inilah kelemahan saya sahabat, terlalu sangat menurut kata hati hingga menenggelamkan akal fikiran sendiri”, kesal benar bunyi nada suara Mahyuddin.
Ketika dia berkata -kata itu wa jah datuk tidak dipandangnya. Saya lihat datuk masih berada dalam keadaan yang sungguh tenang. Dua tiga kali dia meraba-raba hujung dagunya.
"Mungkin pengalaman lalu mengajar saya jadi begini?" "Pengalaman macam mana Mahyuddin."
"Masa belajar silat dulu, kawan seguru yang dianggap setia, diajak tidur di rumah, makan seperiuk tiba-tiba mengkhianati diri saya sendiri."
"Khianat macam mana?"
"Isteri saya dirampas dengan secara terhormat hingga saya bercerai, kemudian dia kahwin dengan isteri saya."
Datuk menghampiri Mahyuddin,dua tiga kali bahu manusia harimau (Mahyuddin) diurut oleh datuk dengan penuh manja, macam seorang ayah memujuk anak kesayangan yang merajuk. Dan saya bagaikan ditolak-tolak oleh sesuatu yang menyebabkan saya bergerak dan duduk di sebelah Mahyuddin. Mahyuddin menarik nafas panjang, kepalanya diangkat perlahan-lahan hingga tegak. Dia merenung dinding rumah dan setiap benda yang ada ditatapnya dengan renungan yang sayu sekali. Dan angin petang yang masuk ke rumah menyentuh rambutnya yang terjuntai di atas dahi, rambut itu bergerak-gerak lemah.
"Dalam zaman pemerintahan Jepun dulu, kawan serumah yang dianggap sebagai adik dunia akhirat, tiba-tiba mengadu pada Jepun tentang kegiatan saya hingga saya diburu Jepun, saya ditangkap hingga dipaksa minum air sabun oleh tentera Jepun, dengan kehendak Allah saya dibebaskan, pengalaman yang saya tempoh mengajar saya jadi begini sahabat”, Mahyuddin meraba bibir bawahnya dengan hujung kelingking.
Saya lihat kelopak matanya digenangi air jernih. Rasa simpati dan hiba menguasai diri saya. Tanpa disedari air mata membasahi kulit pipi saya yang keras.
"Tamar, kau orang lelaki, kau anak jantan, yang mempunyai hati betina, jangan mudah mengeluarkan air mata”, bisik datuk ke telinga.
Cepat-cepat saya kesat air mata, segaris senyum saya pamerkan untuk datuk. Tanpa membuang masa lagi datuk menegakkan ibu jari kanannya sambil tersenyum lebar. Hati saya jadi kembang macam bunga matahari kembang pagi.
Di luar matahari mula jatuh di kaki langit. Kicau burung tidak kedengaran dan rama-rama sudah berhenti terbang. Kecuali bunyi suara burung kuang mula kedengaran. Dan alam keliling mula beransur samar-samar. Mahyuddin masih lagi duduk di tempat. tadi dengan datuk di sisinya.
"Sejak itu, saya rasa cukup susah untuk menegakkan keyakinan dalam diri saya terhadap orang yang bersikap jujur pada saya”, keluh Mahyuddin. Datuk terus juga menepuk-nepuk bahu Mahyuddin, jari tangan datuk terus dipegang oleh Mahyuddin erat-erat, muka datuk dipandangnya.
"Salah kah saya sahabat?"
"Kau tidak bersalah, pengalaman membentuk kau jadi begitu dan itu adalah hak kau dan hak itu kalau kau kembalikan pada ajaran agama Islam yang mahukan seliap pengikutnya bersikap jujur, timbang rasa dan kasih sayang, sudah tentu tentu merasa bahagia."
"Apa yang mesti saya buat.."
"Kembali pada ajaran agama, bersihkan hati dan perasaan”, terang datuk. Lagi sekali Mahyuddin tunduk merenung lantai.
"Mari kita bersihkan diri dan pergi ke masjid, Maghrib sudah dekat”, sambung datuk.
Tanpa banyak soal, saya terus ke telaga dan mandi, diikuti oleh Mahyuddin dan akhir sekali datuk. Setelah itu serentak kami melangkah meninggalkan rumah. Setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak, datuk membaca Al-Quran, saya membaca Muqaddam, Mahyuddin membaca surah Yasin. Kira-kira jam sebelas malam, kami berhenti dari kerja-kerja yang dilakukan. Datuk membuat. keputusan untuk bermalam di masjid tetapi, Mahyuddin mendesak datuk bermalam di rumahnya.
"Masjid sebaik-baik tempat untuk berteduh”, kata datuk. "Ke rumah saya sajalah, banyak hal yang belum saya selesaikan dengan sahabat, banyak rahsia diri saya yang belum terbongkar untuk pengetahuan awak."
"Kita selesaikan di sini, berkatnya lebih”, datuk menolak.
Wajah Mahyuddin segera berubah, dia mula menunjukkan sikap menentang. Dia jadi panas hati kerana datuk tidak mahu memenuhi permintaannya. Saya jadi resah, saya takut berlaku perkelahian lagi. Kerana saya tahu perangai datuk, dia tidak akan mengalah pada sesiapa sampai kali keempat, ini memang merupakan satu pantang larang dalam dirinya. Dia boleh dihina, dijatuhkan maruahnya di mana-mana saja sebanyak tiga kali, tetapi untuk kali yang keempat dia akan bangun melawan secara berhabis-habisan.
Dalam keadaan diri saya yang serba salah itu, saya lihat datuk sembahyang dua rakaat, seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang berlaku. Setelah memberi salam terakhir, dia senyum pada Mahyuddin dan menghulurkan salam. Mahyuddin menyambut salam itu.
“Bebaskan diri dari rasa cepat marah, orang yang cepat marah adalah tempat syaitan bermain yang menjadikan kita menyimpan perasaan hasad dan dendam,” sambil tersenyum datuk berkata. Mahyuddin terdiam.
“Isikan dada dengan rasa sabar kerana sabar itu akan membuat kita mengenali diri sendiri yang serba kurang dan secara tidak langsung membuat kita berfikir, bahawa tidak ada yang lebih berkuasa di dunia ini selain daripada Allah, “ tambah datuk lagi.
Mahyuddin merenung muka datuk, kemudian tanpa dipaksa oleh sesiapa, dia bersetuju untuk tinggal bersama datuk di masjid tersebut sepanjang malam.
Rupanya di dalam masjid, Mahyuddin memperoleh satu ketenangan bagi dirinya serta datuk dan saya. Mahyuddin menceritakan pada datuk, sejak dia dikhianati oleh kawannya sendiri, dia tidak pernah berhasrat untuk mempunyai seorang isteri.
"Kalau saya kahwin bukan kerana saya sukakan perempuan tetapi sekadar mengelakkan diri saya dari melakukan zina”, katanya. Dan datuk tidak mahu menyoal lebih lanjut lagi tentang hal itu. Dan perkara itu mati begitu sahaja.
“Saya tahu, awak memang tidak membela harimau dan harimau yang mendampingi awak itu merupakan harimau peninggalan datuk nenek awak yang diwariskan pada awak, sampai waktunya harimau itu akan meninggalkan awak juga”, saya terkejut mendengar cakap Mahyuddin itu.
“Lagi apa yang awak tahu?”
“Awak adalah waris terakhir, bila awak mati harimau itu tidak akan mencari keturunan awak untuk menjadi tuannya”
“Saya tidak tahu”
“Sekarang awak sudah tahu, harimau yang mendampingi awak tu sudah cukup tua, sebagai makhluk yang bernyawa dia akan mati juga”
Penjelasan Mahyuddin itu amat menarik sekali. Sebagai manusia yang sedar dirinya serba kekurangan, datuk mengakui bahawa, Mahyuddin bukan calang-calang manusia. Dia tahu dengan apa yang dicakapkannya. Dia manusia yang arif tentang harimau dan dunianya. Datuk rasa cukup kagum dengan Mahyuddin, tidak banyak manusia di alam Melayu yang belajar silat harimau.
"Inilah kelebihan awak dan kekurangan awak tidak boleh mengawal perasaan marah, sesungguhnya tidak ada ilmu yang cukup sempurna, bagi manusia”, kata datuk.
“Tepat sekali”, sahut Mahyuddin.
Kelopak mata saya terasa berat, bayang datuk dan Mahyuddin memanjang di dinding dalam sinar lampu gasolin yang sekejap terang dan sekejap malap.
Saya merebahkan badan atas lantai, lantas saya terkenangkan nenek di kampung, saya membayangkan ketika begini nenek akan berada di ruang tengah rumah, berbumbung limas dengan sebuah pelita minyak tanah di hadapannya.
Nenek akan menjalankan kerjanya dengan tekun menganyam tikar mengkuang panjang dua belas atau melurut mengkuang ladang dengan kayu untuk dibuat tudung saji. Tiba-tiba saja rasa rindu pada nenek berbunga dalam hati kecil saya.
“Tunggu sebentar, biar saya pulang dulu, sebelum kokok ayam pertama berbunyi saya akan datang ke sini”
“Kenapa begitu pula jadinya?”
“Kedatangan saya kali ini akan membuka rahsia diri saya pada awak, bila rahsia itu saya buka, saya akan merasa bahagia kerana orang yang mahu saya serahkan atau mewarisi pusaka saya telah saya temui”
“Maksud awak saya yang berhak?”
“Kira-kiranya begitulah”, sahut Mahyuddin dengan senyum.
Mahyuddin berdiri. Melangkah tiga tapak ke hadapan, bila dia melangkah untuk kali keempat, batang tubuhnya terus hilang dari penglihatan saya. Sebagai manusia yang ingin mengetahui sesuatu, saya segera menerpa ke pintu masjid dan berdiri kaku di situ.
Apa yang saya lihat ialah kegelapan malam yang cukup pekat. Di langit tidak ada sebiji bintang tergantung, pokok-pokok di hadapan masjid kelihatan kaku. Bunyi burung kuang kuit mula kedengaran.
"Tamar, kalau burung tu berbunyi, tandanya ada harimau berjalan malam”, kata datuk. Perlahan-lahan saya melangkah meninggalkan muka pintu masjid.
"Biasanya burung tu berbunyi awal tapi malam ni agak jauh malam baru berbunyi, jangan-jangan suara syaitan”, sambung datuk lagi. Saya segera melompat dan tiba-tiba saja saya dapati diri saya berada di celah ketiak datuk.
"Bukan di sini tempat kamu Tamar, pergi tidur di sana”, datuk menolak badan saya dengan keras, tanpa rasa belas kasihan.
Akhirnya saya rebahkan badan untuk kali keduanya dekat tiang. Marah juga rasa hati dengan sikap datuk itu. Saya terlelap. Serentak dengan kokok ayam kali pertama malam itu, saya terjaga dari tidur, saya lihat datuk masih lagi menunggu kedatangan Mahyuddin dengan setia, lampu gasolin sudah padam.
"Belum dalang lagi tuk?"
"Belum."
"Jangan-jangan dia nak mainkan kita."
"Kita tunggu sampai pagi, kalau dia tak datang kita pergi ke rumahnya, lepas tu kita balik ke kampung"
Saya terdiam mendengar kala-kata datuk itu, tidak jauh dari tempat datuk duduk, kelihatan cahaya api yang sekejap garang dan sekejap mengecil mengikut tekanan ataupun tiupan angin yang masuk ke dalam masjid. Saya pasti api itu datangnya dari seludang kelapa kering. Siapa yang membuatnya?
"Aku yang membuatnya, waktu kau tidur tadi aku cari seludang kelapa, aku hancurkan dengan batu kemudian diikat dengan tali guni, kalau tak ada seludang ni mati kita kena nyamuk”, saya senyum dalam gelap mendengar penjelasan itu.
Memang saya tahu datuk boleh membuat kerja seperti itu tetapi mencair seludang kelapa kering tengah malam, bukanlah satu kerja yang mudah.
"Tidurlah Tamar, kalau dia datang nanti, aku bangunkan kamu”, nasihat datuk pada saya. Tanpa mengucapkan terima kasih pada datuk, saya terus membengkokkan badan jadi macam angka lima untuk menahan kesejukan. Baru sekali lelap, saya terdengar bunyi tapak kaki orang memijak lantai masjid. Cepat-cepat saya buka kelopak mata. Saya lihat datuk berdiri di muka pintu masjid sambil memeluk tubuhnya. Mata datuk tertumpu keluar, dia seolah-olah dapat melihat sesuatu dalam gelap. Lama benar datuk berdiri di situ.
Saya tidak jadi meneruskan tidur saya yang terputus. Saya bangun perlahan-lahan dan terus duduk, semua gerak geri datuk saya perhatikan dengan cukup teliti. Burung kuang-kuik kian kuat berbunyi, bersahut-sahutan dengan kokok ayam yang memanjang. Saya pasti kokok ayam itu bukan kali pertama, paling kurang kokok, kali yang kedua atau yang ketiga. Mungkin kerana Mahyuddin tidak muncul dalam waktu yang dijanjikan, membuat datuk resah.
Datuk meluruskan tangan kiri, tangan kanannya yang meraba ikat kepala itu, saya terdengar desir angin yang cukup kuat, datang dari arah pintu masjid tempat datuk berdiri. Baju dan seluar datuk nampak bergerak-gerak, begitu juga dengan kain ikat kepalanya. Tiupan angin itu cukup kuat membuat datuk terpaksa memegang jenang pintu, kalau datuk tidak berpaut saya yakin dia akan jatuh.
Kira-kira sepuluh minit kemudian tiupan angin itu berhenti, saya terdengar seperti ada benda jatuh atas lantai masjid. Datuk menuju ke arah bunyi benda jatuh.

52. Sebilah Keris Aneh
Baru dua
langkah datuk mengatur tapak, saya terpandangkan cahaya api yang kuat. Cahaya
itu kelihatan bergerak menuju ke masjid. Perasaan saya jadi cemas.
"Ada orang bawa suluh datang ke sini tuk”, kata saya memberitahu datuk. Dan datuk segera membatalkan niatnya menuju ke arah benda jatuh. Dia patah balik dan berdiri dekat saya di ambang pintu masjid. Tiada rasa cemas dan bimbang terpamer di wajahnya.
"Tamar"
"Ya tuk"
"Yang kau tengok tu bukannya suluh."
"Kalau bukan suluh, apa dia tuk?"
"Itu disebut andang yang dibuat dari daun kelapa."
"Hum, saya tak tahu tuk."
"Kalau tak tahu belajar, orang Melayu kaya dengan bahasa, setiap benda ada nama dan gelarannya."
"Huh..”, satu keluhan terpancut dari mulut saya.
Dalam saat-saat cemas begitu, datuk masih mahu memperkenalkan saya dengan benda-benda yang baru. Saya mula terasa yang diri saya ini, terlalu miskin dengan perbendaharaan kata-kata bahasa sendiri. Mata saya masih lagi terpaku pada andang daun kelapa. Bunga-bunga api yang dicipta oleh andang tersebut kelihatan berterbangan di udara, sebelum jatuh ke bumi. Satu pemandangan yang amat menarik dan cantik bagi saya. Cahaya api itu, kian lama kian hampir ke masjid.
"Sahabat, saya datang”, dada saya terasa lapang. Saya kenal dengan suara itu. Datuk renung muka saya. Api andang daun kelapa pun padam. Dengan tenang Mahyuddin melangkah menghampiri saya dan datuk. Wajahnya nampak tenang.
"Kenapa lambat'!"
"Mencari benda yang mahu saya serahkan pada awak. Benda itu hilang dari tempat simpanannya”, suara Mahyuddin penuh kesal.
Datuk terus menepuk-nepuk bahu Mahyuddin beberapa kali. Mahyuddin seluk baju cekak musang yang dipakainya. Dia mengeluarkan sekotak mancis cap kuda terbang. Mahyuddin terus membakar sumbu pelita minyak tanah yang dibawanya. Sebahagian daripada ruang masjid terang benderang dilingkari oleh cahaya lampu minyak tanah.
Saya merenung ke luar, tidak ada satu benda pun yang dapat saya lihat, suasananya gelap. Datuk dan Mahyuddin sandarkan badan ke dinding masjid. Masing-masing merenung api di sumbu pelita minyak tanah yang terlentuk-lentuk ke kiri dan ke kanan mengikut hembusan angin malam. Suara cengkerik jelas kedengaran.
“Tadi ada benda jatuh dalam masjid, baru mula nak cari, awak dah datang”, ujar datuk seraya menggosok-gosok pangkal hidungnya.
"Apa bendanya sahabat?"
"Entah, saya pun tak tahu, pinjam pelita sekejap biar saya cari apa bendanya."
"Itu memang elok, kalau yang jatuh tu benda tak bernyawa tak apalah, tetapi kalau benda bernyawa seperti ular atau lain-lain, bahaya kita dibuatnya."
"Betul cakap awak”, balas datuk.
Saya renung kiri kanan, memang seram bila Mahyuddin menyebut perkataan 'ular' bulu tengkuk saya berdiri dengan sendiri. Saya dapat membayangkan kalau benar ular jatuh tengah masjid, pasti bukan ular sembarangan, mungkin ular jadi-jadian. Saya terus melompat dan duduk di sisi Mahyuddin.
"Kau takut?" Tanyanya pada saya.
"Tidak”, balas saya sambil menegakkan dada.
Tunjuk berani tetapi, hati tetap berdebar. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kepala lutut saya yang bertemu dengan kepala lutut Mahyuddin menggeletar, membuat Mahyuddin tersenyum sinis pada saya. Dengan cahaya pelita minyak tanah di tangan, datuk terus berarak menuju ke arah sebelah kanan masjid. Datuk yakin di situlah benda ganjil ilu jatuh. Saya dan Mahyuddin hanya melihat segala gerak-geri datuk.
"Keris”, jerit datuk.
Saya dan Mahyuddin segera menghampirinya. Sebilah keris terdampar atas lantai masjid. Hulunya diperbuat dari tanduk dalam bentuk muncung dan paruh burung helang. Sarungnya diperbuat dari kayu jenis keras. Bila terkena cahaya pelita, sarung dan hulu keris kelihatan bersinar·sinar. Datuk tidak berani menjamah keris tersebut, kerana hulu keris mengeluarkan asap nipis yang memanjang ke atas, bentuk asap itu kelihatan berliku-liku. Bila asap itu hilang, keris tersebut kelihatan bergerak sendiri dalam sarungnya, macam mahu keluar. Dengan tenang Mahyuddin menjamah keris tersebut. Kemudian membalutkan badan keris itu dengan kain kuning yang dikeluarkan dari saku seluarnya. Keris itu diletakkan kembali atas lantai dan Mahyuddin terus duduk bersila di depan keris. Dia kelihatan macam orang bertafakur.
"Inilah yang mahu saya berikan pada sahabat, belum pun sempat saya bertindak dia dah terbang mencari sahabat”, ujar Mahyuddin sambil merenung wajah datuk.
Beberapa saat kemudian, saya lihat Mahyuddin menatang keris itu untuk diserahkan pada datuk. Tetapi, datuk enggan menerimanya. Mahyuddin terpaksa meletakkan kembali atas Rupanya tindak tanduk datuk itu difahami oleh Mahyuddin.
Datuk mahu dia bercerita serba sedikit tentang keris ganjil itu. Menurut Mahyuddin, keris itu dibuat dengan tangan oleh guru silatnya. Mata keris itu dipadukan dengan lima jenis besi yang diambil dari lima buah gua di gugusan kepulauan Melayu iaitu dari tanah Bugis, Melaka, Bukit Seguntang, Pulau Mindanao (Filipina) dan Patani (Selatan Siam). Ketika dia bertapa dalam hutan, mata keris itu telah dijilat oleh harimau tiga malam berturut-turut.
Kata Mahyuddin lagi, keris itu telah membunuh tiga orang Belanda, tiga orang Inggeris dan lima korbannya terdiri dari orang-orang asing yang mahu menjajah alam Melayu. Saya menarik nafas panjang mendengar ceritanya. Saya kira, ceritanya itu tidak dapat diterima oleh akal. Datuk tidak melahirkan sebarang pendapat berhubung dengan cerita Mahyuddin itu. Datuk hanya menggigit kuku di ibu jari.
"Sekarang sahabat sudah tahu, sayalah harimau dan sayalah orang yang menyimpan keris air liur harimau yang bisa. Ingat, keris ini ada pantangnya. Jangan dibuat sembarangan, pantangnya tidak boleh ditikam ke badan manusia yang sebangsa dan seagama, kalau dilanggar pantang orang yang menyimpannya akan mati muntah darah”, kata Mahyuddin lagi. Saya garu dahi dan datuk terus membisu seribu bahasa.
"Sahabat, umur saya dah lebih lapan puluh tahun, dengan kemahuan Allah saya sudah menemui seorang sahabat, sekarang sudah sampailah masanya saya menghebahkan rahsia diri saya pada orang-orang kampung. Sahabat dan cucu sahabat menjadi saksi dalam hal ini”, tekanan suara Mahyuddin cukup lantang.
Mukanya kelihatan berseri-seri. Dia terus meletakkan keris yang berbalut kain kuning atas riba datuk. Cepat-cepat datuk meletakkan keris itu ke tempat asalnya. Datuk tidak mahu menerima pemberian tersebut. Datuk segera bangun. Tangan kanannya ditekankan ke dinding masjid. Pelita minyak tanah terus mengerdip. Suara katak dan cengkerik tidak putus-putus berbunyi.
"Apa erti semuanya ini Mahyuddin?", soal datuk.
"Orang yang merantau akan kembali, setiap kehebatan dan kekuatan ilmu dunia yang dituntut akan terpisah juga dengan manusia, hanya ilmu akhirat saja yang dibawa, begitu juga dengan saya”, cukup jelas dan teratur Mahyuddin berkata-kata.
Tetapi, saya jadi kelam-kabut, sukar sekali memahami atau mencari pati dari kata-katanya itu, berbelit-belit macam ada unsur falsafah.
"Sahabat ku.. "
"Saya faham, tunggu sampai sembahyang subuh”, ujar datuk bila Mahyuddin mahu menyambung kata-katanya.
Mahyuddin patuh dengan permintaan datuk. Mahyuddin bangun, berjalan ke muka pintu surau. Datuk mengekor di belakangnya. Mereka berdiri di situ merenung ke kaki langit, sebutir bintang timur kelihatan mengerdip dengan indah. Awan cukup bersih.
"Mahyuddin."
"Ya sahabat."
"Awak berkawan dengan jin?"
"Ahhh...”
Mahyuddin tidak menghabiskan kata-katanya. Datuk terus memicit bahu kanan Mahyuddin yang kelihatan resah tidak menentu. Saya mula rapat ke arah datuk dan Mahyuddin, berdiri di belakang mereka. Pelita minyak tanah terus menyala. Badan saya mula terasa sejuk. Dua tiga kali saya mengeliat dan menguap panjang.
"Mahyuddin maafkan aku, kalau kau tersinggung. Aku bukan apa-apa Mahyuddin, kita sebagai manusia harus hati-hati, jangan sampai berkawan dengan jin kafir. Kata orang ketika kita mahu mati nanti kita disesatkannya”, ujar datuk.
Mahyuddin terus membisu. Mata Mahyuddin masih tertumpu ke kaki langit.
"Sebaik-baiknya biar kita kenai dengan jin yang seagama dengan kita, sekadar berkenal saja, kerana mereka makhluk Allah, jangan sekali-kali kita memperhambakan diri kita pada mereka atau kita hambakan mereka”, sambung datuk lagi.
"Sudahlah sahabat, usahlah mengajar”, dari nada suara yang dikeluarkan Mahyuddin itu ternyata dia kurang senang dengan sikap datuk. Datuk terus diam. Rupanya sikap datuk itu menguntungkan. Mahyuddin kelihatan tenang. Dia berjalan ke arah kerantung (beduk) yang tergantung di luar masjid. Kerantung itu dipalunya bekali-kali menandakan Subuh sudah hampir. Mahyuddin dan datuk terus mengambil air sembahyang.
"Pukul lagi kerantung tu, waktu Subuh sudah masuk”, Mahyuddin mengeluarkan perintah pada saya, ketika dia melintas di depan saya.
Tanpa membuang masa, saya terus memukul kerantung bertalu-talu. Memukul kerantung memang menjadi kegemaran saya, tidak saya nafikan, serba sedikit saya telah belajar dari datuk meningkah kerantung dengan baiknya, tingkah (pukulan) yang saya buat itu semacam ada satu irama yang boleh membuat orang tersentak dari tidur. Kata datuk, memukul kerantung Subuh mesti pandai, tidak sembarangan, mesti menarik minat orang dan boleh membuat orang bangun dari tidur, walaupun bukan bangun untuk bersembahyang. Peluang itu saya gunakan sekarang.
"Sudah”, jerkah datuk sekuat hati, kayu pemukul terlepas dari tangan saya. "Bila orang suruh pukul, buatlah setakat yang patut, ini sampai berjam-jam”, sambung datuk lagi.
Saya tersengih, macam kerang busuk. Apa mahu dikatakan lagi, memang salah diri sendiri, tanggunglah akibatnya.
Azan Subuh dilaungkan oleh Mahyuddin, suaranya memang merdu. Kalau dengar pada suaranya, memang orang tidak duga yang Mahyuddin sudah berusia hampir lapan puluhan, suaranya lantang macam orang muda berusia dua puluhan.
Setelah selesai menunaikan sembahyang Subuh, Mahyuddin berlari ke pintu. Dia minta orang yang bersama dalam masjid supaya jangan meninggalkan masjid.
Dari muka pintu, Mahyuddin membuka rahsia dirinya. Dia menceritakan namanya yang sebenar serta asal usulnya. Orang ramai agak terkejut dengan peristiwa itu.
"Saya rasa tugas saya sudah hampir selesai. Halalkan makan minum saya, terima kasih atas budi baik orang di sini. Pada sesiapa yang terlalu hormat dan kagum dengan diri saya, buangkan semuanya itu. Saya adalah manusia biasa”, cukup bersemangat Mahyuddin bercakap, kemudian dia berjabat tangan dan berpeluk-pelukan dengan setiap orang yang lalu dekat pintu. Dia menangis dan memeluk badan Dumba.
Bila semuanya selesai, Mahyuddin tergesa-gesa meninggalkan masjid tanpa mengucapkan sesuatu pada saya dan datuk. Ketika itu hari sudah hampir cerah. Matahari mula bangun di kaki langit, menebarkan sinarnya ke seluruh pelosok kampung.
"Ganjil perangainya, dengan orang berpeluk bersalam dengan kita dia buat tak tahu”, datuk melahirkan rasa kurang senang. Saya tersenyum sambil merenung ke arahnya.
"Agaknya dia lupakan kita tuk."
"Boleh jadi juga, maklumlah manusia ini tidak lepas dari sifat lalai dan lemah”, datuk tersenyum.
Rambut genjur saya dijamahnya berkali-kali. Penuh manja. Setelah selesai mandi embun dan membuat serba sedikit senaman. Datuk dan saya menuju ke kedai kopi. Saya makan sebungkus nasi lemak dan minum secawan kopi.
Datuk pula minum air panas yang di campur dengan sedikit garam. Sebagai mengalas perut, datuk cuma makan dua biji kuih koci.
"Minum air panas dengan garam untuk cuci perut dan melancarkan perjalanan darah, boleh menghilangkan sakit tekak. Garam mesti dikacau hingga hancur dan airnya bila sudah dingin baru diminum”, begitu datuk memberitahu saya.
"Biasanya datuk tidak minum dengan air panas”, kata saya.
"Itu masa di rumah, kau sendiri tahu di rumah tuk minum air yang sudah di dingin sepanjang malam dan diisi dengan labu, di kedai mana kita nak dapat air macam tu."
"Saya, faham sekarang."
"Apa yang tuk buat ni boleh diamalkan tetapi khasiatnya kurang sedikit dari air yang kita dinginkan sepanjang malam."
Datuk membayar semua harga minuman dan makanan.
Kami pulang ke masjid untuk mengambil barang datuk yang tertinggal iaitu, sehelai kain hitam tiga segi. Pada mulanya, datuk memutuskan selepas sarapan pagi, mahu terus pulang ke kampung.
"Kau tunggu di sini, biar aku saja yang masuk”, saya tidak membantah arahan itu. Badan datuk hilang ditelan pintu masjid. Beberapa minit kemudian dia muncul. Kali ini saya lihat wajahnya lain macam, dahinya berkerut. Di tangan kanannya terdapat bungkusan yang dibalut dengan kain kuning. Saya tahu apa yang ada dalam tangan datuk, kerana itu saya tidak menegurnya.
Matahari kian bersinar. Saya kira sudah pukul lapan. Kulit muka saya terasa pedih kena panahan matahari. Dua tiga kali saya meraba kulit muka, tanpa saya sedari datuk sudah berdiri di sisi saya. Dua tiga kali datuk dongakkan kepala melihat matahari, kelopak matanya pejam celik menahan panahan matahari.
"Mari kita pulangkan hak Mahyuddin ni."
"Tapi, dia dah beri pada datuk."
"Aku tidak kata apa-apa, sama ada mahu menerima atau menolaknya."
"Betul juga cakap tuk tu."
Secara tidak sengaja saya terpandangkan lengan kanan datuk yang memegang benda berbalut kain kuning. Urat-urat lengan datuk kelihatan timbul. Benda yang dipegangnya seakan-akan bergerak sendiri dalam genggaman datuk. Kulit muka datuk kelihatan tegang macam menahan sesuatu. Saya terpegun dengan kejadian itu.
"Tamar, jangan tengok benda dalam tangan aku”, pekik datuk. Serentak dengan itu telapak tangan kirinya jatuh atas kepala saya. Kepala saya dipulasnya, hingga pandangan saya beralih ke arah lain. Batang tengkuk saya terasa sakit sekali.
"Jangan”, tambah datuk lagi. Badan saya ditolaknya ke depan.
"Nak ke mana lagi tuk?"
"Ikut aku ke rumah Mahyuddin”, biji mata datuk kelihatan bersinar garang. Gerak-gerinya jadi serba tangkas.
Begitulah, di bawah sinar matahari saya dan datuk melangkah di jalan kecil yang muat untuk dua basikal berselisih. Sebelah kanan jalan ditumbuhi lalang dan sebelah kirinya dikuasai oleh pokok serunai laut. Langkah datuk terlalu cepat dan saya terpaksa berlari anak supaya tidak jauh ketinggalan di belakangnya. Ketika bintik-bintik peluh menguasai dahi, saya dan datuk sudah pun berada di halaman rumah Mahyuddin. Pintu rumah tertutup rapat Tiga kali datuk memberi salam, semuanya tidak berjawab. Datuk renung tanah di halaman rumah.
"Tapak harimau”, kata datuk.
"Tapak harimau?”, tanya saya cemas, badan mula terasa lain macam.
"Ya”, datuk terus membongkok meneliti kesan tapak kaki harimau.
Datuk luruskan badannya kembali, dan merenung ke arah belukar kecil di belakang rumah Mahyuddin. Datuk mengikut kesan tapak kaki harimau yang menuju ke belukar tersebut Ternyata kesan tapak kaki harimau itu tidak sampai ke tepi belukar. Hilang di antara tiang depan dengan tiang bahagian lapur rumah. Datuk termenung panjang, kemudian mendekati saya yang berdiri tidak jauh dari tangga. Datuk renung muka saya tepat-tepat dan bergerak dari kiri ke kanan di depan saya. Datuk berhenti melangkah. Bibir bawahnya ditekan dengan ibu jari seketika.
"Ganjil”, kata datuk. "Apa yang ganjil tuk?"
"Tapak harimau hilang dalam kawasan rumah”, suara datuk rendah.
Keris yang berbalut kain kuning masih dalam genggamannya. Kerana saya ditegah melihatnya, saya tidak melihat malah hampir lupa dengan keris tersebut yang berada pada datuk.
"Ikut aku Tamar."
"Baik tuk."
"Jangan tegur, jangan tanya apa yang aku buat"
"Baik tuk."
Sinar matahari bertambah terik, sesekali kedengaran suara ungka bersahut-sahutan di kaki bukit. Burung murai terus berkicau di hujung dahan menyambut sinar matahari yang memancar terang. Datuk pijak anak tangga pertama hingga ke anak tangga bongsu. Saya juga berbuat begitu. Datuk tolak daun pintu yang tidak berkunci. Pandangan pertama yang saya lihat sesudah pintu terbuka amat mengejutkan. Mahyuddin terbaring kaku di ruang tengah rumah. Mukanya nampak lebam. Baju cekak musang di bahagian dadanya terbelah dua. Kulit badannya terkoyak macam dicakar sesuatu, kedua belah kakinya terlipat. Terdapat garisan yang memanjang di kedua belah betisnya. Datuk jamah pergelangan tangan Mahyuddin, memeriksa pergerakan nadinya. Datuk menarik nafas panjang sambil meluruskan kedua belah kaki Mahyuddin. Bahagian dada Mahyuddin datuk tutup dengan kain pelekat berkotak besar, berwarna merah dan hijau. Kain pelekat itu datuk ambil dari longgokkan kain Mahyuddin yang terletak dekat dinding rumah.
"Dia sudah mati."
"Keadaannya ganjil sekali tuk."
"Setiap orang yang dapat meresapkan perasaannya menjadi harimau akan mati dalam keadaan begini. Selalunya, bila orang menuntut ilmu ini membuka rahsia diri sendiri, dia tidak akan lama hidup."
"Dia boleh menentukan tarikh matinya tuk?"
"Tidak, dia cuma dapat alamat saja. Kematian dirinya terletak pada kuasa Allah yang Maha Besar. Ada orang yang
menuntut ilmu ini membuka rahsia dirinya di depan orang ramai tetapi, masih hidup beberapa tahun lagi."
"Apa yang terjadi pada dirinya, cara kebetulan saja ya tuk."
"Ya memang cara kebetulan, selepas dia buat pengumuman dia pun mati, ini tidak bererti dia sudah menentukan tarikh matinya. Ingat, jangan sesatkan diri dengan kejadian begini”, ujar datuk sambil meraba-raba hujung dagunya.
Saya dan datuk berehat sebentar dalam rumah Mahyuddin. Keris yang berbalut kain kuning datuk letakkan dalam peti hitam di bucu rumah. Peti hitam itu datuk tindih dengan seketul batu yang datuk ambil di ruang dapur. Tiba-tiba saya terdengar menggelodak dalam peti hitam macam ada orang mengetuk-ngetuk dari dalam. Bunyinya cukup kuat tetapi, beberapa minit kemudian bunyi itu beransur kurang dan terus hilang. Wajah datuk kelihatan tenang.
"Aneh sungguh mayat Mahyuddin tuk"
"Ya Tamar, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia melompat macam harimau untuk beberapa minit, kemudian menjadi lemah dan terus mati”
"Dahsyatnya tuk."
"Begitulah ilmu dunia, tidak ada yang kekal, ada kelebihan dan kekurangan”, nada suara datuk amat perlahan sekali.
Datuk menyuruh saya menemui Dumba untuk menceritakan hal yang berlaku pada diri Mahyuddin. Perintah datuk saya patuhi. Dengan ditemani oleh Dumba saya pergi ke rumah anak angkat Mahyuddin. Tidak sampai setengah jam, berita kematian Mahyuddin heboh seluruh kampung. Salah seorang penduduk kampung terus menuju ke masjid, memukul beduk (kerantung) menandakan ada kematian berlaku di kampung. Menjelang waktu Zohor, mayat Mahyuddin pun dikebumikan. Orang yang bekerja keras menyelenggarakan pengebumian Mahyuddin, tidak lain dan tidak bukan ialah Dumba sendiri dengan dibantu oleh anak angkat Mahyuddin.
"Semuanya sudah selesai, biarlah kami balik”, beritahu datuk pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba di kaki tangga.
Muka Dumba segera berubah mendengar cakap datuk, begitu juga dengan anak angkat Mahyuddin. Mereka tahu, bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkan kenderaan, bila sudah pukul lima petang. Belum sampai ke Slim River hari sudah malam, lagi pun perkhidmatan bas penumpang tamat pada jam enam petang.
"Begini saja, arwah bapa angkat saya ada meninggalkan pesan, sekiranya dia mati, dia minta rumahnya ditunggu selama satu malam. Orang yang dipilihnya ialah tuan sendiri”, anak angkat Mahyuddin membuka rahsia. Orangnya bertubuh kecil, berambut kerinting dan berdahi sempit.
"Bila dia cakap dengan awak?"
"Sejak dia mengenali diri tuan, katanya tuan tahu serba sedikit tentang kebolehannya."
Datuk termenung panjang. Saya tahu fikiran datuk ketika itu berbalah sama ada mahu tidur di rumah Mahyuddin atau meneruskan perjalanan. Kalau datuk bertanya pada saya, sama ada mahu bermalam di situ atau pulang, saya akan menyuruh datuk pulang saja. Apakan daya datuk tidak bertanya pada saya.
"Tunaikan pesanan arwah. Kalau dulu awak minta saya berbaik dengannya dan saya penuhi permintaan awak, sekarang saya minta awak tunaikan wasiatnya”, Dumba pula mengeluarkan pendapatnya.
Datuk masih lagi termenung, keningnya kelihatan berkedut. Ruang rumah Mahyuddin direnung pada setiap sudut. Akhirnya, biji mata datuk tertumpu pada peti hitam yang berisikan keris.
"Baiklah, cuma semalam saja”, kata datuk sambil bangun.
Anak angkat Mahyuddin dan Dumba yang sedang duduk bersila di lantai rumah turut bangun sama. Mereka kelihatan riang. Datuk tidak menghampakan permintaan mereka. Malam itu setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid, saya dan datuk terus menuju ke rumah arwah Mahyuddin, bila sampai di rumah, anak angkatnya sudah sedia menanti kami. Makan malam sudah tersedia di ruang rumah. Tiga pelita minyak tanah sudah terpasang.
Ada satu keganjilan yang dilakukan datuk ketika makan malam. Dia mengepalkan nasi sebanyak tujuh kepal. Diletakkan berderet di pinggir pinggan. Datuk memulakan makan nasi yang sudah dikepalkannya itu dari kiri ke kanan. Dia tidak menjamah lauk pauk yang tersedia di situ.
"Ini petua, kalau si mati bersahabat dengan makhluk jahat kita boleh tahu”, datuk membuka rahsia. Mulut anak angkat Mahyuddin terlopong.
Sayang, datuk cuma membuka rahsia setakat itu saja. Dia tidak menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam lagi.
"Macam mana kita nak tahu hal tu tuan?" Tanya anak angkat Mahyuddin.
"Bila kepal nasi yang ganjil bilangannya kita telan, kita akan tersedak, tapi ada pula caranya yang boleh membuat hal itu jadi. Bukan boleh pakai suap saja, nanti lain kali aku beritahu pada kamu”, datuk terus meneguk air.
Lebih kurang pukul sepuluh malam. Anak angkat Mahyuddin membawa pulang pinggan mangkuk yang telah digunakan itu. Saya terus baring dan datuk terus membaca surah Yasin. Dalam suasana yang tenang itu, peti hitam yang berisikan keris berbunyi. Batu penindih yang diletakkan di atas penutupnya terus bergerak. Makin lama, bunyi itu makin kuat. Saya mula resah. Datuk berhenti membaca surah Yasin. Dia terus renung ke arah peti hitam yang masih berbunyi itu. Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Mulutnya mula bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Tiba-tiba datuk menampar lantai rumah dengan sekuat hati. Bunyi dalam peti hitam terus berhenti. Serentak dengan itu, pintu rumah terbuka. Anak angkat Mahyuddin terpacak di situ. Mukanya pucat lesi, ditoreh tidak berdarah.
"Kenapa?" Tanya datuk.
"Saya diikuti harimau besar."
"Tak apa, kau baliklah, ambil kain pelekat ayah kamu dan belitkan ke badan, nanti harimau itu tak akan mengikut kau lagi”, datuk menyerahkan kain pelekat pada anak angkat Mahyuddin.
Dengan tenang lelaki berambut kerinting yang mempunyai anak satu itu meninggalkan rumah. Usaha datuk tidak sia-sia. Setelah dibekalkan dengan kain pelekat, anak angkat Mahyuddin dapat meneruskan perjalanannya dengan aman. Kalau dia diganggu atau diekori harimau tentu dia datang menemui datuk. Kami tunggu hingga jam dua belas malam. Anak angkat Mahyuddin tidak juga muncul-muncul.
Lebih kurang jam dua pagi, saya terpandangkan seorang lelaki berserban kuning duduk atas peti hitam menatang sebilah keris. Wajahnya kelihatan bersih. Hal itu segera saya beritahu pada datuk yang masih membaca surah Yasin. Lelaki berserban kuning masih lagi duduk di atas peti hitam. Kedua belah tangannya terletak atas kepala lutut. Saya lihat keris yang ditatangnya sudah tidak ada lagi di tangannya. Bila datuk selesai membaca surah Yasin, dia segera merapati peti hitam. Orang yang berserban kuning sudah tidak ada lagi di situ. Datuk membuka peti hitam dan mengeluarkan keris yang berbalut kain kuning. Keris itu ditatangnya seketika.
"Bukan keturunan aku mengambil barang yang bukan hak aku, sekarang aku pulangkan kembali pada yang berhak kerana orang yang menjaganya selama ini sudah tak ada lagi”, perkataan yang keluar dari mulut datuk cukup jelas dan teratur, bagaikan ada manusia di hadapannya mendengar apa yang dikatakannya.
Datuk membuka sila lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke belakang. Berhenti dan meluruskan kedua belah kakinya, macam tentera yang sedang berkawad di padang. Kedua belah tangannya masih lagi menatang keris yang berbalut kain kuning. Datuk maju setapak, dua tapak dan berdiri betul-betul di depan peti hitam. Keris yang berbalut kain kuning diletakkannya di situ.
"Ini hak kamu, aku diberikan kuasa oleh Mahyuddin untuk menjaga sekejap saja”, kata datuk sambil duduk bersila, macam seorang panglima menghadap sultan di zaman silam.
Ketika itu juga, terdengar suara harimau mengaum di bawah rumah. Suaranya cukup kuat dan nyaring sekali, boleh membangunkan seluruh penduduk kampung yang sedang tidur. Rumah terasa bergegar seketika, tiupan angin mula terasa, cukup lembut dan nyaman sekali. Setelah itu, suasana tenang dan sepi sekali. Saya terlihat orang berserban kuning berdiri dekat peti hitam membongkok lalu mencapai keris yang berbalut dengan kain kuning. Datuk masih terpegun di situ. Beberapa saat kemudian, orang yang berserban kuning hilang dari pandangan saya.
"Semuanya sudah selesai Tamar”, bisik datuk pada saya. Dia menyuruh saya tidur kembali, tetapi mata saya tidak mahu tidur. Saya terus bertanya pada datuk:
"Apakah yang kita lihat tadi jin, kawan Mahyuddin tuk?"
"Susah aku nak cakap, tetapi itulah kenyataan yang kita lihat, sudahlah”, kata datuk.
Akhirnya saya terlelap.

53. Ghaib Dalam Bas
Saya kira,
tidak ada perlu datuk fikirkan. Sembahyang Subuh sudah ditunaikan. Mandi embun
sudah dilakukan. Malah, kawasan rumah arwah Mahyuddin sudah kelilingi sebanyak
tujuh kali. Empat penjuru kawasan rumah tersebut sudah ditanam dengan dahan
pokok delima yang dipotong sepanjang enam inci.
"Tujuannya bukan apa-apa, cuma nak mengelakkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dari membuat perkara tak senonoh. Maklumlah semua orang tahu, arwah Mahyuddin bukan sebarang orang, mana tahu ada orang yang cuba menuju tempat tidurnya, minta itu minta ini, kerja syaitan dan maksiat begini cepat mempengaruhi fikiran orang-orang kita, lebih-lebih lagi kerja maksiat tu boleh mendatangkan wang ringgit.", datuk menjelaskan tentang perkara yang di bualnya pada saya.
Datuk terus duduk di batang kelapa buruk di sudut kanan halaman rumah. Saya terus memperhatikan beberapa ekor burung merak melompat dari dahan ke dahan di pohon mempelam.
"Datuk awak di mana?”
Saya dikejutkan oleh suara Dumba.
"Itu, datuk atas batang kelapa." Jari telunjuk saya menuding ke arah datuk.
"Tengok burung, di sini memang banyak burung”, anak angkat Mahyuddin mencelah, kemudian terus mengekori Dumba menuju ke tempat datuk.
Saya capai sepotong kayu lalu membaling ke arah burung yang hinggap di ranting. Saya ketawa melihat burung-burung itu berterbangan. Kemudian, saya berlari mendapatkan datuk. Saya lihat kelopak mata Dumba berair, begitu juga dengan kelopak mata anak angkat Mahyuddin. Datuk menggigit bibir, sesekali menggosok pangkal hidung dengan ibu jari. Di wajah datuk tergambar kesedihan.
"Muktamad, sebelum masuk waktu Zuhur kami berdua akan meninggalkan tempat ini”, ujar datuk dan sepasang matanya silih berganti merenung muka Dumba dan anak angkat Mahyuddin.
"Bagaimana kalau bertolak lepas Zuhur?”, Dumba mengajukan cadangan.
Mengikut petua dan langkah, hari ini mesti bertolak sebelum Zuhur baru terlepas dari bencana buruk, petua peninggalan nenek moyang kita tak rugi diikuti, ini merupakan warisan”, jawab datuk.
Dalam masa yang sama, saya sempat menjeling ke arah jam yang terlekat di tangan anak angkat Dumba. Jarum panjangnya menunjuk angka dua belas dan jarum pendeknya mengarah ke angka tujuh.
"Kalau sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?”, anak angkat Mahyuddin mengeluarkan pertanyaan. Datuk tersenyum sambil merenung wajah Dumba.
"Kalau panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan datang juga ke sini."
"Dengan kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan kesilapan yang saya lakukan."
Dengan mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ terus ketawa. Bila ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung bumi agak lama. BiIa kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah. Tahulah saya bahawa datuk menahan air matanya membasahi kulit pipinya.
"Memang tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa dengan orang-orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu, semuanya terjadi atas kehendak Allah”, nada suara datuk tersekat-sekat.
Dumba terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk-pelukan sejenak. Bila Dumba melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin segera berjabat salam dengan datuk.
"Mari ke rumah saya untuk makan pagi?”, bisik anak angkat Mahyuddin.
"Terima kasih lain kali saja”,balas datuk sambil mengajak kami naik ke rumah arwah Mahyuddin. Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam rumah, datuk mengarahkan anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai kain pelikat, sehelai sejadah serta sekeping tikar mengkuang panjang dua belas. Barang-barang itu datuk suruh hantarkan kc masjid untuk digunakan oleh ramai yang berjemaah di situ. Datuk juga minta anak angkatnya menyelesaikan hutang-piutang Mahyuddin, sekiranya dia ada berhutang ketika hayatnya.
"Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam itu kosong. Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.
"Kembali pada yang hak”, pendek datuk menjawab.
"Ada perca kain kuning tiga segi di tempat peti hitam tuk."
"Biarkan. Orang yang berhak memberitahu kita dia sudah mengambil haknya”
Selesai sahaja datuk berkata, perca kain itu melayang-layang macam ditiup angin, sedangkan angin tidak bertiup ketika itu. Perca kain itu bergerak menuju ke tingkap dan akhirnya hilang.
Apa yang saya lihat itu, dilihat juga oleh Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Dan kehilangan peti hitam itu juga disedari oleh anak angkat Mahyuddin tetapi dia tidak kelihatan cemas.
"Ayah dah beritahu saya, katanya, peti hitam dan isinya akan hilang bila dia mati. Ayahnya juga berhasral unlllk memberikan isi peti hitam pada saya."
"Kau dapat isinya'?", celah datuk.
"Tak dapat. Sebenarnya, kalau tak dapat, kata ayah, saya tak cukup syarat. Tetapi ayah berjanji sebelum dia mati barang dalam peti hitam akan diberikan pada orang yang difikirkannya layak”, terang anak angkat Mahyuddin lagi.
Datuk tidak bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara itu pada anak angkatnya Mahyuddin. Datuk mengajak kami keluar dari rumah dan duduk kembali di halaman. Saya sudah pun membimbit beg rotan empat segi. Di dalamnya termuat beberapa helai pakaian saya dan datuk. Semuanya sudah saya basuh semalam.
Mungkin dalam petua datuk, ketika matahari sudah berada di paras pucuk kelapa dara serta tiupan angin lembut dari arah selatan, adalah saat paling baik untuk memulakan perjalanan. Lagi sekali datuk berjabat salam dengan Dumba. Saya lihat Dumba tidak dapat menahan kesedihan.
"Awak banyak menolong saya dan menyedarkan saya”, kata Dumba.
"Bukan saya. Allah yang membuka hati awak. Saya cuma berusaha”, balas datuk sambil merangkum tangan.
Saya dan datuk pun mula mengatur langkah. Sampai dekat pokok macang (bacang) di liku jalan, dua orang lelaki muncul dengan pakaian yang agak kotor. Baju dan seluarnya terdapat kesan-kesan getah yang sudah keras. Mereka menahan datuk dan saya.
"Kenapa?", suara datuk lembut.
"Tolong kami."
"Tolong apa? Nak minta tolong toreh getah?”, tanya saya.
Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kedatangan dua manusia itu. Mereka mengganggu perjalanan saya dan
datuk untuk segera pulang.
"Jangan biadap. Mana budi bahasa kamu sebagai Melayu?”, telapak tangan kanan datuk menekan pipi kanan saya. Marah sungguh dia dengan sikap saya itu. Datuk terus melayan kedua penoreh getah itu.
"Kami ni selesai menoreh kira-kira pukul tujuh pagi, sementara menanti getah berhenti menitik dalam mangkuk, kami pergi ke kubur Mahyuddin”, terang penoreh yang berbadan kurus.
Dari jauh saya nampak Dumba dan anak angkat Mahyuddin menuju ke arah saya dan datuk.
"Apa yang nak kamu cari di kuburnya?”, datuk jegilkan biji mata. Kedua lelaki itu tersengih. Mereka kelihatan serba salah.
"Apa yang kau orang nak cari di sana?", soal datuk lagi.
"Mahyuddin tu banyak ilmu dunia. Kami nak cari sesuatu darinya”, sahut lelaki yang berbadan kurus.
"Habis, dapat apa yang kamu cari?"
"Huh, kami jumpa harimau atas kuburnya."
"Apa yang kau orang dapat dari harimau tu?"
"Kami takut, lalu lari”, sahut lelaki yang bermata sipit.
Datuk menggigit bibir sambil merenung muka dua lelaki itu.
"Aku tahu, kau orang mahu meninjau. Kemudian kau orang nak menurun nombor ekor di kuburnya”, nada suara datuk meninggi. Kedua lelaki itu anggukkan kepala, mengakui apa yang datuk katakan itu. Ketika itu juga anak angkat Mahyuddin dan Dumba sampai. Datuk terus menceritakan apa yang berlaku.
"Biadab, tidak tahu menghormati perasaan orang lain”, tiba-tiba tercetus ungkapan dari mulut anak angkat Mahyuddin.
"Sabar”, pekik datuk lalu menangkap pergelangan tangan anak angkat Mahyuddin yang mahu melepaskan penumbuk ke muka salah seorang daripada lelaki itu. Badan anak angkat Mahyuddin kelihatan menggeletar menahan perasaan marah.
"Memang, dia orang dagang, tapi,aku anak angkatnya, apa kau orang berdua tidak memikirkan perasaan aku? Apa rasa hati kamu berdua kalau kubur saudara-mara kamu dipermainkan begitu,” anak angkat Mahyuddin terus meluahkan perasaannya.
Saya kira, kalau datuk tidak ada di situ, pasti berlaku pertengkaran.
“Sudahlah, lupakan semuanya itu”, datuk memujuk. Dan lelaki itu segera meminta maaf pada anak angkat Mahyuddin. Dada saya terasa lapang, bila anak angkat Mahyuddin bersedia memaafkan perbuatan kedua lelaki itu. Kemudian datuk menyuruh kedua lelaki itu pergi ke kebun getah untuk mengutip susu getah.
“Kami takut”, ujar kedua lelaki itu serentak.
“Takut apa?”, soal Dumba.
“Takut harimau”
“Pergilah, tak apa. Kalau kau orang tidak berniat serong .Tetapi kalau berhajat nak menurun nombor ekor di situ, batang tengkuk kau orang akan dipatahkan oleh harimau itu”, kata datuk.
Ternyata, kedua lelaki itu enggan beredar. Mereka tidak yakin dengan apa yang datuk katakan itu.
“Apa tunggu lagi, pergilah buat kerja”, Dumba bersuara. Kedua lelaki itu berpandangan sama sendiri, sesekali menoleh ke arah kebun getah, macam mengawasi sesuatu.
“Aku nak balik aje”, tiba-tiba yang berbadan kurus bersuara.
Biji matanya tertumpu ke wajah datuk. Kemudian, dia terus melangkah dengan diikuti oleh kawannya. Datuk segera memintas di hadapan mereka hingga langkah mereka mati.
“Ingat, jangan cuba menurun di kubur atau di pangkal pokok kerana mahu menikam nombor ekor. Itu perbuatan orang syirik. Carilah rezeki cara yang halal, nanti hidup di berkati Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang rendah.
Kedua lelaki itu anggukkan kepala. Datuk langkah setapak ke depan sambil mendepangkan kedua belah tangannya.
“Ingat”, jerit datuk serentak dengan itu kedua belah tangannya singgah ke atas bahu lelaki itu. Saya menarik nafas panjang, bila saya lihat datuk menekan bahu kedua lelaki tersebut. Tekanan yang datuk lakukan itu, saya kira cukup kuat, kalau tidak masakan wajah kedua lelaki itu macam menahan kesakitan. Datuk jatuhkan kedua belah tangannya dari atas bahu kedua lelaki itu. Datuk terus membongkok lalu mengambil sekepal tanah.
"Kamu tahu, asal kita semua dari tanah, ambil tanah ini”, ujar datuk lalu menyerahkan kepalan tanah di tangannya kepada kedua lelaki itu. Macam kena pukau, kedua lelaki itu menahan tangan, menerima tanah yang diberikan oleh datuk.
"Bawa”, sahut kedua lelaki itu serentak.
Mereka renung muka saya sejenak, kemudian mengalihkan biji mata merenung wajah Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Tanpa mengucapkan sesuatu, mereka melangkah menuju ke kebun getah meneruskan kerja masing-masing.
"Apa azimat yang diberi pada mereka?”, soal Dumba pada datuk.
"Azimat?"
"Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.
"Dalam hidup ni, tidak ada azimat. Aku cuma memberi sekepal tanah biasa yang tidak membawa apa-apa makna pada mereka. Tetapi, aku yakin mereka merasakan tanah itu sebagai tangkal yang boleh menghalau harimau."
"Jadi awak menipu mereka?", sanggah anak angkat Mahyuddin sambil tersenyum sinis.
Datuk menggigit bibirnya sambil mata merenung pada pohon getah yang berbaris di hadapannya.
"Aku tidak menipu, apa yang aku lakukan adalah petua orang tua-tua. Manusia yang sedang takut, kalau kita sergah dengan sekuat hati akan jadi berani. Lebih-lebih lagi selepas disergah, kita berikan sesuatu yang kita kirakan boleh memberi kepercayaan atau semangat pada mereka”, datuk membocorkan rahsianya.
Menurut datuk, ketika menyerahkan benda-benda itu mesti cepat dilakukan. Jangan beri kesempatan pada orang yang menerimanya bertanya sesuatu kepada orang yang memberi. Bila orang itu sudah bertanya, pasti menimbulkan keraguan dalam dirinya. Bila sudah ada keraguan dalam dirinya, semangatnya tidak akan padu lagi dan boleh menimbulkan rasa waswas.
Terkejut anak angkat Mahyuddin dan Dumba mendengar penjelasan itu.
"Sebab itulah, orang-orang Melayu dulu, kalau memilih panglima perang, terdiri dari orang yang suara garang. Berbadan tegap dan pintar, kerana orang-orang seperti itu boleh memberi semangat pada anak buahnya. Dari itu lah timbulnya tangkal dan azimat di kalangan orang-orang kita yang kononnya boleh membuat seseorang itu kebal”, sambung datuk lagi.
Saya tersenyum. Dumba saya lihat gelengkan kepala.
"Tetapi, semuanya itu ada sesuatu yang sengaja awak tak beritahu pada kami”, anak angkat Mahyuddin mula mencungkil rahsia diri datuk.
"Tak ada apa-apa. Mana ada azimat dalam Islam. Para sahabat nabi berjuang menentang musuh tidak pakai azimat tetapi mereka berbekalkan semangat dan keyakinan. Mereka berjuang penuh semangat untuk menegakkan Islam. Mereka yakin, mereka tidak akan mati kalau tidak diizinkan Allah yang Maha Besar”, kata-kata yang datuk ucapkan itu membuat anak angkat Mahyuddin dan Dumba tidak mengajukan sebarang pertanyaan lagi.
"Mari”, datuk menarik tangan saya.
"Ke mana tuk'?"
"Hai, baliklah, ke mana lagi?"
Saya pun melangkah menuju ke jalan raya. Dumba dan Mahyuddin terus mengiringi kami. Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami pun sampai ke bibir jalan raya. Berdiri di situ menunggu bas yang mahu pergi ke Tanjung Malim.
Matahari terus bersinar. Bas yang dinanti belum juga tiba. Saya sudah tidak sanggup berdiri dan terus duduk di atas seketul batu.
"Bas”, kata Dumba. Saya segera melompat untuk menaiki bas. Bas pun berhenti, dan saya melangkah ke dalam perut bas. Datuk masih lagi berdiri di tepi jalan. Perbuatannya itu kurang disenangi oleh penjual tiket bas yang berbangsa Cina. Penjual tiket terus memukul alat penekan lubang tiket ke besi bas, memberitahu datuk supaya segera naik.
"Hai orang tua cepatlah. Ini bas bukan sendiri punya”, sergah penjual tiket bas. Pemandu bas yang berbadan tegap membunyikan hon bas.
"Hei cepatlah”, pekik pemandu bas yang berbangsa India itu, sambil memaki-maki datuk. Saya mula terasa takut dan terus duduk di bangku. Tidak ada penumpang di dalam bas.
"Sekejap Encik”, kata datuk.
"Apa lu ingat ini bas lu punya ke?”, sergah pemandu bas dengan wajah yang garang. Datuk tersenyum padanya sambil mengangkat tangan tanda minta maaf. Rupanya, sikap baik yang datuk ditunjukkan itu menambahkan rasa marah pada penjual tiket bas.
"Eh, bodoh naiklah”, sergah penjual tiket.
"Encik, saya tahu saya salah, tapi cakaplah baik-baik sikit”, balas datuk.
"Apa lu ingat lu besar”, jawab penjual tiket.
"Saya tak besar, tapi Tuhan lagi besar dari semua tau”, suara datuk mula meninggi.
Dinding bas terus ditamparnya, serentak dengan itu enjin bas terus mati. Saya turun dari bas. Berdiri dekat datuk yang buat tidak tahu dengan apa yang berlaku. Muka pemandu bas dan penjual tiket mula dibasahi peluh dalam sinar panas mula terik.
"Satu perkara yang mahu aku ingatkan pada kamu berdua, jangan cemas bila melihat harimau berkeliaran di halaman rumah arwah Mahyuddin selama tiga petang berturut-turut. Lepas tiga hari harimau itu akan hilang. Tolong perhatikan kubur Mahyuddin jangan sampai dikeramatkan oleh orang-orang tertentu”, datuk meninggalkan pesan pada Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Mereka bersalaman dan berpeluk-pelukan.
Datuk pijak tangga bas, begitu juga dengan saya. Kami duduk di bangku belakang pemandu bas.
"Apa pasal tak jalan?", tanya datuk pada pemandu bas yang sedang terbongkok-bongkok dengan stereng bas. Pemandu bas segera merenung muka datuk dengan wajah yang masam. Dia menggigit bibir.
"Saya panas, jalanlah apa tunggu lagi”, datuk merungut dan rungutan itu didengar oleh penjual tiket yang berdiri dekat datuk.
Dia pun menghempaskan papan tiket atas bangku, dan memperlihatkan rasa marahnya yang amat sangat pada datuk.
Kalau datuk menegur atau bersuara, pasti dia bersedia melakukan sesuatu. Datuk bangun dan menepuk bahu penjual tiket.
"Saya tolong awak hidupkan enjin bas”, ujar datuk. Penjual tiket dan pemandu bas menjuihkan bibir ke depan sambil merenung sinis pada datuk.
"Sudahlah, lu apa tahu”, ejek pemandu bas.
"Dengan izin Allah, saya boleh menolong awak”, balas datuk lalu memukul kepala gear bas yang tertonjol di situ. Sebaik sahaja datuk melakukannya, enjin bas segera hidup. Pemandu bas terkejut dan terus mematikan suis bas, kemudian menghidupkan kembali. Ternyata enjin bas berjalan dengan baik.
Tanpa mengucapkan sesuatu, pemandu bas duduk kembali di tempatnya lalu menekan minyak dan menolak gear satu, bas pun meluncur dengan tenang. Saya dan datuk melambaikan tangan pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba. Saya terasa ada sesuatu yang aneh berlaku dalam bas. Penjual tiket tidak meminta wang pada datuk walaupun bas itu sudah berjalan hampir tiga batu. Sampai di satu selekoh bas berhenti kerana mengambil orang. Ketika orang itu naik, datuk segera bangun.
"Saya turun di sini, cucu saya saja yang naik bas sampai ke Tanjung Malim. Ini tambangnya”, datuk menghulurkan wang pada penjual tiket. Dalam keadaan serba salah penjual tiket mengambil wang dari tangan datuk, tetapi, wang itu diserahkan pada saya kembali tanpa pengetahuan datuk. Bas terus berjalan, datuk melambaikan tangan pada saya.
"Apa pasal tak ambil tambang?", tanya saya pada penjual tiket.
"Tak apa, lu duduk. Kalau ada inspektor tiket datang, saya boleh cakap."
"Nanti datuk saya marah sama saya."
"Dia mana tahu, dia sudah turun."
"Betul, awak cakap”, balas saya. Penjual tiket itu terus ketawa. Bas berhenti lagi mengambil penumpang. Saya perhatikan hampir separuh bangku dalam bas sudah dipenuhi dengan penumpang. Dan bas kian kerap berhenti lagi mengambil penumpang. Tekak saya mula terasa loya kerana tidak tahan dengan bau minyak diesel. Bagi menghilangkan rasa loya itu saya tekan perut dengan tangan. Akhirnya, saya terlelap. Bila saya terjaga, bas sudah berhenti di perhentian Tanjung Malim. Dua tiga kali saya gosok mata. Saya biarkan penumpang-penumpang lain turun dulu. Biarlah saya turun kemudian. Pemandu dan penjual tiket masih berdiri di tempat masing-masing. Semua penumpang sudah turun. Dada saya mula berdebar. Saya renung wajah penjual tiket.
"Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.
"Tunggu di luarlah. Saya ingat dia tumpang lori, awak tunggu di sana”, ujar penjual tiket sambiI menuding jari telunjuk ke sebuah gerai menjual buah-buahan. Saya terdiam, fikiran saya jadi kelam-kabut. Saya salahkan diri saya sendiri, sepatutnya saya bertanya datuk, ketika dia turun dari bas tadi. Aneh, semuanya tidak terfikir oleh saya ketika itu. Lagi sekali saya menarik nafas panjang. Kali ini pandangan saya tertumpu ke wajah pemandu bas.
"Lu punya datuk bodoh punya orang. Sudah naik bas apa pasal mahu turun?”, pemandu bas menyatakan rasa kesalnya. Tiba-tiba wajah pemandu bas jadi pucat, mulutnya terlopong. Matanya tajam merenung ke bahagian belakang bas. Saya segera menoleh, saya juga terkejut besar. Dua tiga kali saya gosokkan mata bagi memastikan apakah yang saya lihat itu satu kenyataan atau khayalan saya saja.
“Tuk”, kata saya.
"Ya, ini memang datuk kau Tamar, kau tidak berkhayal kau menghadapi kenyataan”, suara datuk parau. Saya segera menerkam ke arahnya lantas menjabat tangannya. Datuk terus menghampiri pemandu dan penjual tiket.
"Eh, orang tua lu manusia ke hantu?'', tanya penjual tiket penuh rasa curiga. Datuk tersenyum lalu menepuk bahu penjual tiket.
"Saya manusia serupa macam awak”, kata datuk.
"Tadi, awak turun macam mana awak boleh duduk di belakang?"
"Betul, saya turun. Saya jalan kaki ke sini. Masa bas berhenti di sini, saya naik tapi awak tak nampak”, datuk memberi penjelasan pada pemandu bas yang menyoal. Saya gosok batang hidung dua tiga kali. Saya tidak tahu kenapa datuk melakukan semuanya itu.
"Saya buat macam ni, supaya lain kali awak jangan cakap besar dan sombong. Saya mahu awak belajar menghormati orang tua-tua, tidak kira apa bangsa pun, kerana awak juga satu hari akan menjadi tua”, datuk memulangkan paku buah keras pada pemandu dan penjual tiket. Saya lihat pemandu dan penjual tiket terdiam. Mereka tarik nafas panjang penuh rasa takjub. Saya dan datuk turun dari bas. Tiba-tiba pemandu dan penjual tiket meluru ke arah datuk. Kedua belah tangan datuk mereka sambar untuk dicium, kemudian mereka terus membongkok macam mahu menyembah datuk.
"Jangan”, kata datuk sambil menarik tangan kiri dan kanannya. Kemudian datuk menyuruh mereka menegakkan badan. Mereka patuh dengan cakap datuk.
"Dalam ajaran Islam, tidak boleh menyembah sesama manusia kerana manusia itu adalah sama di sisi Allah, baik dia hitam atau pun putih”, datuk terus menepuk-nepuk bahu kedua lelaki itu.
"Tapi, awak lain macam punya orang?"
"Lain macam mana?"
"Awak boleh mati dan hidupkan enjin kereta, kemudian awak boleh berjalan laju macam bas."
"Semuanya itu cara kebetulan saja”, kata datuk tersekat-sekat. Orang ramai mula menghurung datuk. Pemandu bas itu terus juga mengajukan berbagai-bagai pertanyaan. Semua pertanyaan itu mempunyai unsur-unsur memuja dan mengagumi diri datuk. Satu perbuatan yang tidak disenangi oleh datuk.
"Mari”, datuk terus menarik tangan saya. Kami menyusup di celah-celah orang ramai yang mengelilingi pemandu dan penjual tiket.
"Tengok, tadi orang tua tu ada di sini sekarang dia sudah hilang. Dia banyak ganjil punya orang, saya ingat dia hantu”, suara pemandu bas meninggi.
Orang ramai yang berada di perhentian bas jadi kelam-kabut lalu menuju ke tempat pemandu dan penjual tiket. Tidak lama kemudian suara pemandu bas itu kian menurun dan hilang, digantikan oleh suara ketawa dari orang ramai.
Datuk dan saya hanya melihat peristiwa yang melucukan dari jarak dekat, kira-kira lima atau sepuluh kaki saja jaraknya dari orang ramai yang mengelilingi pemandu bas. Anehnya, setiap orang yang lalu di hadapan kami bagaikan tidak nampak dengan batang tubuh saya dan datuk. Seolah-olah kami tidak wujud di situ. Mereka berulang-alik dan kami terpaksa mengelakkan diri dari dilanggar.
"Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.
"Bagaimana bila orang sudah tidak ada, kita jumpa mereka tuk?"
"Tak payahlah, lain kali saja kalau ada umur aku jumpa mereka."
"Tapi, mereka jadi serba salah tuk, orang menuduh mereka gila."
Datuk memicit pangkal dagunya. Orang ramai yang menghurung pemandu dan penjual tiket mula berkurangan. Dan setiap orang yang meninggalkan kawasan itu menuduh mereka mabuk todi. Akhirnya pemandu dan penjual tiket mula sedar yang perbuatan mereka, adalah perbualan sia-sia. Mereka masuk ke dalam perut bas kembali, kerana bangku-bangku kosong dalam bas sudah dipenuhi dengan para penumpang.
"Syukurlah, keadaan sudah tenang”, kata datuk.
Tanpa banyak soal saya terus mengekori datuk menuju ke jalan besar. Ketika kami berjalan di kaki lima bangunan di situ, sebuah kereta Morris Minor berwarna hitam berhenti. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan meluru ke arah datuk.
"Kenal saya?", kala lelaki itu.
"Rasanya, saya kenal."
"Bukan rasa, memang dah kenal. Bukankah awak yang menolong anak saya dulu."
"Oh, bagaimana dengan anak awak?"
"Sudah jadi manusia. Awak nak ke mana ni?"
"Saya sebenarnya nak ke Ipoh."
"Begini”, lelaki itu tidak meneruskan perkataannya. Ada semacam keraguan bermain dalam kepalanya. Dia nampak keberatan untuk menyatakan sesuatu pada datuk.
"Terangkan pada saya”, datuk mendesak. Lelaki itu mempamerkan senyum. Dengan nada suara yang lemah dia berkala:
"Saya tak dapat nak menolong awak. Saya tak dapat nak menghantar awak hingga ke Ipoh."
"Itu yang awak susahkan, saya tak minta awak berbuat begitu."
"Saya tahu, awak sudah menolong saya. Alangkah baiknya dalam saat begini saya boleh menolong awak."
"Jangan begitu. Setiap pertolongan yang saya berikan tidak minta dibalas”, suara datuk cukup tenang. Lelaki itu tunduk merenung simen kaki lima.
"Saya mahu ke Sungkai. Bagaimana kalau awak berdua menumpang saya sampai ke Sungkai?"
"Boleh juga”, balas datuk.
Tanpa membuang masa, saya dan datuk masuk ke perut kereta. Sepanjang perjalanan itu, lelaki tersebut tidak putus-putus melahirkan rasa kesalnya kerana tidak dapat menghantar datuk hingga ke Ipoh.
"Kalau saya tak ada hal mustahak di Sungkai, saya hantar awak hingga ke Ipoh. Jasa awak menolong anak saya dulu, belum dapat saya balas”, lelaki itu terus mengeluh sambil memaut stereng kereta erat-erat.
Saya yang duduk di bahagian belakang kereta, terus melihat pokok-pokok dan bukit-bukau yang tertegun di kiri kanan jalan. Satu pemandangan yang amat mengasyikkan buat saya. Seronok benar saya melihat daun-daun pokok yang menghijau itu.
"Awak tak usah sebut-sebut lagi perkahwinan itu. Bersyukurlah pada Allah kerana anak awak sudah baik. Awak tak perlu memikirkan untuk membalas jasa saya”, cara mendadak datuk bersuara.

54. Penunggu Rotan Semambu
“Sebagai
manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah menolong seseorang
kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak menyuruh kita menuntut
sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana tolong menolong antara satu
sama lain itu adalah amal jariah kita sesama manusia.”
Saya lihat lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata-kata dari datuk itu. Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan perhatian pada kenderaan yang dipandunya, membuat lelaki itu tidak mengemukakan sebarang pertanyaan pada datuk. Rupa-rupanya datuk senang dengan keadaan demikian. Dia merapatkan kedua belah kelopak matanya macam orang tidur. Saya tahu benar-benar, bila datuk berbuat demikian fikirannya tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia sebenarnya memusatkan hati dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang berpuluh-puluh atau beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya tidak tahu bagaimana datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada tempat tersebut, kadang-kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu kejadian di tempat yang dihayatinya.
"Tamar."
"Ya Tuk."
"Nenek kau tidak berapa sihat, sudah dua hari demam tapi masih boleh berjalan dan menumbuk padi"
"Kasihan nenek tuk, kalau kita sampai cepat saya tolong dia menumbuk padi di lesung."
"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.
Rupanya percakapan saya dengan datuk diikuti dengan teliti oleh orang yang memandu kereta itu. Dia mengerutkan dahi mungkin sedang memikirkan sesuatu, fikir saya. Kereta yang kami tumpangi terus merempuh beberapa selekoh tajam.
"Macam mana awak boleh tahu tentang hal isteri awak?", tanya lelaki itu sambil menjeling ke arah datuk. Saya renung muka datuk.
"Menggunakan pancaindera yang lima pemberian Allah, saya manfaatkan pemberian itu dengan sebaik mungkin. Tetapi, sebelum menggunakan kita harus mengenali Allah terlebih dahulu. Andainya kita mahu menggunakannya tanpa mengenali Allah terlebih dahulu pun boleh juga tetapi ... “, datuk berhenti bercakap, matanya merenung keluar. Dua tiga kali datuk mengangkat bahu kanannya, macam ada sesuatu yang mengusik di bawah ketiaknya.
"Cuba jelaskan biar saya faham?”, desak lelaki itu. "Kalau dibuat juga dengan tidak mengenali Allah, orang yang melakukannya akan dikuasai syaitan."
"Hum “, begitu suara lelaki itu pendek dan membayangkan dia faham dengan apa yang dikatakan oleh datuk itu.
Akhirnya kami pun sampai di pekan Sungkai. Dari situ, datuk dan saya menyewa sebuah teksi terus ke Ipoh. Lebih kurang pukul empat petang saya dan datuk sampai ke kampung. Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sampai ke rumah ialah menuju ke bilik nenek. Saya lihat nenek terbaring dengan tubuhnya berselimut dengan kain batik Jawa.
“Tamar.”
“Ya nek.”
“Tolong picit kan kaki nenek.”
“Baik nek.”
Saya pun terus memicit kedua belah kaki nenek yang sejuk itu. Menurut nenek, sebelum dia menumbuk padi tadi, demamnya tidaklah berapa terus. Tetapi, setelah lima gantang padi selesai ditumbuk seluruh sendinya terasa sakit.
“Kenapa nek tak hantar padi ke kilang?”, tanya saya.
“Memang turun temurun kita tumbuk pagi, belum pernah kita menghantar ke kilang. Padi yang sudah di kilang rasanya tak sedap. Khasiatnya banyak yang kurang”, jelas nenek.
Saya pun tidak mengemukakan sebarang pertanyaan padanya. Dan terus memicit seluruh tubuh nenek. Kira-kira setengah ham kemudian, datuk datang membawa sebiji kelapa muda dan beberapa helai daun sirih. Datuk menyuruh nenek bangun. Datuk masukkan tiga helai daun sirih ke dalam perut kelapa muda yang sudah ditebuk. Dibiarkan daun sirih terendam dalam air kelapa kira-kira sepuluh minit. Datuk keluarkan daun sirih itu kembali. Terus dilipat menjadi tiga segi. Akhirnya datuk hancurkan daun sirih itu di telapak tangannya.
Daun sirih yang sudah dihancurkan itu mengeluarkan air. Dan air daun sirih itu datuk sapukan pada kedua belah buku lali nenek. Dari buku lali, air sirih itu disapukan ke belakang serta ke setiap sendi badan nenek. Bila semuanya sudah selesai datuk suruh nenek minum air kelapa muda.
“Minum dengan senafas. Kalau boleh habiskan sekali”, pesan datuk pada nenek. Semua pesan itu nenek patuhi. Sebaik saja air kelapa habis terminum nenek kelihatan lemah dan tidak bermaya. Badannya kelihatan lembik, kelopak matanya sudah tidak boleh dibukakannya. Datuk rebahkan nenek atas tikar dan terus menyelimutinya.
“Air kelapa mengeluarkan panas tetapi melemahkan badan. Dengan itu, dia akan dapat berehat, air sirih dapat mengembalikan pergerakan urat-urat yang lemah”, bisik datuk pada saya. Dia terus ke dapur mengambil bawang putih dan halia. Semua bahan-bahan itu ditumbuk dalam lesung batu hingga hancur. Bila sudah hancur, dikeluarkan dari lesung batu dan dimasukkan ke dalam gelas lalu di campur dengan satu sudu madu lebah serta air panas.
"Bila nenek kau bangun nanti, suruh dia minum benda ini", datuk menyerahkan gelas pada saya.
Datuk terus meninggalkan bilik nenek. Datuk menuju ke halaman rumah. Saya tidak tahu apa yang dilakukannya di situ. Saya terus memicit-micit jari-jari kaki nenek. Tiba-tiba nenek bangun dan membuang kain batik jawa yang menyelubung tubuhnya. Muka nenek kelihatan merah dan berpeluh.
"Aku dahaga, ambilkan aku air.”
"Ini airnya."
Saya serahkan cawan yang diberikan oleh datuk itu pada nenek. Tanpa membuang masa lagi nenek terus meminumnya. Atas permintaan nenek saya meninggalkan biliknya. Menurut nenek badannya sudah tidak sejuk lagi, sendi-sendi badannya juga sudah tidak terasa sakit.
--- oooOOOooo ---
Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu. Semun kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari datuk.
Selain dari memburu, ada minat baru yang datang secara mendadak dalam diri datuk. Minat baru datuk ialah mencari rotan. Tujuan datuk mencari rotan bukanlah untuk mencari wang seperti yang dilakukan oleh pencari-pencari rotan yang lain. Datuk cuma mencari rotan semambu untuk dibuat tongkat yang jumlahnya bukan sedikit dan bentuknya pula bermacam-macam. Semua tongkat rotan itu datuk aturkan di ruang tengah rumah dan berjaya menarik perhatian setiap tetamu yang datang ke rumahnya. Datuk tidak akan menjual tongkat-tongkatnya itu, walaupun ditawar dengan harga yang tinggi. Tetapi, datuk akan memberikan tongkat secara percuma pada sesiapa yang difikirkan layak diberi.
"Bersiap, pagi esok lepas sembahyang subuh kita ikut Mamat Bukit dan kawan-kawannya mencari rotan di hutan Bubu dekat Senggeng”, kata datuk pada saya pada suatu pagi.
"Itu pun kalau kau nak ikut”, tambah datuk.
"Saya nak ikut tuk”, jawab saya tegas. Datuk terus menepuk kepala saya berkali-kali.
Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu tong plastik besar.
"Nasi bekal itu taruh dalam beg Tamar. Tong air itu biar aku yang bawa”, kata datuk sebaik saja dia menunaikan sembahyang Subuh. Datuk sudah pun mengenakan pakaian yang biasa digunakannya ketika masuk hutan. Sementara menanti Mamat Bukit dan kawan-kawannya tiba, datuk dan saya duduk di anjung rumah.
Beberapa minit kemudian Mamat Bukit dan kawan-kawannya pun tiba. Saya dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek cuma melihat langkah kami dengan teliti hingga hilang dari pandangannya.
Berjalan di hutan dalam keadaan cuaca yang agak samar dan sejuk itu amat menyulitkan bagi diri saya. Badan saya menggeletar sendirian. Sebelum matahari terbit di kaki langit, kami sudah pun meredah empat hutan dara dan hutan tebal. Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang lalu berehat di situ. Saya sandarkan badan ke pangkal pokok meranti. Mamat Bukit dan kawan-kawannya (empat orang semuanya) terus menebas anak-anak pokok di situ dengan golok perak. Datuk terus bergerak dari pokok ke pokok, memukul perdu dengan sepotong kayu.
Badan saya masih terasa dingin walaupun sinar matahari mula menjalar di bumi yang lembap. Burung-burung liar yang beraneka bentuk dan warna mula berterbangan sambil berbunyi. Matahari terus memancar, keadaan di sekeliling juga turut beransur cerah.
"Kita minum dulu”, kata datuk sambil duduk. Mamat Bukit dan kawan-kawannya berhenti menebas. Mereka terus duduk dan mengeluarkan bekalan air kopi masing-masing. Selesai minum kopi Mamat Bukit segera menggulung rokok daunnya bersama tembakau jawa. Dia kelihatan puas setelah menyedut rokok daun.
"Dah mandi embun?", Mamat Bukit menyoal datuk.
"Sudah."
"Rotan semambu banyak sebelah sana."
Mamat Bukit mengarahkan jari telunjuk ke arah barat daya yang berhutan tebal. Datuk merenung ke situ sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kawan-kawan Mamat Bukit memasukkan bekalan air kopi ke tempat asalnya, mereka terus bangun sambil mengeliatkan pinggang masing-masing beberapa kali.
"Kita berpecah. Udin Candung ikut aku. Dollah Beranggas ikut Samad Perang. Sebelum waktu Asar kita bertemu di sini dan dirikan pondok untuk bermalam. Petang esok baru kita balik”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah pada kawan-kawannya. Mereka pun bergerak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Mamat Bukit.
"Kita macam mana tuk?”, saya renung muka datuk.
"Kita ada rancangan kita sendiri, sabarlah Tamar."
"Tapi, kita dah bercerai dengan mereka?"
"Tak apa”, nada suara datuk cukup lembut. Dia terus menyangkutkan golok perak di tali pinggang yang dibuat dari kulit yang selebar satu inci. Saya segera bangun, beberapa ekor pacat hutan kelihatan merayap di atas daun kering menuju pada saya. Datuk saya lihat masih lagi berdiri di situ, tidak ada tanda-tanda untuk melangkah.
"Bagaimana kita tuk, boleh kita mulakan sekarang?", soal saya lagi.
Datuk tetap membisu dan masih mundar mandir di hadapan saya. Inilah saat-saat yang paling saya benci, bila datuk bertindak demikian. Cara yang paling baik saya lakukan ialah turut sama membisu. Biarkan apa saja yang mahu datuk lakukan. Tindakan saya ilu memang ada untungnya. Saya tidak marah atau merungut sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan pada datuk.
Matahari kian meninggi, saya renung ke utara dan nampak barisan Gunung Titiwangsa yang tertegun kaku, kabus nipis kelihatan mengelilinginya. Buat beberapa saat saya bagaikan terpukau pada keindahan semula jadi dalam pancaran sinar matahari pagi yang kian meninggi.
Dari arah belakang saya terdengar sesuatu yang agak ganjil, macam bunyi orang mematahkan anak-anak pokok hutan yang kecil. Bunyi itu makin lama makin jelas dan dekat. Saya renung datuk yang sedang membongkok, mencabut anak pokok besar jari kelingking. Mustahil datuk tidak dapat mendengar bunyi suara terscbut, pendengarannya lebih tajam dari saya. Tetapi, kenapa dia tidak bertindak atau membuat persediaan? Sedang saya melayan pertanyaan dalam hati, Bunyi suara ranting dan pokok hutan yang dipatahkan bertambah hebat, saya jadi cemas.
Tanpa berfikir panjang saya terus memalingkan muka ke belakang. Saya terkejut, sepasang kaki saya menjadi lemah tidak mampu menahan tubuh untuk berdiri tegak. Sekawan gajah dalam jumlah enam hingga tujuh ekor mengangkat belalai masing-masing ke arah saya sementara kaki gajah yang sebesar batang kelapa dara memijak anak-anak pokok hutan di sekeliling hingga menjadi rata dan ranap. Dalam waktu cemas begitu, saya jadi panik tidak lahu apa yang palut saya lakukan. Gajah-gajah liar itu terus mara seolah-olah batang tubuh saya tidak wujud di depan mereka. Telinga gajah yang lebar itu terus memukul badan masing-masing dan melahirkan bunyi yang agak kurang menyenangkan buat diri saya.
Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa badan saya macam disambar sesuatu, melayang-Iayang dan akhirnya tercampak di perdu pokok besar, kira-kira tiga puluh kaki jaraknya dari kumpulan gajah-gajah liar.
Buat beberapa saat pandangan saya berpinar-pinar dan pendengaran saya jadi pana (tuli). Bila keadaan sudah pulih, saya lihat datuk berdiri di hadapan kumpulan gajah liar sambil memegang sebatang pokok kecil di tangan kanan. Tangan kirinya diangkat melepasi kepalanya. Gajah-gajah liar itu bagaikan berhenti dari melangkah sambil menegakkan belalai masing-masing setinggi yang boleh. Tempikkan dilahirkan oleh gajah-gajah itu dalam keadaan yang serentak membuat suasana di dalam hutan menjadi kacau bilau dan kelam kabut.
"Pusing ke sana”, pekik datuk dengan sekuat hati. Kesemua gajah-gajah liar itu memusingkan badannya mengikut arahan tangan kiri datuk.
"Kita semua makhluk Allah dan sama-sama mencari rezeki pemberian-Nya. Kau dengan cara kau. Kami dengan cara kami. Jalankan kewajipan masing-masing dan jangan kami”, tambah datuk sambil menjatuhkan tangannya.
Aneh sekali gajah-gajah liar itu bagaikan mengerti dengan cakap datuk. Sambil menjatuhkan belalai gajah-gajah itu bergerak ke kanan menuju ke kawasan yang banyak ditumbuhi pokok enau dan bayas.
"Bangun Tamar."
"Tak boleh tuk, saya sakit."
"Di mana?"
"Tangan dan paha kanan tuk.”
"Hum..."
Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.
"Bangun”, ucapnya.
Saya pun bangun dan melangkah duatiga tapak.
"Lagi di mana terasa sakit Tamar?"
"Bahu."
Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke hujung siku, kulit saya menjadi lebam.
Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa sakit yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil dengan serta-merta.
"Tunggu di sini”, bisik datuk ke telinga. Saya anggukkan kepala. Datuk menuju ke perdu pokok salak, selembar daun salak yang masih hijau diambilnya. Dari situ datuk melangkah ke arah pokok jelutung dan terus terbongkok-bongkok di situ, macam mencari sesuatu. Datuk datang pada saya kembali menatang sesuatu di dalam daun salak, saya lihat benda yang datuk tatang itu lembik berwarna agak hijau muda. Tanpa berkata apa-apa datuk terus melumurkan benda itu di bahagian badan saya yang lebam dan daun salak muda terus dibekamnya sekali. Bagi mengelakkan daun salak itu jatuh, datuk terus mengikatnya dengan akar berwarna kebiru-biruan yang datuk ambil di tanah.
"Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."
"Baik tuk”, badan saya rebahkan ke bumi.
Datuk terus duduk di sisi saya dengan wajah yang tenang dan sabar.
"Apa rasanya?", tanya datuk.
"Panas sampai ke tulang."
"Tak apa, sikit lagi sakit kau baik."
Lama juga saya terbaring di tanah. Muka saya berpeluh disimbah sinar matahari, tetapi rasa sakit seluruh badan terasa beransur-ansur kurang, kemudian hilang terus.
"Bangun, dan berlari.”
Saya segera bangun dan terus berlari dengan mengelilingi kawasan tanah lapang. Saya berhenti berlari atas perintah datuk.
"Apa rasanya badan kau?"
"Dah tak sakit lagi tuk."
"Mari dekat aku. Biar aku buka balut di lengan kau."
Saya terus menghampiri datuk. Tangan kanan saya hulurkan padanya. Datuk terus membelek-belek tangan saya itu seketika. Daun salak yang hijau itu saya lihat menjadi kecut, macam terkena bahang api. Sebelum membuka balut tersebut datuk terlebih dahulu merentap tangan kanan saya secara mengejut hingga berbunyi. Bila balutan itu dibuka, lebam yang memanjang dari bahu hingga ke hujung siku sudah tidak ada lagi. Bila datuk menekannya dengan ibu jari, sudah tidak terasa sakit lagi. Saya boleh menggerakkan lengan kanan itu seperti biasa.
Baju yang koyak datuk cantumkan kembali dengan menggunakan sejenis getah yang diambilnya dari sebatang pokok. Datuk tidak menyatakan pada saya, getah pokok jenis apa yang diambilnya dan saya tidak berminat untuk bertanya padanya.
"Kita melangkah sekarang, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mamat Bukit. Aku harap kita dapat rotan semambu yang elok”, datuk menggeliat dua tiga kali sambil melihat arah kedudukan matahari.
Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Mamat Bukit, langkah datuk terlalu cepat, andainya saya menoleh ke arah lain datuk akan hilang dari pandangan saya. Berjalan dalam hutan yang penuh dengan akar-akar kayu, tunggul-tunggul lama serta pokok-pokok besar bukan satu hal yang mudah bagi diri saya. Tetapi, hal semacam itu tidak menimbulkan masalah buat diri datuk.
"Ubat apa yang tuk balutkan ke lengan saya tadi?"
"Tahi gajah."
"Tahi gajah?”, ulang saya dengan rasa yang amat terkejut.
Datuk berhenti melangkah lalu merenung muka saya bersama segaris senyum. Tekak saya terasa loya dan badan terasa geli.
"Itu petua orang tua-tua dan hasilnya sudah kau lihat sendiri. Kau tak perlu risau, petang nanti kau cuci badan kau dengan tujuh jenis daun yang aku cari”, kata datuk lagi.
Dia meneruskan perjalanan. Saya juga begitu. Saya dan datuk terpaksa menyeberangi sebatang anak sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak seluang berkejaran di celah-celah batu. Airnya terasa sejuk sekali. Kemudian kami mendaki bukit kecil sebelah kanan tebing sungai. Di lereng-lereng bukit itu kami menemui rotan yang banyak tetapi rotan yang ada di situ bukanlah rotan yang dicari oleh datuk.
Kami mendaki ke puncak bukit. Datuk terpegun melihat rotan semambu yang terdapat di situ. Dia bagaikan orang gila menerkam dari satu perdu rotan ke satu perdu rotan. Semua rotan semambu yang dilihatnya menarik belaka, tidak tahu yang mana satu harus diambilnya. Mungkin kerana penat bergerak, datuk terus duduk sambil melunjurkan kedua belah kakinya. Saya masih lagi melihat daun rotan yang menghijau, bergoyang-goyang ditiup angin.
"Kau pergi ke bawah ambil air di sungai”, datuk mengeluarkan perintah. Wajahnya saya renung dan datuk bagaikan tahu apa yang menjadi persoalan dalam diri saya ketika itu.
"Kau tak ada bekas nak isi air?"
"Ya tuk."
"Itu perkara mudah, biar aku buatkan", datuk pun bangun.
Dia mengambil daun hutan yang lebar lima enam lembar, daun-daun itu di cantumkannya. Bagi mengelakkan daun yang dicantumkan itu terbuka, datuk menggunakan rotan kecil yang ditajamkan dan dicucuk pada setiap sendi atau pelipat daun hutan yang sudah dijadikan dalam bentuk baldi empat segi.
"Sekarang kau pergi ambil air."
Saya pun menuruni lereng bukit dengan hati-hati. Tetapi, hati berasa kurang sedap. Saya bagaikan merasa ada mata di dalam hutan itu yang memerhatikan gerak-geri saya. Bila saya berdiri di tebing sungai, saya terdengar bunyi orang berenang di sebelah hilir. Saya terus menoleh ke arah itu, apa yang saya lihat ialah air jernih kelihatan berkilau-kilauan dipanah matahari. Saya kira, apa yang saya dengar itu cuma perasaan saja, mana mungkin ada manusia di dalam hutan selain saya dan datuk. Tidak masuk di akal air sungai yang cetek itu membolehkan manusia berenang di dalamnya. Kalau boleh pun pasti yang melakukannya manusia dungu, fikir saya.
Saya terus mengambil air sungai dan membawa pada datuk. Kami terus makan tengahari dalam hutan. Setelah makan datuk pula pergi ke sungai, mandi dan mengambil air sembahyang. Lepas itu, barulah datuk memilih rotan semambu yang dikira baik untuknya. Datuk cuma mengambil tiga batang saja.
"Tiga pun sudah cukup, lain kali aku datang lagi”, kata datuk pada saya sambil meneliti ruas rotan semambunya.
Kedua belah tangan datuk genggam, dengan genggaman itu juga datuk menyukat rotan semambu dari hujung ke pangkal. Datuk memulakan sukatan itu dengan perkataan untung dan rugi. Bila sampai ke bahagian pangkal semuanya berakhir dengan perkataan untung. Kepalang gembiranya datuk, senyuman terus bermain di bibirnya.
Senyuman di bibir datuk terus berhenti dikejutkan oleh bunyi perdu rotan semambu, dedaun rotan berguguran macam ada tangan raksasa yang menggoncangnya, akar-akar rotan tercabut sendiri.
"Syaitan”, kata datuk.
"Bukan tuk, penunggu rotan semambu."
"Mana ada penunggu, penunggu tu syaitan”, suara datuk mula meninggi dan dia terus berdiri merenung ke arah perdu rotan semambu yang sudah tercabut. Saya menarik nafas panjang. Rasa takut dan cemas terus menguasai diri. Datuk tidak berganjak dari tempat asalnya, matanya tidak berkedip merenung pada setiap perdu rotan yang tercabut.
Saya terkejut bila terdengar bunyi deru seperti bunyi jentera penolak datang, semua pokok-pokok di situ bergoyang. Datuk segera membongkok lalu mengambil tanah dan tanah itu dikepal-kepalnya macam nasi. Dengan sepenuh tenaga dia melemparkan kepalan tanah itu pada perdu yang tercabut. Suara jentera hilang dan perdu rotan semambu saya lihat tetap seperti keadaan asal, tidak tercabut.
"Syaitan, syaitan”, datuk menyebutnya berulang kali sambil mengajak saya beredar dari situ tanpa membawa rotan semambu yang diambilnya.
"Ke mana kita nak pergi tuk?"
Saya terus mengikutinya menuju ke arah timur bukit kecil, sambil berjalan itu datuk terus memperkenalkan jenis pokok hutan pada saya. Akhirnya datuk mematikan langkahnya. Dia terasa kakinya tersepak kan sesuatu yang keras. Dia terus membongkok dan memeriksa tanah yang dipijaknya. Bila datuk tegakkan badan, di tangannya terlekap sepotong besi yang panjangnya kira-kira enam inci. Besi itu sudah berkarat dan bentuknya bulat kecil, kira-kira sebesar ibu jari tangan orang dewasa.
"Tulang mawas agaknya tuk?"
"Bukan."
"Kalau bukan besi apa pula tuk?"
"Inilah yang aku fikirkan."
Datuk terus duduk di tanah. Besi itu terus ditelitinya. Ketika itu matahari sudah agak condong kedudukannya. Dalam perkiraan saya, jika matahari itu bergerak atau tergelincir dari kedudukannya dalam jarak dua jengkal bererti waktu Asar sudah tiba. Saya mencadangkan pada datuk supaya pulang saja ke tempat asal (tempat bermalam yang dicadangkan oleh Mamat Bukit). Datuk menolak cadangan saya itu, dia masih mahu mencari rotan semambu lagi. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengikutinya. Kami terus mara dalam hutan tebal. Tetapi perjalanan yang rancak itu berhenti juga, bila kami berhadapan dengan rangka besi yang bentuknya macam ekor ikan paus tersadai di satu kawasan.
"Rangka bas tuk."
"Bukan. Aku tengok macam ekor kapal terbang”, balas datuk. Dia terus menghampiri ekor kapal terbang sambil mengetuk-ngetuknya dengan belakang parang. Pada bahagian ekor yang terpacak ke atas terdapat nombor. Manakala pada bahagian tepinya (badan) terdapat perkataan ‘The Air Transport Command’ serta ‘The US Army Air Force'. Perkataan itu terus melekat di kepala saya hingga kini.
Seluruh kawasan itu kami periksa dengan teliti, begitu juga dengan bahagian dalamnya. Semua alat di dalamnya masih baik. Tanpa mengusik sesuatu kami meninggalkan rangka kapal terbang itu. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asal. Bila sampai di tempat datuk mengambil rotan semambu tadi, dilihatnya tiga batang rotan semambu yang dipilihnya masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang datuk terus mengambilnya, kemudian kami mandi di sungai.
Bila kami sampai ke tempat mula-mula tiba tadi, Mamat Bukit dan kawan-kawan sudah ada, malah mereka sudah pun membuat bangsal kecil untuk bermalam. Beberapa longgokan rotan seni terdapat di situ.
"Sebelah sana, ada alur air untuk mandi dan ambil air sembahyang. Airnya jernih yang datang dari gunung”, kata Mamat pada datuk. Alur ialah aliran air atau parit kecil yang airnya sentiasa mengalir. Datuk senang dengan penerangan Mamat Bukit. Dia terus ke situ mengambil air sembahyang.
Setelah selesai menunaikan sembahyang Asar, saya terus berborak dengan kawan-kawan Mamat Bukit. Macam-macam hal yang kami kisahkan. Tetapi datuk tetap merahsiakan kejadian ganjil yang dialaminya ketika mengambil rotan semambu tadi.
"Kami jumpa bangkai kapal terbang orang putih”, ujar Samad Perang sambil menunjukkan barang-barang yang diambilnya dari bangkai kapal terbang. Antara barang-barang itu ialah tiga biji topi yang ada lambang tentera, dua bekas air, selimut, dua pasang sepatu kulit, pisau, serta buku catatan.

55. Mamat Bukit Yang Gagah
Saya dan
datuk berpandangan, tahulah kami sebelum kami tiba ke situ, mereka terlebih
dahulu sampai.
"Lagi apa yang kau dapat?", tanya Mamat Bukit pada Dollah Beranggas sambil merenung muka Samad Perang. Mereka berbalas senyum. Dengan tenang Dollah Beranggas mengeluarkan seluar dan baju kelabu yang ada tanda tentera di dadanya. Dia juga mengeluarkan beberapa kerongsong peluru.
"Ini baju dan seluar dalam perempuan. Aku jumpa tiga keping gambar”, Dollah memberikan gambar-gambar itu pada datuk. Habis saja datuk melihatnya diserahkan pada saya. Saya lihat gambar itu dengan tenang, dua keping gambar menunjukkan dua orang lelaki bersama keluarganya, manakala yang sekeping lagi gambar seorang gadis bersama orang tuanya. Saya kira lelaki tua itu ayahnya.
"Saya fikir barang-barang ni membahayakan diri kita. Kalau kita tertembung dengan orang dalam (komunis) kita akan ditahan, dan kita tak boleh mencari rotan di sini”, ujar Mamat Bukit.
"Apa yang nak ditakutkan? Kita jumpa dari bangkai kapal terbang. Orang dalam tu sendiri tentu sudah jumpa lebih dahulu dari kita. Aku ingat orang-orang yang ada di dalamnya sudah dibunuh”, Dollah Beranggas bersuara.
Dia terus memberitahu datuk yang dia dan kawan-kawannya pernah melihat sebuah kapal terbang berlegar-legar rendah di kawasan hutan Bubu, Senggeng, kemudian terus hilang.
"Aku melihatnya dari Kampung Cangkat pada satu petang kira-kira tiga bulan yang lalu, dan sekarang kita sudah jumpa”, tambah Dollah Beranggas lagi. Dia enggan memenuhi permintaan Mamat Bukit yang mahu semua barang-barang itu dibakar.
"Demi keselamatan diri kita, ada baiknya kita bakar”, kata datuk. Dan cakap datuk itu segera dipatuhi. Selepas menunaikan sembahyang Maghrib, semua barang-barang itu jadi bahan unggun api. Rasa sedih dan hampa terbayang di wajah Samad Perang dan Dollah Beranggas.
Kira-kira dua belas malam, bangsal tempat kami berteduh bergegar, macam digoncang orang. Datuk yang sedang wirid membaling tasbih segera membangunkan Mamat Bukit dan Mamat Bukit memerintahkan kawan-kawannya memeriksa setiap penjuru bangsal. Tidak terdapat tanda-tanda kesan orang atau binatang liar yang datang ke situ. Keadaan begini mendatangkan rasa cemas di hati saya.
"Tiga batang rotan semambu saya hilang”, datuk mengadu kepada Mamat Bukit yang masih tercegat di depan bangsal. Wajah Mamat Bukit saya lihat cemas sedikit.
"Di mana awak letak?"
"Saya letak dekat hujung lutut."
"Awak dah cari?"
"Nak cari apa, masa bangsal ni bergoyang rotan semambu masih ada lagi di situ tak sampai seminit rotan semambu itu hilang dari mata.
Mamat Bukit terdiam mendengar penjelasan dari datuk. Dengan lampu picit berubat (bateri) lapan, Mamat Bukit menyuluh tempat datuk meletakkan rotan semambunya. Datuk menepuk dahi dua tiga kali, rotan semambunya masih berada di situ. Bila datuk mahu menjamahnya, Mamat Bukit segera menahannya.
“Jangan, kita tengok dulu”, kata Mamat Bukit tanpa mengubah pancaran cahaya lampu picit nya. Tiga batang rotan semambu itu bergerak-gerak dan bertukar warna dari hijau menjadi merah, hitam dan kuning macam tembaga. Dalam beberapa saat pula bertukar menjadi ular tedung yang kepalanya menghala pada kami. Mamat Bukit terus melompat dan menyambar ranting pokok berdaun hijau di sisinya.
Daun dan ranting dihumbankan pada rotan semambu yang menjadi ular. Ketika ranting dan daun hijau mengenai rotan semambu, saya terlihat satu pancaran cahaya macam kilat yang datang dari arah kanan bangsal, rotan semambu milik datuk kembali pada keadaan asalnya.
“Ganjil”, kata datuk.
"Ganjil pada awak, pada kami tidak. Hal semacam itu selalu terjadi pada pencari rotan”, dedah Mamat Bukit lalu mengajak saya dan datuk duduk berlonggok dengan kawan-kawannya.
"Kalau awak nak tahu itulah penunggu rotan”, tiba-tiba Udin Candung bersuara. Kata-kata itu ditujukan pada datuk.
"Itu syaitan”, balas datuk.
"Bukan. Itu penunggu”, sahut kawan-kawan Mamat Bukit serentak. Mereka seolah-olah tidak mahu menerima dengan apa yang diucapkan oleh datuk. Saya lihat datuk tersenyum. Dia tidak marah bila orang tidak mahu menerima pendapatnya. Kerana takut berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi, satu keputusan telah diambil. Semua yang ada di situ tidak boleh tidur serentak. Datuk terkecuali dari keputusan itu kerana dia sudah pun tidur selepas menunaikan sembahyang Isyak, kira-kira dua jam lamanya. Sekarang, datuk memutuskan untuk berjaga sampai pagi sambil membaca ayat-ayat suci.
"Awak boleh pilih sama ada mahu berjaga atau tidur”, kata Mamat Bukit pada saya sambil tersenyum. Kerana memikirkan berjaga lebih selamat dari tidur, saya memutuskan untuk berjaga macam datuk. Ternyata Mamat Bukit senang dengan keputusan itu.
"Kau orang tidur dulu, biar aku sama Dollah Beranggas berjaga. Bila aku kejut kau orang mesti bangun”, beritahu Mamat Bukit pada Udin Candung dan Samad Perang. Tidak ada bantahan daripada orang yang menerima arahan. Udin Candung dan Samad Perang pun merebahkan badan masingmasing.
Sudah setengah jam masa berlalu. Dollah Beranggas tidak mampu berjaga. Atas rasa kasihan Mamat Bukit mengizinkan Dollah Berangas tidur. Tinggallah saya dan Mamat Bukit menghadapi unggun api. Datuk tidak menghiraukan kami, dia tetap dengan tugasnya membilang tasbih dan membaca ayat-ayat suci dalam bangsal. Saya terhibur dengan cerita-cerita yang diungkapkan oleh Mamat Bukit tentang pengalaman-pengalaman aneh yang dialaminya ketika bermalam dalam hutan.
Semua cubaan dan rintangan itu dapat diatasinya. Berdasarkan pada cerita-cerita itu, saya segera membuat kesimpulan bahawa Mamat Bukit bukanlah calang-calang orangnya. Menurutnya, gelaran Bukit di hujung namanya itu diberi oleh penduduk-penduduk kampungnya kerana kepandaiannya menguasai puncak bukit serta tahu nama-nama bukit di daerahnya. Memang seronok bercakap atau berborak dengan Mamat Bukit, masa yang berlalu tidak terasa sama sekali.
"Cahaya”, jerit saya bila melihat cahaya api itu datangnya dari salah satu puncak gunung dari barisan Banjaran Titiwangsa. Saya perhatikan cahaya itu menuju ke arah kami.
"Bertenang”, bisik Mamat Bukit pada saya.
Mamat Bukit pun bangun. Berdiri sambil merenung tajam ke arah cahaya itu. Dia meluruskan tangan kanannya ke arah cahaya itu. Kelima-lima jarinya terkembang macam menahan sesuatu. Dalam beberapa detik kelima-lima jarinya bergerak macam orang memulas buah kelapa.
"Puhhhhhh...”, katanya sekuat hati. Saya lihat cahaya sebesar bola tenis bagaikan pecah, berserakan di udara dan akhirnya hilang entah ke mana. Dahi Mamat Bukit berpeluh dan dia terus jatuh. Dalam beberapa minit saja dia bangun kembali. Mungkin kerana kedinginan dia terus merapatkan badannya ke unggun api. Datuk masih lagi dengan tugasnya. Dengkur kawan-kawan yang tidur bertambah kuat. Lagi sekali saya terkejut, apabila seekor lembu jantan berwarna putih berdiri di sebelah kanan Mamat Bukit, sambil ekornya memukul badannya. Bila Mamat Bukit bergerak, lembu itu dengan tiba-tiba bersuara, jadi marah dan merenung ke arah saya dan Mamat Bukit.
Belum pun sempat saya dan Mamat Bukit berbuat sesuatu, lembu itu terus mengelilingi unggun api beberapa kali. Akhirnya, lembu itu naik minyak dan menyerang apa saja yang terdapat di sekelilingnya. Dua tiga kali lembu itu mahu melanggar saya. Kalau tidak kerana kecekapan Mamat Bukit mempertahankan diri saya dengan gerak dan langkah silatnya yang tangkas, sudah pasti badan saya hancur dipijak lembu tersebut.
"Kau ke sana”, Mamat Bukit menolak badan saya dari berpaut padanya. Saya terdorong agak jauh juga dari unggun api. Rupanya Mamat Bukit menggunakan kepintarannya, dengan berbuat demikian lembu yang sedang naik minyak itu akan menyerang saya. Dalam saat begitu memberi kesempatan pada Mamat Bukit melakukan sesuatu. Ketika lembu itu memburu saya, Mamat Bukit terus menyambar ekor lembu dan terus dipulasnya dengan sekuat hati. Mamat Bukit dan lembu memperadukan tenaga. Dalam pertarungan itu Mamat Bukit lebih hebat, lembu itu tidak terdaya menarik batang tubuh Mamat Bukit. Lembu itu terus jatuh dan hilang, tanah tempat lembu itu jatuh berasap dan berlubang. Seluruh badan Mamat Bukit dibasahi peluh dan nafasnya tercungap-cungap.
"Tempat ni memang keras”, rungut Mamat Bukit sambil merenung Iubang yang berasap. Sebelum saya mengajukan sebarang pertanyaan pada Mamat Bukit, lubang yang berasap itu terus menjadi rata tanpa meninggalkan sebarang kesan.
"Saya mesti mengadakan semah atau jamuan di tempat ini”, Mamat Bukit lalu menandakan tempat itu dengan sebatang kayu yang bercabang dua. Salah satu cabang itu Mamat Bukit ikatkan dengan kain warna hitam.
Mamat Bukit terus duduk bersila di situ, badannya terus menggeletar, suaranya juga berubah parau dan kasar, kemudian bertukar macam suara orang perempuan. Mamat Bukit terus menghempas-hempaskan badannya di bumi, macam ayam kena sembelih. Kelakuan Mamat Bukit itu mengejutkan kawan-kawannya yang sedang tidur. Mereka terus menerkam ke arah Mamat Bukit yang tidak sedarkan diri. Samad Perang terus mencangkung di depannya.
"Hai datuk penunggu, kenapa anak cucu yang mencari makan di sini diganggu?”, kata Samad Perang. Mamat Bukit yang berguling-guling atas tanah berhenti berguling, terus duduk mencangkung sambil menekankan mulutnya ke bumi. Saya Iihat bibirnya penuh dengan tanah.
"Datuk mahu makan? Boleh kami beri”, sambung Samad Perang.
"Ya, kambing jantan warna putih, disembelih, tujuh sikat pisang emas”, balas Mamat Bukit dalam suara seorang perempuan, Mamat Bukit terus mengilai.
"Lagi apa tuk penunggu mahu?"
"Adakan jamuan itu pada tiap-tiap tahun, nanti kau orang senang mencari rezeki di sini."
"Baik datuk penunggu."
"Ingat pesan aku."
Begitulah lebih kurang percakapan Samad Perang dengan penunggu rotan yang meresap ke dalam diri Mamat Bukit. Bila percakapan itu selesai, Mamat Bukit pun pulih seperti biasa. Datuk tidak campur tangan dalam urusan tersebut.
Pagi itu, setelah datuk menunaikan sembahyang Subuh serta mandi embun, barulah datuk bertanya pada Mamat Bukit tentang peristiwa yang dialaminya pada sebelah malam. Datuk mengakui tentang kehebatan Mamat Bukit, menurut datuk kalau calang-calang orang tidak mungkin boleh berhadapan dengan kejadian yang aneh itu. Nampaknya Mamat Bukit kurang senang dengan pujian yang diberikan oleh datuk.
"Saya buat apa yang saya tahu”, beritahu Mamat Bukit pada datuk.
"Dari mana kau belajar semuanya ini Mamat?"
"Dari arwah orang tua saya."
"Cuma ada satu saja yang cacatnya dalam perkara ini."
Saya lihat muka Mamat Bukit segera berubah. Dia bagaikan terkejut menerima kata-kata datuk yang tidak diduga sama sekali terkeluar dari mulut datuk. Dengan pandangan yang tajam dia merenung muka datuk lama-lama.
"Apa maksud dengan cacat yang awak katakan?”, soal Mamat Bukit.
"Saya tahu, ayah awak memang handal di hutan, saya berkawan dengannya. Saya merasa megah kerana awal sedikit sebanyak dapat ilmu darinya.”
"Lagi?"
"Sejak semalam saya belum melihat awak bersembahyang sebagai tanda bersyukur pada pemberianNya, awak menerima rezekiNya, tapi awak tidak pernah mengingatinya. Maafkan saya kalau tersinggung, sebagai seorang Islam saya cuma mengingatkan awak. Saya tidak memaksa”, dengan tenang datuk bersuara. Mamat Bukit tersenyum. Dan Mamat Bukit tidak mahu memperkatakan perkara yang datuk sebutkan itu. Dia mengalih persoalan pada penunggu rotan semambu yang mahukan kambing putih, secara tidak langsung dia membebankan masalah itu pada diri datuk, cara halis dia seolah-olah mahukan datuk mengadakan kambing putih itu.
Datuk yang mengerti dengan tujuan dan maksud Mamat Bukit itu, menolak permintaan itu dengan secara terhormat. Dan Mamat Bukit pula tidak merasa hampa atau kecewa dengan sikap datuk itu, malah kalau datuk tidak mahu mengadakan, dia sendiri akan berusaha hingga perkara yang dijanjikannya itu pasti terlaksana.
“Usahlah buat kerja membazir tu Mamat. Itu perbuatan syaitan”, kata datuk dengan tenang. Mamat Bukit gelengkan kepala beberapa kali.
“Ini janji.”
“Janji dengan Syaitan.”
“Tidak, dengan penunggu”, suara Mamat Bukit mula meninggi. Matanya merah merenung muka datuk. Dan kawan-kawannya juga merasa kurang senang dengan tindak-tanduk datuk itu.
Dollah Beranggas menghampiri datuk. Dua kali bahu kanan datuk ditepuknya.
“Awak tak usah masuk campur, ini urusan kami selesaikan sendiri”, kata Dollah Beranggas.
“Tapi perbuatan itu tak kena pada tempatnya, bertentangan dengan hukum agama Islam.”
“awak tahu, bila hajat penunggu ditunaikan, rotan akan menjadi-jadi dan rezeki kami akan bertambah.”
Datuk menggigit bibir, muka Dollah Beranggas direnungnya. Saya lihat Mamat Bukit, Samad Perang dan udin Candung tersenyum sinis pada datuk.
“Kerja mengarut.”
“Mengarut pada awak, pada kami tidak”, sahut Mamat Bukit. Datuk terus membisu dan beredar dari situ menuju ke belakang bangsal. Tidak siapa yang tahu kenapa datuk pergi ke belakang bangsal.
Saya tahu, datuk kurang senang dengan peristiwa yang terjadi, begitu dengan Mamat Bukit dan kawan-kawannya. Mereka merasakan kehadiran datuk dalam kumpulan mereka tidak mendatangkan manfaat yang besar. Samad Perang secara terang-terangan menyalahkan Mamat Bukit yang membenarkan datuk ikut serta dalam kumpulan mereka. Mamat Bukit tetap mempertahankan apa yang dibuatnya itu memang kena pada tempatnya.
Mujurlah perbalahan kecil yang terjadi antara mereka tidak sampai didengar oleh datuk. Kalau datuk dengar sudah tentu perasaannya tersinggung.
“Jangan beritahu pada datuk awak, apa yang awak dengar...”, Mamat Bukit mengingatkan saya. Tanpa berfikir panjang saya anggukkan kepala.
Matahari pagi kian meninggi, jalur sinarnya memanah pada daun-daun kering di bumi. Mamat Bukit dan kawan-kawannya sudah pun memikul gulung rotan ke atas bahu masing-masing. Bersedia untuk pulang.
“Macam mana ni? Kita balik ikut jalan kita datang atau ikut jalan lain?”, Udin Candung bersuara.
“Ikut jalan datang”, balas Samad Perang.
Saya merasa kagum dengan tenaga yang dimiliki oleh mereka. Walaupun tubuh badan mereka agak kecil, tetapi mereka mampu memikul gulung (berkas) rotan yang berat untuk meredah hutan dan paya.
“Nanti dulu, sahabat saya belum bersedia”, suara Mamat Bukit meninggi. Dan kawan-kawannya terpaksa meletakkan kembali gulung rotan di bahu ke tanah. Semua biji mata kawan-kawan Mamat Bukit merenung pada datuk yang muncul dari belakang bangsal. Dia tangan kanannya ada sebatang kayu sebesar ibu jari kaki.
“Buat apa kayu tu?”, tanya Mamat Bukit.
“Buat tongkat, waktu turun dari bukit.”
“Saya dah bertahun masuk hutan, tak pernah bawa kayu bila turun bukit.”
"Itu awak, sudah biasa. Saya tak pandai."
Kawan-kawan Mamat Bukit terus ketawa mendengar jawapan dari datuk itu. Datuk terus mengambil rotan semambunya dalam bangsal. Tiba-tiba datuk berpatah balik, mukanya nampak cemas.
"Kenapa?", soal Mamat Bukit.
"Ular tedung dekat rotan semambu saya."
"Itulah, awak tak percaya pada penunggu. Sekarang apa dah jadi?”, cara mendadak saja Samad Perang bersuara yang diakhiri dengan senyum menyindir.
"Jangan timbulkan masalah lagi”, Mamat Bukit menengking Samad Perang dan di wajahnya terpamer rasa kesal atas tindakan Mamat Bukit itu.
Mamat Bukit terus mengajak datuk ke tempat rotan semambu. Saya pun ikut serta. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Seekor ular- tedung berlingkar atas batang rotan semambu milik datuk. Bila mendengar bunyi tapak kaki kami, ular itu bergerak-gerak dan panggungkan kepala. Sebenarnya, kalau datuk tidak memanggil Mamat Bukit pun masalah itu boleh diatasi. Datuk boleh mengusir ular itu dengan kayu atau membunuhnya. Ada masalah yang lebih besar dari itu datuk boleh menyelesaikannya, kenapa masalah sekecil ini datuk memerlukan tenaga orang lain? Tindak-tanduk datuk itu menimbulkan tanda tanya pada diri saya sendiri. Apakah muslihat datuk yang sebenar? Apakah dia mahu menguji kemampuan diri Mamat Bukit atau sekadar mahu tahu sejauh mana Mamat Bukit mempercayai perkara tahyul.
Mamat Bukit hulurkan tangan kirinya pada ular itu. Saya lihat badan ular itu bergerak cepalt lalu mematuk tangan Mamat Bukit. Aneh, Mamat Bukit masih tersenyum dan terus menangkap kepala ular. Dengan ibu jari dan telunjuk dia menekan rahang ular hingga mulutnya terbuka. Siung (gigi) ular jelas kelihatan. Mamat Bukit tekan siung ular itu pada kayu keras hingga siungnya mengeluarkan air jernih yang agak kental.
"Itu bisa ular”, bisik datuk pada saya.
Ular di tangan Mamat Bukit jadi lemah. Mamat Bukit melemparkan ular itu ke dalam hutan tebal. Dengan telapak tangannya, Mamat Bukit mengambil bisa ular yang jatuh atas daun kering dan digosokkan pada kedua belah tangannya.
"Dengan cara ini saya akan kebal dari sebarang bisa ular”, beritahu Mamat Bukit pada datuk.
"Kau memang hebat Mamat."
"Sebenarnya begini, saya belajar perkara ini semasa saya berada di Siam."
"Macam mana awak boleh ke sana?"
"Panjang ceritanya. Saya ditangkap oleh tentera Jepun dan jadi buruh keretapi maut, saya lari dari kem. Berbulan-bulan duduk dalam hutan. Masa itulah saya berjumpa dengan seorang sami”, Mamat Bukit berhenti bercerita.
"Apa yang awak buat dengan sami tu?"
"Dialah yang mengajar saya ilmu ini, tetapi, sebelum itu saya terpaksa makan hempedu ular yang bisa."
"Begitu”, keluh datuk sambil mengerutkan dahi.
Mamat Bukit terus menepuk-nepuk belakang saya berkali-kali. Datuk terus melihat kawasan sekeliling.
"Jadi ular tadi bukan ular penunggu?", saya bertanya padanya.
"Bukan”, sahut Mamat Bukit lalu menyuruh datuk mengambil rotan semambu.
Datuk terus ambil rotan semambu, kemudian kami pun menuju ke kawasan lapang depan bangsal. Samad Perang, Udin Candung dan Dollah Beranggas masih duduk mencangkung di situ.
“Mari, kila beredar sekarang”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah. Kawan-kawannya bangun serentak dan meletakkan gulung rotan ke atas bahu masing-masing. Mamat Bukit jadi kepala jalan. Datuk berada di belakang sekali. Baru dua tiga rantai melangkah, Mamat memerintahkan kami berhenti.
"Tak seronok rasanya, kawan kita berada di belakang sekali. Kenapa tak ke depan dekat saya”, kata-kata itu Mamat Bukit tujukan pada datuk.
"Tak apa, biarlah saja jadi ekor jalan."
"Bukan apa-apa, kalau bercerai nanti saya takut awak sesat."
"Dengan izin Allah, saya tak sesat."
Mamat Bukit puas hati dengan penjelasan datuk itu. Dia meneruskan perjalanan. Orang yang paling resah sekali dengan sikap datuk itu ialah Samad Perang. Dia seolah-olah tidak mahu datuk berada di belakangnya. Kalau boleh biarlah datuk berada di depannya. Kenapa Samad Perang bersikap demikian? Saya sendiri pun tidak tahu. Badan saya mula berpeluh, saya kira orang-orang lain dalam perjalanan juga berpeluh. Kami sudah pun menuruni tiga buah bukit yang curam. Setiap kali turun bukit saya pasti jatuh kerana tidak pandai mengimbangi badan. Satu hal yang pasti, dalam perjalanan itu kami tidak banyak bercakap, kecuali ada hal yang penting.
"Sial”, pekik Samad Perang sambil membuangkan gulung rotan di bahu.
Samad Perang terus mencabut golok perak dan mencantas semua pokok-pokok kecil di kelilingnya. Rambutnya yang digunting pendek kelihatan tegak macam bulu landak, biji natanya mula merah. Kata-kata yang lahir dari mulutnya tidak menentu dan curang jelas, sukar untuk memahami dengan apa yang dituturkannya.
"Buat bulatan keliling dia. Kalau dia mahu lari, tangkap”, Mamat Bukit mengeluarkan arahan. Arahan itu segera dipatuhi. Samad Perang terus mengamuk, tidak ada seorang pun yang berani menghampirinya.
"Siapa berani sila rapat, aku keluarkan isi perut kamu semua”, suaranya meninggi. Golok perak terus diacu-acukan pada kami yang mengelilinginya. Samad Perang gulingkan badan atas tanah. Habis semua pokok-pokok renek di situ dilanggarnya. Aneh, bajunya tidak koyak, badannya juga tidak luka.
"Aku mahu kambing jantan putih”, suara Samad Perang berlainan benar kali ini. Parau dan garang. Dia cuba merempuh bulatan yang kami buat. Dalam masa kelam kabut itu, Mamat Bukit terus mencabut sebatang pokok kecil. Badan Samad Perang dipukulnya bertalutalu. Pukulan itu tidak mendatangkan sebarang kesan pada Samad Perang. Malah, Samad Perang bertambah berang. Kekuatan yang diperlihatkannya amat luar biasa sekali. Mamal Bukit tidak boleh menahan sabar lagi, bila Samad Perang menendang perut Udin Candung hingga termuntah-muntah. Udin Candung tersungkur di bumi.
Mamat Bukit segera bertindak. Dia melompat tinggi dan melepaskan satu tendangan kencang di bahu kanan Samad Perang. Samad Perang tergolek di bumi. Mamat Bukit terus mengikat kedua belah tangan dan kaki Samad Perang dengan rotan. Kemudian dia menyuruh Dollah Berangas dan Udin Candung membuat pengusung. Cukup cepat mereka bekerja. Tidak sampai satu jam, pengusung pun siap.
"Nampaknya kita terpaksa pikul sampai ke rumah”, kata Mamat Bukit. Bagi memastikan Samad Perang tidak melompat dari pengusung, badannya diikat dengan rotan pada gelegar pengusung. Mamat Bukit dan Dollah Berangas didepan, Udin Candung dan datuk di belakang. Saya terkecuali dari tugas itu, tetapi, saya terpaksa memikul tiga batang rotan semambu milik datuk. Tiga batang rotan semambu bukanlah berat sangat, tetapi, rotan semambu yang saya pikul ini beratnya agak aneh, macam berat seguni padi.
Saya teringat pesan datuk. Katanya, bila hati merasa cemas atau sangsi terhadap sesuatu bacalah ayat Kursi. Hal itu segera saya lakukan. Rotan semambu yang terasa berat itu menjadi ringan kembali.
Memikul manusia dalam hutan bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana semangat setia kawan yang kental, kerja yang sukar itu menjadi senang.
Lebih kurang pukul dua petang, pengusung yang membawa Samad Perang terdampar di halaman rumahnya. Kaum keluarganya jadi gempar. Ada yang menangis dan ada yang meratap. Pada sangkaan mereka Samad Perang sudah meninggal dunia. Bila keadaan sebenar dijelaskan oleh Mamat Bukit, suasana menjadi aman dan tenang. Samad Perang dibawa ke dalam rumah dan dibaringkan di ruang anjung. Semua ikatannya dibuka. Marnat Bukit meraba pangkal lehernya lalu menekan salah satu urat di situ.
Samad Perang membukakan kedua belah kelopak matanya. Dia senyum seketika dan lepas itu dia terus melompat dan bertempik, semua barang yang ada berada di anjung habis ditendangnya. Samad Perang menjelirkan lidahnya macam anjing kehausan. Dan sepasang matanya yang merah merenung tajam ke wajah isterinya yang berdiri tidak jauh darinya. Gerakannya cukup pantas, dengan sekelip mata sahaja dia menerkam ke arah isterinya dan terus mencekik leher isterinya.
Mamat Bukit segera bertindak. Dia melepaskan satu penumbuk kencang di dagu Samad Perang. Saya lihat Samad Perang terus jatuh. Udin Candung terus memapah isteri Samad Perang dalam keadaan separuh sedar dan pengsan ke ruang tengah rumah. Beberapa orang perempuan terus memberi rawatan kilat pada isteri Samad Perang.
Di luar dugaan, Samad Perang yang kena penumbuk kencang itu boleh bangun dengan segera dan terus menyerang Mamat Bukit. Datuk, Udin Candung serta Dollah Berangas terus menangkap Samad Perang tetapi,usaha itu gagal.
Samad Perang terlalu gagah. Dengan sekali pusing sahaja ketiga-tiga orang itu terhumban atas lantai anjung rumah. Dahi Udin Candung berdarah kena tiang. Bibir Dollah Beranggas pecah kena lantai. Pangkal kening datuk bengkak kena penumbuk. Mamat Bukit berhempas mahu melepaskan dirinya dari pelukan Samad Perang. Setiap kali Samad Perang menggigit tubuhnya, muka Mamat Bukit berkerut menahan kesakitan. Darah membasahi baju Mamat Bukit. Satu pemandangan yang amat ngeri bagi diri saya.
"Tolong saya, tangkap dia”, jerit Mamat Bukit. Dengan serentak datuk dan Dollah Beranggas memeluk tubuh Samad Perang dari belakang. Kedua-duanya kena penendang, tersungkur atas lantai. Udin Candung pula bertindak dan
mengalami nasib yang sama.
"Kita tangkap kakinya”, Dollah Beranggas beri cadangan.
"Ya, mari kita cuba”, jawab Udin Candung.
"Satu cara yang baik”, sahut datuk.
Serentak mereka bertiga memaut kaki Samad Perang dan Samad Perang pun rebah. Mamat Bukit berjaya melepaskan dirinya dan terus memeluk tubuh Samad Perang.

Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
56. Bomoh Terjun
**
Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto
DATUK terus memulaskan kedua belah
tangan Samad Perang ke belakang. Udin Candung pula memegang kedua belah kaki.
Mamat Bukit terus duduk di atas belakang Samad Perang.
“Dollah kau ambil rotan,” Mamat Bukit beri arahan pada Dollah Beranggas. Cepat-cepat Dollah Beranggas melompat ke tanah dan segera naik ke rumah bersama segulung rotan.
Tanpa membuang masa, Dollah Beranggas buka gulung rotan dan terus mengikat kedua belah pergelangan kaki Samad Perang.
“Rotan. Aku nak ikat tangannya, cepat sikit Dollah,” Dollah pun melemparkan rotan pada Mamat Bukit. Kedua belah tangan Samad Perang pun terus diikat.
Samad Perang terkapar di situ, nafasnya tercungap-cungap macam ikan atas daratan.
Mungkin kerana letih membuat datuk, Mamat Bukit, Udin Candung dan Dollah Beranggas tersandar di dinding rumah.
“Kita tak boleh membiarkan dia begitu, kesian dan tak elok pada mata orang lain, macam kita tak berakal sangat,” kata datuk pada Mamat Bukit.
“Habis apa yang patut kita buat?, Kalau kita buka ikatannya nanti dia membunuh orang lain.”
”Bagaimana, kalau kita rantaikan kakinya pada tiang seri.”
“Betul juga cakap awak, kita kena berunding dengan kaum keluarganya dulu.”
“Terpulanglah pada awak Mamat.”
Mamat Bukit pun menemui keluarga Samad Perang. Setelah berunding Mamat Bukit menyuruh Dollah Berangas mencari rantai besi dan kunci. Dollah Beranggas segera akur dengan permintaan Mamat Bukit itu.Setengah jam kemudian, Dollah Beranggas kembali ke rumah dengan membawa rantai besi serta ibu kunci tembaga. Semuanya diserahkan pada Mamat Bukit.
“Di mana kamu dapat barang-barang ni Dollah?” Soal Mamat Bukit.
“Rantai besi dan kunci tu, saya pinjam dari Haji Ishak.”
“Macam rantai pengikat sampan (perahu) rupanya.”
“Ya, memang rantai pengikat sampan, kunci tembaga tu kunci peti duitnya.”
“Habis sekarang peti duitnya tak berkuncilah Dollah?”
“Duitnya memang tak ada, dia simpan petinya saja,” kata Dollah Beranggas sambil tersenyum.
Samad Perang pun diangkat berhampiran tiang seri, kakinya terus dirantai, dan dikunci. Rotan yang mengikat kaki dan tangannya pun dibuka. Samad Perang terus bangun sambil meronta-ronta.
“Lepaskan aku, lepaskan aku, aku nak kambing putih, aku nak balik ke bukit,” jerit Samad Perang dengan lantang.
Pinggan berisikan nasi yang dihulurkan oleh isterinya terus dipecahkannya dan nasinya dipijak-pijak. Jiran-jiran yang melihat kejadian aneh itu, ada yang geleng kepala dan ada pula yang menangis penuh simpati. Beberapa orang dukun yang cuba mengubati semuanya kena maki hamun dari Samad Perang. Dan datuk tidak dapat berbuat apa-apa dalam masalah ini, datuk merasakan apa yang terjadi pada diri Samad Perang memang ganjil sekali.
“Pelik, sungguh tadi elok sihat tiba-tiba ini jadinya,” keluh datuk.
“Bukan apa-apa tu, kena sampuk penunggu bukit,” celah Mamat Perang.
“Penunggu?”
“Ya, apa awak tak percaya? Awak dah tengok sekarang.”
Datuk menggigit kuku di jari manis. Dia agak enggan mahu mengakui kebenaran kata-kata akhir dari Mamat Bukit itu. Dan Mamat Bukit bagaikan tahu kesangsian yang bermain dalam diri datuk.
“Kau tidak percaya pada penunggu?”
“Susah nak aku cakpkan, terus terang aku katakan pada kamu Mamat, ini semuanya kerja syaitan.”
“Terpulanglah, tak usah kita bertengkar fasal ini, apa yang mesti kita fikirkan bagaimana mahu memulihkan diri Samad Perang.”
“Ya, memang betul cakap kau.”
Mamat Bukit dan datuk berbalas senyum. Secara spontan Mamat Bukit minta datuk mengubatinya. Tetapi, datuk menolaknya dengan alasan dia tidak mampu. Samad Perang yang dirantai kakinya terus menjerit sambil menumbuk-numbuk dada. Dia berusaha mahu memutuskan rantai besi, untuk lari ke hutan. Tiang seri dari kayu cengal terus digegarnya.
Kerana kedudukan tiang seri itu teguh dan dipasak dengan baji kayu jenis keras, membuat tiang itu tidak bergerak walau sedikit pun.
“Saya balik dulu Mamat,” bisik datuk pada Mamat Bukit.
“Silakan. Tapi esok macam mana?”
“Saya tak faham cakap awak.”
“Mudah saja, pagi esok kami nak ke hutan menghantar kambing jantan putih serta membuat semahan atau jamuan untuk penunggu.”
“Saya tidak mahu subahat dengan kerja-kerja yang bercanggah dengan ajaran agama Islam Mamat.”
“Tak apalah, awak jangan menyesal kalau penunggu kacau awak.”
“Saya serahkan pada Allah yang maha besar.”
Saya dan datuk pun meninggalkan rumah Samad Perang yang jaraknya dengan rumah datuk kira-kira dua batu lebih. Bersama sinar matahari petang yang kian menurun, terdengar sayup-sayup jeritan Samad Perang.Sampai di rumah datuk terus menyeltkan rotan semambunya di gelegar rumah. Bila saya tanya kenapa datuk tidak membawa masuk ke dalam rumah. Datuk hanya memberi jawapan yang pendek begini bunyinya:
“Menurut petua orang tua-tua, barang-barang yang diambil dari hutan, tidak baik dibawa terus ke dalam rumah.”
“Apa sebabnya tuk?”
“Entahlah, tapi itu kepercayaan entah betul entah tidak dan hati aku ragu-ragu nak bawa masuk.”
Saya puas hati dengan penjelasan yang diberikan, tidak ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan padanya. Dari air mukanya saya dapat menduga bahawa datuk begitu kecewa dengan nasib malang yang menimpa diri Samad Perang. Dua hari kemudian, saya dan datuk pergi semula ke rumah Samad Perang kembali. Orang pertama yang ditemui oleh datuk ialah Mamat Bukit. Mereka bersalaman.
“Permintaan penunggu sudah kami tunaikan,” beritahu Mamat Bukit.
“Macam mana kamu buat?”
“Kami buat ancak, semua barang yang dikehendakinya kami letakkan di situ, di bawah pokok besar.”
“Kambing jantan putih?”
“Kami sembelih, separuh dagingnya kami bawa balik, separuh lagi kami tinggalkan di bawah pokok.”
“Kerja membazir,” datuk terus merungut.
Mamat Bukit ketawa kecil dan memberikan keyakinan pada datuk yang penyakit Samad Perang akan sembuh dalam sedikit masa lagi kerana permintaan penunggu sudah dipenuhi.
Datuk agak keberatan untuk mempercayai jaminan yang diberikan oleh Mamat Bukit itu.
Dengan ditemani oleh Mamat Bukit datuk terus menemui isteri Samad Perang.
“Sudahkah awak berusaha mengubati penyakit suami awak?”
“Sudah dua orang pawang saya panggil, semuanya gagal.”
“Awak tak mahu bawa ke rumah sakit?”
"Kalau dibawa ke rumah sakit, suami saya akan dihantar ke rumah sakit otak di Tanjung Rambutan, saya mahu berusaha cara kampung.”
“Ya, kita cuba cara kampung dulu,” datuk memberikan keyakinan pada isteris Samad Perang.
Datuk pun meninggalkan isteri Samad Perang di situ, baru tiga langkah datuk melangkah meninggalkan, isteri Samad Perang segera menghampirinya.
“Malam ni ada bomoh terkenal datang untuk mengubati suami saya.”
“Bomoh dari mana?”
“Dari mana saya tak tahu, anak saudara saya yang uruskan, bayarannya juga mahal.”
“Berapa?”
“Lima ratus ringgit, tidak termasuk tambang dan makan minumnya, saya harap awak datang malam ni.”
“Baiklah.”
Malam itu selepas menunaikan sembahyang Isyak, saya dan datuk terpaksa menapak sejauh dua batu menuju ke rumah Samad Perang. Ketika kami tiba, beberapa jiran sudahpun berada di anjung rumah. Semuanya duduk bersila. Seorang lelaki berbadan tegap yang dipanggil Mahaguru duduk menghadapi mangkuk perasap yang berisi bara. Dia menaburkan kemenyan atas bara, seluruh ruang dikuasai bau kemenyan. Satu baldi air tersedia di sebelah kanannya. Lelaki yang dipanggil mahaguru itu terus bangun, dia membuka langkah silat dan menyeru nama beberapa pahlawan Melayu, antara nama yang disebutnya termasuklah nama Hang Jebat. Dia terus menampar muka Samad Perang dan kakinya menyepak badan Samad Perang. Kemudia dia mengambil baldi yang berisi air. Badan Samad Perang dijirusnya dengan air. Saya lihat badan Samad Perang menggeletar kesejukan. Lelaki yang digelar mahaguru itu meletakkan hujung keris yang berluk sembilan atas dahi Samad Perang.
“Ikut cakap aku,” katanya.
“Saya patuh dengan perintah mahaguru,” jawab Samad Perang.
“Buka kunci dan rantai besi,” suara mahaguru keras.
Rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang pun dibuka oleh Mamat Bukit. Mahaguru terus duduk berhadapan dengan Samad Perang yang kelihatannya terlalu lemah dan mengikut apa sahaja perintah yang dikeluarkan oleh mahaguru. Beberapa orang jiran berbisik sama sendiri memuji kehandalan Mahaguru. Dengan perlahan-lahan Mahaguru menghembus asap kemenyan ke muka Samad Perang. Mahaguru terus menepuk lantai dengan tangan kiri. Keris berluk sembilan diletakkan dekat kepala lutut kiri.
“Bukan apa-apa, dia ditegur jin bukit,” kata mahaguru.
“Apa macam boleh dipulihkan Mahaguru,” tanya isteri Samad Perang.
“Boleh baik, usahkan jin bukit, jin gunung pun boleh saya ajar,” kata Mahaguru dengan bangga.
Mahaguru pun menentang biji mata Samad Perang. Tiba-tiba Samad Perang bertempik dan bangun, tempat perasap kemenyan ditendang hingga hancur, bara bertabutan atas lantai. Keris mahaguru disambarnya, muka mahaguru disepaknya. Semua orang yang berada di situ terkejut. Dan mahaguru yang mendakwa dirinya bomoh terkenal jadi kelam-kabut, tanpa berfikir panjang dia terus terjun ikut tingkap melarikan diri, kain sampingnya tersangkut di tingkap, semua alat-alat perubatannya habis dipijak-pijak oleh Samad Perang.Bila melihat mahaguru lari ikut tingkap, jiran-jiran yang berada di situ juga lari bertempiaran, beberapa orang jiran bengkak di dahi akibat berlaga sama sendiri, saya dan datuk juga lari. Keadaan jadi kelam kabut masing-masing mahu menyelamatkan diri. Dalam keadaan yang tidak menentu itu Samad Perang terus menjerit dan lari menuju ke hutan di malam yang hitam. Mujurlah Mamat Bukit cepat bertindak dengan memburu Samad Perang. Mamat Bukit berjaya menangkap Samad Perang dan kedua belah kakinya dirantai kembali.
Mungkin kerana keletihan membuat Samad Perang tidak melakukan sesuatu yang ganjil setelah kakinya diikat. Dia terus tidur hingga berdengkur. Lebih kurang pukul satu malam dia bangun dan meminta nasi. Permintaan itu segera ditunaikan oleh isterinya. Samad Perang makan tiga pinggan nasi tanpa lauk. Bila perutnya sudah kenyang dia tidur kembali. Sepanjang malam itu saya, datuk dan Mamat Bukit berada di rumah Samad Perang semata-mata memenuhi permintaan isterinya. Menjelang waktu Subuh, Samad Perang kembali menjerit dan meronta-ronta di tiang seri. Bila matahari terbit di kaki langit dia terus tidur. Sebelum meninggalkan rumah Samad Perang pagi itu, datuk berpesan pada isterinya supaya berikhtiar mengubati suaminya, walau dengan apa cara sekalipun. Datuk juga melahirkan rasa puas hatinya pada Mamat Bukit yang berjanji akan membantu isteri Samad Perang yang sedang dilanda masalah besar itu.
“Saya tidak akan membiarkan keluarga kawan saya menderita.”
“Baguslah, semoga Allah akan menolong kamu.”
“Saya juga berharap awak tidak membiarkan saya keseorangan.”
“Tidak, carilah saya bila awak memerlukan pertolongan.”
Mamat Bukit senang hati dengan janji yang diberikan oleh datuk itu. Mereka terus berjabat tangan. Tetapi Mamat Bukit melahirkan juga rasa kesalnya atas sikap manusia yang menggelarkan dirinya sebagai mahaguru itu.
“Hati-hati bila kau mencari orang untuk mengubat kawan kamu Mamat, sekarang banyak orang menyamar. Ada ilmu setengah cawan mengaku mahaguru.”
“Ya, saya faham. Mahaguru tu sambil dia lari sempat juga dia menyambar wang dalam mangkuk putih.”
“Itulah manusia Mamat.”
“Kalau tak sanggup mengaku tak sanggup, jangan ambil wang orang, bini Samad sandar tanah pada ketua kampung nak cari wang sebanyak itu.”
“Lupakan saja tentang itu Mamat, kita cari yang lain.”
“Doakan saya berjaya.”
“Jangan bimbang, saya tetap bersama awak.”
Datuk dan saya pun meninggalkan Mamat Bukit di halaman rumah Samad Perang.
RUMAH
Sudah dua minggu saya dan datuk tidak mengunjungi rumah Samad Perang. Tetapi datuk tahu segala kegiatan yang terjadi di rumah tersebut. Dollah Beranggas selalu menemui datuk dan menceritakan apa yang terjadi. Dari mulut Dollah Beranggas juga datuk mendapat tahu, selama dua minggu lima orang bomoh sudah diundang untuk mengubati sakit yang ditanggung oleh Samad Perang. Semua usaha itu menemui jalan buntu. Masuk minggu yang ketiga, Mamat Bukit sendiri datang ke rumah datuk.
“Bagaimana sekarang apa usaha yang telah kamu lakukan Mamat?”
“Macam-macam ikhtiar saya jalankan. Malam ini ada sukarela nak mengubatinya.”
“Siapa orangnya.”
“Saya tak kenal, kalau awak nak kenal eloklah datang malam ini.”
“Baiklah saya datang nanti.”
Seperti yang dijanjikan, kira pukul sepuluh malam. Saya dan datuk pun sampai di rumah Samad Perang. Tidak ada apa-apa peralatan yang disediakan di ruang tengah seperti tempat perasap kemenyan, mangkuk putih atau sebagainya yang selalu digunakan oleh bomoh atau dukun bila mengubati orang yang sedang sakit. Mamat Bukit terus memperkenalkan datuk dengan seorang lelaki. Orangnya kurus, memakai songkok hitam yang sudah kuning tepinya. Air mukanya nampak bersih dan tenang. Datuk terus bersalam dan memperkenalkan diri padanya.
“Dari mana,” bisik datuk padanya.
“Asalnya orang Parit Jawa, Johor. Sekarang menetap di Cenderung Balai Teluk Intan.”
“Macam mana boleh datang ke sini?”
“Saya datang ke rumah anak yang jadi guru sekolah di sini, dia minta tolong ikhtiarkan mengubat orang sakit ganjil.”
“Ada hubungan keluarga dengan orang sakit.”
“Tidak, anak si sakit ini, murid anak saya. Menurutnya budak itu pintar tetapi, sejak ayahnya sakit sudah lama tak datang ke sekolah.”
“Kerja apa?”
“Saya bersawah dan jadi imam surau.”
Walaupun baru bertemu, saya lihat datuk dan orang itu sudah cukup mesra, bagaikan sudah berkenalan bertahun-tahun.
“Silakan kiai,” kata Mamat Bukit.
“Jangan panggil saya kiai, ini terlalu tinggi panggil saja nama biasa, nama saya Sajono.”
“Minta maaf pak.”
“Tak mengapa, awak tak tahu.”
Sajono bangun dan terus menuju ke tempat Samad Perang. Dia menyuruh Mamat Bukit membukakan rantai besi yang mengikat kaki Samad Perang. Bila rantai dibuka, macam diarah-arah oleh sesuatu Samad Perang terus duduk bersila di hadapan Sajono. Sajono menentang biji mata Samad Perang. Saya lihat mata Samad Perang tidak berkelip menentang mata Sajono. Makin lama, makin garang sinar mata Samad Perang. Sajono pun begitu juga. Mereka beradu kekuatan dengan mata. Badan Samad Perang menggeletar macam menahan benda berat yang terdampar atas kedua belah bahunya. Sesekali saya terdengar dengan jelas suara Sajono membaca ayat-ayat al-Quran dari surah Al-Jin. Tiba-tiba Sajono terus jatuh atas lantai. Biji mata Samad Perang yang merah dan kelihatan agak tersembul itu terus merenung muka Sajono. Perlahan-lahan Sajono bangun tetapi, tersungkur kembali. Sajono bangun kembali.
Kali ini dia memperkemaskan duduknya. Wajahnya kelihatan tenang dan peluh-peluh halus kelihatan membintik-bintik di kedua belah pipinya yang berkulit lembut itu. Sajono terus membaca ayat-ayat dari al-Quran. Semua orang yang ada di situ dapat mendengarnya. Sebabnya, ketika Sajono berikhtiar mengubati Samad Perang, suasana di ruang anjung agak sepi. Tidak ada seorang pun yang berani bercakap atau bersuara. Andainya kalu ada sebatang jarum yang jatuh pun akan dapat didengar, begitulah tenang dan sunyi di ruang anjung. Semua yang hadir tumpukan seluruh perhatian pada Sajono. Cara Sajono berusaha berbeza dengan cara-cara yang dilakukan para pawang atau dukun yang datang mengubati Samad Perang dulu, kebanyakan melompat atau bersilat. Aada pula yang seperti kemasukan syaitan bercakap tidak tentu arah dan terus tidak sedarkan diri.
“Memang Sajono ada cara yang tersendiri,” kata hati kecil saya. Dan saya kira orang-orang yang berada di situ juga akan beranggapan demikian.
Suasana yang sepi itu berkocak juga akhirnya, semua orang yang hadir terkejut besar. Samad Perang yang tadinya kelihatan gagah dan garang beransur lemah dan terus rebah atas lantai. Terkapar di situ, macam ayam kena sembelih. Sajono terus sujud syukur pada Allah yang memberkati usahanya, Sajono terus merenung wajah-wajah yang ada di situ dengan senyum.
“Bersyukurlah tuan-tuan semua pada Allah yang memberkati usaha saya ini,” katanya dengan tenang. Mamat Bukit segera menghampirinya.
“Apa sakitnya Pak Sajono.”
“Semuanya ni kerja syaitan.”
“Syaitan?”
“Ya, syaitan. Awak tahu syaitan pada setiap saat beruasaha mahu membinasa anak Adam, dalam pelbagai bentuk dan cara adakalanya menyerupai manusia.
Saya lihat Mamat Bukit menarik nafas panjang, agaknya dia dapat menerima dengan apa yang dikatakan oleh Sajono itu. Saya dan datuk berpandangan. Samad Perang sedar dari pengsan. Sajono menghampirinya. Dua kali Sajono menepuk bahunya.
“Ikat dia kembali, saya akan datang lagi untuk berusaha menolongnya,” beritahu Sajono pada Mamat Bukit. Samad Perang pun dirantai semula. Datuk terus mendekati Sajono.
“Syaitan terlalu kuat mempengaruhi perasaannya,” kata Sajono.
“Apa lagi yang mahu tuan lakukan padanya.”
“Malam besok saya datang lagi, saya mahu menyambung kerja-kerja ini di rumah anak saya.”
“Memang baik cadangan awak, saya harap awak akan bersama saya malam esok.”
Datuk dan Sajono berpeluk-pelukan. Dengan diiringi oleh anak saudara Samad Perang, Sajono melangkah ke tangga. Dari kaki tangga Sajono terus duduk di atas lanting basikal (bahagian belakang basikal untuk seorang penumpang). Anak saudara Samad Perang terus kayuh basikal membelah kegelapan malam menuju ke jalan besar.
“Saya tunggu sampai pagi di sini,” kata Mamat Bukit pada datuk, bila datuk minta diri untuk pulang. Saya dan datuk terus menapak menuju ke rumah sejauh dua batu di malam yang mula dingin.
DATANG
Malam itu, saya dan datuk datang lagi ke rumah Samad Perang. Kami terus duduk di anjung. Isteri Samad Perang menghidangkan dua cawan kopi untuk kami.
“Minum, kopi bujang aje,” kata isteri Samad Perang.
“Tak apa inipun sudah seribu rahmat dapat kopi,” balas datuk bersama ketawa kecil. Saya merenung permukaan cawan yang berasap nipis.
“Mamat Bukit ke mana?” Tanya datuk pada isteri Samad Perang yang kelihatan cengkung dan agak pucat itu tetapi, masih mampu melayan setiap tetamu yang datang ke rumahnya dengan wajah yang manis.
Senyumnya tidak pernah mati dari bermain dari bibir. Setiap kata yang diucapkannya membayangkan ketabahan dan keyakinan yang suaminya akan pulih seperti sediakala.
“Mamat Bukit belum datang lagi, tiap-tiap malam dia berjaga menjaga suami saya, katanya malam ni dia datang lewat sikit,” ujar isteri Samad Perang.
“Payah mahu mencari kawan yang setia macam dia.”
“Nampaknya, begitulah.”
“Macam mana keadaannya, selepas kami balik malam semalam.”
“Ada kurang sikit cuma, waktu subuh dia menjerit dan meronta-ronta nak lari masuk ke hutan.”
“Bersabar, berkat usaha dan diizinkan oleh Allah, dia akan sembuh.”
“Saya harap begitu.”
Percakapan datuk dengan isteri Samad Perang saya ikuti dengan teliti. Datuk minta izin pada isteri Samad Perang untuk melihat suaminya, permintaan datuk itu diperkenankan.
“Tamar kau nak ikut aku?”
“Tak mahu, biar saya tunggu di sini.”
“Tak mahu pun tak apa,” kata datuk sambil bangun.
Datuk pun melangkah, satu, dua, tiga, masuk langkah yang keempat saya mula terasa seram. Pungung saya terangkat dari lantai. Bulu tengkuk saya meremang dengan sendiri. Tanpa membuang masa saya terus mengejar datuk.
“Kenapa Tamar?”
“Saya seram tuk.”
“Seram? Kau ni penakut sangat,” rungut datuk sambil menjeling tajam pada saya.
Isteri Samad Perang tersenyum melihat telatah saya yang agak melucukan itu.
Datuk menghampiri Samad Perang yang terikat di tiang seri. Kedua belah kelopak mata Samad Perang bertaut rapat, dadanya kelihatan turun naik, menarik dan melepaskan nafas macam orang penat selepas melakukan kerja-kerja yang berat.
“Jangan bangunkan, biar dia tidur,” kata datuk, bila melihat isteri Samad Perang mahu mengejutkan suaminya.
Tanpa diduga Samad Perang membuka kedua belah kelopak matanya.
“Kawan awak, ini cucunya,” celah isterinya.
Samad Perang diam. Kedua-dua biji matanya kelihatan merah macam biji saga. Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dia memandang saya dan datuk.
“Aummmmmm...,” Samad Perang mendengus sambil memperlihatkan giginya, macam harimau jantan berhadapan dengan kucing.
Samad Perang terus meronta-ronta mahu menerkam ke arah datuk dan saya. Kami segera berundur dan menuju ke anjung rumah semula. Datuk nampak kesal. Dia seolah-olah menyesal menghampiri Samad Perang tadi. Saya merenung keluar, tidak ada sesuatu yang dapat saya lihat. Semua gelap belaka.Bunyi cengkerik dan burung hantu jelas kedengaran. Dalam saat yang sama kedengaran suara Samad Perang ketawa memanjang, bersama bunyi rantai besi berlaga dengan lantai dan tiang seri.
Suasana begitu sungguh tidak menyenangkan dan menakutkan diri saya. Badan saya menggeletar tidak tentu arah. Datuk tetap duduk bersila sambil menundukkan kepalanya merenung lantai. Isteri Samad Perang kelihatan tidak tentu arah. Sekejap datang ke ruang anjung, sekejap berlari ke ruang tengah dan menuju ke dapur, tidak ubah macam kucing kehilangan anak.
“Sabar dan tenang,” datuk mendamaikan hati isteri Samad Perang.
“Minta pertolongan dan perlindungan dari Allah,” suara isteri Samad Perang perlahan sekali.
Rasa cemas dan takut yang menguasai diri saya dan isteri Samad Perang segera hilang, bila Mamat Bukit dan Sajono tiba.
“Dah lama sampai?” Tanya Mamat Bukit pada datuk.
“Lama juga, kira setengah jam lebih.”
“Saya terlambat sikit, memang mengikut petua saya, masa datang malam, kedua dan ketiga harus dilambatkan sejam, tidak boleh datang dalam masa yang sama, malam ini saya datang pukul sebelas, malam esok pukul dua belas,” Sajono menerangkan sebab-sebab ia datang lewat.
Datuk anggukkan kepala dan terus bersalam dengan Sajono dan Mamat Bukit. Sajono dan Mamat Bukit duduk. Isteri Samad Perang meletakkan dua cawan kopi di hadapan mereka.
“Minta maaf, saya tak boleh minum selagi kerja belum selesai, malam pertama boleh minum, sebelum memulakan kerja, malam kedua boleh minum selepas selesai jalankan kerja dan malam ketiga langsung tak boleh minum, walaupun kerja dah selesai,” Sajono memberitahu isteri Samad Perang.
Kopi yang disediakan untuk Sajono dibawa ke dapur kembali. Dan Mamat Bukit terus minum kopi bahagiannya. Angin malam yang bertiup lembut masuk ke ruang rumah menerusi jendela yang terbuka, beberapa ekor kalkatu terus mengharung cahaya gasolin. Seekor kelawar sesat masuk ke ruang tengah rumah terbang tidak tentu arah dan akhirnya keluar ikut jendela. Bunyi burung hantu dan jampuk jelas kedengaran. Semuanya itu tidak mendatangkan sebarang kesan buat diri Sajono, malah dia marahkan Mamat Bukit yang cuba mahu membunuh seekor cicak yang jatuh dari tulang bumbung ke atas lantai.
“Jangan bunuh dia biarkan dia hidup, bukankah dia makhluk Allah,” katanya.
“Cicak membawa sial pada kita, Kiai,” balas Mamat Bukit.
“Pada Allah tidak ada makhluk yang sial dan bertuah, cuma manusia saja yang pandai membeza-bezakannya,” jawab Sajono.
Tidak ada jiran-jiran lain yang datang ke rumah Samad Perang. Malam sebelumnya, ruang anjung itu penuh dengan para jiran yang jumlahnya lebih dari dua puluh orang. Mungkin mereka merasa bosan atau merasakan tidak ada faedahnya berjaga, sedang keadaan Samad Perang tidak banyak berubah, menyebabkan mereka tidak mahu datang.
“Saya mulakan sekarang,” kata Sajono pada datuk.
“Silakan.”
“Mari ikut saya, Sajono renung muka datuk, renung muka Mamat Bukit dan saya.
Tanpa banyak karenah, datuk, Mamat Bukit dan saya terus mengiringi Sajono menuju ke tempat Samad Perang dirantai. Sajono terus menepuk bahu Samad Perang, kemudian duduk bersila berhadapan dengan Samad Perang.
“Kamu bukakan rantainya,” kata Sajono pada saya. Badan saya mula menggeletar menerima anak kunci dari Mamat Bukit.
“Cucu saya pak,” kata datuk dengan wajah yang cemas.
“Tak mengapa biarkan.”
“Tapi, dia tak tahu semuanya ini pak.”
“Dia harus belajar,” Sajono merenung wajah datuk sambil menepuk bahu kiri datuk....

57. Sumpah Selendang Merah
** Sumbangan
dari ahli komunitisbdj Heysanto
Saya lihat datuk kurang senang dengan arahan yang diberikan oleh Sajono pada saya.
“Ayuh, orang muda,” suara Sajono lembut.
“Cucu saya, masih bodoh pak.”
“Dia harus belajar, mungkin di masa akan datang dia tidak akan berhadapan dengan perkara semacam ini.”
“Tapi...”
“Jangan bimbang, biarkan dia lalui pengalaman ini, setidak-tidaknya akan jadi bahan sejarah untuk dirinya. Ayuh,” Sajono menggosok-gosok kepala saya.
Badan saya menggeletar. Takut dan bimbangnya Tuhan saja yang tahu. Saya berharap datuk akan berusaha menggagalkan rancangan yang diaturkan oleh Sajono itu.
“Pergi Tamar, jangan kecewakan kepercayaan orang.” Kata datuk. Ternyata, saya tidak ada pilihan lain.
Saya pun rapat ke arah Samad Perang yang terlentang, kedua belah kakinya terkangkang. Biji matanya bergerak mengikut gerak geri saya. Dengan hati-hati saya masukkan anak kunci ke lubang kunci. Usaha saya berjaya. Saya renung muka Sajono.
“Kau sudah membuka kunci di kakinya, sekarang rantai dan kunci di bahagian tangannya,” perintah Sajono. Saya renung muka datuk minta simpati. Datuk tersenyum.
“Buka kunci di tangannya Tamar,” perintah datuk. Saya sungguh kecewa dengan sikapnya itu.
Saya terus membuka kunci di kedua belah tangannya. Bila saya memberi belakang pada Samad Perang, saya terasa ada sesuatu yang menghentak pada pangkal belikat saya. Saya terjerumus di hujung lutut Sajono. Samad Perang mula melompat dan menari, tidak ubah macam orang orang berjoget.
“Bangun nak, kau jatuh sendiri, orang yang sakit tidak menendangmu, ada orang lain yang membuatnya,” Sajono melekapkan telapak tangan kanannya di dahi saya.
Badan saya tidak terasa sakit malah macam tidak ada apa-apa yang berlaku pada saya. Saya segera duduk di sebelah datuk. Sajono terus merenung dengan renungan yang tajam dan marah. Samad Perang berhenti menari.
“Duduk di sini,” kata Sajono. Samad Perang terus duduk.
Sajono mengeluarkan rotan seni sepanjang enam inci dari celah pinggangnya. Badan Samad Perang dipukulnya lima kali berturut-turut. Kemudian dia menentang biji mata Samad Perang. Samad Perang angkat kepala dan terus menentang mata Sajono dengan wajah yang bengis. Sajono tetap tenang dan matanya tidak berkedip memanah ke mata Samad Perang. Saya lihat seluruh badan Samad Perang menggeletar dan akhirnya rebah atas lantai.
“Bangun, tentang mata saya,” kata Sajono. Samad Perang berusaha bangun. Percubaannya itu tetap gagal, setiap kali dia bangun, setiap kali pula dia rebah.
Mukanya nampak pucat, kedua-dua belah cuping telinganya nampak kecut.
“Awak bangun perlahan-lahan Samad dan kemaskan sila, duduk mengadap saya,” ucap Sajono dalam nada suara yang lembut.
Cukup sukar Samad Perang mematuhi arahan Sajono itu. Setelah menghempas pulas, akhirnya Samad Perang berjaya. Duduk bersila di hadapan Sajono. Saya sudah dua kali mengucap. Datuk dan Mamat Bukit tidak berkata apa-apa. Mereka Cuma memperhati dengan penuh teliti segala gerak-geri Sajono dan Samad Perang. Sajono merenung muka datuk dan Mamat Bukit. Mereka berbalas senyum. Sajono rapat pada Samad Perang.
“Yang jahat, yang baik semuanya keluar,” suara Sajono meninggi.
Samad Perang rebah kembali. Tidak sedarkan diri. Tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh Sajono untuk menyedarkan Samad Perang dari pengsan.
“Biarkan dia sedar sendiri.” Beritahu Sajono pada Mamat Bukit dan datuk. Isteri Samad Perang sandarkan badan ke dinding dengan wajah yang tenang.
Malam bertambah tua udara terasa amat dingin sekali. Sayup-sayup kedengaran kokok ayam. Bunyi burung hantu dan jampuk, tidak kedengaran lagi, suara cengkerik juga tidak sehebat tadi. Sesekali terdengar bunyi dedaun rumbia di pinggir rumah berlaga sama sendiri, disentuh angin malam yang bertiup. Samad Perang sedar dari pengsan. Dia terus duduk dalam keadaan yang amat letih sekali. Sajono tersenyum sambil menggosok-gosok kedua belah telapak tangannya. Kemudian, Sajono membetulkan letak songkoknya yang senget. Kain pelikat berpetak besar yang tersangkut di bahu kanan diubah ke bahu kiri.
“Yang jahat jangan datang, yang baik berumah dalam diri,” cukup lantang suara Sajono.
Mukanya kelihatan merah padam. Anak rambut di kiri kanan pelipisnya bergerak-gerak.
Samad Perang jatuh pengsan lagi. Kali ini, Sajono segera memulihkannya dengan menggunakan kain pelikat.
“Air,” muka Samad Perang.
“Berikan,” ujar Sajono.
Isteri Samad Perang hulurkan segelas air pada Mamat Bukit dan Mamat Bukit serahkan pada Samad Perang.
“Minum,” kata Sajono.
“Terima kasih,” jawab Samad Perang.
Semua yang ada di situ merasa gembira. Saya lihat kelopak mata isteri Samad Perang digenangi air jernih. Tetapi dibibirnya tetap terukir segaris senyum yang melambangkan kebahagiaan dirinya.
“Pertama kali saya melihat suami saya bercakap dengan baik dan sopan santun,” kata isteri Samad Perang pada datuk. Sajono yang berwajah tenang menggigit bibir. Samad Perang merenung wajah isterinya.
“Kau menangis, Sofiah?”
“Tak, saya tak menangis bang.”
“Matamu berair.”
“Ya, saya menangis bang, saya gembira kerana abang dah baik.”
“Aku tak faham dengan cakap kau Sofiah.”
“Abang sebenarnya sakit.”
“Sakit?” Samad Perang renung Mamat Bukit.
Saya lihat Mamat Bukit anggukkan kepala. Membenarkan kata-kata yang diucapkan oleh isterinya.
“Beri dia bantal, biar dia berehat,” Sajono menujukan kata-kata itu pada isteri Samad Perang.
Perempuan yang berbadan kurus dan berwajah cengkung itu segera masuk ke bilik tidur dan keluar membawa sebiji bantal. Samad Perang saya lihat seperti keadaan orang bingung. Dia renung pada rantai besi dan ibu kunci yang terdapat pada tiang seri.
“Saya mengantuk,” katanya pada Mamat Bukit.
“Tidurlah dulu.”
“Maafkan saya, mata saya tak boleh tahan,” suara Samad Perang lemah sekali.
Dia terus merebahkan badannya atas lantai. Mamat Bukit angkat kepalanya dan isterinya menyorongkan bantal.
“Ikat tangannya saja, bukan apa-apa sekadar untuk berjaga,” isteri Samad Perang segera mematuhi arahan dari Sajono.
Dalam beberapa minit saja, kami yang berada di situ sudah dapat mendengar suara dengkur Samad Perang.
“Selesai atau ada lagi Kiai?” cukup hati-hati Mamat Bukit mengajukan pertanyaan pada Sajono yang sedang duduk termenung macam memikirkan sesuatu.
“Ada lagi ke Kiai?” ulang Mamat Bukit.
“Untuk malam ini dah selesai, malam esok saya datang untuk menamatkannya,” Sajono bangun.
Saya dan datuk juga berjalan dalam ruang rumah dua kali. Bermula dari arah selatan menuju ke utara dan berhenti di muka pintu. Dia merenung malam yang gelap, merenung pokok-pokok yang tertegun di halaman. Kokok ayam bertambah kerap. Udara sejuk kian terasa.
“Saya nak pulang,” kata Sajono pendek dan ketika itu juga saya terdengar jam dinding di rumah Samad Perang berbunyi sebanyak dua belas kali.
Mamat Bukit segera turun ke tanah. Isteri Samad Perang membawa lampu gasolin ke muka pintu. Cahaya daripada lampu gasolin menerangi sebahagian daripada kawasan halaman rumah.
“Saya hantarkan Kiai,” ujar Mamat Bukit sambil menolak basikal tua keluar dari bawah rumah. Sajono memijak mata anak tangga dengan teliti. Dia akhirnya menyarungkan selipar kulit ke kaki. Berdiri di situ sejenak.
“Malam esok saya datang lagi, saya minta sediakan rotan halus atau rotan seni yang panjangnya kira-kira tiga kaki,” Sajono meninggalkan pesan pada isteri Samad Perang.
“Saya balik dulu, malam esok saya harap awak datang,” Sajono merenung muka datuk.
“Dengan izin Allah saya akan datang,” balas datuk.
“Saya harap Allah akan memperkenankan permintaan awak,” balas Sajono lalu bersalaman dengan datuk.
“Jaga suami awak baik-baik, saya rasa malam ni dia akan tidur sampai siang. Kalau takut, cari kawan,” Sajono renung isteri Samad Perang.
“Baik Kiai, saya jaga dia.”
“Lepas hantar Kiai, saya datang ke mari,” cara mendadak Mamat Bukit bersuara.
“Bagus,” celah datuk. Sajono renung muka saya dan tangan kanannya menepuk bahu kiri saya.
Sajono terus duduk di bahagian belakang basikal. Mamat Bukit pun kayuh basikal tanpa lampu membelah malam yang gelap.
“Hebat, naik basikal malam tak berlampu,” kata saya.
“Mamat sudah biasa begitu,” sahut isteri Samad Perang.
Datuk ketawa kecil, seolah-olah memberitahu saya, itulah keistimewaan orang kampung yang tidak kenal duna moden, tidak kenal lampu letrik di tepi jalan. Tetapi, mereka tidak pernah mengeluh dengan keadaan itu, mereka hadapi dengan tenang dan penuh cabaran.
“Kami balik dulu,” beritahu datuk pada isteri Samad Perang.
“Selamat jalan, jangan lupa malam esok datang lagi.”
“Kalau tak ada sakit demam dan umur pula panjang, saya sampai, jawab datuk.
Saya dan datuk sampai ke rumah hampir pukul satu subuh. Nenek menyambut kami dengan wajah yang masam di muka pintu. Tetapi, datuk tetap memberikan senyum yang paling manis untuk seorang isteri yang setia, seperti nenek.
“Janda mana yang awak gila, anak dara mana yang awak intai hingga jauh malam baru sampai ke rumah,” gegendang telinga saya menangkap suara nenek.
“Tak ada janda, tak ada anak dara, yang ada awak seorang aje, sebab itulah saya balik ke rumah,” tingkah datuk yang diakhiri dengan ketawa pendek.
Nenek terus diam dan merapatkan daun pintu serta menguncikannya sekali. Saya terus merebahkan badan di bilik kecil yang dikhaskan untuk saya. Semua yang saya lihat dan alami di rumah Samad Perang terbayang kembali. Sukar untuk dipercayai dengan fikiran yang waras, bila seseorang menyuruh sesuatu yang dianggap jahat dan baik keluar dari tubuh manusia, kemudian mengizinkan benda yang baik menguasai hati dan perasaan manusia seperti yang dilakukan oleh Sajono pada Samad Perang. Andainya, kalau saya ceritakan pada orang lain tentang kejadian itu, pasti orang yang mendengarnya ketawa dan mengira perkara itu tidak masuk akal lalu menuduh saya pembohong.
Tetapi, perkara yang tidak masuk di akal itulah yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri. Memang aneh, dunia dan manusia tidak dapat dipisahkan dari menjalani kejadian-kejadian aneh yang kadang-kadang tidak masuk di akal, kata hati kecil saya sambil menarik selimut. Akhirnya saya terlelap.
Saya terjaga dari tidur, bila datuk menarik kaki saya dengan kuatnya.
“Bangun, jangan dilayan kemahuan hati, nanti kau berkawan dengan syaitan, bangun sembahyang Subuh,” katanya keras.
Saya tidak boleh membantah. Saya pun bangun dan menjalankan rukun Islam kedua.
Datuk sengaja pulang lewat ke rumah Samad Perang malam ini. Kata datuk tidak guna pergi awal, Sajono sendiri sudah mengatakan yang dirinya akan sampai ke rumah tersebut pukul dua belas tengah malam.
“Pukul sebelas kita bertolak dari rumah, sementara itu biar aku membaca Quran,” beritahu datuk pada saya.
Rasa gembira menguasai hati saya, bila mendengar keputusan dari datuk.
“Kau pergi baca surah Yasin,” ujar datuk lagi.
“Saya baca dalam bilik tuk.”
Tanpa membuang masa saya masuk ke bilik. Pintu bilik saya kunci dari dalam.
Membaca surah Yasin, bukanlah satu tugas yang menyenangkan hati saya, lebih-lebih lagi kalau ada tugas lain yang saya kira lebih mustahak dari itu. Jadi, saya buat keputusan yang muktamad. Saya tidak mahu membaca surah Yasin. Saya harus menyambung kerja saya yang terbengkalai sejak dua tiga hari yang lalu, iaitu membuat sangkar burung. Pelita minyak tanah saya pasang dua sekali. Keadaan dalam bilik cukup terang tetapi, saya tidak puas hati. Saya mahu cahaya yang terang lagi. Saya pasang lima batang lilin. Kemudian saya keluarkan pisau kecil serta bilah-bilah buluh yang sudah diraut dari bawah katil. Saya pun memulakan kerja membuat sangkat burung mengikut bentuk yang saya ingini.
“Tamar kau baca Yasin atau tidur, tak dengan suara pun.”
“Saya baca tuk, tapi tak boleh kuat, suara serak, tekak saya sakit.”
“Betul ke ni Tamar.”
“Betul, sumpah tuk,” kata saya sambil menajamkan bilah buluh bahagian bawah, kemudian bilah itu saya tekan pada rotan yang dijadikan gelegar sangkar.
Bagi meyakinkan hati datuk yang saya membaca surah Yasin sesekali saya tinggikan suara sambil menyebut beberapa ayat dari surah tersebut yang saya ingati. Sambil melakukannya, saya ketawa sendirian kerana saya sudah berjaya memperdayakan datuk. Tepat jam sebelas malam, datuk terus ketuk pintu bilik. Kelam-kabut saya sorongkan sangkat yang baru siap separuh ke bawah katil. Kepala saya sarungkan dengan songkok, surah Yasin saya pegang. Pintu bilik saya buka lebar-lebar.
“Bagus, kau cucu yang baik dan mendengar cakap,” kata datuk.
“Terima kasih tuk.”
“Habis, apa lagi.”
Saya dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek Cuma menghantar hingga ke kaki tangga saja. Nenek berpesan supaya kami berhati-hati berjalan kerana banyak binatang bisa yang merayap malam. Begitulah sikap nenek saya, dalam marah dia tetap sayangkan suami. Setiap detik yang berlalu, tidak dipersiakan begitu saja, tetap diisi dengan doa dan harapan semoga berbahagia serta dipanjangkan usia.
“Nenekmu wanita kampung yang banyak menyerahkan harapan pada keadaan. Seorang isteri yang setia tetapi mempunyai suami yang kurang mementingkan hati dan perasaannya,” datuk mengeluh dalam perjalanan.
“Saya sayangkan nenek tuk.”
“Aku juga sayangkan dia Tamar. Kalau kau mencari isteri, carilah perempuan sebaik nenekmu.”
“Saya tak mahu kahwin tuk.”
“Satu waktu, kau akan kahwin juga Tamar.”
“Dengan siapa tuk.”
“Hanya Allah Yang Maha Besar akan menentukan jodohmu Tamar.” Saya tersenyum mendengar cakap datuk.
Saya bayangkan dalam kepala wajah-wajah gadis yang saya kenali. Tetapi, semuanya tidak saya minati. Kami sampai ke rumah Samad Perang. Sajono dan Mamat Bukit duduk di bawah pokok bertemankan lampu minyak tanah. Datuk tidak menyoal kenapa mereka duduk di luar tidak di dalam rumah. Datuk tahu selagi belum tepat jam dua belas malam, Sajono tidak akan memijak lantai rumah Samad Perang. Saya dan datuk turut duduk di bawah pokok. Sajono yang tenang tidak banyak bercakap. Tetapi, Mamat Bukit tetap rancak bercakap dengan datuk.
Tepat jam dua belas. Kami pun masuk ke rumah Samad Perang. Duduk di ruang tengah. Isteri Samad Perang menyerahkan rotan seni pada Sajono.
“Bagaimana keadaannya,” tanya Sajono.
“Alhamdulillah, dia tidak meracau dan terus tidur, bila dia jaga dia minta air.”
“Lagi.”
“Dia bercakap dengan baik dan mula bertanya khabar tentang kawan-kawannya.”
“Bersyukurlah pada Allah yang memberkati usaha-usaha kita,” Sajono menadahkan kedua belah telapak tangannya sambil membaca sesuatu.
Bila mulutnya berhenti bergerak, kedua belah telapak tangannya menyapu muka.
“Saya mulakan sekarang,” beritahu Sajono pada datuk dan Mamat Bukit.
“Silakan,” jawab Mamat Bukit dan datuk serentak.
Sajono terus membuka kunci pada rantai besi yang mengikat tangan Samad Perang.
“Bangun,” Sajono kejutkan Samad Perang, tergesa-gesa Samad Perang, gosok kelopak mata serta duduk bersila di depan Sajono.
Tangan kanan Samad Perang dijamah oleh Sajono, tiap sendi jejari tangan itu dipicitnya berkali-kali. Kemudian Sajono mengikat jejari tangan kanan itu dengan rotan seni. Bila dirasakannya ikatan itu sudah cukup kejap, Sajono terus merentapnya dengan kasar sekali. Samad Perang kelihatan cemas wajahnya berkerut menahan rasa sakit. Samad Perang terus menjerit dan meronta-ronta. Sajono terus memegang hujung rotan dengan sekuat hatinya. Samad Perang berpusing-pusing di lantai, dia bagaikan kehilangan tenaga untuk berdiri dan jejari tangan kanannya yang diikat dengan rotan, kelihatan lembik. Samad Perang terus lemah, suaranya bagaikan tidak keluar ketika itu juga Sajono meratapinya, lalu menepuk belakangnya. Saya lihat Samad Perang terus kaku, macam patung kayu tetapi, kelopak mata masih boleh dipejam celikkan.
“Syaitan masih mahu mengganggunya lagi,” Sajono renung muka Mamat Bukit. Cepat-cepat Mamat Bukit anggukkan kepala. Datuk juga begitu.
Samad Perang rebah perlahan-lahan atas lantai. Tetapi Sajono segera memulihkan badan Samad Perang yang lemah itu dengan melucutkan rotan yang mengikat kelima-lima jari kanannya.
“Samad,” kata Sajono.
“Ya.”
“Kau kenal dengan saya?”
“Tak kenal, awak siapa?”
“Saya Sajono, datang untuk berusaha memulihkan sakit dan Allah mengizinkan usaha itu, kau beransur sembuh.”
“Terima kasih.”
“Ingat Samad, Allah itu Maha Besar, Maha Mengetahui, tidak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa Allah, penunggu itu syaitan.”
“Saya faham,” kata Samad Perang.
Sajono tersenyum merenung kami. Dia menyerahkan rotan yang telah digunakannya pada isteri Samad Perang. Dia pun membaca doa kesyukuran pada Allah yang telah memberkati segala usahanya itu.
“Hantarkan saya pulang,” Sajono mengemukakan pertanyaan pada Mamat Bukit yang bersandar di dinding.”
“Terlalu cepat nak balik,” kata datuk pula, muka Sajono di renungnya lama-lama.
Sajono membetulkan songkoknya. Dan hujung kain pelikat di bahu dirabanya berkali-kali.
“Niat dari rumah untuk menolong orang, bila niat sudah tercapai, mesti pulang, hidup tidak boleh banyak cabang nanti ditumpangi syaitan,” Sajono memberikan ceramah pendek. Datuk anggukkan kepalanya.
“Apa puncanya sakit kawan saya ni Kiai,” Mamat Bukit menyoal.
“Amalan yang baik, tersilap langkah itu saja silapnya.”
“Maksud Kiai.”
“Saya cuma dapat memberi tahu setakat itu saja.”
Sajono pun bangun melangkah menuju ambang pintu. Mamat Bukit segera memintas di depannya dan terus menuju ke tanah. Dalam beberapa minit saja, Mamat Bukit sudah sedia dengan basikal buruk di kaki tangga.
“Semoga Allah akan memberkati perjalanan awak,” suara datuk pendek.
“Mudah-mudahan,” jawab Sajono.
Mamat Bukit pun kayuh basikal. Saya dan datuk berpandangan, ketika itu juga saya terdengar suara dari isteri Samad Perang menyuruh kami duduk untuk minum kopi panas. Permintaan itu tidak kami hampakan. Samad Perang yang sudah pulih itu turut sama duduk dekat datuk. Terlalu banyak yang Samad Perang tanyakan pada datuk berhubung dengan dirinya. Semua pertanyaan itu tidak perlu dijawab oleh datuk. Isterinya menjelaskan kedudukan yang sebenar. Di malam yang singkat itu, tanpa diminta oleh sesiapa Samad Perang menceritakan pada datuk dan saya bagaimana nama perang tercantum di hujung namanya.
Menurut Samad gelaran perang di hujung namanya itu diperolehi waktu zaman darurat dulu. Ketika itu dia berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Saya jadi polis di bahagian Jungle Squad, setiap kali saya membawa orang-orang saya masuk hutan, pasukan yang saya pimpin selalu kena serang dan sejak itu nama saya ditambah dengan perkataan perang kerana bila masuk hutan saya mesti berperang dengan komunis,” kata Samad Perang dengan nada suara yang rendah tetapi, wajahnya tetap membayangkan rasa bangga dan megah. Samad Perang juga memberitahu kami, ketika berkhidmat dalam pasukan keselamatan jugalah, dia belajar ilmu yang bertujuan untuk mempertahankan dirinya dari serangan pihak musuh.
“Apa ilmu yang kau belajar?” tanya datuk.
“Ilmu kebal, saya juga mandi minyak dan lain-lain lagi hingga saya diberikan oleh guru saya selendang merah.”
“Di mana kau belajar semuanya itu?”
“Waktu saya bertugas di Cincin, Melaka.”
“Apa yang kau dapat dari ilmu yang kau tuntut itu.”
“Bila saya masuk hutan, saya pakai selendang merah, komunis tidak sanggup menentang pasukan yang saya pimpin terlalu lama.”
Datuk terdiam mendengar keterangan dari Samad Perang. Isterinya tersenyum mendengar cerita suaminya. Samad Perang nampak bersih, biji matanya merenung tulang bumbung rumah dua tiga kali.
“Dulu, suami saya patuh dengan syarat yang diberikan oleh mahaguru, tetapi, sejak dia berhenti semua syarat-syarat itu dilupa,” tiba-tiba isteri Samad Perang bersuara. Biji mata datuk terbeliak mendengarnya. Samad Perang cuma senyum saja.
“Apa syarat-syaratnya?” Datuk mula mencungkil rahsia. Samad Perang renung isterinya, kemudian anggukkan kepala, seolah-olah memberi kebenaran pada isterinya untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh datuk.
“Apa syaratnya?” Ulang datuk lagi.
“Sembahyang lima waktu tak boleh tinggal, tidak boleh minum arak, tidak boleh berjudi dan main perempuan, setiap malam Jumaat mesti baca Yasin, tidak boleh makan minum di kedai bukan Islam,” cukup lancar isteri Samad Perang bercakap.
Saya lihat Samad Perang terdiam. Wajahnya nampak kesal sesekali dia menarik nafas panjang, membayangkan rasa hampa dan kecewa dalam hati.
“Semuanya saya langgar, saya minum arak, saya berjudi saya percaya pada perkara-perkara tahyul, akibatnya saya tanggung sekarang. Saya menyesal,” kata Samad Perang.
Saya simpati dengan nasib malang yang menimpa diri Samad Perang. Tetapi, bila saya fikirkan yang dirinya gagal memenuhi syarat-syarat yang dicarinya sendiri. Rasa simpati itu segera hilang.
“Mulai sekarang, ikut pesan guru kamu yang baik itu dan buang perangai yang tidak baik dari dirimu,” datuk melahirkan nasihat.
Datuk minta diri untuk pulang. Samad Perang dan isterinya mengizinkan permintaan datuk itu.
Bila saya dan datuk berada di halaman rumah. Mamat Bukit pun tiba. Mukanya berpeluh dalam kedinginan malam.
“Bagaimana keadaan dirinya,” Mamat Bukit bersuara.
“Nampaknya sihat dan elok.”
“Kata Kiai, dia akan pulih betul dalam seminggu dua ini. Kiai itu juga beritahu saya, guru tempat Samad Perang belajar ilmu dulu, sepupunya.”
“Apa pesannya, ilmu yang dituntut sudah luput, pesan yang baik mesti diikut, kalau tidak diikut syaitan datang lagi.”
“Sepupunya, masih ada lagi?”
“Sudah balik ke Tanah Jawa.”
Datuk bersalam dengan Mamat Bukit. Kami tinggalkan halaman rumah Samad Perang ketika Mamat Bukit memijak anak tangga pertama. Angin malam terus bertiup lembut, menggugurkan dedaun tua. Kokok ayam mula kedengaran sayup-sayup. Saya dan datuk terus melangkah dengan tenang. Waktu saya dan datuk sampai ke rumah, nenek masih belum tidur lagi. Dia menunggu kami pulang untuk makan malam bersama.
“Nasi dan lauknya masih panas, baru selesai dimasak, saya dah agak awak bersama cucu pulang dalam waktu begini,” kata nenek lalu duduk di sisi datuk.
Kami makan dengan penuh selera, meskipun malam sudah terlalu dekat menuju ke pagi.
Sebulan kemudian, saya dan datuk mengunjungi rumah Samad Perang. Keadaannya sudah banyak berubah, tidak mudah naik darah. Wajahnya kelihatan tenang, berhati-hati bila bercakap.
“Sejak malam itu, saya sudah insaf, saya berkawan baik dengan Sajono, saya belajar ilmu mengubat orang sakt dengan menggunakan rotan,” beritahu Samad Perang pada datuk.
“Kau mahu jadi dukun pula?”
“Saya sudah belajar, kalau ada anak buah saya mengalami sakt macam itu, bolehlah saya gunakan ilmu yang saya tuntut.”
“Bagus, apa kau tak pernah ke hutan lagi mencari rotan?”
“Saya sudah berhenti, biarlah Mamat Bukit dan kawan-kawannya membuat kerja itu.”
“Kau buat apa sekarang?”
“Saya mengusahakan tanah di belakang rumah, saya tanam pisang dan keledek, ini sumber rezeki saya.”
“Pelik?”
“Tak pelik, saya tak mahu buat kerja maksiat.”
“Maksud awak?”
“Masa mencari rotan dulu, sayalah kepala memuja tunggul buruh, pokok besar untuk mencari kekayaan.”
“Aku tak faham Samad.”
“Saya jadi kepala menurun nombor ekor, memang kami berjaya dapat duit ekor sampai lima enam ribu, tapi duit habis begitu saja. Duit haram tetap panas,” Samad Perang mengeluh.
Datuk tersenyum kerana sudah mengetahui rahsia sebenar kenapa Samad Perang menentang bermati-matian ketika dia menyertai rombongan Mamat Bukit mencari rotan dulu.
“Sudahlah Samad lupakan semuanya itu,” kata datuk dengan tenang. Samad Perang ketawa.
“Sebulan dua lagi, saya nak pindah ke Kuala Lumpur, anak saudara saya mengajak saya ke sana, katanya di sana ada banyak peluang berniaga,” terkejut juga saya mendengar cakap Samad Perang itu.
Saya harap apa yang diucapkannya itu tidak akan menjadi kenyataan.
“Kau bergurau atau sungguh-sungguh,” tanya datuk.
“Apa yang dicakapkannya tu betul, saya dah pergi ke Kuala Lumpur, saya sudah menandakan tanah untuk dibuat rumah, anak saudara saya yang buat semuanya ini,” jawab isteri Samad Perang.
“Di mana? Di Kuala Lumpur tu luas,” soal datuk lagi.
“Di Kampung Nakhoda, dekat Batu Caves, pacak rumah dulu, sementara nak bertapak, malam saya nak jual mee, siang Samad menjual ikan dan sayur di pasar Selayang,”
“Banyak modalnya itu.”
“Anak saudara yang keluarkan modal dulu,” tambah isteri Samad Perang.
Beberapa bulan kemudian, Samad Perang dan isterinya pindah ke Kuala Lumpur. Berita terakhir yang saya dengan dari kawan-kawannya, Samad Perang sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya di Kampung Nakhoda. Tanah haram yang didudukinya, sudah menjadi miliknya sendiri. Dia mendirikan rumah batu dua tingkat. Samad Perang banyak menghabiskan masa lapangnya di masjid.
Saya gembira mendengar berita itu dan berharap Samad Perang tidak akan jatuh dalam dunia perniagaannya, kalau dia jatuh, saya bimbang dia akan membuat kerja lamanya menyembah tunggul dan pokok-pokok besar untuk meminta nombor ekor.
“Allah memberikan jalan yang baik untuknya, semoga dia akan jadi manusia yang berguna pada agama, saya senang dengan cara saya mencari rezeki dengan memanjat bukit untuk mencari rotan,” kata Mamat Bukit, bila dia mendengar berita tentang kawan karibnya itu.

58. Ilmu Papan Sekeping
SUDAH
dua jam, saya duduk di pangkal pokok kekabu di tebing sungai. Tidak ada seekor
ikan pun yang mahu menjamah umpan di mata pancing.
“Banyak ikan yang kau dapat?”
Saya segera menoleh ke kanan. Samad Perang tercegat di situ dengan sepasang matanya merenung tajam ke arah saya. Batang pancing saya cacakkan ke tanah.
“Tak ada ikan yang mahu makan umpan pancing. Bila pakcik datang dari Kuala Lumpur?”
“Dah dua hari, melihat rumah lama dan kawasannya. Sudah penuh dengan lalang.”
“Dah jumpa datuk saya?”
“Belum lagi, cadang tu memang nak jumpa dia, sengaja pak cik jalan ikut tepi sungai, redup sikit.”
“Kalau pakcik nak jumpa dia elok sangat tu, diapun ada di rumah. Masa saya tinggalkan tadi, dia mencangkul.”
“Tak apalah Tamar, kau memancinglah tetapi, kau ingat memancing ni mesti sabar.”
“Ya pakcik.”
Samad Perang terus meninggalkan saya di perdu kekabu. Samad Perang yang saya lihat sebentar tadi, berbeza dengan Samad Perang yang dulu. Mukanya kelihatan bersih dan badannya gemuk. Kulit mukanya kelihatan kemerah-merahan. Matahari petang yang memancar garang mula menurun. Air sungai yang tadi memancarkan cahaya yang berkilau-kilau kerana dipanah sinar matahari, sudah tidak bercahaya lagi. Tetapi, ikan-ikan terus bermain di permukaan air sambil menangkap serangga yang hanyut. Anehnya, ikan-ikan itu tidak mahu menjamah umpan beras kunyit di mata pancing. Selalunya, umpan yang dibuat oleh nenek jadi kegemaran ikan, belum pernah saya pulang ke rumah dengan tangan kosong. Paling kurang saya akan dapat dua tiga ekor baung putih dan teroboi atau ikan keli. Petang itu, tuah tidak berada di pihak saya. Pulanglah saya dengan tangan kosong bersama matahari petang yang kian rapat ke puncak gunung di seberang sungai.
“Kenapa muka masam macam cuka, kau tak dapat ikan,” tegur nenek bila saya sandarkan batang pancing di pokok rambutan di belakang rumah.
Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Saya terus duduk di anak tangga bongsu.
“Tamar, aku bercakap dengan kamu, kenapa kamu diam?” Suara nenek mula meninggi. Berdiri di depan saya bercekak pinggang. Kain tudung yang menutup kepalanya jatuh atas bahu. Dan sanggul lintangnya jelas kelihatan, hitam berkilat diselang-seli dengan uban.
“Saya meradang tak dapat ikan nek.”
“Itu puncanya, eh apa kau sudah lupa, rezeki kita di tangan Allah, kalau kau sudah berusaha tetapi, tidak dapat, ertinya rezeki kau tak ada, apa kau mahu melawan kuasa Allah.”
“Tidaklah begitu nek.”
“Kalau sudah tahu, kenapa kau mesti marah? Kau harus bersyukur kerana hari-hari lain kau dapat ikan.”
Saya terdiam mendengar kata-kata nenek itu. Saya terus senyum dan bangun menuju ke arah datuk yang sedang duduk termenung di penjuru halaman rumah sebelah kanan. Tangannya masih memegang cangkul.
“Ada pakcik Samad Perang jumpa Tuk?”
“Ada, kenapa Tamar?”
“Sebelum dia jumpa tuk, dia jumpa saya di tepi sungai.”
“Hum, macam tu, dia baru saja balik.”
Saya anggukkan kepala mendengar cerita dari datuk itu. Datuk dan saya beredar dari situ menuju ke bawah pokok manggis yang tidak jauh dari kaki tangga. Di bawah pokok tersebut datuk dirikan pelantar papan yang muat untuk empat orang duduk bersila. Tiang pelantar datuk buat dari buluh kuning, tingginya kira-kira satu kaki dari paras bumi. Saya dan datuk terus duduk di situ. Beberapa minit kemudian nenek datang meletakkan dua cawan kopi panas.
“Apa cerita Samad Perang dengan awak? Saya nampak tadi, bukan main rancak bercakap,” nenek menyoal datuk. Saya cuma senyum saja.
“Tak ada apa-apa, Cuma dia bertanya pendapat saya berhubung dengan tanah dan rumahnya yang sudah ditinggalkannya hampir dua tahun tu.”
“Kenapa pula?”
“Dulu dia suruh anak buahnya duduk dan bersihkan tanah, tapi anak buahnya tak mahu, kata mereka tanah dan rumah tu berhantu.”
“Dia suruh awak duduk di situ?”
“Tidak pula...,” datuk tidak meneruskan kata-katanya.
Datuk terus menghirup air kopi. Saya menggigit bibir sambil merenung ke arah beberapa ekor burung yang hinggap di dahan manggis.
MAWAR
Datuk meletakkan cawan kopi yang berbunga mawar di atas piring. Datuk kedutkan kedua belah keningnya macam memikirkan sesuatu. Ia merenung ke arah muka jalan.
“Mamat Bukit datang,” katanya dengan tenang. Saya dan nenek terus merenung ke arah muka jalan masuk ke halaman rumah.
Mamat Bukit terbongkok-bongkok mengayuh basikal menuju ke arah kami. Sampai dekat pelantar Mamat Bukit tongkatkan basikal tuanya. Tanpa mengucapkan sesuatu, Mamat Bukit terus duduk di sisi datuk. Dahinya berpeluh dan nafasnya turun naik. Datuk tidak peduli dengan Mamat Bukit yang nampak agak cemas. Dengan tenang datuk menghirup kopi.
“Pergi buatkan kopi untuk dia,” bisik datuk pada nenek. Nenek pun bangun. Bila Mamat Bukit sudah tenang, datuk pun menghadiahkan senyum padanya.
“Ada apa masalah Mamat?” tanya datuk. Mamat Bukit tersenyum, dalam masa yang sama nenek menghulurkan secawan kopi padanya.
“Minum Mamat.” Kata nenek.
“Terima kasih, kerana susah-susah buat kopi untuk saya,” balas Mamat Bukit. Nenek terus duduk di tempat asalnya. Saya terus menghirup kopi. Beberapa helai daun manggis yang sudah tua, gugur ke bumi.
“Jadi kau menjaga dan mengusahakan tanah Samad Perang?” Mamat Bukit agak terkejut dengan pertanyaan yang dihadapkan oleh datuk padanya.
“Mana awak tahu semuanya ini?” soal Mamat Bukit.
“Samad Perang bertanyakan pendapat aku dalam hal tersebut dan aku setuju dengan apa yang dirancangkannya, eloklah kau mengusahakan tanah dan menjaga rumahnya, aku kira kau orang yang paling sesuai sekali, kau sahabatnya.”
“Apa kata anak buahnya yang lain?”
“Usah kau bimbang hal tersebut, dia sudah serahkan pada anak buahnya tapi, mereka tak mahu menjaganya.”
“Tapi, ada hal lain lagi.”
“Apa dia Mamat? Cakaplah,” suara datuk agak meninggi. Biji matanya cukup tajam merauti wajah Mamat Perang. Mamat Perang segera menundukkan kepala. Dahinya nampak berkerut.
“Sebaik saja saya menerima amanat Samad Perang untuk menjaga rumah dan mengusahakan tanahnya, anak saudaranya datang dan mengatakan rumah dan tanah Samad Perang, ditunggu jin tanah,” suara Mamat Bukit tersangkut-sangkut.
Nenek terus renung muka Mamat Bukit. Saya lihat nenek tersenyum dan terus bersuara:
“Kenapa kau tak tanya Samad Perang, tentang hal itu?”
“Nak tanya macam mana? Anak saudaranya datang sesudah Samad Perang balik.”
Saya dan datuk ketawa mendengar jawapan dari Mamat Bukit. Datuk terus menepuk bahu Mamat Bukit.
“Semuanya tu karut, kerana Samad Perang dulu diserang penyakit ganjil, kaum kerabatnya merasakan penyakit itu berpunca dari tanah yang didudukinya, semuanya tu karut, kau pergi jaga rumah dan usahakan tanahnya, jalankan amanat kawan kamu tu dengan jujur dan ikhlas,” ujar datuk.
Mamat Bukit anggukan kepala. Setuju dengan cakap datuk. Lebih-lebih lagi datuk telah memberi jaminan padanya. Sedia membantunya jika menghadapi sebarang masalah.
“Kalau dah ada jaminan macam tu. Saya tak bimbang,” suara Mamat Bukit merendah. Di bibirnya terpamer senyum. Dia pun menghirup kopi yang tersedia di depannya. Kemudian Mamat Bukit minta diri untuk pulang.
“Apa yang mahu awak tahu, sekarang sudah jelas,” datuk renung muka nenek. Saya lihat nenek tersenyum, lalu mengambil cawan kosong.
Beberapa minit kemudian, saya dan datuk pun beredar dari pelantar di bawah pokok manggis. Senja pun merangkak tiba. Suasana beransur menjadi samar-samar. Beduk di surau pun dipalu orang dan diikuti dengan suara azan Maghrib.
TETAMU
Saya tidur kembali setelah menunaikan sembahyang Subuh. Bila saya terjaga dari tidur yntuk kali yang kedua, saya lihat jam bulat yang terletak atas meja di hujung kepala, sudah menunjukkan pukul lapan pagi. Saya terus melakukan senaman seperti yang diajar oleh datuk. Senaman yang dilakukan selamat sepuluh minit itu mengeluarkan peluh di seluruh badan. Saya biarkan peluh badan kering dengan sendirinya. Saya ingat pesan datuk yang mengatakan, bila badan berpeluh kerana bersenam, jangan terus mandi. Jangan kesat peluh dengan tuala, biarkan peluh itu keluar dan kering dengan sendirinya. Bila dikesat dengan tuala, mungkin liang-liang bulu roma tersumbat oleh daki peluh. Akibatnya, boleh menimbulkan rasa sakit-sakit dalam badan. Bila peluh sudah kering, saya terus ke sungai. Biasanya saya terjun dari bibir tebing ke dalam sungai. Tetapi, pagi itu kebiasaan tersebut tidak saya lakukan. Apa yang saya lakukan ialah mengenakan kedua belah telapak kaki saya dengan air di permukaan sungai. Sedikit demi sedikit saya meranduk air sungai. Mula-mula, kedua belah buku lali saya kena air. Lepas itu, buah betis melarat hingga ke tempurung lutut. Randuk lagi hingga air sungai paras pinggang. Kemudian, baru saya tenggelamkan badan paras leher. Akhirnya, saya terus menyelam dan berenang dengan bebas.
Semuanya yang saya lakukan itu semata-mata mematuhi petua dari datuk. Menurutnya, bila kita mandi sebaik-baiknya hindarkan menjirus air atau mengenakan air terus ke badan dengan mengejut. Cara itu, kurang baik, boleh membuat pergerakan darah dalam urat terganggu. Cara yang baik kenakan air dari bawah, kemudian terus membawa ke atas (kepala). Dengan berbuat demikian perjalanan darah tidak terganggu. Tambah datuk, jika petua itu diamalkan terus menerus, boleh menghindarkan diri dari diserang penyakit lumpuh,kebas atau sakit-sakit di bahagian sendi badan. Apakah petuadatuk itu betul atau tidak, saya tidak dapat mempastikannya tetapi, petua tetap saya amalkan.
Lepas mandi di sungai, saya terus pulang ke rumah. Sampai di rumah saya agak terkejut sedikit. Dua orang wanita, sedang duduk di pelantar di bawah pokok manggis. Saya segera menghampiri mereka. Saya lihat wanita yang memakai baju kurung merah, berusia dalam lingkungan dua puluhan. Wanita yang memakai baju kurung putih berusia kira-kira lima puluhan.
“Cari siapa?” tanya saya. “Tuan rumah ni.”
“Yang lelaki ke, yang perempuan?” wanita yang berusia lima puluhan itu terdiam. Dia renung muka saya sejenak.
“Awak siapa.” Cara mendadak wanita berusia lima puluh menyoal saya. Tanpa membuang masa, saya terus menerangkan hubungan diri saya dengan orang yang dicakap oleh mereka.
“Saya ada hajat besar nak jumpa datuk awak,” terang wanita yang memakai baju kurung putih. Saya menggigit lidah, saya yakin mereka datang dari Kedah.
Kalau tidak dari Kedah mungkin mereka dari Perak Utara atau Pulau Pinang. Sebabnya saya berkata begitu, loghat percakapan mereka, loghat orang utara.
“Begini saja makcik, biar saya pakai seluar dan baju dulu, kemudian saya panggil datuk dan nenek saya, kalau tak silap mereka pergi ke kebun pisang,” terang saya dengan jujur.
“Jauh ke, kebun pisangnya?”
“Dekat aje, makcik tunggulah. Apa hajat makcik yang sebenar?”
“Tak payahlah saya terangkan pada awak, pergilah panggil datuk awak tu, makcik ni datang dari jauh,” tambah wanita berbaju kurung putih, tanpa menyebut dari mana dia datang. Setelah mengenakan seluar dan baju, saya segera menemui datuk dan nenek di kebun pisang. Tanpa banyak cakap mereka pun pulang.
Nenek terus menjemput kedua orang perempuan itu ke dalam rumah. Macam selalu, nenek terus menghidangkan kopi pada tetamu yang tidak diundang itu.
“Saya ni datang dari Kulim, menurut adik lelaki saya yang bekerja di Pusat Pertanian di pekan ini, awak bomoh handal,” perempuan berbaju kurung membuka mulut di depan datuk. Saya lihat datuk tenang saja.
“Ini anak perempuan saya nombor dua, dia ni ada penyakit, sudah ramai bomoh mengatakan dia ni kena buatan orang, saya minta tuk bomoh tolong tilikkan siapa yang membuat anak saya ni,” tambahnya dengan wajah serius.
Datuk segera sandarkan badan ke dinding. Merenung tajam pada nenek yang duduk tidak jauh dari perempuan berbaju kurung putih.
“Saya bukan bomoh, saya bukan dukun. Cuma adik awak saja yang mengatakan saya dukun,” suara datuk agak meninggi.
“Tapi...”
“Tak ada tapinya, saya bukan bomoh saya bukan dukun,” datuk terus memotong cakap wanita yang berbaju kurung putih. Air mukanya segera berubah. Nenek agak terkejut dengan sikap datuk itu.
Saya tidak tahu kenapa datuk bertindak demikian. Saya lihat kedua orang wanita itu jadi serba-salah.
“Maafkan saya,” suara datuk menurun. Dia menarik nafas panjang sambil menggaru-garu pangkal lehernya. Dan wanita yang memakai baju kurung putih terus tunduk merenung lantai.
“Sepatutnya, saya yang minta maaf kerana datang tidak memberitahu, mungkin melanggar pantang.”
“Awak tak melanggar pantang, kita sesama Islam tetap bersaudara. Tetapi, saya kesal kerana awak mengatakan saya bomoh handal, seolah-olah saya ni lebih berkuasa dari Allah, sedangkan saya bukannya bomoh atau dukun.”
“Maafkan saya.”
“Lagi satu saya marah, kerana awak minta tilik atau minta tengok tentang orang yang kononnya, membuat anak awak. Saya nak tanya, awak orang Islam? Betul atau tidak.”
“Saya orang Islam, kenapa awak tanya macam tu.”
“Sebagai orang Islam, awak harus tahu menengok dan menilik tu perbuatan syirik, kenapa kerja yang ditegah oleh agama awak lakukan? Apa awak percaya pada bomoh dan dukun dari kuasa Allah?” Wanita berbaju kurung putih itu terdiam.
Kemudian, dengan cara terhormat datuk meminta kedua orang wanita itu pulang saja ke Kulim dan datuk tidak mahu mendengar tentang masalah yang mereka hadapi. Bila datuk sudah bertindak demikian, nenek segera campur tangan.
“Mereka datang dari jauh, setidak-tidaknya awak dengarlah cerita mereka, kenapa awak nak naik darah tak tentu sebab,” kata nenek. Datuk segera bangun, berdiri di muka tingkap kedua belah telapak tangannya menekan bendul tingkap.
Datuk merenung ke arah dedaun manggis dan rambutan yang bergoyang disentuh angin. Saya lihat kedua belah cuping telinganya seakan-akan bergerak-gerak. Datuk duduk kembali di tempat asalnya.
“Begini saja, kerana hal ini, hal orang perempuan eloklah awak ceritakan pada isteri saya. Minta maaf, kalau saya bersikap kasar dengan awak berdua, saya tahu sangat perangai orang perempuan, kerja tengok menengok atau menilik dan jumpa bomoh memang kesukaan orang perempuan, janganlah menambahkan dosa kering dalam hidup kita,” cukup tenang datuk berkata-kata.
Datuk bangun kembali. Dia terus menarik tangan saya.
“Ke mana tuk?”
“Tolong kerja aku di kebun pisang.”
“Orang yang datang ni macam mana?”
“Biar nenek kamu yang selesaikan.”
KELUAR
Saya terpaksa patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh datuk. Sampai di kebun pisang saya terpaksa mencangkul. Bila matahari berada betul-betul di ubun kepala. Barulah saya dan datuk pulang. Setelah menunaikan sembahyang Zuhur. Saya dan datuk terus menghadapi hidangan yang disediakan oleh nenek. Waktu saya dan datuk berehat di anjung rumah. Nenek segera datang. Duduk dekat saya. Nenek memerhatikan gerak geri datuk dengan teliti. Bila dilihatnya, datuk berada dalam keadaan yang betul-betul tenang. Nenek terus mengusik datuk.
“Awak ni, makin tua makin menarik,” kata nenek.
“Sudahlah, jangan nak mengada-ngada, malu dilihat cucu. Dah tua-tua nak bergurau,” balas datuk dengan senyum yang lebar.
Nenek terus ketawa panjang sambil menjeling ke arah saya. Datuk terus mengipaskan badan dengan kipas yang dibuat dari daun mengkuang rimba.
“Apa cerita perempuan tadi?” tanya datuk. Nenek kenyit mata. Memberitahu saya yang jeratnya sudah mengena.
“Saya dah suruh mereka datang jumpa awak lepas waktu Asar.”
“Apa halnya?”
“Soal rumahtangga. Menurut ceritanya, si suami bersikap dingin pada isteri dalam setahun hanya sekali bersama, mana ada orang perempuan yang sanggup menghadapi masalah begini,” terang nenek dengan wajah yang selamba.
Kemudian nenek terus bercerita:
Perempuan yang memakai baju kurung putih itu namanya Naemah. Suaminya berniaga kedai runcit. Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak yang tua, lelaki sudah bekerja. Anak yang kedua perempuan namanya Sariyah yang datang bersamanya memakai baju kurung merah. Anak yang ketiga seorang perempuan. Sudah menikah dan mengikut suaminya bertugas di Arau, Perlis. Suami Sariyah bertugas sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Laut di bahagian kejuruteraan dan ditempatkan di Butterworth. Usia Sariyah sudah dua puluh tiga tahun dan mempunyai lima orang anak yang masih kecil. Sebelum menikah dengan Zainuddin (suaminya) Sariyah bertugas sebagai guru sekolah rendah. Bila sudah menikah terus berhenti atas permintaan suaminya. Di awal perkahwinan, mereka cukup bahagia. Bila sudah dapat anak lima. Suaminya berubah sikap, sudah tidak mahu tidur bersama. Bila didesak, suaminya akan mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan.
“Tak apalah, bila mereka datang nanti saya tanya lagi. Pelik juga ceritanya,” kata datuk sambil termenung panjang. Nenek segera ke dapur.
Saya mengikut nenek. Sampai di ruang dapur nenek meneruskan kerjanya menganyam tikar mengkuang. Saya terus belajar menganyam tikar mengkuang dari nenek. Ternyata kerja itu tidak sesuai dengan diri saya. Nenek saya tinggalkan. Saya terus menuju ke pelantar di bawah pokok manggis. Rebahkan badan di situ. Saya terus tertidur. Saya dikejutkan oleh datuk bila sampai waktu Asar untuk sembahyang. Seperti yang dijanjikan lepas waktu Asar Naemah dan anaknya Sariyah pun datang. Mereka terus duduk di hadapan datuk yang menunggu kedatangan mereka di anjung rumah. Kali ini wajah datuk nampak gembira.
“Awak menikah dulu macam mana? Maksud saya, ada tak berkenalan dulu sebelum nikah,” soal datuk pada Sariyah.
“Kami menikah suka sama suka, kami berkawan sejak di bangku sekolah lagi. “
“Awak yakin, masa berkenalan dulu suami awak, tidak ada berkenalan dengan orang lain?”
“Setahu saya tak ada.”
“Hubungan awak dengan mertua dan adik serta abang ipar awak bagaimana?”
“Dengan mertua tidak begitu baik, begitu juga dengan kakak dan ipar yang lain.”
Datuk menarik nafas panjang. Dia termenung sejenak. Wajah Naemah direnungnya sebentar. Datuk menggigit kuku di ibu jarinya dua tiga kali.
“Awak ada ambil tahu tentang anak awak ni, maksud saya awak sudah mengajar dia memasak dan melayan suami dengan baik,” tanya datuk pada Naemah, yang sejak tadi mendengar percakapan datuk dengan anaknya.
“Sudah, rumahtangga mereka elok tapi...,” Naemah tidak meneruskan kata-katanya. Dan datuk tidak mendesak supaya Naemah menerangkan sesuatu dengan lebih lanjut lagi. Datuk menghampiri nenek. Mereka berbisik sesuatu.
“Kerana anak awak perempuan, biarlah orang perempuan yang menyelesaikan. Isteri saya akan menguruskan hal anak awak,”ujar datuk pada Sariyah. Datuk memerintahkan saya memasang tirai kain. Perintah itu segera saya patuhi.
“Isteri saya pandai mengurut, biarlah dia memeriksa diri anak awak. Sekarang pergi sebelah tirai sana,” beritahu datuk lagi. Naemah dan anaknya segera berubah tempat duduk di
sebalik tirai. Kerana kain tirai itu dibuat dari kain bekas guni gandum yang tebal, saya tidak tahu apa yang berlaku di balik tirai tersebut. Datuk duduk dengan membelakangi ke arah muka pintu. Kedua belah telapak tangan datuk menekan lantai rumah.
“Apa yang mesti saya buat,” terdengar suara nenek dari balik tirai.
“Jamah dan urut perutnya dari pangkal pusat ke atas, Awak tak usah takut saya akan memberi tunjuk ajar,” jawab datuk.
Saya terus duduk di sisi datuk. Saya lihat telapak tangan datuk bergerak ke sana ke mari atas lantai, macam orang mengurut tubuh manusia.
“Berhenti di situ,” nada suara datuk meninggi.
“Ya, saya berhenti di sini,” jawab nenek.
“Nafsu suaminya dikunci, melalui urut yang dibuat tadi. Sariyah banyak kurangnya sebagai seorang isteri bila bersama, tidak dapat memberi sesuatu yang baik untuk suami, dirinya macam papan sekeping.”
“Apa maksud awak papan sekeping?”
“Sejenis ilmu syaitan yang diamalkan oleh manusia yang lupakan kekuasaan Allah, Ilmu itu dikenali sebagai ilmu papan sekeping, kalau terkena pada orang perempuan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.”
“Bagaimana dengan perempuan yang saya urut ini?”
“Sudah terlalu jauh.,” datuk seakan-akan mengeluh. Wajahnya nampak gusar sekali.
Datuk menyuruh saya membuka tirai. Datuk memanggil Sariyah. Suruh duduk berhadapan dengannya. Naemah duduk dekat nenek.
"Apa benda-benda ganjil yang selalu awak temu dalam rumah awak?" Agak terkejut juga Sariyah mendengar pertanyaan dari datuk itu.
Sariyah renung muka ibunya (Naemah) sambil mengerutkan dahi. Saya lihat ibunya anggukkan kepala.
"Sudah setahun lebih, setiap Selasa saya jumpa anak-anak ular di bilik air. Pada setiap malam Khamis ada sejenis belalang, macam belalang kunyit masuk ke bilik tidur, belalang tu suka hinggap di pangkal belikat saya."
"Apa yang kamu buat?"
"Anak-anak ulat hitam tu, saya jirus dengan air panas. Tapi sebanyak mana yang mati, sebanyak itu yang datang."
"Dengan belalang."
"Saya bunuh tapi dia datang juga."
Datuk terdiam. Sepasang matanya, merenung keluar menerusi pintu rumah yang terdedah. Angin terus berlegar-legar di luar rumah menyentuh dedaun pokok yang terdapat di situ. Dan angin yang masuk ke dalam rumah menyentuh wajah saya.
Terasa amat nyaman sekali. Tiba-tiba suasana yang begitu tenang, macam ada orang membaling batu ke dinding. salah satu papan dinding rumah tercabut. Bila saya mahu memeriksanya datuk segera menahan. Kata datuk, biarkan papan dinding
itu di situ. Biar dia yang uruskan semuanya.
Aneh, sungguh. Tidak ada manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan rumah. Siapa pula yang membaling batu ke rumah waktu siang. Bunyinya ada tetapi batunya tidak ada. Macam mana papan dinding yang dipaku kuat boleh tercabut? Semua
persoalan itu menerpa dalam tempurung kepala saya.
"Saya akan cuba berikhtiar mengatasi nasib malang yang menimpa awak. Kalau diizinkan Allah usaha saya akan berjaya. Tetapi, awak jangan menggantungkan harapan pada saya," cukup lemah nada suara yang keluar dari mulut datuk.
"Berdoalah pada Allah, semoga apa yang kita lakukan diberkatinya, sebagainya, sebagai orang perempuan, saya tahu perasaan awak yang tidak mendapat perhatian dari suami," nenek meningkah. Sepasang matanya merenung redup ke wajah Sariyah.
"Awak balik dulu ke tempat awak, dua minggu lagi awak datang ke sini, kalau tak boleh datang beritahu pada saya cepat. Dengan itu mudah saya pergi ke tempat awak," saya bangga mendengar kata-kata datuk. Saya berdoa supaya Sariyah jangan
datang ke rumah datuk. Biar datuk sendiri yang pergi ke rumahnya. Dapat juga saya berjalan.
"Saya datang. suami saya tidak ada di sana. Dia pergi kursus selama tiga minggu di Singapura. Semasa dia tak ada, dia izinkan saya pergi ke mana-mana untuk menghiburkan hati."
"Saya yakin suami awak kasihkan awak tapi ada penghalangnya."
"Bolehkah awak tengok siapa penghalangnya?" Ibu Sariyah turut campur.
"Tolong jangan sampai saya membatalkan usaha ini," jawab datuk keras. Ibu Sariyah terus membisu.
Datuk terus merenung muka Sariyah. Saya membetulkan rambut saya yang jatuk ke dahi. Ibu Sariyah tunduk merenung lantai. Nenek terus termenung panjang.
"Awak balik nanti, buatlah sembahyang hajat. Awak buat sendiri jangan minta tolong pada orang lain. Mohon pada Allah supaya bencana yang ada segera hilang dari awak."
"Baiklah," Sariyah memberikan janji.
Sebelum mereka pulang. Datuk membekalkan dua buku lengkuas dan dua buku kunyit pada Sariyah.
"Lengkuas ni potong empat dan letakkan pada empat penjuru dalam bilik air awak. Kunyit pun potong empat letakkan pada empat penjuru bilik tidur, sebelum meletakkan di tempat yang saya sebut itu, bacalah surah Al-Fatihah sepuluh kali, barang-barang
ni jangan dilangkah. Awak tinggal di rumah batu?"
"Ya, saya menyewa rumah dua tingkat."
"Bagus, bila awak datang ke mari nanti, ceritakan apa yang awak lihat setelah benda-benda itu diletakkan di tempat yang saya katakan. Awak kena buat cepat."
"Ya, saya akan balik ke Butterworth hari ini juga."
Datuk gembira dengan pengakuan yang diberikan oleh Sariyah. Datuk suruh nenek menghantar Sariyah dan ibunya hingga ke tepi jalan enam kaki.
Datuk terus mencari penukul dan mengenakan papan dinding yang tercabut ke tempat asalnya. Bila semua kerjanya selesai. Datuk terus duduk di muka pintu merenung arah ke selatan.
"Tuk"
"Kenapa"
"Ilmu papan sekeping tu apa dia tuk."
Datuk tersenyum. Dia memanggil saya duduk di sisinya. Bila saya berada dekatnya. Datuk gosokkan kepala saya dua tiga kali. Dia tersenyum. Menurut datuk, ilmu itu berasal dari salah satu tempat dari selatan benua India. Ilmu itu dibawa oleh orang-orang India Muslim yang datang ke tanah Semenanjung.
"Kebanyakkan orang-orang India Muslim yang datang ke tanah air sudah beristeri, sebelum mereka datang, mereka kenakan ilmu itu pada isterinya, tujuannya untuk mengelakkan isteri mereka melakukan perbuatan terkutuk, bila mereka tidak ada kerana merantau," datuk memulakan ceritanya.
"Bila ilmu itu dikenakan, setiap orang lelaki yang memandang isteri mereka walau secantik mana pun, tidak terasa apa-apa," sambung datuk. Saya hanya anggukkan kepala.
Tiba-tiba bulu tengkuk saya meremang. Bila datuk menjelaskan orang-orang yang mengamalkan ilmu tersebut biasanya menyimpan sekeping papan keranda orang yang mati berdarah. Papan itu dipotong kecil-kecil dan disimpan dalam peti hitam di sesuatu tempat yang tertentu. Selalunya peti hitam itu ditanam dalam tanah.
"Cara mereka membuatnya macam mana tuk?" Tanya saya.
"Mereka akan mengambil tiga helai rambut perempuan yang gugur di atas bantal waktu pagi, dililitkan pada salah satu papan keranda yang sudah dipotong halus-halus itu, kemudian ditanam di pangkal pokok atau disimpan saja. Biasanya orang-orang India Muslim yang merantau membawanya ke mana-mana atau di buang ke laut."
"Kejam," kata saya.
"Memang kejam menganiayakan kaum perempuan, kalau dah sayangkan bini bawalah ke mana-mana, buat apa ditinggalkan dengan cara ini. Peliknya, bila sampai ke sini mereka kahwin, bini yang ditinggalkan terus merana," datuk semacam mengeluh.
Datuk turun ke tanah. Saya terus mengekorinya menuju ke sudut rumah. Datuk melihat lukah yang tergantung di dahan belimbing buluh. Salah satu lukah itu datuk ambil.
"Aku mahu menahan lukah di sungai, kau pikul lukah ini ke sungai," saya segera menyambut lukah yang datuk hulurkan pada saya. Sepanjang jalan menuju ke sungai datuk terus bercerita tentang ilmu papan sekeping.
Kata datuk, ilmu papan sekeping banyak menggunakan mentera dalam bahasa yang sukar dimengertikan, banyak menggunakan pemujaan pada hantu syaitan.
"Bahasa bercampur aduk, ada bahasa hindu tua, ada bahasa jawa tua dan Siam. Ilmu itu cukup terkenal di kalangan dukun-dukun Siam yang kemudian dituntut oleh beberapa orang Melayu secara diam-diam,' datuk berhenti bercakap kerana kami sudah sampai ke tepi sungai.
Saya lihat air sungai mengalir dengan tenang. Dua tiga helai daun getah yang sudah tua terkapar di permukaan sungai dibawa oleh arus menuju ke hilir.
"Apakah suami Sariyah mengenakan ilmu itu pada isterinya tuk?"
"Aku tak fikir begitu, suaminya orang berpelajaran, mana mungkin mahu buat kerja macam itu."
"Jadi, siapa yang membuat angkara buruk tu tuk?"
"Aku tak tahu, mungkin perkara itu jadi secara kebetulan. Tak apalah Taman, aku akan berusaha memulihkannya, selalunya kerja-kerja syaitan akan musnah dengan kuasa Allah," kata datuk.
Tanpa membuang masa datuk turun ke dalam perut sungai. Dia mencari lubuk yang difikirkan banyak ikan. Di situ datuk menahan lukah.

.:sanDORA:.
Labels: Buku 3, SBDJ, Siri Bercakap Dengan Jin,
Tamar Jalis
Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
59. Kelawar Pontianak
**
Sumbangan dari ahli komunitisbdj Heysanto
Biji-biji getah yang dikutip saya lambakkan atas tanah. Datuk masih lagi menjalin bilah buluh dengan rotan. Dia membuat lukah (bubu) baru yang panjangnya satu hasta dengan injap bermata belas. Memang perangai datuk, kalau membuat lukah, mesti dimulakan waktu matahari terbit. Bila matahari sudah tinggi segalah, kerja itu diberhentikan.
Kalau diteruskan, lukah yang dibuat tidak membawa tuah. Ertinya, tidak ada ikan yang mahu masuk dalam lukah. Saya terus memecahkan kulit biji getah dengan kayu. Isinya saya taruh dalam penapis buluh.
“Jumlahnya mesti ganjil,” tegur datuk ketika saya mencucukkan dawai halus ke dalam isi biji getah untuk umpan lukah.
Saya terpaksa mengira kembali isi biji getah yang sudah dicucuk berangkai. Semua jumlahnya ganjil belaka. Tetapi, ada satu yang mesti saya patuhi. Isi biji getah itu tidak boleh dilangkah, tidak boleh kena bayang.
“Sekarang kau masukkan umpan biji getah ke dalam lukah yang kita angkat dari sungai pagi tadi, sandarkan ke pangkal pokok manggis,” datuk suruh dengan hati-hati. Kalau tersilap, pasti datuk bertempik dari atas pelantar.
“Menahan lukah dengan umpan biji getah ni bagus, bila biji getah tu dah masam, ikan akan mencari sampai ke dalam bubu,” datuk tersenyum dan terus bangun.
Semua bilah buluh, rotan serta pisau peraut diletakkannya dalam bakul mengkuang. Datuk tidak mahu meneruskan kerja tersebut kerana matahari sudah meninggi.
“Tuk nak ke mana?”
“Aku nak tengok putik Salak Jambi,” katanya.
“Tapi tuk, orang yang berjanji dengan kita dulu datang hari ini, tempohnya dah cukup.”
“Aku tahu, dia orang datang sebelah petang,” balas datuk dengan tenang. Langkahnya dipercepatkan menuju ke perdu Salak Jambi yang ditanamnya tidak jauh dari kawasan rumah.
Saya tidak tahu, kenapa datuk menaruh perhatian yang besar pada perdu Salak Jambi yang jumlahnya tidak sampai lima perdu.
Datuk Cuma memberitahu saya yang pokok salak itu benihnya dibawa dari tanah Jambi.
Buahnya besar dan agak panjang bentuknya, berbeza dengan buah salak dari Pahang dan Terengganu. Rasanya manis dan isinya juga tebal.
Datuk tidak pernah menjual buah salaknya. Dia lebih suka memberi percuma pada orang-orang kampung. Datuk juga menyuruh orang-orang yang menerima pemberiannya menanam biji salak tersebut.
Kata datuk, pada satu waktu nanti, buah salak akan menjadi buah yang berharga dan amat digemari orang ramai. Hanya keadaan saja yang dapat menentukan kebenaran dari kata-kata datuk itu.
Saya mengelap peluh yang mula mengalir di bahu dengan telapak tangan.
Matahari terus memancar dengan garang. Semua kulit-kulit biji getah yang bertaburan atas tanah saya kumpulkan dalam kertas lalu saya buangkan ke tempat sampah. Petang nanti akan saya bakar.
TEGUR
“Apa yang kau menungkan,” tegur nenek bila melihat saya termenung panjang di halaman rumah. Saya tidak menjawab pertanyaan kecuali memberikan senyum mesra.
“Kenapa tak ikut tuk tengok pokok salak?”
“Habis kau nak buat apa.”
“Saya nak pergi ke surau, saya nak main gasing dengan kawan-kawan di situ.”
“Ikut suka kaulah,” balas nenek.
Saya terus ke surau. Sampai di halaman surau saya lihat sudah ada dua tiga orang kawan-kawan main gasing. Saya turut campur dalam permainan tersebut. Saya bangga kerana gasing yang saya buat dari kayu limau berjaya memecahkan dua buah gasing kawan. Setiap kali saya memangkah gasing dalam gelanggang kawan-kawan semuanya terdiam. Mereka tumpukan perhatian ke arah saya. Kerana terlalu asyik bermain, saya pulang ke rumah kira-kira pukul lima petang dengan perut yang lapar.
Mungkin kerana ada tetamu di rumah, datuk tidak marah pada saya. Macam selalu, pukul berapa saya pulang, nenek yang baik hati akan menyediakan hidangan untuk saya. Nenek cuma menasihatkan saya supaya jangan mengulangi perbuatannya yang tidak disenangi oleh datuk.
Datuk tidak marah saya bermain gasing dengan kawan-kawan. Apa yang jadi pantangnya, kerana asyik main, saya lupa sembahyang Zuhur serta lewat menunaikan fardu Asar.
“Bila kau main gasing sampai melupakan perintah Allah, ertinya kau bermain dengan syaitan,” kata datuk dengan nada suara yang lembut, ketika saya melintas di depannya menuju ke bilik.
Tetamu yang datang menjeling kearah saya. Terasa tebal kulit muka bila saya disindir begitu. Saya terus memencilkan diri dalam bilik.
“Sudah awak buat perkara yang saya suruh,” saya terdengar suara datuk. Telinga saya rapatkan ke dinding. Saya tidak dapat mengawal perasaan ingin tahu yang timbul meluap-luap dalam dada.
“Sudah,” terdengar suara perempuan menjawab. Pasti suara Sariyah.
“Apa kesannya?”
“Anak-anak ular hitam dan belalang tidak datang lagi. Tetapi, saya tidak dapat tidur lena, selalu terjaga, mimpi yang bukan-bukan.”
“Apakah mimpi yang kau alami sama pada setiap malam?”
“Ya sama.”
“Apa mimpinya.”
“Orang hitam berbadan besar menangkap saya, dibawa ke sarang ular bisa. Saya mahu dicampakkan ke situ. Bila saya menjerit saya terus terjaga.”
“Pelik,” kata datuk.
Dengan tiba-tiba bulu roma saya tegak. Saya terasa macam ada makhluk halus yang tidak dapat saya lihat berdiri di belakang saya. Dan saya rasakan makhluk itu berbadan besar seperti apa yang diceritakan oleh Sariyah pada datuk. Saya lawan perasaan yang terjadi dalam diri saya itu. Makin saya lawan, makin terasa seram. Benda ganjil yang tidak dapat dilihat itu seperti mengarahkan biji matanya kearah saya.
Saya terus meluru keluar. Duduk dekat datuk. Saya lihat wajah datuk begitu tenang, seolah-olah dia mengerti dengan apa yang terjadi. Sariyah dan ibunya tercengang melihat kedatangan saya itu.
“Sekarang awak urut perempuan ini lagi,” beritahu datuk pada nenek. Dahi nenek nampak berkedut.
“Tak payah pasang tirai? Awak ni dah mengarut nak mengurut perempuan di depan lelaki,” nenek melahirkan protes dalam senyum. Datuk terdiam sejenak.
“Tak payah, bawa dia masuk ke dalam bilik Tamar.”
“Lagi?”
“Saya akan memberi perintah dari luar macam yang kita buat dua minggu lalu.”
“Awak tahu, lepas saya mengurut perempuan ini dua minggu lalu, saya mimpi seperti apa yang diceritakannya pada awak, kemudian seluruh badan saya terasa bisa-bisa.”
“Kenapa awak tak cakap?”
“Malas nak cakap dengan awak,” nenek menjuihkan bibirnya ke depan. Datuk tersenyum panjang.
Sariyah dan ibunya masuk ke dalam bilik saya dengan ditemani oleh nenek. Datuk memperkemaskan silanya dengan meletakkan kedua belah lengannya atas kedua belah tempurung lututnya. Kedua belah matanya datuk rapatkan.
“Urut rusuk kiri bawa ke kanan. Berhenti di situ. Tekan pangkal pusatnya dengan tangan kiri. Tangan kanan tekan pangkal pinggangnya kuat-kuat,” begitu datuk mengeluarkan arahan dengan mata terpejam. Saya kira nenek tentu mengikut apa yang datuk suruh.
“Aduhhh, tolong,” saya terdengar suara Sariyah.
“Jangan lepaskan, biar dahinya berpeluh,” balas datuk.
“Ada ketul keras macam batu,” jawab nenek.
“Tekan, jangan lepas,” balas datuk.
“Tolong sayaaaa,” suara Sariyah bertambah lemah. Akhirnya saya terdengar Sariyah mengeluh kuat. Lepas itu tidak terdengar apa-apa.
Dalam masa yang sama, tanpa angin. Daun-daun tingkap bergerak lalu menghempaskan kayu jenang, melahirkan bunyi yang kuat macam ada orang yang membuka dan menutup, kain langsir putus dari pengikatnya, tidak ubah macam direntap oleh tangan manusia dengan kasar.
PEDULI
Datuk tidak mempedulikan keadaan yang agak ganjil itu. Dia terus pejamkan matanya. Dan suasana yang tidak menyenangkan itu terus hilang.
“Sudah lepaskan bahagian yang awak pegang,” seru datuk dari luar. Saya terdengar suara Sariyah kembali dengan keadaan normal, bercakap sesuatu dengan ibunya.
“Sekarang genggam penumbuk di tangan kiri dan tekankan ke perut perempuan itu di bahagian pusatnya,” sambil mengeluarkan perintah itu datuk membuka silanya lalu bertinggung untuk beberapa minit. Datuk duduk kembali.
“Buka tangan awak dan lihat apa yang ada.”
“Serpihan papan berbalut kain merah,” jawab nenek.
“Masukkan barang itu ke dalam mangkuk putih, tutup dengan kain atau kertas, kemudian bawa pada saya,” selesai saja datuk bercakap, kedua belah kelopak matanya dibuka.
Nenek keluar dari bilik lalu meletakkan mangkuk putih bertutup kain di hadapan datuk. Bila nenek mahu melangkah ke dalam bilik datuk terus bersuara:
“Awak urut dia macam awak mengurut perempuan yang baru lepas bersalin tiga hari.”
“Baiklah.”
Nenek masuk ke bilik lalu melakukan apa yang datuk suruh. Bila nenek selesai mengurut, Sariyah dan ibunya segera keluar.
Saya lihat muka Sariyah berseri-seri dan merah, macam wajah anak dara yang baru berusia belasan tahun. Kalau dilihat sekali imbas, pasti orang tidak menyangka yang Sariyah sudah punya anak lima.
Saya tidak menafikan, sesungguhnya dalam usia saya yang begini, saya memang tertarik pada dirinya. Air mukanya begitu menarik dan menawan boleh membuat lelaki tidak tidur malam.
Mereka terus duduk di hadapan datuk. Saya lihat kulit Sariyah yang kemerah-merahan itu bersih dan gebu sekali, tidak terlihat lubang-lubang bekas jerawat seperti sebelumnya. Kulitnya cukup lembut sekali.
“Awak mesti mematuhi syarat-syarat yang saya berikan ini, jika awak benar-benar mahu masalah yang awak alami ini berakhir,” kata datuk sambil merenung wajah Sariyah dan ibunya.
“Apa dia syarat-syaratnya tu?” Tanya ibu Sariyah macam tidak sabar-sabar. Datuk termenung sejenak.
“Mudah saja, syarat pertama jangan meninggalkan sembahyang lima waktu, membaca yasin malam Jumaat dan selalu bersedekah pada anak-anak yatim atau orang miskin bila awak mampu berbuat begitu,” datuk bercakap sebentar.
“Syarat kedua, jangan mengatakan atau membabitkan orang lain yang kononnya penyakit awak ni, adalah perbuatan orang lain, itu perbuatan yang salah,” datuk raba pangkal tengkuknya sejenak.
“Awak mesti berbaik dengan ipar dan mak mentua awak,” tambah datuk lagi.
“Kalau mereka menolak dan menyakitkan hati saya bagaimana?” Tanya Sariyah.
“Awak harus bersabar, biar apapun yang mereka lakukan jangan melawan mentua, emak mentua sama juga dengan emak sendiri, kalau tidak tahan dengan sikapnya, cari jalan asalkan jangan sampai timbul permusuhan, saya tidak mahu awak memberitahu orang lain awak berubat di sini.”
“Saya berjanji dan saya berterima kasih pada tuan.”
“Jangan berterima kasih pada saya tetapi, bersyukurlah pada Allah kerana dengan Allah juga, saya boleh menolong awak, jangan panggil saya tuan, panggil saja ayah atau pakcik.
“Ya ayah.”
“Kerana awak saya kira perempuan yang baik dan jujur, mulai dari hari ini awak saya anggap macam anak saya sendiri,” datuk luahkan apa yang tersirat dalam hatinya.
Sariyah dan ibunya berpandangan. Mereka pun berbalas senyum tetapi, tidak dapat mengatasi senyum nenek yang membayangkan kepuasan tersendiri.
Dengan wajah yang manis datuk menyuruh saya memetik tujuh helai daun sirih yang bertemu urat di belakang rumah. Suruhannya itu segera saya patuhi. Tujuh helai daun sirih bertemu urat saya serahkan padanya.
Datuk patahkan semua tangkai sirih, begitu juga dengan bahagian hujungnya. Tiap daun sirih datuk lipat tiga. Semua tulang belakang daun sirih datuk buang. Daun-daun sirih yang sudah dilipat itu datuk taruh tiga butir gula pasir.
“Ini bukan apa-apa, cuma petua untuk penyeri wajah kamu, tiap-tiap daun sirih ini ada tiga biji gula putih, jangan jatuhkan gula-gula itu, selepas bangun tidur kumur mulut dan kunyah daun sirih ini hingga hancur, telan hampasnya sesudah itu barulah kamu basuh muka dengan air suam, kenakan air itu ke seluruh kulit muka kamu,” kata datuk.
Sebelum datuk serahkan daun-daun sirih pada Sariyah datuk membaca sesuatu.
“Pantangnya, jangan makan benda-benda masam dan pahit sebelum masuk waktu Asar selama tiga bulan, lepas itu tak apa,” datuk mengingatkan Sariyah.
Semua daun sirih yang dibungkus itu diserahkan pada Sariyah. Datuk juga mengingatkan Sariyah supaya daun sirih itu jangan dilangkah atau terkena bayang diri.
“Berapa upahnya ayah?” Soal Sariyah.
“Saya tidak mencari rezeki cara ini.”
“Tapi ayah sudah menolong saya.”
“Ayah tidak menolong awak, Allah yang berkuasa menolong awak, saya cuma berusaha, kalau Allah tidak mengizinkan, usaha saya tidak berjaya, lupakan hasrat awak tu.”
“Oh…” keluh Sariyah.
“Pulanglah ke rumah awak, jangan lupa dengan syarat yang saya kenakan,” ujar datuk dengan tenang.
Sariyah dan ibunya terus bersalaman dengan nenek. Kemudian mereka meninggalkan rumah dengan tenang.
“Apa yang awak rasa waktu mengurutnya tadi,” datuk bertanya pada nenek.
“Sudah banyak berubah, sudah cukup syaratnya sebagai seorang isteri, semua urat-urat dalam perut dan sendinya bergerak macam manusia yang sempurna, tidak terasa macam papan sekeping, sudah ada lekuknya, sebagai orang perempuan saya tahu apa yang ada pada diri seseorang isteri, semuanya itu ada pada Sariyah,” jelas nenek pada datuk. Datuk puas hati dengan keterangan yang diberikan oleh nenek itu.
PISANG
Matahari sudah mula condong tetapi, datuk masih juga mahu mengajak saya ke kebun pisang. Saya tidak tahu kenapa datuk harus pergi ke tempat tersebut dalam waktu begini.
Biasanya, kalau matahari sudah condong, datuk tidak mahu pergi ke kebun pisang.
Dia lebih suka menghabiskan masa petangnya membuat kerja dalam rumah hingga menjelang waktu Maghrib.
“Sudah petang benar tuk.”
“Tak apa, bila hari sudah remang-remang senja kita baliklah ke rumah.”
“Tak apalah tuk,” balas saya.
Saya dan datuk pun menuju ke kebun pisang. Dedaun pisang yang tua dibuang. Anak-anak pisang yang tumbuh banyak di sesuatu perdu dikurangkan menjadi satu atau dua. Buah-buah pisang yang sudah cukup tua diambil untuk dibawa pulang.
Saya begitu seronok bekerja dalam suasana petang yang begitu tenang dan aman. Datuk juga begitu.
Tanpa disedari matahari kian rapat ke kaki langit, suasana yang terang mula beransur kelam, beburung kelicap sudah mula kurang hinggap di jantung pisang. Semuanya pulang ke sarang.
“Sudah beransur gelap tuk,” saya mengingatkan datuk.
“Tunggu sikit lagi Tamar, biar aku buang anak pisang yang tak berguna ni,” datuk masih lagi membongkok di perdu pisang.
Bila kerjanya selesai di perdu pisang tersebut, datuk meneruskan kerjanya di perdu pisang lain.
Tidak ada tanda-tandanya yang datuk akan pulang segera. Dia sungguh ayik dengan kerjanya. Cara ini membuat saya resah dan gelisah.
Hari sudah beransur gelap. Suara gagak liar terbang senja mula kedengaran. Beberapa ekor gagak liar terus hinggap di pokok pisang sambil berbunyi.
Saya baling burung-burung gagak itu dengan kayu. Burung-burung terbang sebentar kemudian datang semula ke pokok pisang sambil berbunyi. Saya cuba sorak dengan suara yang kuat. Burung-burung gagak itu tidak peduli. Terus berbunyi seolah-olah tidak takut dengan manusia. Saya jadi lemas dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu.
Hari mula beransur gelap. Puncak bukit yang letaknya tidak jauh dari kawasan kebun pisang sudah tidak jelas untuk saya tatap. Burung-burung gagak liar terus berbunyi. Saya terus berlari kearah datuk. Darah saya tersirap. Datuk sedang berguling-guling atas tanah. Tiga ekor kelawar yang bentuk tubuhnya lebih besar dari kelawar yang biasa saya temui, menuju kearah pangkal leher datuk. Suara kelawar itu cukup nyaring sambil mengeluarkan giginya yang tajam berbentuk taji kearah datuk. Suara kelawar itu juga berbeza dengan suara kelawar biasa, begitu juga dengan bentuk giginya.
Dalam keadaan yang berguling-guling itu datuk sempat membelitkan daun-daun pisang kering ke batang lehernya. Cara datuk mempertahankan diri dari jadi mangsa kelawar aneh itu. Dalam keadaan yang cemas itu, salah seekor dari kelawar tersebut menjunamkan badannya kearah datuk.
Dengan cepat datuk menghalakan parang panjangnya kea rah kelawar. Tetakan dari datuk tidak kena sasaran. Dan kelawar itu sempat membenamkan kukunya ke lengan kiri datuk. Baju di lengan terbelah dua. Dalam keadaan yang samar-samar itu, saya melihat darah mengalir dari lengan kiri lalu membasahi seluruh lengan baju yang berwarna putih. Suara kelawar bertambah kuat, bagaikan orang bersorak dalam sesuatu perlawanan bola.
“Berlindung Tamar,” jerit datuk, saya segera berlindung di balik pokok pisang.
Datuk saya lihat berjaya bangun. Dia terus menghayun parang panjangnya kea rah tiga ekor kelawar. Salah seekor dari kelawar itu terkena parang panjang. Sayapnya putuh dua. Kelawar itu jatuh atas tanah. Sementara yang dua ekor lagi terus menyerang bertubi-tubi kearah muka datuk. Saya terdengar suara datuk menjerit, mukanya mula berdarah. Datuk terus berjuang hingga kedua-dua ekor kelawar aneh itu terkorban. Datuk segera menghampiri saya. Darah masih lagi mengalir di mukanya.
“Pipi kanan aku kena cakar,” kata datuk tercungap-cungap sambil mengesat darah di mukanya dengan pucuk pisang yang belum kembang.
“Kelawar apa tu tuk, ganjil benar rupanya.”
“Kelawar jenis ni menghisap darah manusia dan binatang, kata orang kelawar pontianak. Selalunya kelawar jenis ini berada dalam hutan tebal terutama di kawasan yang banyak terdapat rusa, landak dan harimau, banyak pemburu yang jadi korbannya,” datuk menerangkan pada saya.
“Macam mana boleh masuk ke kampung kita tuk?”
“Entahlah, agaknya sudah banyak hutan yang dibuka orang atau sudah tak ada harimau dan rusa lagi dalam hutan, kelawar jenis ni mencari mangsa waktu malam.”
“Seram saya tuk.”
“Apa mahu diseramkan, mari kita balik, hari dah gelap benar. Waktu Maghrib sudah masuk,” balas datuk.
Memang benar hari sudah gelap. Suasana dalam kebun pisang terasa kurang menyenangkan. Belum pernah datuk meninggalkan kebun pisang dalam keadaan begini.
Sambil melangkah saya terus merenung ke kiri dan ke kanan. Saya lihat dedaun pisang terus bergerak, walaupun tiada angin yang bertiup. Saya lihat beberapa ekor burung gagak liar berterbangan tanpa suara.
“Datuk,” jerit saya. Datuk pun mematikan langkahnya.
“Ada apa Tamar?”
“Tuk tengok ke kanan.”
Datuk segera toleh ke kanan. Dia tidak berkata apa-apa. Badan saya terus menggeletar. Siapa yang tidak menggeletar bila melihat bayang manusia yang besar dan tinggi bergerak dalam kebun pisang sambil mematahkan batang-batang pisang.
Dalam saat-saat tertentu, bayang-bayang itu memperlihatkan bentuk badannya yang sebenar. Wajahnya mengerutu. Dagunya panjang. Kepalanya botak dan kuku dari sepuluh jarinya terjulur kira-kira dua kaki. Biji matanya terperosok ke dalam dan mengeluarkan cahaya yang halus.
“Tak ada apa-apa pun Tamar,” balas datuk.
“Ada hantu tuk.”
“Ah jangan mengarut mana ada hantu di sini, cepat jangan fikir yang bukan-bukan.” Sergah datuk.
Saya cuba melangkah tapi tidak terdaya. Bayang-bayang itu serasa memburu saya. Bila melihat keadaan saya begitu. Datuk terus mendukung saya. Sampai di rumah saya diletakkan di anjung. Saya terkapar di situ. Tidak terdaya bangun. Sendi-sendi badan terasa tidak dapat digunakan seperti selalu. Datuk terus menunaikan fardu Maghrib. Sementara menanti datuk selesai sembahyang bayang-bayang aneh itu terus mengganggu saya dalam pelbagai bentuk.
Ada ketikanya wajah yang mengerutu itu mengeluarkan darah ke seluruh muka. Ada ketika lain pula bertukar menjadi wajah yang paling hodoh dengan mata satu di tengah dahi. Dari kulit wajah yang hodoh itu keluar beribu cacing tanah. Dan cacing itu dimakannya macam orang makan mi rebus atau mi goreng.
Paling menakutkan bila bayang-bayang itu mempamerkan giginya yang bertaring dua. Darah celah-celah taring kulit keluar ulat tidak ubah macam ulat tahi dengan bau yang amat busuk. Saya tidak terdaya melawan. Hanya berserah pada Allah.
“Ayahmu menghalang apa yang aku buat, sekarang aku mahu kamu merasakan kesakitan dari apa yang aku buat,” terdengar bergemuruh suara dari bayang-bayang tersebut, waktu saya mendengar suara itu, saya melihat cacing tanah berguguran dari wajahnya lalu menimpa muka saya.
Kemudian, saya terlihat kaki besar, seperti kaki gajah yang kulitnya berlapis-lapis. Dari lapisan kulit yang berbulu itu mengalir nanah bercampur darah bersama ulat-ulat halus yang bentuknya panjang, kira-kira dua inci. Ulat-ulat itu bergerak ke kiri dan ke kanan.
Anehnya, kaki itu cuma sebelah sahaja yang dapat saya lihat. Lagi sebelah saya tidak tahu ke mana perginya. Kaki gajah itu bergerak untuk memijak dada saya. Sampai di sini saya tidak terdaya lagi. Saya terus menjerit.
SUARA
Datuk dan nenek terus menerpa pada saya. Mereka meraba seluruh badan. Saya tidak terdaya mengeluarkan suara. Tekak saya terasa amat kering dan panas sekali.
“Ambilkan aku semangkuk air,” saya terdengar suara datuk. Air yang diminta segera nenek adakan. Diserahkan pada datuk. Dengan tenang datuk membaca surah Al-fatihah yang jumlahnya saya tidak tahu. Datuk curahkan air itu ke muka saya. Bila air terkena muka baru saya boleh bersuara dan tekak tidak terasa panas lagi.
“Apa yang kau nampak Tamar?”
“Benda dari kebun pisang datang.”
“Apa yang dibuatnya pada kamu?”
“Mahu memijak dada saya tuk.”
“Kenapa kau tak baca ayat Quran yang aku ajar untuk menghalau syaitan.”
“Saya terlupa tuk.”
“Ah…,”
Datuk dan nenek terus mengusung saya ke bahagian dapur, saya dimandikan. Kemudian saya diletakkan atas katil lalu diselimutkan dengan kain tebal.
Nenek terus mengurut badan saya.
“Cuba bangun dan berjalan,” saya terdengar suara datuk. Selimut saya buka. Saya turun dari katil dan cuba melangkah. Saya terjatuh. Sepasang kaki saya jadi lemah dengan tiba-tiba.
Kerana saya tidak mahu ditinggalkan sendirian di atas katil, nenek dan datuk terpaksa mengusung saya ke tengah rumah. Saya disuruh duduk bersandar pada dinding. Nenek meneruskan kerjanya di dapur. Dan datuk terus membaca al-Quran.
Lebih kurang pukul dua belas tengah malam, datuk berhenti dari membaca Quran. Suasana malam terasa sepi dan dingin sekali. Saya sudah dua kali terlelap dalam duduk. Datuk sudah bersedia untuk melakukan sembahyang sunat, sebelum melakukan sembahyang istikharah.
Tiba-tiba datuk menghampiri saya. Dia tidak jadi melakukan sembahyang sunat.
“Kalau kau mengantuk, biar tuk bawa kau ke dalam bilik.”
“Tak apa tuk, biarlah saya di sini.”
“Kalau sudah begitu kata kau, tak apalah.”
Tanpa diduga datuk terus menarik sepasang kaki saya dengan kuatnya. Saya terus jatuh. Tetapi, saya tidak merasa sakit di bahagian kaki yang datuk tarik. Saya tidak merasakan apa-apa. Jauh sekali untuk menjerit dan mengadu sakit.
Datuk mendudukkan saya seperti sediakala. Air mukanya nampak berubah. Saya dapat menduga datuk berada dalam keadaan pilu dan hampa yang amat sangat. Tetapi, dia tidak mengeluarkan air mata. Datuk terus memeluk dan mencium dahi saya.
“Tamar, kau lumpuh dengan tiba-tiba, kau tidak dapat menemani datuk ke mana-mana, apa dosa cucuku hingga dia jadi begini,” keluh datuk. Dia terus mencium saya dan saya terasa air matanya mengalir di dahi saya.
Datuk terus masuk bilik mengambil bantal. Dia suruh saya baring dan badan saya terus diselimutkan. Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang serba salah. Sekejap menggigit bibir, sekejap menggigit bibir dan lidah.
Datuk terus membuka pintu dengan luasnya. Saya dapat melihat keadaan yang gelap di luar. Angin malam terus menyerbu masuk ke dalam rumah. Suara pungguk terdengar sayup-sayup, bersama dengan bunyi suara kucing jantan mencari betina.
Belum pernah saya lihat datuk melakukan pekerjaan seperti itu. Macam kerja orang bodoh membuka pintu rumah waktu malam. Tidak ada sesuatu keindahan yang dapat dilhat dalam malam yang pekat, selain dari rasa sejuk, bunyi burung pungguk, bunyi burung hantu dan lolongan anjing liar yang memanjang dan menyeramkan.
Datuk terus duduk menghadapi pintu yang terdedah. Kerana perbuatan itu agak asing bagi diri saya lantas saya menyoal.
“Kenapa buka pintu tuk?”
“Ada tetamu yang nak datang malam ni, begitulah mengikut petua dan gerak tubuhku Tamar.”
“Siapa orangnya tuk? Orang gila saja yang berjalan malam.”
“Aku sendiripun tak tahu, kalau yang datang baik, baiklah yang aku beri, kalau jahat yang datang, jahatlah yang aku beri,” kata datuk.
Datuk terus duduk menghadapi muka pintu yang terdedah. Lengan bajunya yang agak labuh itu nampak bergerak-gerak disentuh angin, begitu juga dengan hujung rambutnya yang terjulur dari bawah songkok hitamnya.
Saya terdengar bunyi kucing menggaru papan yang diikuti dengan suara burung tukang dan jampuk bersahut-sahutan. Datuk masih lagi duduk di tempatnya.
“Masuk,” saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu sekeping papan yang panjangnya kira-kira lebih dari lima kaki masuk ke tengah rumah menerusi pintu, macam ada tangan ajaib yang menolak papan itu masuk.
Papan sekeping yang sudah agak reput itu membawa beberapa cebisan kain putih yang terlekat pada papan tersebut tertanggal dengan sendirinya.
“Bukan papan dan kain saja yang datang, ada pengikutnya kenapa tak tunjukkan diri, bukankah kita semuanya makhluk Allah,” ujar datuk dengan tenang.
Habis sahaja datuk bercakap, semua tingkap rumah yang tertutup terbuka dengan sendiri. Kemudian tertutup kembali. Papan sekeping di tengah rumah terus bergerak tersandar pada dinding.
“Ada yang mengangkat dan mengubahnya, aku tahu iblis dan syaitan selalu menipu dan menggoda manusia mengikut kemampuan yang ada pada diri manusia, kalau manusia boleh mengubat manusia yang sakit, syaitan akan mencelah untuk memesongkan keyakinan orang itu, kalau boleh cuba mahu memaksa orang itu memainkan ayat-ayat Quran untuk tujuan yang tidak baik,” datuk terus berkata-kata dengan tenang.
Datuk terus berdiri. Saya lihat di depannya wujud seorang lelaki berjanggut dan berjubah membawa tasbih. Orang itu tersenyum pada datuk. Bila datuk hulurkan tangan untuk bersalam orang itu tidak mahu menyambutnya.
“Tak apa kau tak mahu bersalam dengan aku. Tetapi, aku megah kerana kau datang dalam keadaan begini, kau datang seperti orang alim yang taat pada hokum Allah, kau berbuat begitu kerana kau tahu aku selama ini patuh dengan perintah Allah,” tambah datuk lagi.
Orang itu tersenyum. Dia terus membilang tasbih di tangan.
“Kau halang kerja aku?” suara lelaki itu keras.
“Halangan itu terjadi dengan izin Allah.”
“Tapi, aku memberi pertolongan pada orang yang memerlukan pertolongan, bukan itu jalan kebaikan.”
“Bukan pertolongan, kau mahu memisahkan sebuah rumahtangga yang didirikan oleh manusia dengan cara yang betul. Allah tidak menyuruh sesiapapun di dunia memisahkan si suami dengan isteri yang dinikahinya secara halal.”
Orang itu terdiam. Datuk tetap tenang. Saya saksikan kejadian dengan penuh minat, meskipun kedua belah kaki saya ketika itu berada dalam keadaan lumpuh.
“Aku ini Wali Allah, jangan permainkan aku.” Orang berjanggut dan berjubah tinggikan suara. Tasbih di tangan terus dibilangnya tanpa berhenti.
“Tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa dirinya Wali Allah, sama ada orang itu Wali atau tidak ditentukan oleh Allah Yang Maha Besar, bukannya dirinya sendiri atau manusia yang masih hidup menentukannya, kau syaitan,” pekik datuk.
Lelaki berjanggut dan berjubah jegilkan biji mata. Datuk terus membaca ayat-ayat dari al-Quran. Tiba-tiba lelaki itu terus hilang. Tempatnya, segera digantikan oleh bayang seorang lelaki.
Orangnya berbadan sederhana, memakai songkok dan misaim tebal. Sekali imbas orang itu macam seorang yang baik dan warak. Orang itu merenung wajah datuk.
Beberapa saat kemudian bayang orang itu hilang. Begitu juga dengan papan sekeping di tengah rumah.
Datuk rapatkan daun pintu. Datang menghampiri saya. Badan saya digosoknya berkali-kali.
“Masih ada halangan yang panjang kerana aku menolong Sariyah dan menjadikan dia anak angkat aku,” kata datuk.
“Siapa orangnya tuk.”
“Aku tak kenal, tapi orang itu berteduh di bawah ketiak syaitan, banyak menggunakan ilmu salah dan sihir dalam menolong orang, pandai memainkan ayat-ayat suci untuk tujuan jahatnya.”
“Kenapa begitu tuk?”
“Aku pun tak tahu, mungkin untuk dihormati mungkin juga untuk mencari wang, dan orang itu satu ketika akan membalas dendam,” keluh datuk sambil merenung wajah saya.

60. Lumpuh Di Kaki
** Sumbangan
dari ahli komunitisbdj Heysanto
Perlahan-lahan datuk meraba dahi saya. Dari dahi jejari datuk merayap ke pangkal tengkuk. Saya rasa jejari datuk sejuk macam ais.
“Keadaan badan kamu macam biasa, tidak panas dan tidak pula sejuk, berdasarkan denyut darah yang aku rasa dari kepala hingga ke pangkal tengkuk, kau masih ada harapan.”
“Maksud datuk?”
“Lumpuh di kaki kamu boleh sembuh jika diizinkan oleh Allah, cuma aku mesti berusaha.”
“Bawa saya ke hospital untuk diperiksa, saya tidak mahu berubat dengan dukun dan bomoh.”
“Kalau itu yang kamu mahu, aku turutkan,” balas datuk dengan senyum.
Pintu yang terdedah terus juga menghantar angin malam ke dalam rumah. Suara jampuk sudah tidak sehebat tadi, begitu juga dengan bunyi burung hantu. Sesekali terdengar bunyi suara burung cenderawasih yang terbang berkawan. Kokok ayam jantan pun meningkah dalam suasana malam yang memburu pagi.
“Mudah-mudahan Allah akan memberkati segala usahaku,” datuk melahirkan harapan, sambil meraba kedua belah kaki saya yang lumpuh dan saya memang mengharapkan apa yang datuk katakan itu akan menjadi kenyataan.
“Sabar Tamar, aku akan berusaha.” Sebaik sahaja datuk mengakhiri kata-katanya, satu pancaran kilat melemparkan sinarnya ke dalam ruang rumah. Datuk dan saya terkejut seketika.
“Barangkali hari nak hujan Tamar?”
“Agak-agaknya begitulah tuk.”
Datuk terus bangun. Ia memulakan langkah menuju ke pintu. Langkah satu, langkah dua, dan tiga berjalan lancar. Langkah keempat segera terbantut. Diganggu oleh bunyi petir yang amat kuat. Datuk segera menoleh kearah saya. Bunyi angin kencang jelas kedengaran melanggar dedaun dan reranting pokok di luar. Angin itu seolah-olah berlegar-legar di kawasan rumah.
Datuk pun menghidupkan langkah yang mati. Ia berdiri di muka pintu sambil kedua belah tangannya merapatkan daun pintu. Datuk terus memasang selak pintu. Bunyi titik-titik hujan mula kedengaran bersama dengan tiupan angin. Rasa dingin mula menyerbu tubuh badan. Kokok ayam jantan terus kedengaran.
“Hujan tu rahmat Allah, menyegarkan pokok-pokok. Kata orang hujan menjelang Subuh membawa berkat pada orang yang jaga, membawa celaka pada orang yang tidur.”
“Silap tu tuk, sebetulnya membawa nikmat pada orang yang tidur dan tidak membawa apa-apa pada orang yang jaga.”
“Dari mana kau belajar semuanya ini Tamar?”
“Dari kawan-kawan tuk.”
Saya lihat datuk tersenyum panjang mendengar kata-kata itu. Ia terus duduk di sisi saya. Kedua belah kaki saya yang lumpuh diurutnya perlahan-lahan.
“Celaka pada orang yang tidur maksudnya, orang itu tidak akan bangun menunaikan sembahyang Subuh kerana terlalu seronok tidur waktu hujan dan syaitan akan membekalkan dirinya dengan mimpi-mimpi yang indah. Berkat pada orang yang jaga kerana ia dapat menunaikan sembahyang Subuh dengan sempurna,” datuk menjelaskan pada saya. Saya terus anggukkan kepala membenarkan kata-katanya itu.
Hujan lebat yang bermaharajalela di luar membuat saya menguap dan rasa mengantuk yang amat sangat. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk macam ayam mabuk tahi. Kalau datuk tidak ada di sini, sudah lama saya berdengkur.
“Aku nak sembahyang jemaah di masjid Tamar.”
“Hujan, macam mana tuk nak pergi?”
“Walau macam mana susah pun, perintah Allah tidak boleh diketepikan. Aku ni sihat dan diberi akal, lagi pun masjid bukannya jauh dengan rumah, aku pakai payung, kalau tak ada payung cari daun pisang.”
“Uzur macam saya ni tak payahlah sembahyang tuk.”
“Kena, kalau kau tak boleh bangun, boleh sembahyang cara duduk, soal utama perintah Allah mesti ditunaikan.”
“Hum…,” keluh saya dalam hati.
Datuk segera mengejutkan nenek. Kemudian, ia terus keluar ikut pintu dapur. Pesan datuk, nenek mesti menjaga saya supaya jangan terlelap kecuali matahari sudah memancar, saya dibenarkan tidur.
“Jaga si Tamar tu jangan sampai ia tertidur, kalau tertidur sentap kedua belah kakinya sekuat hati,” saya dapat mendengar pesan terakhir dari datuk.
Kerana tidak mahu kaki saya ditarik secara mengejut, saya mengambil keputusan tidak akan tidur hingga tengahari. Salah satu cara bagi mengelakkan saya tertidur, saya minta nenek bercerita sambil memicit kedua belah kaki saya. Permintaan saya itu ditunaikan oleh nenek. Baru sahaja nenek mahu memulakan cerita dan mengurut, terdengar azan Subuh dalam deru hujan. Suara azan itu sungguh merdu dan menusuk perasaan. Saya terpegun sambil mengingati kebesaran Allah yang menjadikan alam semesta.
“Biar aku sembahyang dulu, jangan tidur,” nenek mengingatkan saya dan terus menuju ke ruang dapur untuk mengambil air sembahyang.
Nenek menunaikan fardhu Subuh dekat saya. Masa nenek sembahyang itu saya dapat peluang merapatkan kedua belah kelopak mata. Tetapi, saya tidak dapat tidur dengan sempurna, bila mahu terlelap, saya didatangi oleh mimpi-mimpi yang menggerunkan, membuat saya terjaga kembali. Setelah selesai menunaikan sembahyang nenek terus ke dapur. Ia kembali menghampiri saya dengan membawa mangkuk tembikar besar berisi kerak nasi bercampur air dingin.
“Buat apa benda ni nek?”
“Untuk mengubat kaki kau, supaya urat-uratnya jangan kaku.” Nenek terus melumurkan kerak nasi pada sepasang kaki saya.
Aduh, sejuknya sampai ke tulang. Nenek tersenyum melihat wajah saya yang berkerut-kerut. Saya merasa beruntung kerana nenek hanya melumurkan kerak nasi ke kaki sebanyak tiga kali. Kalau lebih dari itu, pasti saya terkencing. Sebelum matahari terbit di kaki langit, datuk sudah berada di rumah. Ia sudah pun mandi air embun dan melakukan senaman.
Mungkin, nenek mahu menjaga hati saya supaya tidak rasa disisihkan. Nenek membawa hidangan sarapan ke tempat saya duduk. Sikap nenek yang mementingkan perasaan orang lain, membuat hati saya rasa gembira. Walaupun saya sakit tetapi tidak terpisah untuk bersarapan bersama nenek dan datuk seperti keadaan sebelum sakit dulu. Selesai sarapan, datuk terus menyatakan pada nenek untuk membawa saya ke hospital. Wajah nenek nampak berubah setelah mendengar kata-kata datuk itu.
“Kenapa tak berusaha cara kampung?” tanya nenek.
“Kita sekadar memenuhi hajat Tamar.”
“Kalau tak mahu sembuh bagaimana?”
“Kita cuma berusaha, doktor yang mengubat orang sakit tu pun berusaha, dia tidak dapat menentukan penyakit seseorang itu boleh sembuh, tanpa diizinkan Allah.:
“Saya faham, selalunya awak tidak begitu, awak tak suka berubat dengan doktor.”
“Awak silap, saya tak suka tu, kalau sakit itu terjadi pada diri saya, pada orang lain saya galakkan jumpa doktor, bukankah doktor tu belajar dan mempunyai alat-alat yang lengkap, kita cuma ada petua saja.”
“Begitu pula,” keluh nenek.
TEKSI
Datuk terus meninggalkan saya dan nenek. Ia pergi mencari teksi. Setengah jam kemudian, datuk kembali dengan teksi tua milik Awang Said. Saya pun diusung ke dalam teksi. Duduk di bangku belakang bersama nenek. Datuk duduk di hadapan bersama Awang Said.
Dalam perjalanan menuju ke hospital daerah yang terletak di bandar kecil Lumut, datuk terus berborak rancak dengan Awang Said. Sampai sahaja di hospital yang terletak di atas bukit kecil yang menghadapi Selat Dinding, saya diusung ke bilik pemeriksaan.
Doktor yang memeriksa saya ialah Doktor M.K. Menon. Orangnya peramah, pandai berbahasa Melayu meskipun ia dari keturunan Ceylon. Setelah diperiksa, doktor terus menyatakan pada datuk semua gerakan darah dalam kaki saya berjalan lancar dan baik. Doktor itu merasa pelik bagaimana sakit lumpuh itu boleh terjadi. Kaki saya terus di X-ray. Hasil dari X-ray juga menunjukkan urat-urat di kaki berada dalam keadaan baik, tidak ada yang tersimpul atau terputus. Keadaan darah juga macam biasa. Saya jadi lemas dan bosan kerana terlalu banyak pemeriksaan dilakukan sebelum saya diletakkan dalam wad.
Sebulan lebih saya merengkok dalam hospital. Hari-hari daging paha saya disuntuk, kesanya tidak mendatangkan apa-apa, tidak ada tanda-tanda sakit lumpuh yang saya alami akan sembuh. Walaupun demikian, hati saya tetap terhibur. Setiap pagi nenek mengunjungi saya untuk melumurkan kerak nasi di kaki. Nenek tidak peduli dengan teguran beberapa orang jururawat yang bertugas di wad tersebut yang melarangnya membawa kerak nasi serta melumurkan ke kaki saya.
Nenek menerima larangan itu dengan wajah yang manis, penuh simpati melambangkan sifat seorang wanita kampung yang banyak menyerahkan sesuatu pada keadaan. Tidak mudah mahu melawan atau membantah tetapi banyak merayu.
“Saya berikhtiar cara orang kampung cu, bukan mahu melawan doktor, saya tahu cu lebih pandai dari saya, doktor lagi pandai, kalau tak boleh sebelah pagi biar saya buat sebelah malam,” itulah yang diucapkan oleh nenek setiap kali jururawat yang bertugas menegur perbuatannya.
Di Lumut, nenek menginap di rumah anak buahnya yang bekerja sebagai pemandu kereta dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jarak rumahnya dengan hospital tidak jauh. Tidak sampai setengah batu. Tidak menjadi masalah untuk nenek mengunjungi saya sehari dua kali, pada sebelah pagi dan petang atau pada sebelah malam.
Biasanya, pada sebelah petang atau malam, ia ditemani oleh anak buahnya yang dipanggilnya sebagai Din sahaja. Nenek menyuruh saya memanggil lelaki yang kurus tinggi itu sebagai Pak Din. Dalam masa tertentu nenek selalu menceritakan pada saya tentang hubung-kait dirinya dengan Mat Ladin ayah pada Pak Din. Pak Din yang sudah berkeluarga itu juga menasihati saya supaya sabar. Di samping itu, ia juga berjanji akan berikhtiar mencari bomoh atau pawang terkenal dalam usaha menyembuhkan kaki saya yang lumpuh itu.
Secara jujur saya katakan pada Pak Din yang saya tidak begitu tertarik untuk mengubati kaki saya yang lumpuh itu dengan dukun atau bomoh. Sebabnya, terlalu sulit mencari seorang dukun yang jujur dan pandai, kebanyakan dukun atau pawang bila mengubati seseorang selalu menurun dengan memanggil roh datuk nenek yang saya kira, perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Islam.
LAWAT
Pada suatu pagi, setelah nenek pulang. Katil saya dikunjungi oleh seorang lelaki tua. Tinggi lampai orangnya. Dari raut wajahnya, saya dapat meneka bahawa lelaki tua itu berbangsa Cina.
“Saya Hassan.”
“Saya Tamar.”
Saya segera menyambut huluran tangan orang tua itu. Saya mempersilakan ia duduk di katil. Ia memakai seluar warna kelabu tahi anjing. Bajunya berwarna putih yang dibuat dari kain belacu. Bentuknya, seperti bentuk baju yang selalu digunakan oleh pekebun-pekebun sayur bangsa Cina. Bahagian tengkuknya bulat, macam tengkuk baju Melayu yang selalu dipakai oleh orang-orang Melayu Johor. Di tempat saya baju jenis ini disebut sebagai baju Melayu Teluk Belanga. Bahagian depan baju orang tua itu mempunyai lima butang. Songkok putih (ketayap) yang dipakainya cukup bersih. Saya kira ia seorang saudara baru Islam (mualaf) yang mahu mengutip derma. Saya nanti ia menghulurkan kertas derma. Tetapi ia tidak berbuat demikian.
“Dah lama masuk agama Islam?” Orang tua itu merenung muka saya sejenak. Ia tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu saya. Kemudian ia menarik nafas, seolah-olah dirinya berhadapan dengan sesuatu kekecewaan yang amat sangat.
“Setiap orang Melayu yang saya temui, mereka akan bertanya seperti apa yang awak tanyakan, saya tak salah kan mereka kerana mereka tidak tahu.”
“Cuba terangkan hal yang sebenarnya pada saya.”
“Nanti dulu, barangkali petang ini, esok atau lusa awak akan tahu juga,” balas orang tua itu dengan tenang.
Kerana tidak mahu mengganggu fikiran dan perasaannya, perkara itu tidak saya ulangi. Setiap para pekerja hospital Lumut yang bertugas dalam wad tersebut akan memberi salam pada orang itu dengan ramah sekali. Seolah-olah mereka sudah mengenali orang tua itu sejak lama dan orang tua itu tidak dilarang untuk menemui sesiapa sahaja pesakit yang ingin ditemuinya.
“Anak sakit apa?” tanyanya pada saya.
“Kedua belah kaki saya lumpuh.”
“Apa kata doktor tentang sakit tu.”
“Doktor sendiri tidak tahu puncanya, bila di x-ray dan diselidik, semua urat-urat di kaki saya elok, darah berjalan dengan baik.”
“Dia tak suruh awak keluar?”
“Tidak, kata doktor penyakit saya masih dalam kajian, dua minggu lagi doktor pakar dari Kuala Lumpur akan datang memeriksa saya.”
“Bersabarlah, esok saya datang jumpa awak, kalau diizinkan oleh Allah saya akan cuba mengubati kaki awak.”
“Ubat kaki saya?”
“Ya.”
Orang tua itu terus bangun dan meninggalkan saya di katil, tanpa sempat saya mengucapkan terima kasih padanya. Kepala saya terus digayuti dengan bebagai-bagai persoalan tentang diri orang itu, yang saya anggap sebagai orang tua yang ganjil. Bila nenek dan Pak Din menemui saya pada sebelah petang. Semua yang saya alami pada sebelah pagi saya ceritakan pada mereka. Nenek terus menggesa Pak Din supaya mengambil datuk yang tinggal di kampung. Nenek mahu, datuk mesti berada bersama saya ketika orang tua itu datang.
“Tak apa sekejap lagi saya ambil dia,” Pak Din memberikan ikrar pada nenek. Tidak sulit bagi Pak Din mengambil datuk di kampung yang jaraknya kira-kira tiga puluh batu.
“Saya pergi ambil dia,” tiba-tiba Pak Din bersuara dan terus keluar dari wad.
Saya renung wajah nenek yang duduk di sisi saya. Angin petang yang datang dari arah Selat Dinding membekalkan rasa nyaman ke batang tubuh saya dan nenek. Beberapa orang pelawat keluar masuk dari dalam wad. Mereka melawat sahabat handai yang terlantar di situ.
“Kau kenal orangnya Tamar.”
“Tak kenal nek.”
“Habis macam mana dia mahu menolong kau.”
“Dia datang melawat saya, kemudian berjanji untuk menolong saya.”
Nenek menggigit bibir bawah setelah mendengar penjelasan dari saya. Matanya merenung saya keluar wad. Macam ada sesuatu yang nenek fikirkan. Macam selalu, sebelum nenek meninggalkan saya, ia pasti menekankan ibu jarinya ke pangkal paha saya. Kenapa ia berbuat demikian, saya sendiri pun tidak tahu.
Nenek keluar dari wad. Dengan renungan yang sayu saya melihat nenek melangkah di jalanraya menuruni bukit kecil. Saya kira sepanjang perjalanan menuju ke rumah Pak Din. Ia pasti mendoakan supaya sakit lumpuh yang saya deritai akan berakhir. Malam itu, saya tidak dapat tidur dengan lena. Bahagian kaki saya yang lumpuh terasa amat sakit, macam ditikam dengan jarum. Bisanya bukan kepalang.
Selain dari itu, wajah orang tua yang menemui saya pada sebelah pagi tadi, sering-kali datang dalam kepala saya. Bermacam-macam sangkaan buruk terhadap orang tua itu timbul dalam diri saya. Saya ragu-ragu, apakah kedatangannya kelak benar-benar mahu menolong saya atau dia ada menyimpan maksud yang tertentu. Mungkin ia mahu memperdayakan saya. Susah benar saya mahu menyingkirkan semua persoalan itu dari dalam kepala saya.
DATANG
Saya gembira, ketika matahari pagi melebarkan sayapnya ke dalam wad, nenek dan datuk sudah pun berada di sisi saya. Wajah mereka kelihatan tenang menanti kedatangan orang tua aneh.
“Kalau ia datang dengan tujuan baik untuk mengubat cucuku, aku terima dengan baik, kalau ia datang dengan niat buruk, ia akan menerima padahnya,” kata datuk pada nenek. Saya lihat nenek tidak menjawab kata-kata itu.
Beberapa orang jururawat yang bertugas pada sebelah pagi, berkeliaran dalam wad. Mereka buat tidak tahu dengan kehadiran nenek dan datuk ke katil saya, begitu juga dengan para pesakit yang ada dalam wad tersebut. Rupanya, orang tua yang berjanji itu amanah orangnya. Tepat jam sembilan setengah pagi ia sudah berada di tepi katil saya. Berkali-kali ia mengucapkan Alhamdulillah, bila saya perkenalkan dirinya dengan datuk. Mereka terus bersalam.
“Boleh saya sentuh kaki cucu awak?”
“Silakan.”
“Alhamdulillah.”
Orang tua itu, terus meraba-raba kedua belah kaki saya yang lumpuh. Ia menekan beberapa urat di pergelangan kaki. Semua gerak-gerinya diperhatikan oleh datuk dan nenek. Hasil dari sentuhan di urat kaki. Badan saya terus berpeluh.
“Begini, pagi esok dan lusa saya datang lagi,” katanya sambil memberikan saya serangkai buah tasbih. Ia menyuruh saya menyebut perkataan Subhanallah seberapa banyak yang boleh sambil membilang buah tasbih.
Ia juga menyuruh saya meyakinkan diri yang saya tidak mengalami sakit lumpuh. Hari kedua, orang tua itu datang lagi. Ia terus memicit urat-urat di pergelangan kaki saya seperti hari pertama. Sebelum pulang, ia membekalkan saya dengan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Waqiah. Ayat itu mesti saya baca pada setiap saat. Pada sebelah petangnya, saya boleh menggerakkan kaki sebelah kanan dengan perlahan-lahan. Hal itu segera saya beritahu pada datuk dan nenek. Mereka gembira. Hari ketiga, orang tua itu datang lebih awal dari biasa. Kali ini semua daging di kedua belah kaki saya dipicitnya hingga lebam.
Sakitnya Allah sahaja yang tahu, berair mata saya dibuatnya. Selalunya bila selesai ia mengurut kaki saya, ia terus pulang. Tetapi kali ini ia tidak terus pulang. Ia terus berada di sisi katil saya. Anehnya, bila doktor melawat ke katil saya ia terus bercakap dengan doktor tentang keadaan kaki saya. Doktor hanya tersenyum dan terus mencatat sesuatu di kertas yang tergantung di hujung katil saya.
Kira-kira pukul sebelah pagi, ia menyuruh saya bangun dari katil. Tentu sahaja saya tidak dapat melakukan seperti apa yang dikatakannya. Mujurlah, datuk dan nenek memapah saya. Saya dapat berdiri dengan dikapit oleh nenek dan datuk. Kemudian orang tua itu menyuruh datuk dan nenek tinggalkan saya. Saya dapat berpaut pada datuk. Orang tua itu menyuruh datuk memimpin saya berjalan.
“Tolak,” saya terdengar suara orang tua itu. Dan saya dapati datuk meninggalkan saya sendirian. Kerana datuk tidak menolak saya, orang tua segera datang dekat saya dan terus menolak bahu saya.
Saya terasa badan saya mahu jatuh ke kanan. Saya cuba mengimbangi badan suapaya jangan jatuh. Dalam keadaan cemas begitu, saya dapat mengimbangi badan saya dan terus melangkah beberapa langkah ke depan dan akhirnya berhenti dekat sebuah katil pesakit lain. Saya terus berdiri di situ, sambil memikirkan apakah kaki saya sudah tidak lumpuh lagi. Saya segera teringatkan cakap orang tua yang menyuruh saya menyakinkan diri bahawa saya tidak lumpuh. Berpegangkan pada keyakinan itu, saya terus melangkah mendatangi katil saya. Ternyata saya boleh berjalan. Kaki saya sudah tidak lumpuh lagi.
“Alhamdulillah, kaki cucu awak sudah sembuh,” kata orang tua itu pada datuk dan nenek.
Apa yang menarik perhatian saya, bila datuk dan nenek mengucapkan ribuan terima kasih, orang tua tidak mengucapkan perkataan sama-sama seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang bila menerima ucapan terima kasih. Ia hanya menjawab dengan perkataan Alhamdulillah. Seolah-olah orang tua itu bagaikan tidak mengerti dan faham dengan budi bahasa orang Melayu.
Petang itu juga, kaki saya terus diperiksa oleh doktor M.K. Menon. Dan ia mengakui kaki saya sudah pulih seperti sediakala. Bila datuk menyatakan, orang tua itu yang berusaha memulihkan kaki saya, doktor M.K. Menon hanya tersenyum sahaja. Saya dan nenek terus pulang ke rumah Pak Din. Datuk tidak ikut pulang kerana ia mahu bercerita panjang dengan orang tua yang menolong saya itu.
Sampai di rumah Pak Din, nenek masih mengingatkan saya supaya jangan bergerak terlalu cergas, menurutnya kaki saya belum begitu baik lagi. Pukul lima petang baru datuk pulang ke rumah Pak Din. Nenek terus mengajak datuk pulang ke kampung. Cadangan nenek itu dibantah oleh datuk, kerana ia sudah berjanji dengan orang tua untuk sembahyang Maghrib dan Isyak bersama di masjid Lumut.
“Saya setuju, tidur lagi semalam di sini, esok baru balik,” ujar Mak Bedah, isteri Pak Din menyokong cadangan datuk. Nenek akur dengan permintaan datuk dan Mak Bedah. Saya tersenyum, kesempatan untuk bermesra dengan anak-anak Pak Din terbuka luas.
MASJID
Pada mulanya hasrat saya untuk menemani datuk ke masjid ditentang oleh nenek. Alasan nenek cukup kuat kenapa ia berbuat demikian. Pertama, keadaan kaki saya belum begitu kuat. Kedua, orang yang baru sembuh dari lumpuh tidak boleh kena angin dan embun malam.
“Tak mengapa biarlah Tamar ikut saya berjemaah di Masjid. Lepas sembahyang Isyak, kami balik. Lagi pun saya ada bersamanya,” kata datuk.
“Saya tahu tapi, sejauh mana awak boleh mengawalnya. Awak tahu, kalau kakinya kena embun, salah satu kakinya akan mengecil dan tidak ada mempunyai buah betis.”
“Dengan izin Allah saya boleh mengawalnya,” balas datuk. Nenek terus menarik nafas panjang.
Saya dan datuk terus melangkah ke masjid Lumut yang letaknya di suatu kawasan yang agak tinggi. Dari pintu masjid saya dapat melihat pangkalan yang jadi tumpuan orang ramai untuk pergi ke Pulau Pangkor, Damar Laut dan Kampung Baru.
Ramai juga yang sembahyang jemaah di masjid tersebut, kebanyakannya terdiri dari kakitangan kerajaan. Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak datuk terus membaca al-Quran yang memakan masa hampir satu jam. Orang tua yang merawat saya di hospital juga ada di situ. Ia membaca surah yasin dengan penuh khusyuk. Orang itu menamatkan pembacaan surah yasin. Ia terus mendekati saya sambil tersenyum.
“Saya harap sakit di kaki tidak akan berulang lagi.”
“Saya juga berharap begitu.”
“Bersyukurlah pada Allah,” katanya lalu menepuk-nepuk bahu kanan saya.
Datuk berhenti membaca Quran. Ia terus menghampiri saya dan orang tua yang duduk di tengan masjid. Semua para jemaah sudah pulang. Sesekali terdengar hembusan angin yang datang dari Selat Dinding menguasai ruang masjid yang luas.
“Tak balik?” tanya datuk pada orang tua itu.
“Tidak, saya tak ada rumah, saya bermalam di masjid ini untuk seminggu dua kemudian saya akan berjalan dan bermalam di masjid lain pula.”
“Macam mana kalau malam ini, bermalam di rumah saudara saya.”
“Alhamdulillah, saya minta maaf.”
Datuk menggigit bibir mendengar jawapan dari orang tua itu. Memang perangai datuk, dia merasakan dirinya tidak lengkap, kalau ia tidak mengenali latar belakang orang yang dikenalinya.
“Maafkan saya, kalau pertanyaan saya kurang menyenangkan diri awak?”
“Silakan, saya tak marah.”
“Dah lama masuk Islam?”
“Sejak berada dalam perut ibu saya.”
“Awak mempermain-mainkan saya.”
“Tidak saya bercakap benar.”
Datuk terdiam sambil merenung wajah saya berkali-kali. Mungkin orang tua itu tahu, apa yang bergolak dalam dada datuk. Dan ia merasakan dirinya perlu menyelesaikan rasa sangsi yang bersarang dalam dada datuk dan saya. Di bawah bumbung masjid yang tenang didakap malam. Orang tua tersebut terus mengungkapkan kisah dirinya pada saya dan datuk.
Menurutnya, ia berasal dari Yunan satu daerah di Negara China. Semua penduduk di situ beragama Islam sejak abad ke-8 yang dikembangkan oleh pedagang-pedagang Islam dari Tanah Arab.
“Minta maaf, kalau saya katakan bahawa kami lebih awal mengenali agama Islam, jika dibandingkan dengan kedatangan Islam ke Melaka. Saya bukan baru sepuluh atau dua puluh tahun beragama Islam, saya Cina Islam tulin, sejak datuk nenek lagi,” orang tua itu memperkemaskan silanya.
“Masih ada lagi kaum keluarga di sana,” soal datuk.
“Itu saya tak tahu, hanya Allah saja yang menyelamatkan diri mereka.”
“Saya tak faham dengan cakap awak.”
“Kalau awak mahu memahaminya, saya terpaksa bercerita panjang, mahukah awak mendengarnya.”
“Mahu,” sahut datuk.
Orang tua itu tunduk merenung lantai masjid. Kemudian ia membaca doa. Katanya, doa itu untuk para arwah umat Islam di tempatnya. Bila dia selesai membaca doa, wajah datuk direnungnya dengan pandangan yang sayu. Ia pun memulakan ceritanya.
“Bila komunis berkuasa kebebasan terus disekat, orang-orang Islam di tempat saya ditekan,” katanya memulakan kisah dirinya.
Menurut orang tua itu lagi, ayahnya menjadi Imam Masjid dan dihormati oleh para penduduk setempat. Pihak komunis kurang senang dengan kegiatan ayahnya. Mereka melarang ayahnya menjadi imam dan menggunakan masjid.
Melihat tekanan yang begitu kuat terhadap diri ayahnya membuat ia membentuk satu pasukan yang terdiri dari tiga orang pemuda untuk mempertahankan kesucian agama Islam di samping menghalang anggota komunis dari membunuh dan memukul orang-orang Islam yang sedang bersembahyang.
“Dua orang kawan saya ditangkap dan dihukum tembak selepas menunaikan sembahyang Zuhur, saya sungguh sedih dengan peristiwa tersebut, dua hari kemudian saya terus bertindak menetak dua orang anggota komunis yang berkawal di kampung saya,” orang tua itu berhenti bercerita.
Ia menelan air liur dan meraba pangkal hidungnya berkali-kali. Menahan rasa sedih yang mula menggoncang dada. Akibat dari tindakannya yang terburu-buru itu. Dia terus diburu oleh anggota komunis. Ia berpisah dari kedua orang tua yang dicintai.
Pada suatu malam ia berjaya meloloskan dirinya masuk ke rumah. Ia terus meminta pertolongan dari ayahnya untuk menyelamatkan dirinya. Ia kecewa bila orang tuanya menyatakan tidak dapat berbuat sesuatu terhadapnya. Orang tuanya menyuruh ia melakukan sembahyang Istikharah. Lepas sembahyang tersebut, orang tuanya menyuruh ia berzikir hingga menjelang fardhu Subuh.
“Saya masih ingat, ketika saya melakukan sembahyang Subuh, emak saya memasukkan pakaian saya ke dalam beg kecil berserta dengan bekalan nasi serta wang,” orang tua itu berhenti bercerita. Ia termenung panjang.
“Ayah menyuruh saya meninggalkan rumah setelah sembahyang Subuh. Saya keberatan mahu mengikut cakapnya kerana kawasan rumah saya sudah dikepung oleh orang-orang komunis, mereka tahu tentang kepulangan saya,” kata orang tua itu pada datuk. Ia mematikan ceritanya.
“Akhirnya apa yang kau buat?” soal datuk.
“Ayah terus mendesak supaya saya meninggalkan rumah. Ia menyuruh saya melangkah dengan kaki kanan dan terus membaca doa qunut sepanjang perjalanan di samping meyakinkan yang diri saya dilindungi Allah.”
“Kau turut cakapnya?”
“Ya, saya turut cakapnya. Saya terus melangkah dan membaca doa qunut sepanjang perjalanan. Dengan izin Allah, semua anggota komunis tidak nampak saya. Akhirnya, saya bertemu dengan seorang lelaki dan membawa saya ke sebuah pelabuhan lalu saya naik tongkang miliknya hingga sampai ke Singapura.”
“Hebat pengalaman awak.”
“Semuanya atas izin Allah.”
Saya renung muka orang tua itu sejenak. Saya kira ceritanya berakhir di situ sahaja. Sangkaan saya itu tidak tepat. Orang tua itu masih mahu bercerita tentang dirinya.
Menurutnya, dari Singapura ia berhijrah ke Semenanjung dan kedatangannya disambut oleh saudara-saudara Islamnya di semenanjng dengan senang hati. Bagi menyarai kehidupannya, ia berniaga buku-buku agama dan minyak wangi. Hasil dari berjimat cermat, ia sudah dua kali pergi ke tanah suci.
Orang tua itu juga menceritakan pada datuk ketika di Yunan dulu, ia sempat belajar dari orang tuanya cara-cara mengubat orang yang kena sakit lumpuh dan bengkak paru-paru.
“Saya tak pakai hantu syaitan, saya memohon pada Allah berdasarkan pada ayat-ayat dari quran. Tetapi, orang yang mahu diubati itu mesti diyakinkan pada diri sendiri.”
“Awak mengubat orang sepenuh masa?” Datuk cungkil rahsia dirinya.
“Tidak, saya ni berniaga menjual buku-buku agama, minyak wangi, saya merantau dari satu tempat ke satu tempat.”
“Kalau dah berniaga kenapa merayau ke hospital.”
“Ini amal jariah saya, kalau dulu saya pernah ditolong oleh orang, kenapa saya tidak boleh menolong orang terutama orang seagama dengan saya.”
“Saya berdoa awak akan selamat sejahtera.”
“Alhamdulillah, memang sudah jadi kebiasaan saya, bila saya tinggal di masjid yang berhampiran dengan hospital saya mesti pergi ke hospital untuk menolong orang-orang yang memerlukan pertolongan seperti cucu awak.”
Saya mula menguap. Tetapi, datuk saya lihat masih bertenaga. Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan diri datuk akan mengantuk atau mahu tidur. Ia masih ghairah lagi mahu mendengar cerita dari orang tua itu. Walaupun apa yang ingin diketahuinya dari orang tua itu sudah habis.
“Cucu awak sakit ganjil, ada syaitan campur tangan.” Saya terkejut mendengar cakap orang tua itu. Bulu tengkok saya mula berdiri.
“Boleh awak menolong saya dalam hal ini.”
“Minta maaf, awak berusahalah sendiri. Yakinlah syaitan akan kalah dengan kuasa Allah,” orang tua itu segera bangun. Ia meminta maaf pada datuk kerana ia mahu tidur.
“Besok saya akan merantau lagi menjual buku-buku agama ke arah selatan, mungkin dua tiga bulan atau lebih saya akan datang ke sini,” katanya lalu merebahkan badan di tepi dinding.
Saya dan datuk pun meninggalkan masjid Lumut, kira-kira pukul satu malam. Sepanjang jalan menuju ke rumah Pak Din, suasana terasa amat sepi sekali. Cuma terdengar bunyi deru bunyi angin dari Selat Dinding. Tiba-tiba kaki kiri saya terkena air embun. Sakit datang serta-merta. Tidak terdaya rasanya mahu melangkah. Mujurlah rasa sakit itu tidak lama, cuma lima minit sahaja. Lepas itu kaki saya pulih kembali.
Lepas sarapan pagi di rumah Pak Din, datuk bergegas menuju ke masjid dengan harapan untuk menemui orang tua tersebut. Ternyata, kedatangan datuk sudah terlewat. Datuk diberitahu, oleh Tuk Siak masjid, yang orang tua sudah meniggalkan masjid setelah menunaikan sembahyang Subuh. Datuk pulang ke rumah Pak Din dengan rasa hampa.
“Tak apa, bila ia datang lagi saya beritahu Pak Long,” kata Pak Din, ketika saya, nenek dan datuk masuk ke dalam perut teksi.
Waktu teksi bergerak meninggalkan bandar kecil Lumut saya melambai-lambaikan tangan pada Pak Din. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan Pak Din.
Beberapa tahun yang lalu, saya menerima berita Pak Din sudah berhenti dari jadi pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Khabarnya sejak berhenti, Pak Din membuka kedai makan di Lumut yang dikenali sebagai Warung Pak Din.
Di samping itu Pak Din juga membawa teksi bagi menambahkan pendapatannya. Anak-anaknya sudah besar-besar belaka dan sudah ada yang bekerja.

61. Tulang Jari Di Daun Keladi
** Sumbangan
dari ahli komunitisbdj Heysanto
Sejak pulang dari Hospital Lumut, sudah tiga minggu saya berkurung dalam rumah. Setiap malam, nenek akan membalut kaki saya dengan Naga Buana. Perut pula, dibalut dengan pucuk pisang emas.
“Kenapa nek buat begini, pada kaki dan perut saya?”
“Untuk mengelakkan kaki kau dari kisit urat dalam perut mesti dikecutkan, kalau tak dibalut dengan daun pisang, perut kau boroi bila berkalih umur.”
“Huh, saya dah jemu kena balut nek.”
“Jangan begitu, perut mesti dijaga. Kau tahu sakit angin, sakit urat saraf dan sakit-sakit badan semuanya berpunca dari perut. Kalau perut sihat, badan juga sihat.”
Saya terdiam mendengar cakap nenek itu. Saya hubungkan cakap nenek itu, dengan kata-kata yang telah diucapkan oleh seorang Imam dalam khutbah Jumaatnya. Imam itu memetik sabda nabi Muhammad SAW yang menyuruh umatnya supaya makan tidak berlebih-lebihan. Ia mahu umatnya makan sederhana saja.
“Kalau engkau melihat orang lelaki perut boroi dan badannya gemuk, tandanya orang itu tidak sihat. Aku tak mahu kau jadi macam itu, bila sudah berumur empat puluh lebih, jagalah perut kerana perut kunci kesihatan,” tambah nenek. Saya terus anggukkan kepala.
Demi kebaikan, saya relakan nenek membalut perut saya dengan pucuk pisang emas, bercampur minyak kelapa. Tetapi, rasa bosan duduk di rumah memang tidak dapat saya hindarkan. Datuk amat mematuhi cakap nenek dan tidak mahu mengajak saya ke mana-mana. Datuk suruh saya duduk di rumah membaca kitab agama dan quran. Katanya, kalau nenek mengizinkan atau pantang larangnya sudah tamat. Ia pasti membawa saya ke mana sahaja. Satu janji yang amat menyenangkan.
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk tahu saya akan merasa jemu dan bosan membaca quran dan kitab. Bila ia turun ke pekan ia belikan akhbar tulisan jawi – Utusan Melayu. Kalau datuk pergi ke Balai Penghulu, pasti ia pulang dengan membawa risalah-risalah dari Jabatan Penerangan dan Jabatan Pertanian. Semuanya dalam tulisan jawi. Kalau anginnya baik, ia akan membeli akhbar dan majalah kanak-kanak, seperti Utusan Kanak-kanak, Tunas dan lain-lain lagi.
Jangan harap datuk mahu membeli akhbar dan majalah hiburan seperti Utusan Filem dan Sports, Fesyen, Gelanggang Filem dan Arena Filem. Pantang tujuh keturunan bagi datuk, kalau saya menatap majalah-majalah tersebut. Saya hanya mendapat tahu tentang perkembangan filem-filem Melayu dan bintang-bintang filemnya seperti P. Ramlee, Kasma Booty, Nordin Ahmad dan Roomai Noor, menerusi mulut-mulut kawan-kawan. Begitu juga dengan kisah penyanyi masa itu seperti R. Azmi, Jasni serta Momok dan Nona Asiah.
“Buat apa tahu tentang orang wayang dan penyanyi, jangan baca kisah mereka, semuanya tak berfaedah. Semuanya itu kisah dunia yang tak boleh dibuat bekal ke akhirat. Lebih baik kau baca kitab,” kata datuk bila saya menyatakan ingin membaca dan memiliki majalah-majalah tersebut.
Kata datuk, kata muktamad. Tidak ada ulang-rayu. Kalau dilawan biji matanya akan tersembul, macam telur burung merpati. Suaranya jadi keras dan parau macam guruh. Mahu tak mahu terpaksa baca kisah menanam pokok getah, menanam padi dan menanam kelapa.
Sesekali hati kecil saya memberontak juga. Mana boleh tahan cuma berlegar-legar dalam kawasan rumah sahaja. Paling jauh saya dibenarkan oleh nenek pergi ke rumah Haji Salim, kira-kira dua rantai jaraknya dengan rumah datuk. Bukan ada apa-apa di rumah Haji Salim menitik dan membakar besi untuk membuat keris dan parang.
Saya kagum melihat Haji Salim memegang besi panas dan membentuknya hingga menjadi sebilah keris yang berlok tujuh atau sembilan. Bila saya tanya pada Haji Salim, apa ilmu yang dipakai hingga tapak tangannya tidak terbakar. Haji Salim tidak mahu memberitahu, ia cuma berkata:
“Keyakinan pada diri sendiri dan Allah mengizinkan semuanya itu.”
Jawapan yang membosankan. Sambil memerhatikan ia bekerja, ia menyuruh saya membaca al-Quran. Kalau pembacaan tajwid saya tidak betul ia segera menegurnya. Bila saya tidak mahu membaca quran, ia akan bercerita pada saya tentang kisah-kisah 25 orang nabi pilihan atau memberi penerangan tentang fardhu Ain, fardhu Kifayah dan fikah.
INDAH
Pagi selasa yang indah. Di dada langit, matahari memancar cemerlang. Dedaun di ranting bergerak lembut mengikut irama angin. Saya masih lagi membalut badan dengan gebar. Perbuatan yang jarang-jarang saya lakukan. Jam sudah pukul sembilan. Jalur sinar matahari masuk ikut tingkap yang dibuka separuh itu, terdampar atas lantai. Sebenarnya, saya memprotes sikap nenek. Ia tidak membenarkan saya mengikut datuk pergi ke hutan untuk melihat jerat napuh dan pelanduk. Meskipun datuk sudah meminta izin darinya.
Nenek lebih senang, kalau saya menghabiskan masa berjam-jam dengan Haji Salim. Sepanjang ingatan saya selama tiga minggu berkurung di rumah. Sudah dua kali datuk berjalan jauh. Kali pertama datuk ikut kenalannya pergi ke Dungun, Terengganu. Kali kedua, datuk pergi ke Kroh di Ulu Perak mencari gading gajah.
“Nenek sudah melampau, mahu ke hutan tengok jerat pun tidak boleh,” rungut saya.
Gebar saya campakkan ke tepi. Saya segera bangun. Saya terus bersilat dengan tujuan untuk menyegarkan tubuh badan. Boleh juga diistilahkan bersilat untuk bersenam.
“Tamar kau buat apa di dalam, macam nak patah lantai rumah,” pekik nenek bertalu-talu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik.
Tanpa melabuhkan kain yang berada di paras lutut, saya terus membuka pintu. Saya ketawa melihat nenek yang terkejut.
“Kenapa muka nenek pucat? Apa nenek merasa hairan melihat gulung kain berat ke kanan dan kain pula atas lutut? Saya bersilat untuk menegangkat urat,” ucap saya. Nenek tidak menjawab. Wajahnya mula pucat.
“Nenek marah?”
“Tidak Tamar.”
“Nenek sakit?”
“Tidak Tamar.”
“Habis, apa yang nenek fikirkan?”
“Kaki kau Tamar.”
“Kaki saya? Kenapa dengan kaki saya nek.”
Tidak ada jawapan dari nenek. Sepasang mata hitamnya tertumbuk pada sepasang kaki saya. Nenek menarik tangan saya ke ruang tengah. Saya disuruh duduk di lantai sambil menjulurkan kaki. Wajah nenek terus didakap rasa cemas yang sukar untuk dibaca.
“Itulah kau langgar petua aku Tamar. Kaki kau tak boleh kena air embun dan angin masa berubat, sekarang apa dah jadi kau lihat sendiri,” suara nenek tersekat-sekat.
Wajah cemasnya segera bertukar dibayangi rasa kecewa. Saya terus merenung kaki. Memang benar kata nenek! Kaki saya terus mengecil, kisit. Tidak berbuah betis lagi. Tetapi aneh sekali kesannya hampir tidak terasa. Hati saya mula terasa hiba dan mahu menangis. Saya rasa hidup ini sudah tidak bermakna lagi. Apalah ertinya hidup bagi saya, kalau anggota tubuh sudah cacat. Apalah nilainya sepasang kaki, kalau tidak boleh digunakan.
Sesungguhnya, saya tidak sanggup menghadapi penderitaan seperti ini. Saya terus menangis. Nenek terus membelek-belek urat-urat di kaki. Kerana datuk sudah pergi ke hutan, nenek segera menemui Haji Salim. Saya cemas bila Haji Salim datang dengan membawa sebilah keris tanpa ulu dan sarung. Saya lihat keris itu masih berasap kerana baru dikeluarkan dari api. Haji Salim terus menjamah buku lali kaki. Ia kelihatan tenang. Senyum tidak putus-putus menari di bibirnya.
“Usah bimbang, berusahalah dengan sabar. Carilah daun serunai laut, daun gelanggang dan pucuk paku hutan. Sapukan pada kaki setiap pagi. Kisitnya masih baru, ada harapan baik,” wajah Haji Salim kelihatan tenang. Senyum terus bermain di wajahnya.
Haji Salim segera meminta diri. Bila sampai di anak tangga penghabisan ia berhenti. Renung muka nenek dengan muka saya silih berganti.
“Tamar sikit lagi datang ke tempat aku, biar aku ajar kau membuat keris,” Haji Salim meraba pangkal leher kiri.
“Kaki saya Aji.”
“Tak apa, sakitnya masih baru.”
“Saya bimbang Aji.”
“Tak usah bimbang.”
Haji Salim terus melangkah menuju ke rumahnya. Nenek kerutkan dahi. Sesekali menggaru tempurung rambut yang tidak gatal. Dua tiga helai ubat melekat di jari. Nenek berada dalam keadaan yang serba salah. Saya terus duduk berjuntai kaki di muka pintu. Nenek ke dapur. Saya tidak tahu apa yang nenek buat di dapur. Saya bayangkan dalam hati, kalau kedua belah kaki saya dipotong. Tentu susah jadinya. Saya terpaksa berjalan memakai tongkat.
Lamunan yang tidak bertepi itu, mati dengan mendadak. Diganggu oleh lintasan bayangan yang kurang jelas. Dan bayangan itu terjadi hanya dalam beberapa detik sahaja. Kesannya amat mendebarkan hati. Bulu roma saya tegak dalam sinaran matahari pagi yang kian garang. Kepala saya terasa pening. Pandangan saya mula berpinar-pinar. Pokok-pokok yang saya lihat nampak bergoyang. Perut terasa pedih dan tekak juga mula loya. Rasa muntah-muntah mula terasa.
“Nenek…,” jerit saya.
Nenek segera datang. Bahu saya dipegangnya. Kemudian nenek meletakkan telapak tangan kanannya ke dada saya. Ia menarik nafas dengan tenang.
“Dada kau berdebar?”
“Ye nek.”
“Apa puncanya?”
“Saya macam terpandang lintasan bayangan hitam melintas di depan saya nek.”
“Itu cuma perasaan kau saja Tamar.”
“Betul nek.”
“Sudahlah Tamar, pergi mandi. Lepas itu pergi makan. Kopi dan rebus keledek aku sediakan untuk kamu.”
Nenek meninggalkan saya. Arahannya saya patuhi. Ada sesuatu yang saya rasa tidak kena pada kedua belah kaki. Waktu melangkah dari pintu depan menuju ke ruang dapur tadi, terasa sengal-sengal di pelipat. Saya juga terasa amat sukar untuk mengimbangi badan. Semuanya tidak saya nyatakan pada nenek. Semangat saya untuk pergi ke rumah Haji Salim meluap-luap. Saya mahu menghilangkan sakit di pelipat dan rasa sengal itu dengan berjalan.
Setelah mengenakan seluar panjang kuning, baju kemeja lengan pendek saya ke rumah Haji Salim. Nenek hanya memerhatikan sahaja gelagat saya di muka pintu. Sampai di rumah Haji Salim saya terus duduk di bangsal kerjanya. Pada mulanya, saya duduk dekat tempat membakar besi. Saya tidak tahan dengan bahang bara api yang garang.
“Kau tak tahan dengan bahang api Tamar?”
“Ya Pak Aji, kulit muka macam mahu terbakar rasanya.”
“Inilah orang muda sekarang. Bahang api pun tak tahan, tak pernah mahu merasakan susah.”
“Sebenarnya saya tak berapa biasa dengan keadaan macam ini.”
“Kau harus biasakan, sebagai orang Melayu, kau tidak akan melepaskan diri dari berhadapan dengan tanah, air, api dan angin.”
“Ya, saya faham.”
Haji Salim tersenyum. Ia sudah arif dengan perangai saya. Bila saya menyebut perkataan terakhir itu. Ia sudah dapat membaca hati saya yang tidak berminat untuk mendengar dengan perkara yang dikatakannya itu. Saya menoleh ke kanan. Atas pelantar bangsalnya tersusun beberapa bilah parang, ada yang panjang, beberapa bilah tajak dan pisau penyabit. Semuanya barang-barang itu tidak mempunyai ulu. Haji Salim mengangkat besi merah dari dalam bara dengan menggunakan penyepit besi. Besi yang merah menyala itu diletakkan atas pelantar.
“Sebelum besi ini dibakar, sudah aku campurkan dengan tujuh jenis besi,” kata Haji Salim sambil mengambil besi yang masih merah itu. Besi itu terus di tempa hingga menjadi sebilah keris dengan tangan.
“Pak Aji nak jual keris ni?” tanya saya.
“Tidak, nak pakai sendiri.”
“Boleh buatkan saya sebilah.”
“Belum masanya.”
Haji Salim menghampiri saya. Ia rasa kaki saya. Dengan hati-hati Haji Salim menuangkan air dari dalam labu tanah ke dalam gelas. Air dalam gelas itu dirapatkan ke bibirnya yang sedang bergerak-gerak membaca sesuatu.
“Nah sapukan ke kaki kamu, dengan izin Allah sakit sengal yang kamu rasa itu, akan hilang,” Haji Salim sambil menyerahkan air dalam gelas pada saya. Air itu saya sapukan ke kaki. Sepuluh minit kemudian rasa sengal-sengal di kaki terus hilang.
“Kau usah bimbang, kaki kau yang kisit, tak berdaging tu, akan sembuh nenek kau boleh mengusahakannya.”
“Dengan apa nenek nak menyembuhkannya Pak Aji.”
“Dengan senaman, kalau nenek kau tak tahu datuk kau tahu, datuk kau tu apa kurangnya.”
REBAH
Saya terus diam. Badan saya rebahkan atas pelantar. Dua hari dulu, waktu saya baring di pelantar, cucunya datang membawakan dua cawan kopi. Kali ini saya berharap kisah yang berlaku itu akan berulang lagi. Saya mahu melihat cucu perempuannya yang berwajah manis, berkulit cerah. Ada lesung pipit di pipi. Tidak mudah mengeluarkan kata-kata. Tetapi senyumnya amat murah sekali. Sesungguhnya, saya terpikat dengan sinar matanya yang lembut. Dengan rambutnya yang ikal mayang. Dengan senyumnya yang menawan.
“Hari ni nampaknya, tak ada kopi Tamar.”
“Tak apa Pak Aji.”
“Bukan tak apa Tamar, aku terpaksa masak sendiri.”
“Mak Aji ke mana?”
“Dia menghantar Saadiah, ke rumah emak bapanya di Beranang, dah sebulan dia berada di sini, emak bapanya suruh balik. Dengar cerita ada orang nak masuk meminangnya.”
“Hum, begitu,” kata saya dengan tenang.
Satu kehampaan berkocak dalam dda saya. Tujuan utama saya menemui Haji Salim, bukanlah mahu menunaikan pesannya. Ada tujuan lain. Saya mahu melihat wajah Saadiah cucunya. Saya mahu kenyit mata padanya. Apakan daya, harapan yang dicari tidak terlaksana.
“Tamar.”
“Ya Pak Aji.”
“Kau mahu tahu tanda-tanda orang yang celaka dalam dunia.”
“Mahu.”
Haji Salim berhenti menempa mata keris dengan tangan sebentar. Ia renung muka saya. Aneh, renungan itu, saya rasakan bukan renungan Haji Salim tetapi renungan Saadiah cucunya. Saya tersenyum.
“Kenapa kau senyum?”
“Tak ada apa-apa Pak Aji.”
“Tanda-tanda orang-orang celaka tu ada empat. Pertama, lupakan dosa-dosa yang lepas dan tidak mahu bertaubat. Kedua, ia mengingati amal ibadah yang dibuatnya, menghitung berapa banyak sedekah jariahnya, berapa banyak sembahyang yang dibuat,” Haji Salim berhenti bercakap.
Ia merenung bentuk keris yang ada di atas pelantar. Keris itu sudah siap separuh. Cuma bahagian pangkalnya sahaja yang belum menjadi.
“Tanda yang ketiga, kau nak tahu apa dia Tamar?”
“Saya tak tahu Pak Aji.”
“Tanda yang ketiga, orang yang berkenaan sentiasa memandang orang yang berdarjat, tidak pandang orang yang miskin dengan sebelah mata pun.”
“Tanda yang keempat pula Pak Aji? Apa dia.”
“Yang keempat pula, dalam hal akhirat orang itu merasakan dirinya saja yang sudah sempurna, memandang hinga orang yang tidak sembahyang, tidak puasa serta mengamalkan hukum Islam, seolah-olah dirinya seorang saja orang Islam yang tulin, itulah tanda-tanda orang yang celaka di dunia.”
Haji Salim berhenti berkata-kata. Ia meneruskan kerjanya kembali. Menempa sebilah keris dengan tangannya sendiri. Setiap kali ia menekan besi, besi itu kelihatan lembut dan mengikut bentuk yang dihajatinya.
Saya segera menoleh ke kiri, ke arah jalan yang menghubungkan rumah datuk dengan rumah Haji Salim. Saya berbuat demikian kerana terdengar nama saya dipanggil berkali-kali. Kerana panggilan itu kurang jelas, saya tidak dapat meneka, suara siapa yang saya dengar. Nenek suaranya nyaring dan halus tetapi, suara yang saya dengar kasar. Kalau mahu dikatakan suara datuk memang mustahil, datuk masih belum pulang dan suara datuk tidak macam itu.
Suara datuk agak serak-serak basah dan parau. Paling menakjubkan tidak nampak bayang datuk atau nenek di muka jalan. Jadi suara siapa pula yang saya dengar? Keresahan yang melanda diri saya, dapat dibaca oleh Haji Salim.
“Kau terdengar suara orang memanggil nama kamu Tamar?”
“Ya Pak Aji, agaknya suara hantu Pak Aji.”
“Bukan, mana ada hantu waktu siang begini, aku agak suara makhluk Allah yang berkenankan kamu.”
“Macam mana Pak Aji tahu, saya terdengar suara orang.”
“Dari gerak-geri kamu Tamar.”
Saya mula resah. Hati mula berdebar. Badan terasa lain macam. Bulu roma saya mula tegak tanpa sebab. Saya mula dibayangi dengan bermacam-macam perasaan. Ada lintasan bayangan seperti yang terjadi di muka pintu tadi, melintas di depan saya. Bentuknya sukar mahu digambarkan dengan tepat.
Sepintas lalu, bentuknya macam papan keranda yang melayang-layang. Ada sehelai kain hitam melekat di papan itu. Dari kain hitam itu berjuntai jari-jari tangan tanpa daging. Tulang-tulang jari yang keras dan putih itu bagaikan mahu mencakar wajah saya. Inilah yang menimbulkan rasa takut dalam hati.
“Biarlah, saya balik dulu Pak Aji.”
“Silakan Tamar.”
Saya pun meninggalkan Haji Salim di bangsal. Dalam debar dada yang cemas saya terus melangkah tanpa menoleh ke arah Haji Salim. Dahi saya mula berpeluh. Sebaik sahaja saya sampai dekat pokok mempelam pauh yang besar dan tinggi, dahan mempelam itu patah lalu jatuh. Kalau tidak cepat saya mengelak, pasti saya ditimpa dahan tersebut. Dalam masa yang sama, lintasan bayangan yang tidak menyenangkan itu terjadi lagi di hadapan saya.
Langkah saya terus kaku sebentar. Bila saya mahu melangkah kembali terdengar suara menyebut nama saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah pangkal pokok mempelam. Rasa cemas segera hilang. Seorang tua yang tidak saya kenali muncul di situ dan menuju pada saya.
“Berikan ini pada datuk kamu,” kata orang tua itu. Ia menyerahkan satu bungkusan kecil yang berbalut dengan dauh keladi, bila bungkusan itu mahu saya buka, orang tua segera memegang tangan saya.
“Belajarlah jadi manusia yang amanah,” katanya.
“Maafkan saya.”
“Aku maafkan, jangan menoleh arah mana kamu datang, kerana aku mahu ke sana.”
“Ya, saya faham.”
Orang tua itu segera bergerak ke arah belakang saya. Bunyi tapak kakinya cukup jelas menuju ke arah rumah Haji Salim. Saya terpegun sejenak, bau yang amat wangi segera menyumbat lubang hidung. Saya pasti bau wangi itu datang dari tubuh badan orang tua tersebut.
Ada dua persoalan timbul dalam hati saya. Pertama, kenapa orang tua itu tidak memberi salam. Kedua, orang tua itu memang bukan orang kampung. Ia orang asing. Dua persoalan yang menggugat hati, membuat saya melanggar larangannya.
Saya segera menoleh ke belakang. Orang tua itu tidak kelihatan lagi. Tetapi, bau wangi masih dapat dicium. Dedaun senduduk dan lalang di sebelah kanan jalan, kelihatan bergerak-gerak, macam baru sahaja dirempuh oleh manusia. Saya tahu, kawasan sebelah kanan jalan yang dikuasai oleh pokok senduduk dan lalang itu, luasnya hampir suku batu. Hujung kawasannya bertemu dengan sebuah anak sungai. Seberang sungai itu terdapat kawasan perkuburan yang tidak digunakan lagi.
Nenek pernah memberitahu saya, kawasan perkuburan itu tidak luas. Cuma menempatkan tujuh buah kubur. Batu nisannya diambil dari batu gunung. Tidak seorang pun yang tahu, mayat siapa yang ditanam di situ. Kata datuk ada waktu yang terluang, ia seringkali mengajak saya ke situ untuk membersihkannya. Bagi datuk membersihkan kubur merupakan satu amalan yang baik.
Bila saya mengingatkan orang yang baru saya temui itu menuju ke kubur lama, saya jadi takut. Saya terus lari menuju ke rumah. Waktu itu saya tidak ingat langsung yang kaki saya tidak begitu baik.
JATUH
Waktu saya sampai di kaki tangga. Saya sudah kehabisan tenaga. Tidak mampu memijak mata tangga yang setia menanti sesiapa sahaja untuk memijaknya. Saya terjatuh. Bungkusan barang dalam daun keladi terbuka dan tercampak dekat saya.
“Tolong,” jerit saya, bila melihat tulang jari terdampar atas tanah, (tidak jauh dari daun keladi yang jadi pembungkusnya) nenek segera menerpa pada saya. Nenek segera memapah saya. Ia suruh saya duduk atas tangga.
Tanpa diduga, datuk pulang awal dari hutan. Tidak ada pelanduk atau napuh yang dibawanya. Datuk terkejut dengan apa yang terjadi pada saya.
“Kenapa Tamar?” Tanya datuk.
“Ada orang beri barang pada tuk.”
“Mana dia barangnya?”
“Itu dia tuk.”
Mata datuk melihat ke arah yang ditunjuk oleh jari telunjuk saya. Dia menggigit ibu jari kanannya. Macam memikirkan sesuatu. Datuk suruh nenek beredar dari situ. Nenek segera masuk ke rumah.
“Pelik, masa dalam hutan tadi ada orang yang tak aku kenal, kirim salam pada kau. Bila aku tanya siapa dia, orang itu terus meninggalkan aku, tetapi ia meninggalkan bungkusan daun keladi dekat pokok meranti,” datuk memulakan cerita.
“Apa isinya tuk.”
“Sama dengan apa yang aku lihat sekarang, tulang jari manusia.”
“Orang yang tok jumpa tu, lelaki ke perempuan.”
“Perempuan tua.”
“Serupa juga dengan saya, saya juga jumpa perempuan tua, mukanya ditutup.”
Datuk tidak berkata apa-apa lagi. Ia suruh saya masuk ke rumah. Daun keladi dan tulang jari manusia itu diambilnya dan terus ditanam kira-kira serantai dari halaman rumah.
JUMPA
Pukul empat setengah petang. Datuk duduk di anjung rumah sambil membaca kitab. Datuk tidak memakai baju. Kepalanya dilekati oleh ketayap putih. Datuk seolah-olah, tidak menganggap sesuatu yang luarbiasa dengan peristiwa yang terjadi. Mungkin peristiwa itu tidak menarik minatnya. Kalau datuk tertarik, pasti ia bercerita. Bila melihat sikap datuk begitu, saya sendiri tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi.
Nenek terus berusaha memulihkan kaki saya yang kian mengecil itu. Ia menyentuh dan mengurut urat-urat tertentu di kaki. Di samping itu, nenek juga sudah menyediakan berbagai-bagai jenis dauh untuk dibalut ke kaki saya.
“Kaki Tamar tu, kalau diizinkan Allah, akan sembuh juga,” cara mendadak datuk bersuara.
“Kalau tak diusahakan, tentu tak menjadi,” balas nenek. Suaranya agak meninggi. Datuk tutup kitab yang dibacanya. Ia renung muka nenek.
“Kalau kakinya mengecil atau kisit tak ada isi disebabkan kena air embun dan angin, kenapa kita tak cuba ubat dengan embun dan angin juga,” kata datuk. Ia bangun lalu rapat ke arah nenek yang mengurut kaki saya.
“Caranya bagaimana?”
“Kita lumurkan kakinya dengan embun, dua puluh pagi Jumaat, kita juga kenakan angin malam Jumaat, di samping membaca doa tertentu,” kata datuk tenang.
“Awak buatkan.”
“Ya, saya buatkan mulai malam dan pagi Jumaat depan.”
Nenek tersenyum mendengar pengakuan datuk. Ia merasakan datuk tidak melepaskan tanggungjawab itu pada dirinya seorang sahaja.
Tiba-tiba saya terhidu bau wangi yang amat kuat. Saya segera bergerak menuju ke muka pintu. Tanpa saya sedari datuk mengekor dari belakang. Saya terkejut, di halaman rumah, ada perempuan tua yang saya tengok pada sebelah pagi berdiri di situ. Kali ini, mukanya ditutup dengan kain selendang.
“Ada apa hajat,” tanya datuk.
“Tak ada apa-apa hajat buat apa datang ke mari.”
“Nak berziarah pun tak boleh.”
Datuk terdiam. Mulutnya bagaikan terkunci untuk menjawab kata-kata dari perempuan tua itu. Datuk segera merenung ke arah saya. Melihat perempuan tua itu masih tercegat di halaman, saya terus bersuara:
“Beradatlah sikit, berilah salam.”
“Sudahlah, saya nak cari rumah orang yang pandai membuat keris, keris suami saya hilang,” suara perempuan tua itu tenang.
“Awak pergi arah ke darat sana, cari orang nama Haji Salim, dia pandai buat keris, kalau pedang laki awak hilang pun dia boleh buat.”
“Awak menyindir.”
“Sudahlah perempuan….” Datuk segera menutup mulut saya dengan tangan.
Biji mata datuk bagaikan mahu tersembul merenung muka saya. Bila sudah begitu keadaannya, tentulah datuk sudah marah. Saya tunduk.
“Maafkan cucu saya,” kata datuk. Perempuan tua itu pusingkan badannya. Ia terus menuju ke rumah Haji Salim.
“Jangan biadap sangat, kita belum kenal siapa dia,” kata datuk. Dengan tenang datuk menarik tangan saya untuk masuk ke ruang tengah. Dari gerak-gerinya, saya tahu perasaan datuk tidak tenteram.
Rasa tidak tenteram dalam diri datuk itu berlanjutan hingga masuk waktu asar. Lepas sembahyang asar, ia masih lagi memikirkan tentang perempuan tua yang ditemuinya dalam hutan, tentang perempuan tua yang memberikan barang saya, tentang perempuan tua yang baru meninggalkan halaman rumah sebentar tadi.
“Boleh jadi apa yang kita lalui ini, ada hubungannya dengan Sariyah yang aku tolong dan aku jadikan anak angkat,” keluh datuk.
“Apa yang mesti kita buat tuk?”
“Kita hadapi semuanya, kita sudah terlalu jauh dicabarnya, kaki kau hampir lumpuh tetapi, mereka masih belum puas, percayalah kalai kita berusaha dan berserah pada Allah kita akan menang.”
“Masanya terlalu panjang tuk.”
“Sabarlah, kemenangan tidak akan terjadi dengan sekelip mata.”
Saya menggigit bibir mendengar cakap datuk. Wajah perempuan tua masih terbayang di kepala saya. Wajahnya yang ditutup dengan kain selendang, saya bayangkan amat hodoh sekali. Matanya terperosok ke dalam. Tidak ada hidung. Dahinya bersopak dan kulit pipi mengerutu.
“Jangan fikirkan yang bukan-bukan tentang dirinya,” saya terkejut mendengar cakap datuk itu. Rupa-rupanya datuk dapat membaca dengan apa yang tersirat dalam hati saya.
“Membayangkan wajah orang dalam keadaan buruk, memang tidak baik. Itu perbuatan syaitan,” sambung datuk. Saya tersengih. Saya terus menuju ke muka pintu.
Saya lihat matahari petang sudah condong benar. Burung gagak itu hinggap di pelepah pisang mencari ulat dalam daun pisang yang bergulung. Angin petang tidak bertiup langsung, membuat badan saya terasa panas dan berpeluh.
Tiba-tiba saya terpandang tulang jejari manusia bertaburan atas tanah di halaman. Tulang-tulang itu bagaikan muncul dari perut bumi dan bumi kelihatan macam merekah. Dari rekahan bumi itu saya bagaikan terlihat tengkorak manusia bergerak-gerak, bagaikan mahu tersembul. Saya jadi cemas. Saya renung ke arah halaman rumah lama-lama. Ternyata apa yang saya lihat tadi, memang tidak ada. Tetapi, saya merasa hairan kenapa hal yang tidak ada itu boleh wujud di hadapan mata saya.
Barangkali, semuanya ini perasaan semata-mata, saya terlalu banyak memikirkan tentang wajah perempuan tua itu, membuatkan saya terpandang-pandangkan perkara yang menakutkan, kata hati saya. Saya renung bayang pokok kelapa yang memanjang di bumi. Matahari petang kian condong. Sesekali terdengar kokok ayam jantan, menunjukkan lagak di depan ayam betina sambil mengembangkan kepak di badan. Burung gagak terbang bersimpang siur, mencari ulat daun pisang.
Dalam keramahan dan keganjilan suasana petang itu, saya dikejutkan oleh suara yang tidak asing lagi buat saya. Cepat-cepat saya merenung ke arah suara itu datang. Haji Salim tercegat di sempadan halaman rumah.
“Ada apa Pak Aji?”
“Datuk kau, ada di rumah Tamar.”
“Ada.”
Haji Salim rapat ke kaki tangga datuk pula segera mempamerkan diri di muka pintu. Saya ditolak ke belakang.
“Apa hajat sahabat?” tanya datuk.
“Nak mengajak pergi berziarah ke kubur lama.”
“Kenapa dah sayup benar, matahari dah nak jatuh, susah jadinya kalau kita tidak berhati-hati.”
“Tak apa, tadi ada orang perempuan tua jumpa saya, minta tolong tengokkan anak perempuannya yang sesat di kubur lama.”
“Sahabat kenal orang perempuan tua itu.”
“Tak kenal pula.”
Datuk melangkah turun. Matahari kian bertambah condong. Burung gagak terus berbunyi. Haji Salim menghampiri datuk. Masing-masing mengedutkan dahi luas, macam memikirkan sesuatu masalah yang besar.
“Kalau tak kenal macam mana kita tolong,” datuk meluahkan suara hatinya. Haji Salim termenung sejenak. Mungkin ia sependapat dengan pendapat yang datuk bentangkan.
“Tak apalah, kita tolong,” jawab Haji Salim.
“Sahabat yakinkah yang perempuan tua tu manusia?”
“Tentulah manusia, bukan syaitan.”
“Kalau begitu, biar saya tukar pakaian dulu.”
Datuk segera naik ke rumah. Pakai seluar dan baju Melayu. Selitkan parang panjang di pinggang. Tujuannya bukan apa-apa. Parang itu akan digunakan untuk menebas semak-samun di tanah perkuburan. Bila semuanya sudah selesai mereka pun berangkat. Saya pun ikut sama.
Meredah hutan senduduk dan lalang, bukanlah sesuatu yang mudah. Mujurlah datuk membawa parang panjang. Haji Salim bawa golok. Dapatlah dahan-dahan dan ranting senduduk dirintis. Dengan berbuat demikian, banyak masa terbuang.
Sebenarnya, memang ada jalan pintas yang boleh cepat sampai ke kawasan tanah perkuburan lama itu. Pelik juga, kenapa datuk dan Haji Salim tidak mahu ikut jalan tersebut. Agaknya, dengan cara meredah hutan senduduk dan lalang, mereka berharap akan dapat bertemu dengan anak pada perempuan tua yang hilang.
Ramalan saya itu mungkin tepat dan mungkin tidak tepat. Perkara yang pasti, saya tidak menghadapi sebarang kesukaran. Setelah hutan senduduk dirintis, barulah saya dibenarkan berjalan. Seronok berjalan dengan orang tua yang tahu menghargai kekurangan diri orang seperti saya.
Setelah badan dibasahi peluh. Kami sampai ke tebing sungai. Menyeberang sungai yang cetek airnya, tidak banyak menghadapi masalah. Air sungai yang sejuk itu memberikan rasa kesegaran pada tubuh.
Saya merenung ke kaki langit, matahari yang kian condong mula dihampiri awan putih yang tebal. Kerana kawasan kubur lama itu dikelilingi oleh pokok-pokok jati dan jejawi yang besar, digayuti oleh akar-akar hutan yang berselirat, menjadikan suasana di situ agak samar-samar dan sunyi.
Bunyi dengung nyamuk cukup jelas. Begitu juga dengan suara burung merbah dan burung puyuh. Tidak jauh dari kawasan kubur itu terdapat sebuah busut jantan yang tingginya sama paras dengan orang dewasa. Anai-anai kelihatan merayap di puncak busut itu. Tanah busut nampak berlubang-lubang dan seakan-akan merekah.

62. Puja Kubur
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Datuk
dan Haji Salim terus merenung ke tanah perkuburan yang dipenuhi dengan
pokok-pokok kecil. Batu nisan yang dibuat dari batu gunung tidak berapa jelas
kelihatan, kecuali sebuah kubur yang terletak di kawasan tanah yang agak
tinggi. Batu nisannya kelihatan menonjol. Bentuknya juga tidak sama dengan batu
nisan yang lain.
Ukuran
tingginya separas pinggang. Batunya bulat macam batu sempadan letaknya agak
condong ke arah barat daya. Penuh dengan lumut yang menghijau.
“Mustahil,
ada orang sesat di sini. Tak ada sebab kenapa orang perempuan tua tu membawa
anaknya ke sini dan sesat. Dia cari apa di sini,” kata datuk pada Haji Salim
yang macam rusa masuk kampung. Renung sana, renung sini di kawasan perkuburan
lama.
“Kita
dipermainkan orang sahabat,” tambah datuk lagi.
“Tak
apa, mari kita cari sambil membersihkan kubur lama, mana tahu anak perempuannya
ada di sini, mungkin tertidur kerana keletihan.”
“Kalau
dah begitu kata sahabat, kita menurut saja,” jawab datuk penuh rasa keyakinan.
Datuk
dan Haji Salim mula menebang pokok-pokok yang sebesar ibu jari kaki orang
dewasa di tanah kubur. Hari mula beransur gelap. Dalam jangkaan saya, sudah
pukul enam setengah lebih. Saya sudah tidak sanggup lagi menampar nyamuk di
pipi dan paha. Jejari terasa lenguh menggaru bekas gigitan nyamuk.
“Tuk.”
Datuk
dan Haji Salim berhenti menebas dan menebang. Mereka merenung ke arah saya.
“Kenapa
Tamar?” tanya Haji Salim.
“Saya
nampak macam ada orang dekat kubur yang hujung sana.”
“Mana
kau tahu?” soal datuk.
“Saya
terdengar bunyi suara orang batuk, pokok-pokok kecil di situ bergerak-gerak.”
Jelas saya.
Datuk
dan Haji Salim berpandangan. Beberapa ekor tupai jantan berlompatan di dahan
jejawi. Burung gagak berlegar-legar di atas kepala sambil berbunyi.
Suara
cengkerik dan katak mula menyanyi kerana hari kian bertambah gelap. Angin yang
bertiup lemah membuat badan terasa seram sejuk.
“Kita
ke situ sahabat,” ajak datuk.
“Jum,
barangkali orang betul,” Haji Salim setuju dengan cadangan datuk. Kami pun
bergerak ke arah kubur yang terpisah dengan kubur yang lain itu.
Lebih
kurang lima belas kaki mahu sampai ke kubur tersebut, datuk dan Haji Salim
berhenti melangkah.
Memang
ada manusia di situ, memakai kain tudung putih tunduk menghadapi tanah kubur.
Jejari tangannya mencabut rerumput dan mematahkan anak-anak pokok kecil di
situ.
“Assalamualaikum,”
kata datuk. Tidak ada jawapan yang diterima.
“Buat
apa tu,” kata Haji Salim.
“Bersihkan
kubur,” terdengar jawapan yang parau.
Angin
bertiup menggugurkan dedaun dan ranting mati. Suasana terasa seram, lebih-lebih
lagi bila terdengar monyet sayup-sayup bersama suara gagak dan burung kuang.
“Mengapa
cuci kubur dah dekat nak malam?” soal datuk lagi.
“Waktu
lain tak ada masa,” datuk menerima jawapan.
Masa
datuk dan Haji Salim bersoal-jawab dengan orang yang tidak dikenali itu, hati
saya terus berdebar-debar.
“Nak
makan marilah,” tiba-tiba orang yang tidak dikenali itu mempelawa.
Datuk
dan Haji Salim berpandangan. Ada keraguan yang menguasai hati datuk dan Haji
Salim. Mana ada orang Islam yang makan di kubur waktu senja begini, fikir saya.
Datuk
dan Haji Salim terus mendekati orang yang tidak dikenali itu. Saya memang tidak
mahu terpisah jauh dari mereka. Kalau mereka melangkah ke kiri, saya ke kiri.
Kalau ke kanan, saya ke kanan.
Dalam
suasana yang berunsur gelap di kawasan perkuburan lama itu. Kami melihat
perempuan yang bertudung lingkup, berkain batik jawa dan memakai baju kebaya,
membongkok badan, mulutnya bertemu dengan tanah kubur. Keadaannya tidak ubah
macam kucing sedang makan sesuatu.
“Kenapa
duduk macam itu,” tegur datuk.
Perempuan
itu segera bangun berdiri. Potongan badannya memang menarik. Macam badan
Latifah Omar. (masa itu bintang filem Latifah Omar memang terkenal). Mukanya
masih ditutup dengan kain selendang. Cuma bahagian matanya sahaja jelas
kelihatan.
Alisnya
hitam berkilat dan tebal. Sinar matanya amat tajam memanah pada kami. Dalam
saat-saat begitu saya teringat Saadiah cucu Haji Salim yang saya gilai secara
diam-diam.
“Awak
ni siapa sebenarnya?” tanya Haji Salim.
“Tak
kenal, saya yang jumpa awak tadi, saya jumpa budak ni,” perempuan itu tersenyum
pada saya. Darah saya mula berderau. Saya renung muka datuk berkali-kali.
“Yang
jumpa saya tu perempuan tua, awak muda,” sanggah saya.
“Memanglah
tadi saya tua, bila dah makan di kubur saya jadi muda,” balasnya.
Datuk
singgung pangkal belikat Haji Salim dengan siku. Haji Salim faham dengan alamat
yang datuk lakukan itu. Perempuan muda itu menjatuhkan kain yang menutup
sebahagian dari mukanya.
Bila
kain itu jatuh atas dada. Muka datuk dan Haji Salim berkerut, muka saya jadi
pucat lesi. Wajah perempuan itu amat menakutkan. Tidak ada daging pipi, tidak
ada biji mata. Cuma yang ada tulang-tulang dagu, pipi dan tempurung kepala.
Bila
ia mengangkat kain tudung untuk menutup wajah hodohnya kembali, saya lihat
jejari tangannya tidak berdaging. Tulang jejarinya keras, bergerak macam kaki
ketam.
Aneh,
bila wajahnya ditutup, kening lebatnya kelihatan semacam ada. Perempuan itu
meluruskan kedua belah tangannya ke atas. Serentak dengan itu kami terdengar
orang ketawa yang datangnya dari arah pokok-pokok besar di situ.
Monyet-monyet
liar dan tupai berlompatan di dahan melarikan dirinya, seperti berada dalam
suasana ketakutan yang amat sangat. Gema ketawa itu memanjang dan berlanjutan,
akhirnya kedengaran sayup-sayup dan terus menghilang.
“Kita
balik saja, sahabat,” ulang datuk lagi. Haji Salim segera meraba jari-jari di
tangan. Ia renung kiri kanan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
dihadapinya.
“Kita
lihat kubur tempat perempuan tu duduk,” datuk memenuhi permintaan Haji Salim.
Tidak
ada sesuatu yang aneh di situ. Tanah kubur itu bersih, terdapat beberapa keping
daun keladi besar yang terlentang.
“Syaitan,”
keluh datuk.
Haji
Salim anggukkan kepala. Kami pun memulakan langkah untuk pulang. Bila berada di
luar kawasan kubur lama itu, keadaan hari tidaklah berada gelap sangat seperti
yang dialami ketika berada di kawasan kubur.
Bila
kami mula meredah hutan senduduk dan lalang, kami terdengar suara budak
menangis. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan semuanya itu. Tetap
meneruskan perjalanan dengan tenang.
Sebenarnya
selain dari terdengar bunyi suara budak menangis, kami juga seringkali diganggu
oleh lintasan bayangan hitam yang membuat langkah kami mati.
“Jangan
bimbang sahabat, jalan terus,” datuk mengingatkan Haji Salim, setiap kali
bayangan hitam itu menjelma.
Haji
Salim yang jujur dan bersedia menolong orang, meluahkan rasa kesalnya kerana
mendengar kata-kata perempuan tua yang aneh itu.
Senja
mula tiba. Kami masih lagi berada dalam kawasan pokok senduduk dan lalang.
Beberapa ular liar yang melintas, melarikan diri bila terdengar bunyi tapak
kaki kami. Akhirnya, kami sampai di bibir jalan yang jadi penghubung antara
rumah datuk dengan Haji Salim.
Kami
berhenti sebentar di situ. Haji Salim mengeliat beberapa kali untuk
menghilangkan rasa lenguh yang menyerang pinggangnya. Datuk pula membelek-belek
kaki seluarnya yang koyak akibat tersangkut tunggul.
“Pelik
sungguh, apa yang kita alami,” kata Haji Salim.
“Ya,
saya merasakan begitu juga,” balas datuk yang usianya tidak jauh bezanya dengan
Haji Salim. Mereka terus termenung. Tanpa diduga datuk menepuk bahu Haji Salim.
“Awak
ingat tak, kira-kira sepuluh tahun yang lalu, keadaan yang sama seperti ini
pernah terjadi,” kata-kata datuk itu membuat Haji Salim terus duduk di tanah.
Kedua belah tangannya memicit kepala. Ia tersenyum.
“Ingat,
kita mendengar bunyi suara orang menjerit dan menyanyi serta bergendang dari
kubur lama waktu malam, tak ada pula orang perempuan macam hari ini,” Haji
Salim mula mengingati apa yang telah berlaku.
“Sahabat
ingat puncanya?” Soal datuk.
“Ingat.
Ada persatuan sejarah dari luar mengatakan kubur lama tu, kubur pahlawan
Melayu. Mereka terus melakukan tahlil di situ.”
“Kita
dan sahabat melarang mereka melakukan perkara itu, kerana kita belum tahu sama
ada orang yang mati itu beragama Islam, tapi mereka teruskan juga.”
“Akibatnya,
penduduk kampung ini tak aman tidur, setiap malam mendengar orang menjerit dan
menyanyi. Sejak kampung ini dibuka kubur tu memang dah ada,” Haji Salim
berhenti bercakap. Ia senyum ke arah datuk.
Datuk
mengeliat. Haji Salim segera bangun, merenung ke arah rumahnya dalam
samar-samar senja yang mula menguasai seluruh kawasan kampung.
Kerana
Haji Salim minta datuk singgah di rumahnya sebentar, untuk melihat keris yang
baru selesai dibuatnya. Datuk dan saya terpaksa pergi ke rumahnya dulu. Haji
Salim segera memegang bahu kanan datuk.
“Saya
fikir, kubur lama tu dikacau orang. Ada tanda-tanda kubur itu didatangi orang
dalam waktu yang tertentu. Hati saya kuat mengatakan begitu,” beritahu Haji
Salim pada datuk.
Saya
lihat datuk termenung sejenak. Dalam keadaan yang tenang itu, tanpa diduga
beberapa helai daun keladi besar terdampar atas bangsal. Tidak tahu siapa yang
meletakkannya. Hal itu tidak disedari oleh Haji Salim. Tetapi, mata datuk tajam
itu dapat melihatnya. Tanpa memberitahu Haji Salim, datuk terus mengambil daun
keladi itu. Dilipat dua lalu dimasukkan ke dalam saku seluarnya.
“Daun
keladi, di mana awak dapat?” soal Haji Salim.
“Atas
pelantar sahabat, saya minta sahabat jangan tanya lagi hal itu,” balas datuk.
Haji Salim anggukkan kepala.
Memang
pada mulanya tergambar rasa cemas pada diri Haji Salim. Tetapi bila datuk
mengatakan daun keladi yang datang cara tiba-tiba itu, tidak mendatangkan
sebarang kesan, Haji Salim mula rasa lega.
“Kubur
lama itu didatangi orang, tandanya daun keladi. Biasanya daun keladi digunakan
untuk menuntut ilmu yang salah atau menjalankan ajaran yang tak betul,” Haji
Salim terus menguatkan pendapatnya itu.
“Saya
tahu, petua itu sama dengan petua saya. Kita harus mencegah perbuatan ini,”
balas datuk.
Di
luar dugaan saya sama sekali. Bila datuk dan Haji Salim membuat keputusan yang
amat mengejut dan menyeramkan. Mereka mahu pergi ke kawasan tanah perkuburan
lama itu, waktu tengah malam Jumaat minggu yang akan datang.
“Masanya
sahabat,” datuk minta kepastian.
“Pukul
satu malam, setuju.”
“Setuju,
sebelum itu kita harus berdoa dulu pada Allah.”
“Sama-sama
kita buat,” balas datuk.
Saya
dan datuk terus meninggalkan bangsal Haji Salim menuju ke rumah. Sampai di kaki
tangga, hari sudah gelap betul. Dan suara azan mula terdengar. Datuk terus
mandi dan mengambil air sembahyang. Saya juga melakukan seperti apa yang datuk
lakukan.
Lepas
sembahyang Maghrib, datuk memanggil saya ke sisinya. Ia memeriksa kaki saya.
Kata datuk, kaki saya akan sembuh. Sebabnya masa berjalan siang tadi, saya
tidak menghadapi sebarang kesulitan. Ini bererti uratnya masih elok.
Isi
yang mengecil (kisit) itu akan berisi kembali. Apa yang perlu dilakukan,
mematuhi petua yang telah disebut oleh datuk pada nenek.
“Tamar.”
“Ya
tuk.”
“Aku
ada tugas besar yang mencabar.”
“Apa
dia tuk?”
“Pertama,
menentang musuh yang marahkan aku kerana menolong Sariyah. Kedua, berhadapan
dengan masalah yang aku hadapi bersama Haji Salim siang tadi.”
“Tuk
perlukan pertolongan saya?”
“Kau
tak boleh menolong. Apa yang aku mahu kau dampingi Haji Salim sepanjang minggu
ini jangan kacau aku. Aku mahu membuat persediaan.”
Saya
menarik nafas panjang. Perintah yang baru dikeluarkan oleh datuk mesti
dipatuhi. Saya mula renung muka datuk. Perlahan-lahan datuk menepuk bahu saya.
“Tamar,
ikut Haji Salim, galilah ilmu darinya. Kemudian kau ikut aku bersamanya ke
tanah kubur. Haji Salim tu baik orangnya, tinggi pengetahuan agamanya, kau
harus belajar darinya.”
“Baik
tuk.”
Datuk
senang hati dengan pengakuan yang saya berikan padanya. Kemudian, datuk
menyuruh nenek masak nasi serta menyediakan hidangan yang sedap untuk saya dan
dirinya. Saya senyum melihat telatah datuk. Dalam ia serius itu, ada lucunya.
Itulah datuk saya yang aneh buat orang lain. Tetapi amat istimewa buat diri
saya.
LEMBAP
Suasana
pagi itu terasa lembap sekali. Matahari terasa segan untuk menebarkan sinarnya
ke bumi. Semua lopak dan parit dipenuhi air, tanah bertukar menjadi becak.
Hujung daun terus menetaskan baki air hujan yang masih tinggal.
“Lebat
hujan malam tadi, dari Maghrib hingga Subuh,” cetus datuk sambil melihat air
menitik satu-satu dari hujung atap. Saya anggukkan kepala. Datuk terus
menyandang senapang kampung berlaras dua ke bahu.
“Aku
mahu ke hutan menembak ayam,” datuk melangkah ke ambang pintu.
Saya
turut dari belakang. Sampai di anak tangga terakhir, datuk mengenakan sepasang
sepatu getah warna kuning ke kakinya.
“Kau
pergilah ke rumah Haji Salim, tengok dia buat keris. Carilah pengetahuan
darinya,” datuk terus melangkah dalam suasana pagi yang lembap.
Saya
masih duduk di mata anak tangga terakhir. Ada sesuatu yang saya fikirkan.
Sudah
lama benar datuk ke hutan tanpa membawa senapang kampung berlaras dua. Ia
merasa lebih aman membawa golok atau parang panjang untuk melihat jerat yang
dipasang. Cara mendadak sahaja, kebiasaan yang diamalkannya ditinggalkan pada
hari ini.
Saya
tidak kuasa mahu memikirkan tentang datuk. Ia lebih dewasa dan banyak
pengalaman dari saya. Ia tahu apa yang patut dibuatnya. Saya merenung ke hujung
jalan. Bayang datuk sudah tidak kelihatan lagi. Ia sudah membeluk ke kanan.
Mengayuh basikal tuanya di permukaan jalan raya.
Sebelum
sampai kawasan hutan yang mahu dimasuki, datuk terpaksa tunggang basikal sejauh
dua batu. Saya kira tubuhnya yang sihat itu akan dipecahi peluh-peluh halus.
Datuk tidak akan meredah hutan dengan basikal, ia akan meninggalkan basikalnya
di bawah pokok pauh di bibir jalan raya.
Cuaca
pagi yang lembap itu, membuat saya malas bergerak ke mana-mana. Rasanya dalam
suasana begitu, cukup seronok baring di katil sambil membaca.
Saya
sedar, apa yang saya impikan itu tidak akan terlaksana. Pantang bagi nenek,
kalau melihat cucunya membuang masa di atas katil. Kata nenek, orang lelaki
yang selalu baring di katil waktu pagi hingga tengah hari akan jadi malas.
Pintu rezeki ditutup oleh tuhan dan ia akan mati kelaparan.
Kata-kata
nenek itu cukup berkesan dalam diri saya. Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi
lelaki pemalas. Apatah lagi mati kelaparan. Saya bangun dan terus masuk ke
rumah. Kenakan baju kemeja biru berlengan pendek ke tubuh. Sarungkan seluar
panjang putih, berkaki besar ke badan. Sikat rambut dengan rapi, kenakan minyak
attar ke badan.
“Mahu
ke mana Tamar,” nenek merenung tubuh saya dari atas ke bawah, dari bawah ke
atas. Bijinya matanya bagaikan berputar-putar.
“Ke
rumah Haji Salim nek.”
“Bergaya
benar nampaknya kau hari ni, Tamar.”
“Sekali-sekala
nek.”
“Hum…,”
keluh nenek bersama senyum tawar pagi yang lembap.
Sejak
akhir-akhir ini, nenek mengikuti dengan teliti perubahan yang terjadi pada diri
saya. Nenek bagaikan tahu, bahawa cucu lelakinya sudah masuk alam remaja, tidak
suka pakai seluar pendek dengan rambut yang kusut-masai.
Nenek
juga sedar, bila saya bersikat di cermin, pasti memakan masa berjam-jam. Bukan
apa-apa, saya cuma meniru jambul P.Ramlee. Kadang-kadang mencontengkan arang di
bibir, meniru misai P.Ramlee, ada kalanya, memakai baju yang berkotak-kotak
macam P.Ramlee, dalam filem Sedarah.
Semuanya
saya lakukan waktu datuk tidak ada di rumah. Kalau datuk ada, ia selalu
melarang perbuatan saya itu. Datuk tidak suka saya meniru. Apa yang datuk mahu
ialah, membuat sesuatu mengikut kemahuan sendiri tanpa terpengaruh dengan orang
lain.
“Tamar,
Tamar,” terdengar suara di halaman rumah.
“Suara
siapa tu nek.”
“Kalau
tak silap aku, suara Haji Salim,” saya dan nenek menerpa ke muka pintu. Haji
Salim tercegat di kaki tangga.
“Ada
apa haji?”
“Aku
nak ajak Tamar pergi ke Kampung Haji Ariff di Temoh.”
“Apa
halnya?”
“Aku
nak mengambil biji benih durian dari sepupu aku.”
“Pergi
dengan bas atau teksi?”
“Dengan
motosikal.”
“Boleh,
apa salahnya. Tak minta pun tak apa, asalkan Tamar keluar dengan haji. Dengan
orang lain terasa juga bimbang di hati.”
Saya
gembira mendengar kata-kata dari nenek. Saya terus masuk ke bilik. Sikat rambut
dan membentuk jambul P.Ramlee di kepala.
Ternyata,
jambul ala P.Ramlee yang saya usahakan itu habis runduk ditampar angin motor.
Tidak saya duga sama sekali, bahawa Haji Salim memang kaki pecut, bagaikan mahu
pecah bunyi enjin honda 50cc yang dipandunya dengan laju. Ekor serbannya
melayang-layang macam ekor wau yang berbentuk ikan bawal.
Dari
kampung hingga ke bandar Ipoh, cuaca sepanjang perjalanan redup sahaja. Bila
masuk ke kawasan pekan Kampar, matahari bersinar dengan teriknya. Pangkal
ketiak dan paha saya terasa bergetah.
TEMOH
Saya
dan Haji Salim sampai di pekan Temoh. Kami singgah di warung menjual kopi. Dua
cawan kopi diminta dari tuan punya warung. Satu untuk saya dan lagi satu untuk
Haji Salim.
“Kita
jalan-jalan dulu tamar, lepas tu baru pergi ke Kampung Haji Ariff.”
“Saya
mengikut aje.”
“Bagus,”
Haji Salim menepuk bahu kanan saya berkali-kali.
Sinar
matahari pukul sebelas pagi, terasa amat perit menggigit kulit tengkuk dan muka
saya.
Kami
terus melangkah di bibir jalan menuju ke arah pekan Tapah. Telinga saya
terdengar-dengar sayup-sayup bunyi gendang orang jual ubat.
“Orang
Cina jual ubat,” kata saya.
“Singsih
jual ubat,” tingkah Haji Salim.
“Kita
tengok Pak Aji.”
“Boleh,
mari.”
Saya
dan Haji Salim mempercepatkan langkah, menuju ke arah manusia yang sedang
berlonggok mengerumuni penjual ubat tersebut. Saya tidak faham dengan apa yang
dikatakan oleh penjual ubat, kerana ia bercakap dalam bahasa Cina. Setiap kali
cakapnya berakhir, gendang akan dipalu. Bunyinya cukup membingitkan gegendang
telinga.
Setiap
orang yang lalu di situ, tidak kira orang Melayu, Cina atau India akan berhenti
dan terus menghurung penjual ubat tersebut. Meskipun mereka tidak tahu
berbahasa Cina, cara dan gerak-geri yang dilakukan oleh penjual ubat itu
membuat mereka faham tentang khasiat-khasiat ubat yang dijual.
Kerana
orang terlalu ramai mengerumuni penjual ubat, membuat saya tidak dapat melihat
wajah penjual ubat itu. Setelah mencelah sana, mencelah sini. Saya berjaya
sampai ke garisan sempadan penjual ubat itu.
Saya
terus duduk mencangkung di situ. Penjual ubat itu berbadan besar dan tegap,
macam seorang ahli gusti. Daging di tubuhnya kelihatan berketul-ketul. Ia
memakai seluar hitam dengan tali pinggang besar berwarna merah. Kaki seluarnya
yang kecil dimasukkan ke dalam kasut hitam yang tinggi separas lutut. Dua orang
kawannya juga berbadan tegap. Kawannya yang memukul gendang berwajah bengis,
perutnya boroi dengan pusat yang berbuku.
Manakala
yag memegang tombak, membalut tubuhnya dengan baju dan seluar hitam yang dibuat
dari kain sutera. Di samping tombak yang bermata seperti beliung itu, ia juga
memegang parang bermata lebar. Semuanya berkilat tajam.
Di
depan penjual ubat itu berlonggok-longgok akar ubat dan batang-batang kayu
kecil. Tidak jauh dari longgokan batang kayu dan akar, tersusun botol-botol
yang berisi pil, terdapat juga kepala ular dan kulit ular yang sudah
dikeringkan.
“Ini
singsih bukan sini punya, dia Taiwan mari,” seorang lelaki Cina memeberitahu
kawannya yang berbangsa Melayu. Orang Melayu itu anggukkan kepala sambil
tersenyum.
“Dia
banyak kuat punya orang,” tambah lelaki Cina itu lagi.
“Rugilah,
dia tak tahu cakap Malaysia.”
“Lu
betul.”
Dua
orang kawan baik itu ketawa.
Penjual
ubat merasakan dirinya diketawakan. Dengan mata yang garang ia merenung lelaki
Melayu dan Cina itu. Wajah kedua-duanya kelihatan pucat. Lepas itu mereka tidak
berani bercakap.
Penjual
ubat itu terus berdiri di tengah gelanggang sambil menumbuk ke kiri dan ke
kanan. Bila ia berhenti daripada melakukan pergerakan itu, gendang pun dipalu
dengan sekuat hati. Bagaikan mahu pecah gegendang telinga dibuatnya.
Kawannya
yang memegang tombak pula bercakap. Selesai ia bercakap gendang pun dipalu.
Penjual ubat membuka langkah Kuntau melompat ke atas ke kiri dan ke kanan,
daging badannya nampak berulas-ulas, macam ulas durian tembaga yang bagu
dikopek.
Penjual
ubat berhenti dari langkah kuntau. Ia meletakkan tangan kanannya di atas
tunggul kayu yang memang disediakan di situ. Kawannya yang memegang tombak,
melepaskan tombak di tangannya, lalu mengambil parang bermata lebar.
Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
63. Nisan Berdarah
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Saya
terus menekup mata, bila kawannya yang memegang parang mengangkat parangnya
tinggi-tinggi dan terus menjatuhkan atas lengan penjual. Semua orang di situ
mengeluh, ada pula yang memalingkan muka ke arah lain. Tidak sanggup melihat
darah dan lengan yang terputus dua.
“Yaaaakkk,”
saya terdengar suara pemegang parang, lepas itu saya tidak terdengar apa-apa.
Semuanya
sunyi sepi. Bila saya terdengar suara tepukan tangan orang ramai, saya segera
menjatuhkan telapak tangan yang menutup mata saya.
Aduh,
sungguh mengkagumkan, lengan penjual ubat tidak putus dua. Tidak ada darah yang
menitik atas muka tunggul. Wajah penjual ubat kelihatan tenang sambil menggosok
lengannya dengan sejenis minyak yang dipamerkan di situ. Sedang penjual ubat
asyik menggosok minyak di lengan, pemukul gendang mengambil tombak bermata
kapak, lalu mengkapak belakang penjual ubat dengan sekuat hati.
Semuanya
tidak mendatangkan kesah, penjual ubat tersenyum bahagian belakangnya terus
digosok dengan minyak. Dalam beberapa minit sahaja, orang yang berkumpul di
situ berebut-rebut membeli minyak tersebut yang harganya lima puluh sen
sebotol. Bila orang ramai selesai membeli ubatnya. Ia memperlihatkan kekuatan
kulit tubuhnya yang tidak mampu dilukakan dengan senjata tajam. Ia menikam
perutnya dengan pedang. Ternyata pedang itu tidak mampu menembusi kulit
perutnya.
“Orang
Melayu mana ada kuat macam saya,” ujarnya dalam bahasa pasar yang
tunggang-langgang. Ia merenung satu-satu wajah orang Melayu yang ada di situ.
Kemudian, ia mencabar orang Melayu yang ada di situ menunjukkan kekuatan.
Seorang
Cina tempatan menghampiri penjual ubat. Cina tempatan itu menasihatkan penjual
ubat dari Taiwan, supaya jangan berbuat demikian. Perbuatan itu boleh
menyinggung perasaan orang Melayu di tempatnya. Penjual ubat dari Taiwan itu,
tidak mengendahkan nasihat Cina tempatan tersebut. Ia terus mencabar dan
mencabar.
“Eh,
lu jangan ingat orang Melayu tak kuat,” saya segera menoleh ke kanan.
Saya
lihat Haji Salim melangkah garisan putih yang ada di situ. Ia menyinsingkan
lengan bajunya. Penjual ubat dari Taiwan terus ketawa. Orang ramai yang ada di
situ resah. Mereka bimbang, kalau sesuatu yang tidak diingini akan terjadi.
Cina tempatan segera menghampiri Haji Salim, bahu Haji Salim dipegangnya dengan
lembut sekali.
“Haji
tolong jangan gaduh, dia bukan Malaysia punya orang, dia tak tahu punya adat,”
pujuk Cina tempatan.
“Saya
tahu, fasal dia bukan orang Malaysia, saya mahu tunjuk sama dia orang Malaysia
juga kuat,” balas Haji Salim. Saya mula terasa kecut dan cemas.
“Pak
Haji tak usah Pak Haji, ini merbahaya,” pujuk saya pula.
“Tak
apa Tamar,” balas Haji Salim dengan tenang. Ia menyuruh saya keluar gelanggang.
Penjual
ubat dari Taiwan tersenyum sinis melihat saya dan Haji Salim.
“Sekarang
kalau lu boleh kasi luka, gua beri lu lima ratus, kalau gua kasi luka lu berapa
lu kasi,” penjual dari Taiwan menyoal Haji Salim.
Saya
lihat muka Haji Salim selamba sahaja. Sesekali memberi isyarat tangan pada Cina
tempatan supaya bersabar dan bertenang.
“Tak
usah kasi apa-apa, gua tak mahu lu punya wang dan gua punya wang tak mahu kasi
sama lu,” ujar Haji Salim dan terus meletakkan lengannya atas tunggul kayu.
“Nanti
lu punya tangan putus macam mana?”
“Tak
apa.”
“Betul
ni.”
“Betul,
semua orang boleh jadi saksi.”
“OK,
kita mula.”
“Ayuh.”
Penjual
ubat dari Taiwan pun mengambil parang bermata lebar. Lengan Haji Salim
ditetaknya dengan sekuat hati. Ia terkejut, lengan Haji Salim tidak putus dua
atau pun berdarah.
“Silakan,
tetaklah seberapa banyak yang kamu suka,” kata Haji Salim.
Muka
penjual ubat jadi merah padam. Tanpa membuang masa, ia terus menetak sebanyak
tiga kali berturut-turut. Semuanya tidak mendatangkan kesan. Penjual ubat itu
merenung orang yang mengelilinginya.
“Sekarang
lu kasi pukul saya punya tangan,” penjual ubat bersuara.
“Jangan
marah kalau luka,” balas Haji Salim.
“Tak
marah, gua kuat.”
“Silakan.”
Penjual
ubat dari Taiwan itu terus duduk mencangkung. Lengan kanannya diletakkan atas
tunggul kayu khas. Ia menarik dan menahan nafas, perutnya kelihatan kempis,
kiri kanan pipinya kelihatan kembung, macam monyet menyembunyikan makanan dalam
mulut.
Haji
Salim mengambil parang bermata lebar. Berdiri dengan tenang dekat penjual ubat
itu. Kedua belah bibir Haji Salim kelihatan bergerak-gerak. Saya kira ia sedang
membaca ‘Bismillah’ untuk melakukan pekerjaan itu.
Semua
biji mata orang ramai tertumpu pada Haji Salim yang memakai serban putih,
berseluar kuning dengan baju putih berbutang lima. Ada di antara orang ramai
itu berbisik sama sendiri. Mereka bagaikan tidak percaya lelaki yang bertubuh
kurus dengan janggut sejemput itu boleh mencederakan lengan penjual ubat dari
Taiwan. Dalam keadaan orang ramai yang termanggu-manggu itu. Haji Salim pun
menjatuhkan parang bermata lebar ke atas penjual ubat.
“Wahhhhh….,”
suara penjual ubat meninggi. Mukanya kelihatan berkerut menahan kesakitan.
Urat-urat hijau nampak menonjol menolak kulit.
Dalam
saat-saat begitu, bahagian daging yang membengkak itu menjadi merah dan
akhirnya bertukar menjadi hitam kebiru-biruan. Kawan penjual ubat segera
menyapukan minyak. Hasilnya tidak ada apa-apa. Makin disapu dengan minyak,
makin besar bengkaknya dan penjual ubat beransur lemah. Ia tidak terdaya
menggerak-gerakkan tangan yang kena tetak itu. Ia cuba bangun, usahanya itu
gagal juga.
Haji
Salim segera menghampirinya. Bahu penjual ubat itu disentuhnya dengan jari
kelingking kiri.
“Lu
bangun,” kata Haji Salim.
Penjual
ubat itu terus bangun tetapi, lengan yang kena tetak itu kelihatan terkulai dan
terus bengkak. Mukanya terus berpeluh. Haji Salim terus menjamah jari telunjuk
kanan penjual ubat. Jari itu direntapnya hingga berbunyi.
Beberapa
minit kemudian bengkak yang membatas di lengan beransur kurang dan akhirnya
terus pulih seperti sediakala. Kesan mata parang masih kelihatan seperti satu
garisan di lengan penjual ubat. Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu
tercengang. Beberapa orang anak muda menghampiri Haji Salim, mereka bertanya
sesuatu pada Haji Salim yang berbadan kurus itu.
“Lu
memang kuat,” penjual ubat itu merenung muka Haji Salim.
“Ini
semua tuhan punya kuasa,” jawab Haji Salim pendek.
Penjual
ubat itu segera menghulurkan wang lima ratus ringgit pada Haji Salim. Dengan
wajah yang tenang Haji Salim menolak.
“Tak
mahu.”
“Apa
fasal, kita sudah janji.”
“Saya
bukan mahu lawan itu macam, saya panas hati bila lu cakap orang Melayu tak ada
kuat dan tak boleh lawan sama lu.”
“Saya
sudah banyak tempat pergi, belum ada orang Melayu berani lawan, jadi saya ingat
orang Melayu memang tak kuat.”
“Lu
silap, orang Melayu tak suka tunjuk-tunjuk kuat itu macam, tapi kalau sudah lu
cakap besar, saya mau cuba.”
“Lu
betul punya haji, bukan main-main punya haji, badan kurus tapi hati banyak
kuat.”
“Sudahlah
kawan.”
“Sekarang
saya tak mahu cakap itu macam lagi, lu serupa saya punya saudara,” penjual ubat
itu terus bersalam dengan Haji Salim.
Penjual
ubat itu terus mengemaskan semua bahan-bahan perniagaan. Disumbatkan ke dalam
kereta Morris Minor berwarna hitam.
“Kita
kawan, tak mahu lawan-lawan,” kata penjual ubat itu dan terus masuk ke kereta.
Ia meninggalkan tempat itu menuju arah ke Tapah.
Saya
dan Haji Salim meninggalkan tempat tersebut. Kami menuju ke tempat motorsikal
yang diletakkan berhampiran dengan warung penjual kopi. Bila sahaja Haji Salim
memegang motosikalnya, cina tempatan yang menegah ia beradu kekuatan tadi
datang menghampirinya.
“Terima
kasih, lu sudah ajar itu orang. Dia cakap tak baik, macam dia saja yang kuat.
Lagi satu, dia cakap selalu kata Melayu tak kuat, dia macam suruh Melayu sama
Cina gaduh,” kata Cina tempatan itu.
“Tak
apa, saya ingat dia mesti terus balik Taiwan dan tak mahu datang ke sini lagi.”
“Saya
harap juga begitu, dia bukan Cina Malaysia, dia tak tahu kita di sini, tak kira
Melayu, Cina India semua mahu hidup baik-baik dan satu hati.”
“Sudahlah
lu siapa nama?”
“Saya
nama Lim Kim Seng, lu siapa nama?”
“Haji
Salim.”
“Baik,
terima kasih.”
“Sama-sama.”
NAIK
Cina
tempatan itu meninggalkan saya dan Haji Salim, ia menuju ke arah kiri jalan.
Saya lihat ia naik basikal menuju ke arah kawasan perlombongan yang tidak
berapa jauh dari pekan Temoh.
Bila
Haji Salim menghidupkan enjin motorsikal, beberapa orang pemuda menghampirinya.
Mereka terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haji Salim. Enjin
motorsikal terus dimatikan. Haji Salim terus berdiri di tengah kumpulan para
pemuda yang berjumlah antara lima hingga tujuh orang.
“Kami
mahu menuntut ilmu dari Pak haji,” salah seorang daripada pemuda itu
menyampaikan hasrat hati.
Saya,
mereka tidak pandang langsung. Saya bagaikan tidak wujud di situ. Haji Salim
merenung wajah mereka satu-satu dengan tenang.
“Minta
maaf, aku bukan orang handal,” jawab Haji Salim.
“Tak
usah jadi harimau menyembunyikan kuku, kami sudah lihat kemampuan tuan haji
tadi,” balas jurucakap pemuda itu.
“Semuanya
dengan izin Allah. Kalau mahu mencari sesuatu kau pelajarilah isi Quran. Ingat,
sebelum itu kau harus mengenali Allah lebih dahulu.”
“Maksud
Pak Haji.”
“Kalau
diizinkan oleh Allah semua perkara boleh berlaku. Tetapi kalau kamu tidak
mengenalinya, bagaimana kamu mahu minta pertolongan dariNya.”
“Kami
mahu mengenali Allah dengan pertolongan tuan haji.”
“Carilah
ilmu itu. Tetapi, bukan pada saya. Ingat, menuntut ilmu atau belajar itu memang
dituntut oleh agama Islam. Hukumnya fardhu kifayah.”
Haji
Salim menepuk baju pemuda yang menjadi jurucakap kumpulan itu. Saya lihat
pemuda itu resah tidak menentu sambil merenung wajah kawan-kawannya yang lain.
“Tamar
kita pergi sekarang,” kata Haji Salim pada saya.
Ia
terus menghidupkan enjin motorsikal. Ia duduk atas motorsikal dan Haji Salim
mengangkat tangan kanannya sebagai tanda selamat jalan.
Akhirnya,
bahagian depan warung dan kumpulan pemuda itu kami tinggalkan. Kami terus
menuju ke Kampung Haji Ariff.
Sepupu
Haji Salim menyambut kami. Tengahari itu, kami makan di rumah sepupunya.
Kira-kira pukul empat, kami kembali ke kampung dengan membawa benih durian dari
jenis yang baik. Dekat waktu senja kami pun sampai di rumah. Haji Salim
memberikan saya dua pokok benih durian.
“Kau
tanam dekat rumah.” Kata Haji Salim.
“Masa
kau menanamnya, bacalah Bismillah dan selawatkan nabi tiga kali.”
“Ya
Pak Haji, saya faham.”
Saya
pun meninggalkan rumah Haji Salim menuju ke rumah nenek. Waktu itu, hari sudah
beransur gelap.
Saya
melangkah dengan cepat sekali. Sampai dekat pokok besar, langkah saya tidak
serancak mula melangkah tadi. Hati saya berdebar. Saya menoleh ke kiri. Saya
terpandang tubuh manusia berdiri di balik pokok besar. Kerana pandangan pertama
tidak berapa jelas. Saya memandang untuk kali kedua. Saya lihat datuk berdiri
di situ. Bila saya panggil namanya, datuk terus menghilangkan diri.
Rasa
cemas mula menguasai diri saya. Mustahil waktu menjelang Maghrib datuk mahu
berada di situ? Kalau datuk, bila namanya dipanggil, dia pasti menyahut. Aneh,
kenapa setelah namanya disebut datuk menghilangkan diri. Timbul pertanyaan
dalam diri saya.
Saya
terus renung ke arah pokok besar untuk kali yang ketiga. Di tempat saya melihat
datuk berdiri tadi, diganti oleh seorang perempuan yang memakai serban putih.
Perempuan itu mengamit saya, menyuruh saya menghampirinya.
Kali
ini, saya sudah dapat memutuskan bahawa apa yang saya lihat itu bukannya
manusia. Tetapi, syaitan yang menyerupai manusia. Saya terus membaca ayat
al-kursi. Sampai tamat ayat itu saya baca, perempuan yang memakai serba putih
masih juga tersenyum. Kerana takut yang terlalu kuat menguasai diri, saya terus
berlari dengan sekuat hati. Benih durian saya campakkan.
Sampai
di rumah saya lihat nenek dan datuk berada di muka pintu menanti kepulangan
saya. Mereka tidak bertanya bila melihat muka saya pucat. Datuk menyuruh saya
mandi. Baju yang saya pakai dilarangnya untuk dibawa masuk ke rumah. Saya tidak
bertanya kenapa datuk dan nenek melarang saya membawa masuk baju ke rumah.
Apa
yang saya alami sebentar tadi, tidak saya nyatakan pada datuk. Saya kira,
peristiwa itu adalah kecil dan tidak wajar di beritahu pada mereka. Mungkin apa
yang saya lihat itu memang betul, mungkin tidak. Sebabnya, bila seseorang itu
sudah dikuasai rasa takut, tunggul pun disangka hantu.
Selepas
makan malam, apa yang saya alami bersama Haji Salim di Temoh itu, saya
ceritakan pada datuk. Aneh, saya tidak nampak datuk merasa terkejut dengan apa
yang telah saya alami itu.
“Kerana
itu, aku suruh kau ikut dia. Kau harus sedar Tamar, orang yang berilmu tidak
pernah mahu menunjukkan ilmunya pada sebarang orang dan sebarang tempat.”
“Untuk
apa ilmu itu, kalau tidak ditunjukkan pada orang tuk?”
“Ilmu
bukan untuk ditunjuk pada sesiapa, ilmu untuk menolong orang dan untuk kegunaan
sendiri.”
“Saya
faham.”
Datuk
tersenyum mendengar cakap saya itu. Bagaikan faham, bila saya berkata begitu,
ertinya saya tidak mahu mendengar ceramahnya.
“Bila
aku mahu menerangkan sesuatu, kau cuba melarikan diri dari mendengarnya,”
rungut datuk.
Saya
terus bangun masuk ke bilik. Saya menatap majalah hiburan sambil berbaring di
atas katil. Saya terdengar suara datuk membaca Yasin dengan lantangnya. Makin
lama makin sayup terdengar suara datuk. Dan akhirnya saya tidak terdaya untuk
menahan sepasang kelopak mata saya dari bercantum.
KUBUR
Saya
merasa pelik, bila Haji Salim sembahyang Maghrib di rumah datuk. Lepas
sembahyang Maghrib mereka membaca Quran. Bagi nenek perkara itu merupakan
sesuatu yang ganjil.
“Ada
apa rancangan. Haji Salim dengan datuk kamu?” tanya nenek.
“Petang
ni, petang apa nek?”
“Petang
Jumaat dan malam ni malam Jumaat.”
“Nek
tahu datuk dan Haji Salim nak pergi ke kubur lama tengah malam ini.”
“Kubur
lama? Nak buat apa?”
“Itu
kenalah tanya datuk.”
Nenek
terdiam. Matanya, tajam merenung muka saya. Saya pasti, nenek tidak akan
bertanya pada datuk berhubung dengan hal tersebut. Bukan perangai nenek mahu mengambil
tahu tentang gerak-geri seorang suami.
“Untuk
apa datuk dan Haji Salim pergi ke situ Tamar,” begitu lembut suara nenek.
Renungan
matanya, cukup redup meraut seluruh paras saya.
“Dia
orang nak tengok, kerana orang puja kubur lama.”
“Nak
tangkap orang tu ke?”
“Entahlah,
saya pun tak tahu.”
“Bagus
juga tu, menghalangkan orang membuat maksiat,” balas nenek.
Ia
terus bangun menuju ke dapur. Tentu nenek membuat air kopi untuk Haji Salim dan
datuk. Lebih kurang pukul dua belas malam. Datuk dan Haji Salim berhenti
membaca Quran. Datuk terus menepuk bahu saya dengan kasar.
“Orang
baca Quran tak ikut sama, tersengguk-sengguk, macam burung hantu,” kata datuk.
Haji Salim ketawa sambil menghirup air kopi.
Saya
lihat ada enam cawan kosong di situ. Ini bererti datuk dan Haji Salim terpaksa
berhenti dari membaca Quran sebanyak enam kali, kerana minum kopi.
“Haji
Salim ni mengikut petua datuk. Biasanya datuk kalau minum kopi ia tidak akan
menggunakan cawan yang sama. Ia akan menukarkan cawan setiap kali menuang air
kopi yang baru.”
Cara
itu datuk lakukan, bila ia mahu melaksanakan sesuatu tugas yang dianggapnya
terlalu berat dan sukar.
“Sudah
sampai masanya untuk kita berangkat,” datuk renung muka Haji Salim.
Perlahan-lahan Haji Salim anggukkan kepala tanda setuju.
Datuk
terus sarungkan baju hitam serta seluar hitam ke tubuh. Kepalanya dililitkan
dengan kain kuning sebesar dua jari.
Haji
Salim tidak menukarkan pakaiannya. Ia memakai seluar Melayu berkaki besar.
Bajunya dari kain batik Jawa yang terpamer lukisan wayang kulit. Songkok
putihnya terletak kemas di kepala. Golok pendek terselit di pinggang.
“Kalau
kau nak ikut Tamar, mari,” suara datuk merendah.
Kain
pelikat saya gantikan dengan seluar kuning. Baju T merah saya tukarkan dengan
baju Melayu cekak musang. Datuk menyelitkan rotan semambu yang panjangnya kira
dua depa ke celah ketiak. Ada tugas baru yang datuk berikan pada saya. Saya
disuruh membawa lampu suluh. Tanpa banyak cakap kami pun turun dari rumah.
Berdiri di halaman rumah sebentar.
“Kita
melangkah sekarang,” datuk mengeluarkan arahan.
Kami
pun melangkah menuju ke arah kubur lama. Datuk mengarahkan pada saya, jangan
memasang lampu kecuali arahannya sendiri. Memang tidak selesa berjalan dalam
belukar waktu tanpa menggunakan lampu. Dua tiga kali saya tersepakkan tunggul
dan akar kayu. Saya tidak berani membuat bantahan.
Malam
itu, keadaan langit cerah. Gumpalan awan hitam nampak berarak lembut menuju ke
arah barat daya. Saya kira tidak lama lagi hujan pasti turun. Hal itu saya bisikkan
pada Haji Salim.
“Mengikut
pengalaman aku yang sudah-sudah, hujan akan turun menjelang subuh,” balas Haji
Salim perlahan-lahan. Datuk terus meredah hutan.
Sesekali
kelihatan cahaya kilat menangkap di kaki langit. Deru angin malam terus juga
menampar-nampar gegendang telinga. Terdengar ngiau kucing jantan mencari kucing
betina. Suara jampuk dan burung hantu terdengar sayup-sayup. Begitu juga dengan
suara anjing menyalak sesuatu di malam yang dingin. Angin malam yang menyentuh
kulit muka dan leher membuat saya terasa seram.
Selalunya,
kalau berjalan malam saya terasa takut. Tetapi malam itu rasa takut itu tidak
terjadi dalam diri saya. Apa yang ada ialah rasa berani dan tabah. Cara
kebetulan pula saya berjalan di tengah. Di depan saya datuk, di belakang saya
Haji Salim.
Haji
Salim terus menyuluh ke arah pangkal pokok yang bergoyang dalam suluhan lampu
picit. Serentak dengan itu terdengar suara ngauman yang memanjang. Belum pun
sempat datuk bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, satu lembaga
menerpa ke arah datuk bersama ngauman yang cukup kuat. Datuk rebah ke bumi.
“Rimau
Kumbang Haji,” pekik datuk.
Haji
Salim mendekati datuk. Dengan tangkas, ia menendang badan harimau yang mahu
menggigit lengan datuk. Dengan sekali tendang sahaja harimau itu terpelanting
dan terus hilang. Kesannya tidak dapat dicari.
“Bangun,”
kata Haji Salim.
“Ke
mana dia pergi.”
“Biarkan
dia.”
“Pelik,”
rungut datuk sambil bangun.
Perjalanan
diteruskan lagi. Kami bertiga menyeberangi anak sungai. Airnya terasa cukup
sejuk sekali. Haji Salim menyuruh saya melangkah perlahan-lahan. Ia tidak mahu
air sungai yang diranduk itu mengeluarkan bunyi. Langit sudah kelihatan tidak
cerah lagi. Di mana-mana kelihatan awan hitam bertompok-tompok.
Angin
terus bertiup agak kencang dari tadi. Dahan-dahan mati terus jatuh, bunyinya
macam orang berlari. Semuanya datuk dan Haji Salim buat tidak kisah. Kami
sampai ke tebing dan terus memanjatnya. Dari situ kami mula tercium bau
kemenyan yang cukup hebat dibawa angin.
“Jalan
perlahan ke arah kubur lama,” perintah Haji Salim.
“Ya,”
jawab datuk pendek.
Lebih
kurang satu rantai mahu sampai ke kubur lama, kami melihat cahaya api di atas
kubur. Kami juga terdengar suara orang bercakap yang disertai dengan suara
tahlil.
Datuk
menyuruh saya dan Haji Salim merangkak seperti dirinya. Kami pun merangkak
menuju ke arah kubur lama. Lebih kurang dua kaki mahu sampai ke kawasan kubur
lama, datuk menyuruh saya dan Haji Salim duduk sambil merenung ke arah kubur
lama.
Dengan
pertolongan cahaya api dari pinggir kubur itu, saya dapat melihat dengan
jelasnya kira-kira sepuluh orang sedang mengelilingi kubur yang berbatu nisan
tinggi dan besar. Mereka semuanya memakai kain hitam dan kepala mereka juga
bertudung dengan kain hitam. Di bahagian kepala nisan terdapat tempat perasap
dengan bara yang merah menyala.
Ada
orang yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara. Saya tidak dapat
mempastikan dengan tepat, apakah orang yang duduk sebelah kanan atau sebelah
kiri yang melemparkan kemenyan ke dalam tempat bara itu. Ada orang yang
ditugaskan untuk menjaga api di pinggir kubur. Orang itu memegang kayu panjang
untuk menolak tunggul-tunggul kayu ke dalam api. Dengan itu api tersebut terus
menyala sambil mengeluarkan bunga-bunga api yang halus terbang ke atas.
Salah
seorang daripada mereka terus bangun, menatang seorang kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak itu didekatkan pada api tersebut. Tiba-tiba kanak-kanak itu
menangis.
“Pulangkan
pada aku, dia anakku,” terdengar suara perempuan.
“Aku
boleh pulangkan, tetapi….,” suara orang yang menatang kanak-kanak itu adalah
orang lelaki.
“Tapi
apa?” tanya orang perempuan.
“Biar
aku potong lehernya.”
“Untuk
apa?”
“Ini
janji kita dulu.”
“Nanti
ibunya marah, aku cuma menjaganya saja.”
“Jadi,
ini bukan anak kamu, kamu curi dari ibunya.”
“Ya.”
“Dia
hak aku,” suara orang lelaki itu meninggi.
Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
64. Orang Berjubah Hitam
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Suara
di sekitar kubur lama kembali sepi. Tidak ada terdengar suara orang perempuan
dan suara kanak-kanak menangis. Lelaki yang menatang kanak-kanak itu meletakkan
kanak-kanak itu atas kubur. Kanak-kanak itu kembali menangis dan terus diam
bila lelaki itu menyumbat susu ke dalam mulutnya.
“Aku
yakin kanak-kanak itu, bukan kanak-kanak betul,” beritahu datuk pada Haji
Salim.
“Tapi,
macam mana ia boleh menangis tuk,” tanya saya.
“Itu
bukan suara kanak-kanak tu Tamar.”
“Habis
suara siapa tuk?”
“Suara
itu datang dari dalam kubur.”
Saya
terus diam. Dengan serta merta bulu tengkuk saya mula meremang. Tetapi mata
saya terus tertumpu ke arah kubur lama. Saya lihat lelaki itu mengeluarkan
pisau lalu menikam kanak-kanak tersebut. Suara jeritan kanak-kanak itu melalak.
Saya lihat darah dari perut kanak-kanak itu mercik. Membasahi pergelangan
tangan lelaki yang menikamnya.
Suara
ketawa dari orang yang mengelilingi kubur lama itu mula terdengar. Bila suara
ketawa itu berakhir, terdengar suara orang perempuan mengilai bersahut-sahutan
dari angkasa. Orang-orang yang mengelilingi kubur lama bertepuk tangan
menyambut hilai ketawa dari udara.
Lebih
kurang lima minit suara ketawa dan mengilai itu berbalas-balas. Lepas itu
suasana di situ terasa sepi. Orang lelaki yang menikam kanak-kanak itu terus
berdiri. Ia mendepangkan kedua belah tangannya. Kain hitam yang dipakainya
mengembang lebar macam sayap kelawar.
“Hai
ratu, raja dahulu. Aku tahu kuburmu kubur Seri Banian, waris terdekat dari
Selendang Delima. Khabarkan pada kami di mana harta keturunan kamu disimpan,”
suara lelaki itu meninggi.
Tidak
ada jawapan yang terdengar. Lelaki itu mengulangi perkataan itu untuk kali yang
kedua. Tiada jawapan yang diterima. Lelaki berjubah hitam itu berjalan atas
kubur. Suara lolongan anjing terdengar sayup-sayup. Burung hantu terus menyanyi
dengan semahu-mahunya. Angin bertiup dengan kencang. Pokok-pokok di belakang
kami bergegar macam ada orang yang menggoyangkannya. Ada lembaga besar dan
tinggi melintas di depan kami.
“Jangan
tegur apa yang kamu lihat,” datuk memberi pesan.
Saya
dan Haji Salim anggukkan kepala. Lelaki yang berdiri di atas kubur berhenti
berjalan. Berdiri di depan seorang lelaki yang berpakaian macamnya. Lelaki itu
melompat dan melutut di depannya.
“Semua
harta itu ada di dalam kubur kami. Kamu tidak boleh mengambilnya kalau tidak
memenuhi syarat,” orang berlutut bersuara.
“Apa
syaratnya?”
“Kami
mahu lidah dara sunti, bukannya kanak-kanak, syarat kedua kami mahu mengacau
penduduk di sini dan syarat ketiga kamu semua harus datang ke sini pada setiap
tengah malam Jumaat,” selesai sahaja orang itu berkata-kata ia terus rebah.
Tidak ada orang yang mahu menolong membangunkannya.
Orang
yang mengelilingi kubur lama terus ketawa. Mereka bertepuk bila melihat orang
yang rebah bangun dan terus duduk bersimpuh di depan lelaki yang berdiri.
“Syarat
dari siapa?” tanya lelaki yang berdiri.
“Syarat
dari aku, raja terawal yang memerintah negeri ini. Berasal dari utara,” suara
perempuan yang halus dan lunak. Ia membuka kain hitam yang menutup kepalanya.
Dengan
pertolongan cahaya api, wajahnya mudah dilihat. Orangnya berkulit putih
berambut panjang separas bahu. Orang lain yang mengelilingi kubur terus
bertepuk tangan, macam orang tidak sedarkan diri.
Datuk
terus mengarah saya dan Haji Salim supaya rapat ke kubur. Kami terus merangkak
dengan perlahan-lahan. Berhenti merangkak bila berada di belakang orang-orang
yang mengelilingi kubur lama itu.
Malam
yang kian jauh memburu pagi itu, terasa amat dingin sekali. Pokok kecil yang
tumbuh sekitar kawasan itu nampak bergoyang disentuh angin. Cengkerik dan katak
puru terus melompat tetapi, nyamuk tidak ada yang datang menyerang kami.
Mungkin nyamuk takut dengan sinaran api yang marak itu.
“Bukan
orang sini,” bisik datuk pada Haji Salim.
“Aku
rasa pun begitu,” jawab Haji Salim sambil merapatkan dadanya ke tanah.
Saya
menggaru cuping telinga. Saya terasa terlalu sukar untuk bernafas dalam keadaan
meniarap. Bau tanah menyucuk lubang hidung. Kalau ada semut yang merayap di
pipi, tak boleh ditampar. Semut itu harus ditangkap dan diletakkan atas
daun-daun kering.
“Apa
yang mereka buat tuk?” tanya saya pada datuk.
“Memuja
kubur.”
“Tujuannya
untuk apa tuk.”
“Ada
bermacam-macam, mungkin mereka mahu mencari harta karun mungkin mereka mahu
mengamalkan ilmu salah.”
“Apa
yang harus kita buat tuk?”
“Menghalau
mereka dari sini, mereka tak boleh dibiarkan begitu, nanti kita yang susah.
Syaitan yang dipuja tu akan ganggu kita semua.”
Saya
terdiam. Tidak ada pertanyaan yang mahu saya kemukakan pada datuk. Biji mata
saya arahkan pada dua orang yang berada di tengah kubur. Saya lihat orang yang
duduk berlutut sudah berdiri. Ia mengeluarkan botol besar dari dalam kain
hitamnya. Botol itu diserahkan pada orang di depannya.
Bila
lelaki itu mendapat botol, tanpa membuang masa botol itu diketuknya pada batu
nisan. Serpihan botol itu diambilnya dan diserahkan pada orang yang baru bangun
dari melutut itu.
“Untuk
raja,” katanya.
“Terima
kasih, kau pula harus melutut,” orang yang berdiri segera melutut.
Dan
orang yang dipanggil sebagai raja itu menutup kembali kepalanya dengan kain
hitam.
“Apa
yang aku mahu adalah darah kamu semua,” orang yang dipanggil raja itu terus
bersuara.
Ia
menyerahkan kembali serpihan kaca pada orang yang berdiri. Salah seorang
daripada orang yang mengelilingi kubur lama itu bangun. Ia meletakkan baldi
kecil di depan orang yang melutut. Dengan tenang orang yang melutut itu
melukakan lengan tangan kirinya. Ia membiarkan darahnya menitis dalam baldi.
Perbuatan yang sama juga dilakukan oleh orang-orang yang mengelilingi kubur
lama.
Bila
semuanya sudah menitiskan darah dalam baldi. Orang dipanggil raja itu terus
minum darah. Bila selesai berbuat demikian, baldi itu diserahkan pada orang
lain untuk menikmati rasa darah dalam baldi. Bila upacara ganjil itu selesai.
Darah yang masih ada dalam baldi dicurahkan pada batu nisan. Orang-orang yang
mengelilingi kubur lama terus bertepuk tangan.
“Makan,”
kata orang yang dipanggil raja.
Semua
orang yang mengelilingi kubur lama mengeluarkan daun keladi dari celah ketiak
lalu diletakkan di depan. Orang yang dipanggil raja itu mengeluarkan sesuatu
dari dalam kain hitam dan meletakkan atas daun keladi yang tersusun di depan
orang-orang yang mengelilingi kubur lama.
“Makan,”
katanya.
Orang-orang
yang mengelilingi kubur lama terus membongkok dan menyuapkan sesuatu dari daun
keladi ke mulut. Upacara itu berlangsung kira-kira lima minit sahaja.
“Apa
lagi yang kamu mahu?” tanya orang yang dipanggil raja dan terus duduk.
Belakangnya
disandarkan kepada batu nisan. Matanya menatap wajah-wajah orang yang
mengelilingi kubur lama.
“Ilmu
yang bertentangan dengan hukum agama hukum akal, tidak mengenal belas sesama
manusia,” jawab orang-orang yang mengelilingi kubur lama itu serentak.
“Baik,
setiap kamu yang ada di sini harus membawa lidah anak dara sunti, kemudian bila
lidah itu sudah ada di sini, aku tawarkan untuk memperdaya semua manusia,”
cukup tenang orang dipaggil raja itu memberikan jawapan.
Datuk
dan Haji Salim terus diserang rasa gelisah. Mereka tahu kalau semua orang yang
mengelilingi kubur lama itu mematuhi permintaan manusia yang dipanggil raja
itu, padahnya akan menimpa gadis-gadis sunti yang tidak berdosa.
“Ini
sudah merbahaya,” rungut datuk.
“Memang
merbahaya,” jawab Haji Salim.
Saya
hanya menggigit bibir. Pelik juga saya memikirkan, kenapa datuk dan Haji Salim
tidak mahu bertindak dengan segera.
Selain
daripada itu, bila mereka merompak waktu malam, tubuh mereka sukar dilihat
dengan mata kasar. Penjelasan datuk itu diakui oleh Haji Salim.
Bila
semuanya sudah mengenakan kesah darah di batu nisan ke tubuh, mereka duduk di
tempat asal kembali dan terus bertepuk tangan. Orang yang pengsan di batu nisan
tidak ada siapa yang mahu ambil tahu. Akhirnya orang itu sedar sendiri. Ia
membuka kain hitam yang menutup kepalanya. Dan wajahnya saya lihat berbeza
sekali.
Kalau
tadi kulitnya putih lembut dengan rambut panjang, kali ini kulit wajahnya
menjadi sawo matang dan keras, rambutnya digunting pendek macam tentera yang
baru selesai menjalani latihan, di pusat latihan tentera di Port Dickson. Ia
melangkah longlai ke tepi kubur lama lalu duduk di situ. Saya menguap panjang
sebanyak dua kali. Rasa mengantuk kian terasa. Rasa dingin kian hebat menggigit
kulit tubuh.
Tanpa
diduga, Haji Salim terbatuk dengan kuat. Semua orang yang mengelilingi kubur
segera bangun. Mereka terus membakar andang daun kelapa. Seluruh kawasan kubur
terang benderang. Kain hitam yang membungkus kepala mereka jatuhkan. Semuanya
berambut pendek dengan wajah yang bengis.
Dalam
keadaan yang cemas begitu, datuk terus melompat dan berdiri tidak jauh dari
mereka.
“Maksiat,”
pekik datuk. Haji Salim dan saya terus berdiri di kiri dan kanan datuk.
Pada
mulanya kumpulan berjubah hitam itu mahu menentang kedatangan kami. Tetapi,
bila mereka melihat Haji Salim melambaikan tangan ke arah hutan tebal,
seolah-olah memanggil orang lain keluar dari hutan tebal, membuat kumpulan itu
berpandangan sama sendiri.
“Apa
yang kamu buat di sini,” tanya datuk. Tiadak ada jawapan yang diterima. Semua
anggota kumpulan itu melangkah setapak ke belakang.
“Tinggalkan,”
saya terdengar suara dari sebelah kanan.
Serentak
dengan itu anggota kumpulan tersebut terus menghilangkan diri. Meredah
pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Haji
Salim terus mengejar mereka dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat
ditangkap. Usaha Haji Salim itu gagal. Kumpulan berjubah hitam itu cukup cekap
berlari dalam gelap. Apa yang mereka bawa seperti tempat perasap, daun kelai,
baldi dan botol semuanya sempat disambat untuk dibawa lari bersama.
Haji
Salim kembali mendapatkan saya dan datuk yang berdiri di atas kubur. Haji Salim
tercungap-cungap. Dengan pertolongan cahaya api, saya dapat melihat peluh
menitik dari muka ke atas bajunya.
“Penat,”
Haji Salim merungut.
“Sepatutnya,
jangan dikejar tadi,” balas datuk.
“Itulah
silap saya, sekarang apa yang harus kita buat. Kalau kumpulan itu mengamuk,
susah kita dibuatnya.”
“Bertenang,
masih ada masa untuk kita berusaha.”
“Caranya?”
“Nanti
kita fikirkan.”
Datuk
terus menepuk bahu Haji Salim. Tanpa banyak cakap kami pun meninggalkan kawasan
tanah kubur lama itu. Seperti yang diduga, ketika kami menyeberang sungai mahu
pulang ke rumah, hujan turun dengan lebatnya. Titik-titik hujan yang kasar itu
disertai dengan kilat dan bunyi guruh.
Seluruh
pakaian kami habis basah kuyup. Saya menggeletar dan dua kali buang air kecil.
Berjalan dalam hujan waktu malam memang menyeksakan. Sama ada suka atau tidak
saya mesti menjalaninya dengan perasaan yang sabar.
“Singgah
dulu, kita sembahyang Subuh bersama,” kata Haji Salim bila sampai ke kawasan
rumahnya.
“Tak
payahlah, rumah kita pun tak jauh lagi,” datuk menolak permintaan Haji Salim
dengan tenang.
Haji
Salim menuju ke rumahnya. Saya dan datuk meneruskan perjalanan.
Hari
masih gelap, hujan terus gugur bersama kilat dan bunyi guruh
sambung-menyambung. Memang dalam suasana demikian memang seronok tidur, fikir
saya. Entah apa yang datuk fikirkan ketika berjalan dalam hujan itu, saya
sendiri pun tidak tahu. Saya dan datuk pun sampai di rumah.
“Pergi
mandi tukar baju basah tu,” perintah datuk.
“Baik
tuk,” saya pun masuk ke bilik air. Datuk terus menuju ke perigi. Baru dua
gayung air menjirus badan, saya terdengar pintu bilik air diketuk orang
bertalu-talu.
“Siapa
tu?”
“Aku.”
“Aku
tu siapa?”
“Nenek
kaulah, kenapa kau mandi di rumah Tamar. Kenapa tak mandi di telaga.”
“Tuk
yang suruh nek.”
“Cucu
dengan datuk sama saja. Adakah patut suruh cucu mandi di rumah,” rungut nenek.
Saya tersenyum sendirian dalam bilik air.
Lepas
mandi saya terus ganti pakaian. Tidak lama lagi waktu Subuh akan tiba. Nenek
melarang saya masuk ke bilik tidur. Ia tahu, kalau saya masuk bilik tidur,
sembahyang Subuh pasti tidak saya lakukan.
“Apa
yang kau orang dapat di kubur lama Tamar?”
“Itu
kena tanya tuk,” saya renung muka nenek. Dalam waktu yang sama datuk masuk ke
rumah. Ia berdiri di depan nenek sebentar.
“Awak
nak tahu apa kami dapat di kubur lama?”
“Apa
dia?”
“Jumpa
orang buat kerja maksiat.”
“Kerja
maksiat.”
“Ya.”
Datuk
pun masuk ke ruang tengah. Tiba-tiba terdengar suara datuk menjerit. Saya dan
nenek menerpa ke ruang tengah. Saya lihat datuk membongkok mengambil sesuatu
dan mencampakkan ke luar ikut tingkap.
“Apa
dia tuk?”
“Daging
orang dalam daun keladi, aku campakkan ke tanah.”
“Kenapa
tuk tak tanam.”
“Ah,
tak usah banyak tanya,” suara datuk keras.
Kerana
azan Subuh sudah kedengaran, saya dan datuk meneruskan sembahyang Subuh. Lepas
sembahyang saya ikut datuk bersenam. Hujan masih lagi turun, tetapi tidak
selebat tadi. Pagi itu, datuk tidak mandi embun.
Lebih
kurang pukul sembilan pagi, hujan berhenti terus. Matahari kembali bersinar.
Datuk dan saya berehat di anjung rumah. Dari jauh kelihatan bayang seorang
lelaki berbaju putih berseluar hitam datang ke arah kami. Langkahnya cukup
laju. Sampai di halaman ia terus memberi salam. Datuk membalasnya dengan penuh
hormat.
“Silakan
naik,” pelawa datuk. Orang itu tidak menjawab. Ia terus mengurut-urut janggut
sejemput di bawah dagu.
Satu
hal yang pasti, orang itu tidak berani menentang mata datuk. Setiap kali datuk
merenung matanya ia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Rasanya
kita pernah berjumpa tapi, di mana saya tak ingat,” datuk bersuara dengan nada
riang.
Belum
pun selesai datuk berkata-kata. Orang itu memalingkan mukanya ke kiri dan terus
melangkah tanpa mahu menoleh lagi ke rumah datuk. Akhirnya, hilang dalam sinar
matahari yang kian garang. Datuk termenung sejenak. Dahinya kelihatan berkerut
macam mengingati sesuatu. Datuk menumbuk lantai sambil berkata:
“Aku
ingat.”
“Apa
yang tuk ingat.”
“Orang
itu pernah datang jumpa aku di rumah ni waktu malam, masa itu ia memakai jubah
sambil membilang tasbih,”
“Siapa
orangnya tuk?”
“Namanya
aku tak tahu, tapi ia pernah memberi amaran pada aku kerana menolong perempuan
yang aku jadikan anak angkat.”
Saya
anggukkan kepala. Wajah Sariyah dan ibunya terbayang di ruang mata saya. Sudah
lama mereka tidak datang menemui datuk. Rasa kesal terus juga bermain di hati
saya. Kenapa datuk mesti menerima akibatnya setelah melakukan sesuatu yang
bertujuan untuk kebaikan.
Saya
segera menggigit bibir bawah. Rasa geram terus meluap-luap di dalam dada. Kalau
diturutkan kata hati, mahu rasanya saya membawa kayu dan memukul batang leher
lelaki jahanam itu.
Dalam
saya berperang dengan perasaan itu cara mendadak Haji Salim datang. Ia membawa
sebilah keris. Datuk mengajak ia naik. Haji Salim menolak.
“Ada
apa hajat?” tanya datuk.
“Nak
mengajak pergi ke kubur lama.”
“Apa
pula sebabnya?”
“Hati
saya berkata-kata tak puas rasanya kalau tak melihat apa yang ditinggalkan oleh
orang-orang maksiat itu.”
“Kalau
begitu, eloklah kita pergi.”
Datuk
pun turun. Saya juga ikut turun. Tanpa memberitahu nenek datuk terus menuju ke
kawasan kubur lama. Kerana hujan lebat pada sebelah malam, kesan air hujan
masih terasa di daun kayu dan bumi pun agak lembap sepanjang perjalanan menuju
ke tempat tersebut.
Biasanya,
air sungai tidak naik. Tetapi, pagi itu air sungai naik kira-kira dua kaki.
Airnya pula mengalir keruh. Kami terpaksa meranduk air yang keruh itu. Tidak
banyak perkara yang datuk bualkan sepanjang perjalanan itu. Ia asyik membaca
sesuatu. Sebabnya saya bernai berkata begitu, sepanjang perjalanan itu mulut
datuk sentiasa bergerak-gerak sahaja.
Setelah
melawan arus sungai, kami pun sampai ke seberang dan terus memanjat tebing.
Dari situ bergerak menuju ke kubur lama. Apa yang saya lihat di situ ialah
puntung-puntung kayu dan abu yang lembap. Kesan darah di batu nisan sudah tidak
kelihatan lagi. Semuanya hilang kena air hujan.
Datuk
dan Haji Salim terus memeriksa seluruh kawasan kubur lama. Mereka terjumpa
dengan serpihan tembikar tempat perasap serta beberapa ketul kemenyan yang
bertaburan. Haji Salim mengambil ketul kemenyan itu. Ditelitinya sebentar,
kemudian dicampakkan dalam semak.
“Kita
balik saja,” saya terdengar suara datuk.
“Ya,
tak ada guna membuang masa di sini,” sahut Haji Salim.
Kami
pun melangkah meninggalkan kawasan kubur lama. Bila sampai dekat sungai kami
terdengar suara orang perempuan memanggil nama Haji Salim dan datuk
bertalu-talu. Datuk dan Haji Salim buat tidak kisah dengan panggilan itu.
“Jangan
dijawab,” datuk mengingatkan saya.
“Kenapa
tuk.”
“Itu
suara syaitan.”
“Suara
syaitan,” ulang saya sambil meraba pangkal tengkuk.
GANGGU
PENDUDUK
Sudah
seminggu lebih penduduk kampung Mandi Upih didakap keresahan. Setiap senja dan
Subuh rumah mereka didatangi orang-orang berjubah hitam yang tidak dikenali.
Orang-orang
yang berjubah hitam itu mengetuk pintu, terutama waktu sembahyang Maghrib.
Kalau pintu tidak dibuka ketukannya terus berlanjutan. Kalau dibiarkan papan
pintu akan pecah. Bila dibuka, orang yang membuka hanya melihat belakang
manusia berjubah hitam dalam tempoh beberapa saat sahaja. Kemudian orang
berjubah hitam itu terus hilang.
Kalau
yang membuka pintu itu orang lelaki. Ia tidak melihat manusia berjubah hitam
tetapi, ia akan melihat wanita cantik memakai pakaian serba kuning dengan wajah
yang menawan. Kalau direnung lama-lama, wajah yang menawan itu akan bertukar
menjadi hodoh. Gigi yang putih menjadi merah , macam darah. Kiri kanan gigi
akan tumbuh siung. Hidung yang mancung jadi berlubang dengan beberapa ekor
ulat, begitu juga dengan biji mata. Sebelum menghilangkan diri perempuan itu
akan ketawa. Dari mulutnya akan keluar bau yang amat busuk. Tidak ubah macam
bau bangkai.
Malang
bagi orang luar atau saudara mara yang datang ke rumah saudara mara di kampung
itu waktu Maghrib. Mereka terpaksa membaca ayat fatihah dan ayat ‘Qulhuallah’
serta dua kalimah syahadat dengan lantang. Bila pembacaan itu betul dan lancar,
baru saudara atau adik-adik membuka pintu dan mempersilakan masuk. Kalau tidak
boleh membaca anak sendiri pun tidak akan dibuka pintu. Mereka berbuat
demikian, kerana mematuhi nasihat dari Haji Salim.
Akibat
dari undang-undang yang tidak bertulis, kanak-kanak yang belum ke sekolah sudah
lancar membaca ayat-ayat tersebut. Kesannya memang baik. Sejak undang-undang
itu dilancarkan, orang-orang jubah hitam mula berkurangan mengacau para
penduduk di situ waktu Maghrib.
Meskipun
kegiatan kumpulan jubah hitam itu berkurangan. Tetapi, datuk tidak puas hati.
Ia mahu menghancurkan dan melenyapkan kumpulan itu dari mengacau para penduduk.
Jadi, tidaklah menghairankan kalau ada setiap masa datuk berusaha dengan
pelbagai cara untuk menghancurkan kumpulan itu.
Hari
itu, seorang lelaki mengunjungi rumah datuk. Tetamu yang jadi kenalan baik Haji
Salim itu dipersilakan masuk ke rumah. Ia ditemani oleh Haji Salim.
“Apa
hajatnya,” soal datuk.
Teman
Haji Salim yang berasal dari Kampung Matang Aceh itu tunduk merenung lantai.
Kemudian ia mengangkat mukanya perlahan-lahan merenung muka datuk dan Haji
Salim.
“Silakan,”
gesa Haji Salim.
“Saya
disuruh oleh Ketua Kampung Matang Aceh menemui awak.”
“Sebabnya.”
“Ada
anak dara sunti di kampung mati dicekik orang waktu senja dan lidahnya
dipotong,” kata teman Haji Salim.
“Dah
repot pada polis.”
“Sudah.”
“Bila
perkara itu terjadi.”
“Dua
hari yang lalu.”
“Jumpa
saya nak buat apa?”
“Minta
ikhtiar supaya perkara macam itu jangan berulang lagi.”
Datuk
menarik nafas panjang. Datuk renung muka Haji Salim. Mereka berbalas senyum,
macam ada sesuatu rahsia besar yang tersembunyi dalam pancaran senyuman mereka.
“Baliklah,
jaga kampung,” nasihat datuk.
Teman
Haji Salim minta diri dan pulang. Haji Salim cuma menghantarnya hingga ke kaki
tangga sahaja. Kemudian ia naik ke rumah datuk kembali. Datuk di anjung.
“Saya
yakin, perbuatan itu dilakukan oleh orang yang kita lihat di kubur lama,” Haji
Salim meluahkan perasaannya. Datuk anggukkan kepala. Lama juga datuk dan Haji
Salim bertukar-tukar fikiran dan pendapat.
Akhirnya,
mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke surau untuk menunaikan sembahyang
Asar. Lepas sembahyang Asar, datuk tidak pulang ke rumah. Ia singgah di rumah
Haji Salim. Haji Salim membawa datuk melawat ke bahagian tempat ia menempah
keris.
Datuk
terkejut besar, bila ia melihat beberapa bilah lembing yang di bahagian hujung
matanya terlekat buah limau nipis manakala ulu lembing dilumur dengan tanah
liat yang berwarna kuning.
“Buat
apa ni Haji?”
“Ini
caranya membunuh orang yang tidak makan besi tajam.”
“Kenapa
kita mesti membunuh, kalau kumpulan jubah hitam itu berniat jahat, jawabnya
mata lembinglah.”
Datuk
ketawa mendengar cakap Haji Salim. Sebenarnya, ia juga ada petua tersendiri
bagi mengalahkan orang yang tidak mampan oleh peluru dan senjata tajam. Petua
yang diamalkan itu mesti diiringi dengan pembacaan ayat-ayat suci. Hal itu
tidak pula dinyatakan oleh datuk pada Haji Salim.
“Aku
yakin, orang-orang itu tak payah dicari, mereka akan datang mencari kita. Aku
rasa orang itu ada dekat kita.,” ujar datuk lagi. Haji Salim renung kiri kanan,
macam mencari sesuatu. Ia tidak nampak ada manusia di situ, selain diri saya,
datuk dan dirinya.
“Awak
bergurau.”
“Tidak,
saya yakin orang itu ada di sini,” selesai sahaja datuk bercakap, ulu lembing
yang tersusun itu terangkat sendiri macam ada orang yang mengangkatnya.
Ulu
lembing itu tersusun kembali seperti asal, ketika itu juga Haji Salim terlihat
bayang-bayang manusia melintas di depannya.
“Awak
menggunakan pancaindera yang keenam,” kata Haji Salim.
“Tidak,
saya menggunakan gerak rasa dan hati. Sejak masuk tadi saya terasa ada orang
bersembunyi di sini, tapi sukat untuk dilihat,” jelas datuk.
Haji
Salim tersenyum lalu menepuk pangkal lengan kanan datuk.
“Kebolehan
yang ada pada awak dan pada saya kita satukan untuk menentang perkara jahat.”
65. Darah Dalam Mulut Gadis
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Haji
Salim menggigit bibir. Matanya merenung wajah saya dan datuk sebentar. Ia
menarik nafas panjang sambil menepuk pangkal lengan datuk.
“Bagaimana
kalau kebolehan yang ada pada awak dan saya disatukan untuk menentang perkara
jahat.”
“Saya
juga terfikir ke arah itu tapi…,” datuk tidak meneruskan kata-katanya. Saya
lihat datuk kerutkan kening macam ada sesuatu masalah besar yang bermain dalam
kepala.
“Apa
masalah yang awak fikirkan?” mendadak Haji Salim mengajukan pertanyaan.
“Dari
mana harus kita mulakan kerja ni, inilah yang saya fikirkan.”
“Mudah
saja.”
“Mudah
macam mana?”…
“Kita
tahu, ada orang yang memuja syaitan dan syaitan yang dipuja tu mula bergerak
dan kita harus menentangnya.”
“Banyak
persediaan yang mesti kita adakan Haji.”
“Kita
adakan,” tingkah Haji Salim tenang.
Datuk
meraba pangkal leher berkali-kali. Sinar matahari petang yang lembut masuk ke
ruang tempat kami duduk melalui jendela yang terbuka. Haji Salim terus memicit
ibu jari kanan perlahan-lahan.
Datuk
bangun dan berdiri di muka jendela, melihat beberapa ekor burung gagak yang
terbang rendah sambil berbunyi. Haji Salim juga bangun mengambil sebilah keris.
Mata keris itu dilurutnya dengan limau nipis. Air limau menitis atas kain
pelekat yang dipakai.
“Aduh,”
jerit saya sekuat hati.
Cara
tiba-tiba saya terasa batang leher ditekan oleh sepasang tangan yang kasar dan
berbulu tebal. Makin kuat saya bergerak, makin kejap tangan berbulu itu menekan
leher membuat saya susah bernafas.
Datuk
dan Haji Salim segera menghampiri saya. Aneh, bila mereka berada dekat saya,
tangan kasar yang berbulu, melepaskan leher saya. Semua yang berada di ruang
itu bergerak dengan sendiri. Lembing yang tersusun di atas tempatnya bergerak
lagi, macam dilanggar sesuatu.
“Benda
sial tu, masih ada lagi di sini,” nada suara datuk meninggi. Matanya, merenung
ke setiap penjuru ruang. Haji Salim terus menghampiri saya, melihat bahagian
tengkuk saya yang disentuh oleh tangan ghaib.
“Leher
cucu kamu lebam dan bercalar,” Haji Salim memberitahu datuk dengan wajah yang
sedikit cemas.
“Tak
apa, benda tu mencabar kita,” balas datuk.
“Kalau
selalu dicabar, padahnya kita yang menanggung,” rungut Haji Salim penuh kesal.
Haji
Salim terus mengurut tengkuk saya. Rasa sakit dan sengal terus berkurangan.
Saya dapat menggerakkan leher saya ke kiri dan ke kanan dengan aman. Rasa pedih
dari kesan tercalar itu masih dapat saya rasakan. Datuk dan Haji Salim kembali
di tempat asal.
Benda-benda
yang berada di ruang tersebut terus bergerak. Datuk dan Haji Salim tidak ambil
kisah dengan semuanya itu, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di situ.
Mereka terus merancang untuk melakukan sesuatu.
“Huuuupppp…,”
jerit Haji Salim sambil melompat. Seekor belalang kunyit yang besar hinggap di
pangkal lengan Haji Salim. Mata belalang itu kelihatan bersinar-sinar merenung
ke arah datuk dan saya.
Haji
Salim cuba menangkap belalang tersebut. Usahanya tidak berjaya, setiap kali ia
cuba mengangkat tangan, belalang itu terbang ke tempat lain. Bila Haji Salim
diam, belalang itu datang padanya. Hinggap di mana suka. Ada masanya di pangkal
hidung, di telinga atau di kening. Tindak tanduk belalang kunyit itu memang
tidak menyenangkan Haji Salim. Ia jadi marah.
“Belalang
sial,” jerit Haji Salim bila belalang kunyit itu hinggap di cuping telinganya
untuk kali yang kelima. Ia bangun dan terus mengambil batang penyapu.
Belalang
itu terbang ke arah dinding dan hinggap di situ. Haji Salim angkat penyapu dan
hayun ke dinding. Belum pun sempat penyapu menjamah dinding, belalang itu terus
terbang dan hinggap di batang hidungnya. Marah Haji Salim kian menjadi-jadi,
mukanya kelihatan kemerah-merahan, sinar matanya nampak garang sekali.
“Sudah,
jangan dilawan nanti awak penat sendiri,” kata datuk.
“Sial
betul.”
“Ada
cara menghalaunya, ambilkan saya sebiji cili kering, sebiji bawang besar dan
limau nipis,” kata datuk dengan tenang.
“Nak
buat apa?”
“Saya
nak menumis sambal belalang kunyit?”
“Ah…,”
Haji Salim terkejut. Wajah datuk direnungnya tepat. Ia mahu mempastikan apakah
datuk bercakap benar atau sekadar untuk bergurau senda.
“Kau
bergurau dalam masa orang cemas begini?”
“Tidak,”
datuk bangun menuju ke ruang dapur. Tiba-tiba belalang yang terbang ke sana ke
mari dalam ruang, terus menghilang tanpa dapat dikesan.
“Dah
hilang,” kata saya. Langkah datuk terus mati. Haji Salim letakkan penyapu atas
pelantar. Kami merenung ke setiap sudut tidak bergerak lagi. Suasana terasa
sepi sekali.
“Aku
harap dia keluar terus dari sini,” keluh datuk lalu melangkah dan berdiri di
muka jendela. Melihat langit petang yang cerah, beberapa ekor burung gagak
kelihatan terbang dengan bebas sambil berbunyi.
“Biar
kami balik dulu,” kata datuk. Saya pun segera bangun mengikut langkah datuk
menuju ke muka pintu.
“Boleh
saya gunakan petua awak untuk menghalau belalang tu, kalau-kalau ia datang
lagi,” Haji Salim berlari mendapatkan datuk. Saya lihat datuk tersenyum.
“Boleh,
saya dapat petua tu dari orang tua-tua yang terdahulu. Kata mereka itulah petua
menghalau hantu syaitan seperti pelesit dan jembalana,” terang datuk dengan
tenang. Haji Salim anggukkan kepala.
PULANG
Saya
dan datuk meninggalkan rumah Haji Salim. Matahari terus beransur condong.
Burung-burung gagak berkeliaran melompat dari dahan ke dahan sambil berbunyi
dalam nada suara yang nyaring. Lebih kurang dua puluh langkah kaki melangkah,
saya menoleh ke arah rumah Haji Salim. Saya lihat Haji Salim masih tercegat di
muka pintu, melambai-lambaikan tangan ke arah saya dan datuk.
“Ada
masanya petua orang tua-tua tu boleh dipakai, kau sendiri tengok. Lepas aku
cakap begitu belalang tu terus ghaib entah ke mana,” beritahu datuk kepada
saya. Macam selalu, bila datuk berkata demikian, saya cuma anggukkan kepala
sahaja.
Kira-kira
sepuluh minit perjalanan, akhirnya saya dan datuk sampai ke rumah. Saya terus
menuju ke bilik dapur. Saya lihat nenek sedang duduk memilih antah beras. Tanpa
membuang masa, saya terus duduk di sisi nenek dan terus membantunya memilih
antah beras.
Saya
mampu bertahan di sisi nenek cuma kira-kira lima minit sahaja. Memilih antah
beras memang membosankan dan tidak layak untuk dikerjakan oleh orang lelaki.
Saya terus bangun untuk pergi ke ruang anjung rumah. Baru mahu melangkah nenek
terus bersuara.
“Kau
dan datuk singgah di mana? Hingga lambat balik. Air kopi yang disediakan
semuanya sudah sejuk.”
“Singgah
rumah Haji Salim,” sahut datuk dari atas.
Saya
senyum memandang ke arah nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Saya terus masuk
ruang anjung. Tukar baju dan seluar.Saya ambil gasing dan tali di bawah meja.
Kemudian melompat ke halaman rumah. Hasrat hati saya mahu pergi mencari kawan
untuk diajak main gasing.
“Tamar.”
“Ya
tuk.”
“Kau
mahu main gasing dengan kawan-kawan.”
“Ya
tuk.”
“Jangan
main lama-lama, dekat Maghrib mesti balik. Aku tak mahu kau merayau ke
mana-mana. Keadaan tidak begitu aman.”
“Saya
pergi main kejap aje tuk.”
“Pergilah.”
“Baik
tuk,” saya terus melompat keriangan. Kemudian terus berlari menuju ke rumah
beberapa orang kawan. Menjelang waktu Maghrib baru saya pulang. Tetapi
kepulangan saya, tidak segembira waktu saya pergi tadi.
Gasing
kesayangan saya terbelah dua dipangkah oleh kawan. Mahu menangis rasanya,
melihat gasing yang dibuat dari batang limau terkopak dua dan pakunya tercabut
lalu hilang.
“Esok
aku buat yang baru,” kata saya menghiburkan hati.
MENETAP
Sudah
dua hari Haji Salim tidak datang ke rumah. Sudah dua hari orang-orang kampung
terhindar dari gangguan perkara-perkara yang ganjil. Semuanya berada dalam
keadaan aman.
Selama
dua hari juga, datuk tidak membincangkan perkara kubur lama di hujung kampung
dengan nenek atau saya. Datuk lebih banyak membisu dan membuat amalan pada
waktu malam. Pada sebelah siangnya, datuk banyak menghabiskan dengan membuat
lukah atau memburu ayam hutan.
Berdasarkan
pada tindak tanduknya itu, saya menganggap datuk dan Haji Salim telah berjaya
membanteras perbuatan terkutuk itu dengan cara kebatinan. Kalaulah anggapan
saya itu benar, saya memang gembira.
Dua
minggu kemudian, kira-kira pukul sepuluh malam, Haji Salim datang ke rumah
datuk dengan membawa sundang. Datuk yang sedang membaca surah Yasin terkejut
dengan kedatangan Haji Salim.
“Bukankah
sudah saya pesan, kita tak boleh berpandangan muka, bertegur selama tiga
minggu. Apa awak sudah lupa. Kalau macam ini awak, usaha kita akan jadi
sia-sia, kita buat perkara bodoh,” suara datuk keras. Pertama kali saya lihat
datuk bersikap kasar terhadap Haji Salim.
Datuk
berdiri di muka pintu tanpa mahu menjemput Haji Salim naik ke anjung. Andang
daun kelapa yang dibawah oleh Haji Salim menerangi sebahagian daripada halaman
rumah. Cahaya andang itu juga menjalar hingga ke ruang anjung.
“Maafkan
saya, saya ada masalah besar,” tambah Haji Salim yang memakai kain pelekat
petak besar, berbaju putih tebal yang sudah bertukar warna menjadi agak
kekuning-kuningan, bersongkok putih yang tepinya sudah bertahi lalat.
“Apa
masalahnya?”
“Cucu
saudara saya, hilang.”
“Lelaki
ke perempuan.”
“Perempuan,
baru anak dara sunti.”
“Haaa…,”
datuk mengeluh. Wajahnya mula resah. Kemarahan yang merajai wajahnya sebentar
tadi terus hilang.
“Sudah
dicari ke belum?” tanya datuk.
“Saya
sudah puas mencarinya, bila tak terdaya baru saya jumpa awak. Saya ingat pesan
yang awak buat pada saya dulu, saya terpaksa melanggarnya. Saya sudah
terpaksa.”
“Sudah
terpaksa tak apalah,” suara datuk terus lembut.
Datuk
terus menjemput Haji Salim naik ke anjung. Jemputan datuk itu segera
ditunaikan. Andang daun kelapa dipadam dan disandarkan pada pangkal tiang. Tanpa
dijemput saya datang ke anjung. Duduk bersimpuh dekat datuk.
“Kita
pergi ke kubur lama,” Haji Salim mengemukakan cadangan.
“Jangan
terburu-buru, kita cari,” balas datuk.
“Di
mana kita nak cari, sudah puas mencarinya. Saya dah putus asa. Sudahlah cucu
saudara saya tu tak ada ayah, ada emak lumpuh pula, entah apalah nasibnya,”
Haji Salim tunduk merenung lantai.
Saya
jadi hiba. Badan saya terasa sejuk dijamah angin malam yang membawa suara katak
dan cengkerik bersahut-sahutan. Bunyi burung hantu di hujung dahan jelas
kedengaran.
“Jangan
putus asa, mari kita ikhtiar untuk kali terakhir kumpulkan orang-orang
kampung,” datuk renung muka Haji Salim.
“Orang-orang
kampung tunggu dekat dewan sementara menanti awak datang. Saya tahu ini semua
kerja orang yang memuja kubur, mereka dendam dengan saya,” keluh Haji Salim.
“Sudahlah
tu, mari kita ke dewan,” datuk terus bangun meninggalkan ruang anjung.
Haji
Salim juga berbuat demikian. Sampai di halaman, Haji Salim menghidupkan api
andang daun kelapa. Datuk terus menyuluh ke kiri dan ke kanan dengan lampu
picit. Saya masih lagi berdiri di anjung rumah. Tidak tahu apa yang harus saya
lakukan. Apakah saya harus mengikuti mereka atau tinggal bersama nenek di
rumah.
“Kau
jangan ikut Tamar,” kata nenek.
“Ha….saya
nak ikut,” saya terus melompat, memburu datuk dan Haji Salim yang berada dalam
jarak 30 kaki dari saya.
Datuk
dan Haji Salim tidak menoleh ke arah saya, mereka terus melangkah dengan
rancak. Walau bagaimanapun, mereka tahu saya mengikuti mereka di belakang.
Cahaya
obor daun kelapa Haji Salim terus menerangi permukaan jalan, bunga-bunga api
dari obor daun kelapa berterbangan di udara ditolak angin malam. Siulan
cengkerik dan bunyi katak tidak pernah putus.
Kami
sampai ke dewan, terdapat kira-kira antara enam hingga sepuluh orang kampung
yang duduk bertenggek pada bibir simen dan semuanya saya kenal. Beberapa dari
mereka menyedut rokok daun bertembakau jawa. Bau asap dari rokok daun
bertembakau jawa itu membuat nyamuk tidak berani dekat pada orang-orang kampung
yang ada di situ.
“Kau
Daud, duduk dekat rumah budak tu, kau tentu tahu waktu bila budak itu hilang,”
datuk mengajukan pertanyaan pada seorang lelaki yang berbadan kurus.
“Budak
perempuan tu memang selalu mandi di sungai waktu Maghrib nak tiba, saya sudah
tegur tapi dia tak peduli.”
“Bukan
itu, aku nak tahu waktu bila ia hilang Daud.”
“Begini,
petang tadi saya nampak dia ke sungai. Maghrib dia tak balik, emaknya menangis
dan suruh saya mencarinya.”
“Kau
pergi cari?”
“Saya
cari tapi tak jumpa, saya minta tolong jiran lain. Semuanya sia-sia. Kemudian
baru saya beritahu Haji Salim,” Daud berhenti bercakap. Wajahnya sedih.
Dan
orang-orang kampung yang ada di situ mengakui keterangan Daud itu. Mereka
terlibat dalam usaha mencari gadis sunti yang hilang itu. Mereka juga
memberitahu datuk, mustahil gadis sunti itu dihanyutkan oleh arus sungai kerana
air sungai begitu cetek sekali. Mahu dikatakan gadis itu dilarikan oleh orang
jahat juga tidak masuk di akal. Belum ada orang jahat yang muncul di kampung.
“Ah,
semuanya ni perbuatan orang yang memuja kubur,” tiba-tiba Haji Salim bersuara
lantang dan bersedia untuk mengeluarkan beberapa ungkapan lagi.
“Sudah
haji, dalam sesuatu hal kalau kita terlalu menurut perasaan akan membawa padah
buruk pada diri kita,” tingkah datuk. Orang-orang kampung yang ada di situ
anggukkan kepala, seolah-olah setuju dengan apa yang datuk katakan itu.
“Begini
saja, kita cari malam ni juga,” datuk mengemukakan cadangan.
Ternyata
tidak semua orang-orang kampung yang ada di situ mahu menerima cadangan datuk.
“Siapa
mahu ikut saya,” tanya datuk lagi. Cuma tiga orang sahaja yang mengangkat
tangan tanda setuju, manakala yang lain tidak mengangkat tangan termasuklah
Daud, jiran terdekat keluarga gadis sunti yang hilang.
“Kenapa
Daud?” soal Haji Salim.
“Kerja
sia-sia. Susah mencari orang hilang waktu malam. Kami dah buat tadi,” sahut
Daud.
“Habis
apa yang patut kita lakukan?” Soal Haji Salim.
“Kita
cari siang esok, lagi mudah.”
“Tak
apalah, siapa yang tak mahu boleh pulang. Siapa yang mahu ikut, bersedia,”
datuk mengeluarkan arahan. Kumpulan Daud terus meninggalkan kawasan dewan.
Bila
saya hitung, ternyata cuma tiga orang sahaja orang kampung yang mahu menyertai
kami. Dicampur dengan diri saya, datuk dan Haji Salim, jumlah kami menjadi enam
orang sahaja.
“Kita
pecahkan enam orang ni, menjadi tiga kumpulan. Tamar ikut Borhan, Salleh ikut
Haji Salim, Hassan ikut saya.” Datuk mula mengatur gerakan. Saya segera berdiri
di belakang Borhan yang sudah pun menyalakan obor daun kelapa.
“Saya
yakin dengan pertolonga Allah yang Maha Besar, budak perempuan yang hilang tu
akan kita jumpa juga,” kata datuk lalu mengajak kami pergi ke tebing sungai.
Ia
menyuruh kami mencari kesan-kesan yang ditinggalkan oleh budak perempuan yang
hilang itu.
Seluruh
kawasan tempat gadis sunti mandi, habis kami jajahi. Pokok besar, pokok kecil
semuanya kena pijak dan diselongkar. Tidak ada sesuatu kesan pun yang dapat
kami temui.
Haji
Salim cacakkan andang daun kelapa ke tanah. Ia terus duduk di atas sebatang
pokok yang tumbang. Langit waktu itu kelihatan cerah. Gumpalan awan putih
bergerak perlahan-lahan arah barat daya. Bulan yang sedang mengecil terus
dipagar oleh bintang-bintang yang sedang mengerdip. Embun malam terasa menjamah
rambut.
“Begini,
Tamar dan Borhan cari sebelah sana, terus hingga sampai ke kaki bukit. Haji
Salim sama Salleh dari sebelah sini hingga ke hilir sungai. Saya sama Hassan
cari dari seberang sungai hingga sampai ke kawasan bendang,” datuk mengeluarkan
aturcara dari pertimbangan akal fikirannya. Tidak ada bantahan. Semuanya
berpecah mengikut arahan yang ditetap.
Saya
jadi gementar, usia Borhan dengan saya jaraknya antara lima dan enam tahun
sahaja. Tidak ada pengalaman. Dan orang-orang yang mengikut datuk dan Haji
Salim lebih beruntung lagi. Datuk dan Haji Salim orang tua yang banyak
pengalaman, tidak mudah gementar bila berhadapan dengan kecemasan.
Saya
dan Borhan bertengkar kecil, masing-masing tidak mahu jadi kepala. Borhan mahu
saya jadi kepala, sedangkan saya keberatan kerana itu merupakan tugas yang
berat. Akhirnya Borhan mengalah.
“Tak
apa, kalau kau tak mahu apa boleh buat, marilah,” Borhan terus meredah hutan
kecil.
Saya
tersenyum tetapi, saya ditugaskan untuk membawa obor daun kelapa. Kami terus
meredah hutan.
Angin
malam yang bertiup membuat badan saya terasa amat dingin. Beberapa batang
ranting kering dan daun kering berjatuhan ke bumi akibat dirempuh angin. Bunyi
katak dan cengkerik terus rancak kedengaran di samping bunyi tolongan anjing
liar yang ditingkah oleh bunyi kelawar yang terbang malam mencari makanan.
Semua
lubang, semua perdu pokok dan rimbunan lalang kami jenguk. Beberapa ekor katak
dan belalang berlompatan, bagaikan marah kerana tempat mereka diganggu.
Sesekali, kaki saya terpijak lopak. Dedaun yang saya langgar merempuh batang
leher lalu, menjatuhkan air embun yang lekat di hujungnya pada kulit tengkuk.
Terasa cukup sejuk.
Tiba-tiba
saya tersepakkan sesuatu yang lembut dalam rumpun lalang. Bila saya bergerak,
terasa benda lembut itu memaut pergelangan kaki saya. Benda lembut sejuk itu
merayap hingga ke buah betis saya.
Dada
saya berdebar, badan terasa seram sejuk. Lolongan anjung kian jelas kedengaran.
Suara cengkerik dan katak kian bertambah rancak. Angin terus menggugurkan ranting-ranting
kering yang bunyinya amat menakutkan.
“Kenapa
berdiri di situ Tamar.”
“Ada…,”
saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Badan saya terus menggeletar. Malam yang
dingin terasa panas hingga memercikkan peluh-peluh halus di dahi.
“Kenapa
muka kamu pucat Tamar?”
“Ahhh..Ahhh
ada…,” mulut saya terus terlopong. Benda lembut sejuk itu terus meraba buah
betis saya.
Melihat
saya dalam keadaan yang cemas itu, Borhan menghampiri saya dan terus merampas
obor dari tangan saya. Ia terus menyuluh ke arah rumpun lalang. Biji mata
Borhan terbeliak. Tangannya terus menggeletar dan obor terus bergerak tidak
tentu arah menurut getaran tangannya.
“Mayat
Tamar,” suara Borhan separuh menjerit. Mukanya kelihatan berubah. Mujurlah,
rasa cemas itu sekejap saja menguasai dirinya. Beberapa minit kemudian, ia
kembali tenang. Ia menarik tangan saya dari rumpun lalang. Saya angkat kaki
kanan tetapi tidak berdaya. Kaki saya bagaikan ditarik oleh sesuatu.
Jari-jemari manusia saya rasa mula merayap dari buah betis menurun ke buku
lali.
“Mayat
pegang aku Borhan.”
“Nanti
aku lepaskan.”
Borhan
pacakkan atas bumi. Dari cahaya obor itu saya melihat mayat seorang gadis
terlentang. Biji matanya terbeliak, mulutnya ternganga, penuh dengan darah
beku. Rambutnya mengerbang.
Perkara
yang benar-benar mencemaskan perasaan saya bila saya melihat jari jemari mayat
itu memaut pergelangan kaki saya. Macam diarahkan oleh sesuatu untuk berbuat
demikian. Dengan ekor mata saya menjeling ke arah jari-jemari mayat dan kaki
kanan saya.
Rupa-rupanya
telapak kaki kanan saya memijak pangkal lengan mayat itu. Tidak hairanlah bila
saya menggerakkan kaki, tangan dan jari-jemarinya turut sama bergerak. Biji
matanya yang terbeliak dengan rambut yang terhurai pada mayat tersebut memang
menakutkan.
Saya
rasa matanya bagaikan melihat diri saya hingga ke jantung hati. Kakinya
terkangkang keras. Kain batik lusuh yang dipakainya terselak hingga ke pangkal
paha dan baju kebayangan pula terkoyak di bahagian dada. Saya kira ada
perlawanan antara orang yang menyerang dengan mangsanya.
Borhan
terus menatap mayat itu. Tanpa diduga, Borhan menutup kedua belah matanya
dengan telapak tangan.
“Mayat
tu bergerak,” katanya.
“Bergerak,”
pekik saya lalu membuka langkah seribu.
Habis
pokok besar dan kecil saya redah, tidak terasa sakit walau sedikit pun. Melihat
saya lari, Borhan juga ikut lari lintang pukang di malam yang gelap melanggar
apa sahaja yang menghalang.
Anehnya,
kami sampai serentak ke tempat mula datang tadi. Kami tidak dapat berkata
apa-apa, cuma tercungap-cungap macam ikan kekurangan air.
Tidak
sampai lima minit kami berada di situ Haji Salim, Hassan, Salleh dan datuk pun
tiba. Mereka tercengang melihat kami tercungap-cungap dengan wajah yang pucat.
“Ada
orang jumpa?” tanya datuk.
“Adaa…,”
jawab Borhan sambil menyandarkan badannya pada saya. Tiba-tiba ia terus rebah.
Haji Salim terus mendekatinya.
“Pengsan,”
kata Haji Salim.
Semua
yang ada di situ segera memberi pertolongan pada Borhan. Akhirnya, Borhan pulih
dari pengsan. Datuk memberikan rawatan dengan secukupnya pada Borhan. Mukanya
yang pucat lesi, kembali merah.
“Apa
yang kau jumpa Borhan?” Datuk terus menyoal Borhan. Tangan datuk terus memicit
setiap sendi tubuh Borhan. Air embun yang gugur terus menyentuh rambut kami.
Dua tiga orang menguap panjang.
“Cucu
saudara Haji Salim, si Timah sudah mati,” suara Borhan lemah. Haji Salim terus
termenung panjang. Matanya merenung pokok-pokok hutan yang tegak kaki di malam
yang dingin.
Lolongan
anjing sudah tidak kedengaran lagi. Diganti dengan suara burung hantu dan
jampuk. Bunyi katak dan cengkerik tetap hebat macam tadi.
Datuk
dan Haji Salim mengadakan rundingan. Kemudian datuk minta saya dan Borhan
menunjukkan rumpun lalang tempat mayat itu dijumpai. Kali ini saya jadi kepala
jalan. Saya tidak merasa takut atau gentar kerana ada datuk dan Haji Salim.
Kami
sampai ke rumpun lalang. Haji Salim terus mengangkat tubuh cucu saudaranya yang
sudah kaku. Usianya sekitar tiga belas tahun. Datuk merenung mayat gadis malang
itu dengan tenang.
“Lidahnya
dipotong orang,” beritahu datuk pada Haji Salim.
“Memang
tak salah agakan saya.”
“Kita
berusaha mencari orang yang membuat kerja laknat itu.”
“Ya,
kematian cucu saudara saya harus dibalas,” nada suara Haji Salim keras.
Saya,
Hassan, Salleh dan Borhan hanya mendengar sahaja dengan apa yang dikatakan oleh
datuk dan Haji Salim. Ketika mayat itu berada di pangkuan Haji Salim, saya
tidak berani merenungnya.
Mayat
gadis sunti yang malang itu dibawa ke rumah ibunya. Diletakkan di ruang depan.
Siang esok mayat gadis malang itu akan diuruskan pengkebumiannya, begitu
mengikut rancangan Haji Salim yang disampaikan pada datuk.
Lebih
kurang pukul empat pagi, saya dan datuk meninggalkan rumah ibu gadis yang
malang itu. Haji Salim terus membaca Quran dekat cucu saudaranya.
“Biar
kami balik dulu Haji,” kata datuk pada Haji Salim. Waktu itu, sudah pukul empat
pagi, bintang timur sudah pun muncul di kaki langit. Udara terasa bertambah
dingin.
“Tak
apalah, esok datang awal. Kalau boleh biarlah sebelum pukul lapan pagi,”jawab
Haji Salim pendek. Ia terus membaca Quran dekat jenazah cucu saudaranya. Saya
dan datuk meninggalkan rumah gadis sinti yang malang.
TANAM
Sudah
dua mingu , jenazah gadis sunti yang malang itu disemadikan di tanah perkuburan
Islam di Jalan Parit. Saya masih ingat, waktu orang-orang kampung meratakan
tanah kubur, kira-kira pukul sebelas pagi, cuaca begitu baik, matahari memancar
keras.
Tanpa
diduga oleh sesiapa pun, dalam cuaca panas yang terik itu, hujan turun dengan
selebatnya. Pakaian ornag kampung yang ada di situ semuanya basah kuyup.
Beberapa orang kampung meramalkan bahawa, hujan panas yang turun waktu orang
menanam jenazah membawa alamat yang kurang baik pada orang yang masih hidup.
Tamar Jalis
Labels: Buku 4, SBDJ, Siri Bercakap Dengan Jin,
Tamar Jalis
66. Pendekar Terbang
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Datuk
menolak ramalan yang tidak berasas itu. tetapi ramalan yang bergerak dari mulut
ke mulut itu, tidak dapat disekat dan terus mempengaruhi orang-orang kampung.
Akibatnya, orang-orang kampung berada dalam kecemasan.
“Entah
siapa yang pandai buat ramalan mengarut tu,” rungut Haji Salim ketika saya
mengunjungi tempat kerjanya. Dari cara ia bercakap dan kerut wajahnya
membayangkan rasa kesal yang mendalam.
“Kau
lihat sendiri Tamar dah dua minggu cucu saudaraku ditanam, sudah dua minggu
jugalah peristiwa hujan panas itu terjadi, tak ada pun perkara yang tak baik
terjadi,” sambungnya lagi sambil membakar beberapa campuran besi untuk dibuat
keris panjang.
Saya
anggukkan kepala. Setuju dengan pendapatnya. Apa yang dikatakan oleh Haji Salim
itu memang benar. Sejak dua minggu kebelakangan ini, tidak terdapat makhluk
berjubah hitam dan wanita berwajah cantik, merayau seluruh kampung menjelang
waktu Maghrib. Tidur saya juga aman tenteram, tidak diganggu oleh mimpi-mimpi
yang menakutkan.
“Kubur
lama juga tidak dipuja orang lagi?” saya terkejut mendengar kata-kata Haji
Salim. Wajahnya yang berpeluh dan merah dibahangi oleh kepanasan, saya tenung.
“Macam
mana Pak Haji tahu?”
“Aku
pergi sendiri dengan tidak memberitahu datuk kamu.”
“Kerja
tu merbahaya Pak Haji.”
“Aku
tahu. Kalau aku pergi dengan datuk kamu, aku tak boleh membalas dendam. Datuk
kamu bertindak lambat sangat,” tambah Haji Salim lagi.
Saya
menarik nafas panjang. Tahulah saya bahawa Haji Salim masih menaruh dendam pada
orang-orang yang memuja kubur lama. Ia yakin, kematian cucu saudaranya angkara
manusia pemuja syaitan.
“Kematian
cucu saudaraku mesti dibalas,” ujarnya sambil menggengam penumbuk.
Peluhnya
yang meleleh dari hujung dahi terus menitik atas dadanya. Air peluh itu
bercampur dengan air peluh di dada lalu mengalir ke arah perutnya yang agak
buncit sedikit dan kulitnya nampak kendur. Saya terus memerhatikan ia membuat
kerja. Secara tidak diduga, saya teringatkan datuk yang sejak pagi lagi pergi
ke kaki bukit memberu ayam hutan.
“Aku
tahu, datuk kamu sudah memagar seluruh kampung ni dengan beberapa syarat dan
petua,” Haji Salim merenung ke arah saya.
Cepat-cepat
saya kerutkan dahi, saya tidak tahu dari mana Haji Salim mendapat sumber cerita
yang baru ini. Saya kira, Haji Salim cuma mahu bergurau atau cuba membuat
ramalan kosong. Sepanjang ingatan saya, belum pernah datuk melakukan sesuatu
kerja tanpa memberitahu saya. Selangkah ia bergerak dalam usaha untuk kebaikan
ia pasti memberitahu saya. Kalau tidak beritahu pada saya, ia akan beritahu
pada nenek. Dan nenek akan memberitahu saya.
Bila
Haji Salim berkata demikian, menimbulkan rasa sangsi dalam diri saya terhadap
Haji Salim. Saya rasakan, Haji Salim seolah-olah mengintip segala kegiatan
datuk. Apakah Haji Salim meragui kejujuran datuk? Mungkin Haji Salim mahu
memperlihatkan kelebihan yang ada pada dirinya pada datuk.
Mungkin
Haji Salim merasakan apa yang dilihatnya di tanah kubur lama itu satu rancangan
datuk yang disembunyikan dari pengetahuannya, timbul petanyaan dalam diri saya.
Kalaulah apa yang saya fikirkan itu benar, sesuatu yang lebih dahsyat akan
terjadi bila dua orang yang berilmu mahu menunjukkan kepandaian masing-masing.
“Aku
yang meminta datuk kamu membuatnya. Pada mulanya ia enggan. Setelah aku rayu
baru ia setuju, ia melakukannya waktu tengah malam tanpa ada orang lain yang
tahu, kecuali diri aku sendiri,” saya tersenyum. Rasa sangsi dan bimbang yang
bergolak dalam dada saya menemui jalan akhir.
“Hari
ni hari Rabu. Aku ada janji dengan orang nak berjumpa di Kampung Ulu Kelubi,”
Haji Salim berhenti membakar besi. Ia mengelap peluh di tubuhnya dengan tuala
kecil cap matahari.
“Apa
halnya Pak Haji?”
“Orang
tu menempah parang. Parangnya dah siap. Aku nak menghantarnya sekarang, apa kau
nak ikut sama.”
“Boleh
juga.”
“Orang
ni aneh sikit Tamar. Matanya buta tapi ia tahu warna baju yang dipakai oleh
orang yang datang berjumpa dengannya.”
“Hebat
orang tu Pak Haji.”
“Tak
tahulah aku nak kata, hebat atau tidak. Kau tengoklah sendiri.” Haji Salim
ketawa.
Ia
meninggalkan saya di rumah kerjanya. Haji Salim masuk ke bilik mandi. Kemudian
pakai kain dan baju Melayu. Dengan motorsikal, kami menuju ke Kampung Kelubi.
Saya ditugaskan oleh Haji Salim memegang parang.
Lebih
kurang sepuluh minit kami melalui jalanraya, akhirnya kami melalui memasuki satu
lorong kecil. Tidak sampai lima minit melalui lorong yang sempit itu, kami
sampai ke sebuah rumah papan kecil.
Haji
Salim tongkat motorsikal di bawah pokok mempelam. Dalam perkiraan saya, jarak
Kampung Kelubi dengan kampung saya kira sepuluh batu lebih. Kampung Kelubi
berada dalam jajahan Larut dan Matang.
Haji
Salim terus memberi salam. Salam Haji Salim dijawab. Bila saya merenung ke
pintu rumah, seorang lelaki tercegat di situ, orangnya kecil, berkulit agak
hitam, rambutnya kerinting.
“Naik,
budak yang pakai baju merah dan berseluar putih tu siapa?” tanya orang itu pada
Haji Salim. Saya tahu kata-kata itu ditujukan pada saya.
“Nanti
sekejap lagi saya beritahu,” jawab Haji Salim dan terus melangkah ke kaki
tangga.
Bila
berada dalam rumah orang itu, saya duduk dekat Haji Salim. Orang itu terus
menjentik parang yang diberikan oleh Haji Salim padanya dengan kuku ibu jari
kiri.
“Besinya
baik, tidak rapuh,” katanya sambil meletakkan parang itu di hujung lututnya.
Dari raut wajahnya, saya kira orang itu berusia antara 50-55 tahun. Haji Salim
memanggilnya sebagai Lebai Din. Peramah dan suka berjenaka.
“Budak
yang kamu bawa ni, berkulit cerah, rambut kerinting, ada parut di kepala,”
Lebai Din terus memperkatakan diri saya. Semua yang dikatakannya itu memang
tepat. Meskipun matanya buta. Saya kagum dengan kebolehannya itu.
“Pak
Lebai nak buat apa parang ni?” tanya saya.
“Nak
menebas kebun getah, biar mudah aku menoreh.”
“Eh,
buta pun boleh menoreh dan menebas kebun.”
“Apa
kau fikir orang buta tak boleh kerja? Dalam hidup ni biar kita buta mata,
jangan buta hati. Kalau dah buta hati, celik pun tak guna.”
Haji
Salim ketawa mendengar cakap Lebai Din itu. Saya merasakan ungkapan itu satu
sindiran buat saya yang celik. Kalau saya tidak fikir yang berkata itu orang
yang cacat anggotanya, mahu rasanya saya bertekak. Panas hati saya disindir
dalam baik.
“Dia
bukan menyindir, cakapnya itu penuh makna,” kata Haji Salim bila melihat saya
dalam keadaan resah. Lebai Din tersenyum.
“Aku
tahu budak tu marah. Tapi dia harus ingat, orang cepat marah selalu rugi. Hei
budak kamu marahkan aku?” ujar Lebai Din dalam senyum yang memanjang.
“Saya
tak marah.”
“Belajarlah
dalam hidup untuk jadi orang yang tidak lekas marah. Aku tahu kamu budak
pintar,” Lebai Din terus menepuk nepuk kepala saya. Haji Salim hanya
memperhatikan sahaja telatah Lebai Din terhadap diri saya.
Tanpa
diminta, Lebai Din menceritakan pada saya bahawa kedua belah matanya buta sejak
kecil lagi. Pada mulanya ia sakit mata dalam usia tujuh tahun. Ibunya membawa
dia menemui dukun mata. Entah di mana silapnya, sejak menemui dukun mata itu
matanya terus sakit dan akhirnya menjadi buta.
Menurut
cerita ibunya, dukun mata itu tersalah ramuan ubat. Mungkin dukun mata itu
merasa bersalah lalu menjadikan ia anak angkat. Semasa menjadi anak angkat
dukun mata itulah ia belajar silat, mengenal bentuk tubuh dan kulit orang
berdasarkan bau badan. Dari tekanan suara seseorang ia dapat membaca watak
peribadi orang itu.
Memanglah
Lebai Din orang buta yang hebat, pada tanggapan saya. Kalau ia bercerita
tentang dirinya memang asyik kita mendengarnya.
“Itu
kisah lalu,” katanya mengakhiri cerita dirinya sambil merenung ke arah saya.
Meskipun
kedua belah kelopak matanya tercantum, saya masih dapat merasakan di sebalik
kulit yang bercantum itu ada sepasang mata yang tajam boleh menembusi hati dan
perasaan sesiapa yang berada di hadapannya.
“Sekarang
ada kisah baru Haji,” Lebai Din memperkemaskan silanya. Ia meraba kepala
lututnya.
“Cerita
apa Pak Lebai?” sahut Haji Salim.
“Begini,
sejak dua tiga minggu lalu, orang-orang di kampung ini heboh memperkatakan
tentang seorang pendekar yang boleh terbang atas angin.”
“Siapa
orangnya Pak Lebai?”
“Aku
tak kenal.”
“Pernah
Pak Lebai bercakap dengannya.”
“Ada
sekali. Waktu aku sedang motong getah ia lalu, kemudian ia minta kebenaran dari
aku untuk mendirikan pondok di kebun getah aku.”
“Aku
izinkan. Bila aku izinkan dia tak mahu, dia minta kebenaran untuk dirikan
pondok di sawah aku yang terpencil.”
“Habis
Pak Lebai izinkan.”
“Aku
izinkan. Apalah salahnya dia nak menumpang. Lagipun bumi ini Allah yang punya.
Kita cuma diamanatkan untuk menjaganya semasa kita masih hidup.”
Haji
Salim merenung wajah saya. Kemudian Haji Salim kerutkan kening sambil
meraba-raba pangkal dagunya. Macam memikirkan sesuatu.
“Bila
aku tanya kenapa dia tak mahu mendirikan pondok dalam kebun getah yang letaknya
tidak jauh dari rumah aku, jawapannya meragukan,” Lebai Din berhenti bercerita.
Ia termenung panjang. Perbuatannya itu membuat saya tidak sabar lalu mengajukan
pertanyaan.
“Apa
dia jawapannya Pak Lebai?”
“Hai
kau pun nak tahu jawapannya?”
“Ceritakanlah
Lebai, saya juga nak tahu,” sahut Haji Salim dengan tenang.
“Katanya,
dia ramai anak murid. Mengajar silat dari tengah malam hingga pagi, kalau dekat
kampung nanti orang kampung marah,” Lebai Din memberikan keterangan. Saya dan
Haji Salim anggukkan kepala.
“Dari
cara orang tu bercakap berdasarkan gerak suaranya, dia memang tidak jujur.
Kalau aku boleh mengintip mahu aku mengintipnya waktu malam.” Sambung Lebai
Din. Dari cara Lebai Din bercerita itu, ia seolah-olah minta Haji Salim
mengintip gerak geri pendekar tersebut.
Lebih
kurang sejam kami berada di rumahnya, kami pun minta diri. Kami tidak singgah
di mana-mana. Terus pulang ke rumah. Bila sampai di rumah Haji Salim, saya
terkejut besar melihat datuk berdiri di halaman rumah Haji Salim sambil memulas
tangan kanan Daud ke belakang.
Daud
saya lihat tunduk sambil menahan kesakitan. Wajah datuk merah. Haji Salim
segera menghampiri datuk.
“Kenapa?
Kenapa Daud dibuat macam tu,” suara Haji Salim lembut. Wajahnya cemas. Datuk
tidak menjawab. Daud ditolaknya hingga terjerumus ke bumi.
“Aku
bunuh kamu, kalau kamu membuat perkara maksiat tu,” suara datuk meninggi.
Datuk
terus menumbuk pokok pisang melepaskan geramnya. Pokok pisang yang ditumbuk
datuk terus patah dua macam dipotong dengan parang. Datuk terus termenung
panjang di situ. Haji Salim segera menghampiri Daud yang baru bangun sambil
meraba dadanya. Mukanya nampak pucat.
“Kenapa
Daud?” soal Haji Salim.
“Saya
orang miskin. Kata orang dalam kubur lama ada harta karun, ada emas berlian,
jadi saya cuba korek. Baru dua kali korek orang tua datang,” Daud merenung ke
arah datuk. Muka Daud nampak cemas sekali.
Haji
Salim terus menarik Daud ke dalam ruang tempat kerjanya. Ia suruh Daud duduk di
situ. Kemudian Haji Salim terus menemui datuk. Mereka bercakap-cakap sebentar.
Datuk dan Haji Salim terus menemui Daud.
“Sekarang
aku mahu kau bercerita perkara yang benar,” kata Haji Salim pada Daud. Datuk
tidak berkata apa-apa. Ia cuma termenung dan berusaha menenangkan rasa marah
yang membara dalam dirinya.
Daud
terus bercerita. Kira-kira dua bulan yang lalu, ia diajak oleh seorang kawannya
dari Pulau Pinang untuk memasuki satu kumpulan yang kerjanya mencari kubur lama
untuk dipuja dengan tujuan mencari harta karun. Menurut ketua kumpulan, setiap
kubur lama terutama kubur raja-raja dahulu kala menyimpan harta karun kerana
dipercayai orang-orang yang mati itu ditanam bersama-sama dengan hartanya.
Dalam usaha mencari harta karun itu, mereka sudah menjelajah ke seluruh tanah
air. Mereka bergerak waktu malam.
“Siapa
nama ketua kumpulan kamu,” soal datuk.
“Kamal,
orang Batu Maung. Tetapi, ketua nombor satu seorang dukun tua yang berulat kaki.
Saya yang memberitahu mereka di sini ada kubur lama.”
“Patutlah
kamu selalu keluar. Kata kamu kerja kontrak tetapi lain pula yang kamu
lakukan,” potong Haji Salim.
“Ya,
saya menipu,” sahut Daud.
Datuk
terus merisik rahsia dari Daud. Daud mengakui dia pernah memakai Jubah Hitam
dan berada di kubur lama melakukan pemujaan. Tetapi, ia tidak pernah memotong
lidah anak dara sunti. Cuma ia memberitahu pada kumpulannya tentang jumlah anak
dara sunti yang terdapat di kampungnya.
“Kata
dukun panglima di kampung kita ni susah sikit, ada penghalangnya. Penghalangnya
besar dia ni,” Daud menudingkan jari telunjuknya ke arah datuk. Haji Salim
menarik nafas panjang. Datuk tersenyum, ia sudah dapat mengawal perasaannya.
“Orang
yang kau sebut sebagai Dukun Pendekar tu, boleh mengubat orang dan mengambil
upah membuat orang,” tanya datuk.
“Ya,
semua kerja jahat dia boleh buat. Dia berdendamkan kamu,” jawab Daud. Datuk
menarik nafas panjang.
“Begini
saja Daud. Kau ceritakan pada kami tentang kehebatan Dukun Pendekar yang aku
lihat pada kami. Kalau ia betul-betul hebat, kami ikut dia. Sama-sama kita cari
harta karun. Aku tahu tempat kubur lama yang menyimpan harta,” Haji Salim
memujuk Daud penuh sopan santun.
Pada
mulanya, Daud keberatan mahu menceritakan kisah ketuanya itu. Bila Haji Salim
memperlihatkan kemampuannya menggenggam bara api dan mematahkan besi pejal,
Daud terus membuka rahsia.
Kata
Daud, kaki kanan Dukun Pendekar dihinggapi penyakit tokak, sudah berulat.
Ulat-ulat tokak itu tidak pernah dibuang atau dibunuh. Jika ulat-ulat itu
jatuh, ia akan mengutipnya dibungkus dalam kain kuning. Kemudian ulat-ulat
dipelihara dalam balang besar dan diberi makan bangkai dan lidah manusia serta
binatang.
Setiap
kali Dukun Pendekar masuk gelanggang, tokak di kaki kanannya sukar untuk
dikesan oleh para muridnya. Ia pernah melihatkan kemampuannya di hadapan Daud
dan anak-anak muridnya yang lain, berjalan dalam hujan lebat waktu malam dengan
membawa pelita. Pelita yang dibawanya tidak padam.
Dia
berjalan cukup laju, kalau ia mahu pergi ke sesuatu tempat, ia akan menyebut
nama tempat. Selesai saja sebut nama tempat tersebut ia akan hilang dan dirinya
akan berada di tempat yang disebutnya,” ujar Daud penuh rasa kekaguman.
“Lagi
apa kebolehannya?” desak datuk.
“Bila
ia berhadapan dengan orang yang warak dan taat dengan hukum Allah, ia akan
memperlihatkan dirinya sebagai orang yang tinggi dalam ilmu agama. Boleh
menyebut ayat al-Quran dengan fasih.”
“Waktu
siang, suka memencilkan dirinya di gua atau pondok buruk.”
Datuk
dan Haji Salim berpandangan. Saya memicit jerawat batu di pipi kanan. Angin
yang menerpa ke dalam ruang menjamah wajah saya. Terasa nyaman dan selesa.
Beberapa helai daun kering kelihatan gugur di halaman.
Daud
terus membisu, rambut panjangnya yang menyerkup dahi diangkatnya dengan telapak
tangan kanan. Parut di dahi sebelah kiri jelas kelihatan. Parut itu nampak
kehitam-hitaman sedikit.
“Orang
tu sekarang duduk di mana?” suara datuk agak meninggi.
Sepasang
matanya tertumpu ke wajah Daud. Cepat-cepat Daud mengalihkan pandangannya ke
arah lain. Tidak mampu Daud menentang sepasang biji mata datuk yang
berkaca-kaca itu.
“Orang
tu, berada tak jauh dari sini. Jangan kacau, dia berjanji pada saya tidak mahu
kacau orang-orang kampung kita,” kata Daud yang berbadan tegap dan tidak suka
memakai baju.
“Buktinya?”
tingkah Haji Salim.
“Dah
dua minggu dia tak kacau,” balas Daud sambil merenung wajah Haji Salim. Aneh
sungguh sikap Daud. Cakap dengan Haji Salim berani, tentang muka dengan datuk
tidak berani.
Saya
hanya memerhatikan telatah Daud dengan ekor mata sambil memicit jerawat yang
mula membengkak di sudut dagu kanan. Memicit jerawat memang menyeronokkan. Bila
terasa sakit dilepaskan, kemudian diraba, digosok perlahan-lahan dan dipicit
lagi.
“Boleh
kau tunjukkan tempatnya pada kami,” nada suara datuk mula lembut. Kali ini
datuk tidak merenung ke arah Daud. Datuk renung dinding. Saya lihat Daud
merenung muka datuk. Perlahan-lahan Daud menjuihkan bibirnya ke depan, ia
semacam memperkecil-kecilkan datuk.
“Pendekar
Kamal, tidak mudah dijumpai atau ditemui. Lebih-lebih lagi, kalau orang yang
mahu menemuinya mempunyai niat tertentu,” Daud segera bangun. Melangkah dua
tapak ke arah saya, berdiri di sisi saya. Tiba-tiba perasaan saya jadi
gementar.
Saya
jeling ulas-ulas lengan Daud yang menonjol dan keras. Orangnya cukup tinggi
hampir lima kaki tujuh inci. Saya jeling dadanya yang berbulu. Saya kira, kalau
ia menghentakkan siku kanannya ke dada saya, pasti saya tersungkur.
“Saya
tidak akan menunjukkan tempat Pendekar Kamal, walaupun tempatnya saya tahu,”
cara mendadak sahaja Daud menjerit. Ia terus menendang pelipat kaki saya, saya
terus jatuh.
Daud
terus menendang apa sahaja yang ada di depannya. Saya cuba bangun. Belumpun
sempat saya berdiri dengan betul, satu penendang hinggap di bahagian kanan
perut saya. Saya terus menggulung-gulung atas lantai menahan kesakitan. Perut
terasa senak. Daud terus melompat dan menyambar lembing.
“Sesiapa
yang mahu kacau guru aku, aku bunuh sampai mampus,” Daud mengacukan mata
lembing ke arah Haji Salim. Saya lihat Haji Salim tenang sahaja.
Melihat
datuk dan Haji Salim terpaku dengan tindakannya itu, Daud mula memperlihatkan
taringnya. Ia melompat atas pelantar lalu mengambil parang panjang. Lembing di
tangan terus dibuang.
“Daud,”
jerit Haji Salim.
Serentak
itu Haji Salim melompat lalu melepaskan penampar sulungnya yang lembut ke pipi
kiri Daud. Tidak saya duga sama sekali penampar yang lembut itu boleh
menyebabkan Daud jatuh tersungkur. Daud mengeletek macam ikan keli kena pukul.
Mulut Daud kelihatan berbuih-buih sambil mengeluarkan suara dengkur, tidak ubah
macam bunyi lembu yang kena sembelih.
“Macam
mana awak buat budak ni Haji?” tanya datuk.
“Saya
lepaskan bisa biar dia tahu tua-tua saya, bukan tua saja. Tua-tua saya, tua
berisi.”
“Awak
sudah keterlaluan.”
“Saya
tahu. Melihatkan sikapnya yang takbur saya terpaksa menamparnya dengan bisa
tangan.”
“Awak
yang melepaskan bisa tangan, saya tidak upaya menawarnya. Awak tawarlah
sendiri.”
Haji
Salim mendekatkan telapak tangan kirinya yang menampar muka Daud ke bibirnya.
Saya lihat bibirnya bergerak-gerak, kemudian jejarinya terus dicium. Haji Salim
rapat ke arah Daud. Tangan kirinya diletakkan ke pipi Daud. Badan Daud yang
menggeletar kembali macam biasa. Mulutnya yang berbuih, sudah tidak berbuih
lagi.
Dengkurnya
yang meninggi mula menurun. Daud membuka mata dan terus duduk termenung, tidak
ubah macam ayam mabuk tahi.
“Budak
tu belum cukup pulih. Kalau dibiarkan begitu dia akan jadi bodoh seumur hidup,”
datuk mengingatkan Haji Salim. Saya lihat Haji Salim anggukkan kepala.
Ia
meninggalkan kami di ruang kerjanya, menuju ke ruang dapur. Saya tidak tahu apa
yang dilakukan oleh Haji Salim di ruang dapurnya. Haji Salim menemui kami
kembali. Di tangannya ada secawan air putih. Ia terus menghampiri Daud. Kepala
Daud digosoknya beberapa kali.
“Minum
air ini,” ia memujuk.
Daud
terus mengambil cawan di tangan Haji Salim. Tanpa berfikir panjang, Daud terus
meneguk air di cawan sampai habis. Dalam sekelip mata sahaja, Daud terus bangun
dan bertenaga kembali.
Mata
Daud kelihatan merah. Ia mula bertempik dan menyambar parang semula. Kali ini,
terus menyerang dengan melulu. Saya terpaksa lari keluar.
Daud
memilih datuk sebagai sasaran utamanya. Ia terus menyerang bertubi-tubi. Setiap
kali Daud melibaskan parang panjangnya, datuk terpaksa melompat ke kiri,
melompat ke kanan. Datuk terus menyusup ke bawah pelantar dan melindungkan
badannya dengan papan. Datuk terus bersembunyi di situ.
Melihat
datuk menyusup bawah pelantar, Daud bertambah marah. Ia terus menjerit-jerit
sambil memukul dadanya dengan hulu parang. Ia menoleh ke kanan lalu menyerang
Haji Salim dengan bertubi-tubi. Macam datuk juga, Haji Salim terpaksa mengelak
ke mana sahaja, asalkan mata parangnya tidak menjamah tubuhnya.
Kekuatan
Daud sungguh berbisa. Langkahnya cukup cepat macam kilat. Telapak kakinya
seolah-olah tidak memijak lantai. Wajahnya cukup garang dan menggerunkan
sesiapa yang melihatnya.
“Jangan
apa-apakan budak itu, dia dah kemasukan syaitan. Pertahankan diri awak dari
kena parangnya,” jerit datuk dari bawah pelantar mengingatkan Haji Salim. Datuk
tidak mahu Haji Salim bertindak sebarangan.
Tamar Jalis
“Cucu
awak ni, bangun tidur terus pening dan jatuh atas lantai."
67. Pelihara Ulat Tokak
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
Mujurlah
ingatan datuk itu, sedia dipatuhi oleh Haji Salim. Ia tetap bersikap tenang.
Serangan mata parang dari Daud dapat dielakkannya dengan mudah. Tetapi, Daud
terus mengasak dan menyerang. Ia tidak nampak penat pun. Makin lama makin
bertambah tenaganya. Seluruh badan Daud terus dibasahi oleh peluh.
“Ah,
haji laknat,” pekik Daud sambil melompat tinggi ke arah Haji Salim.
Daud
melepaskan tetakan pancung ke arah leher Haji Salim. Cepat-cepat Haji Salim
merebahkan badannya. Mata parang panjang singgah di papan diding dan terus
melekat di situ.
Daud
menarik parang panjangnya dan papan dinding pun terkopak. Ia berpusing ke kanan
lalu melakukan serangan kilat. Haji Salim mula terdesak. Ruang untuknya
bergerak bagi mempertahankan diri begitu terhad. Daud mahu menggunakan
kesempatan itu untuk menamatkan riwayat Haji Salim.
Dalam
keadaan yang terdesak itu, Haji Salim masih berjaya menepis serangan dari Daud.
Haji Salim berjaya mengguling-gulingkan badannya hingga beralih tempat ke arah
pintu keluar. Bila sampai di muka pintu, Haji Salim segera bangun untuk lari
keluar. Dalam masa itu Daud melepaskan satu tetakan yang tajam ke arah perut
Haji Salim. Waktu Haji Salim mahu mengelakkan serangan itu, mata parang di
tangan Daud sempat jatuh ke bahu kanan Haji Salim.
Saya
lihat darah memuak keluar dari pangkal bahu kanan Haji Salim. Daud terus ketawa
sambil menjilat-jilat kesah darah Haji Salim yang melekat di mata parang
panjang. Waktu Daud asyik menjilat-jilat darah itu, Haji Salim menerpa ke arah
Daud. Daud ditolaknya hingga jatuh. Datuk keluar dari bawah pelantar dan terus
merampas parang panjang dari tangan Daud.
“Kau
sudah melampau,” jerkah datuk pada Daud yang terkial-kial mahu bangun. Haji
Salim segera mengambil kain untuk membalut luka di lengannya. Saya pun
melangkah ke dalam ruang kerja Haji Salim.
“Mengapa
ini kau lakukan pada aku Daud,” Haji Salim renung muka Daud. Saya lihat Daud
terus membisu. Ia berdiri kaku sambil menggigit bibirnya. Datuk terus
menghampirinya. Dan Daud berusaha dengan sedaya upaya menjauhkan dirinya dari
datuk.
“Ah,”
jerit Daud lalu menumbuk pangkal tengkuk datuk. Datuk terjatuh. Daud sambar
parang dari tangan datuk dan terus bertempik dengan sekuat hati. Daud terus
keluar dari ruang tempat kerja, berlari dalam panas yang terik. Suara tempikan
Daud mengejutkan penduduk Kampung Mandi Upih.
Sambil
berlari Daud terus memarang apa sahaja. Ia mengamuk dengan semahu-mahunya.
Pokok pisang, dahan rambutan dan manggis jadi mangsanya. Tidak memadai dengan
itu Daud terus membunuh lembu, kambing, ayam serta itik yang ditemuinya.
“Kita
tangkap dia,” kata datuk. Serentak dengan itu, saya dan Haji Salim terus
mengikut datuk memburu Daud yang lari menuju ke Kampung Gaduh. Saya
tercungap-cungap dan berhasrat tidak mahu memburunya. Tetapi, datuk tetap
memaksa saya.
Dari
Kampung Gaduh, Daud terus memasuki Kampung Bakar Sampah menuju ke Kampung
Kilang. Dari Kampung Kilang ia terus mengamuk hingga ke Ulu Licin dan akhirnya
menghilangkan diri dalam hutan di Ulu Licin.
Saya,
Haji Salim dan datuk kembali ke tempat asal. Sebaik sahaja kami sampai di rumah
Haji Salim, orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka ingin mengetahui apa
yang terjadi. Haji Salim terus memberikan penjelasan dengan terperinci. Selesai
Haji Salim bercakap, datuk pula mengambil peranan, memeberikan penerangan
selanjutnya.
Saya
lihat, baik datuk mahupun Haji Salim tidak membocorkan rahsia diri Daud yang
mereka ketahui. Mereka tidak memburuk-burukkan Daud, mereka sekadar berkata
bahawa Daud jadi demikian kerana fikirannya terganggu dengan kejadian yang
berlaku di kampung.
“Usah
bimbang. Baliklah ke rumah masing-masing dan teruskan kerja macam biasa,”
beritahu datuk pada mereka. Semuanya anggukkan kepala tanda setuju.
“Kami
harap kalau ada hal-hal yang buruk segera beritahu kami. Kami tidak mahu
anak-anak dara sunti kami jadi korban tidak tentu fasal,” cara mendadak salah
seorang daripada mereka bersuara.
Orang
yang bersuara itu, seorang lelaki tua yang sudah berusia kira-kira lapan puluh
tahan, memakai tongkat.
“Mana
yang kami tahu, kami khabarkan. Mana yang kami tak tahu, kita serahkan pada
Allah. Semoga Allah akan melindungi kita semua,” balas Haji Salim dalam nada
suara yang lembut.
Orang-orang
kampung puas hati dengan jaminan itu. Mereka pun bersurai.
Anehnya,
tidak ada seorangpun yang bertanya tentang lengan kanan Haji Salim yang
berbalut. Mungkin mereka tidak nampak atau perasan dengan apa yang ditanggung
oleh Haji Salim. Satu hal yang pasti, sama ada datuk atau Haji Salim tetap
merahsiakan kemampuan diri masing-masing di mata orang kampung.
“Bagaimana
dengan luka tu masih terasakah bisanya?” tanya datuk pada Haji Salim, bila
keadaan suasana sekitar beransur aman.
“Tak
apa, esok sembuhlah. Malam ni saya tawar sendiri,” jawab Haji Salim dengan
tenang.
“Kalau
begitu, biarlah kami pulang,” ujar datuk.
“Silakan,
tapi…,” Haji Salim tidak meneruskan kata-katanya. Ia termenung panjang sambil
menatap batang tubuh datuk, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas.
Melihat
keadaan Haji Salim yang lain macam itu, datuk terus mengajukan pertanyaan.
“Kenapa
Haji?”
“Saya
terasa badan kurang sedap, terasa tiap sendi berdenyut-denyut.”
“Agaknya
bisa parang panjang.”
“Bukan.”
“Kalau
bukan itu, apa dia?”
“Setiap
kali saya teringatkan Daud dan gurunya, badan saya terasa sakit, kepala terasa
berpusing.”
“Bukan
apa-apa tu, darah terlalu banyak keluar.”
“Boleh
jadi betul, boleh jadi tidak cakap awak tu.”
“Terpulanglah
pada awak,” balas datuk. Mereka ketawa serentak dan saya cuma tumpang senyum
sahaja.
“Kampung
kita dalam bahaya, berhati-hatilah. Lepas sembahyang Zuhur dan Asar, saya nak
jumpa awak,” Haji Salim menyambung perbualan yang terputus.
“Jumpa
di mana? Di surau atau di rumah saya.”
“Di
rumah awak. Ada rahsia yang nak saya cakapkan. Tunggu saja di rumah.”
“Baiklah.”
Saya
dan datuk pun mengatur langkah. Panas yang memancar terik menikam ke kulit muka
hingga terasa pedih. Awan kelihatan putih bersih berarak di dada langit. Angin
yang bertiup cuma mampu mengerak-gerakkan dedaun tetapi tidak berjaya
mengurangkan rasa panas pada diri saya.
Saya
terus berjalan mengekori datuk sambil mata liar memandang ke kiri dan ke kanan,
melihat burung merbah dan murai melompat di dahan. Kepala saya terus
menggambarkan wajah guru Daud. Aneh, setiap kali saya cuba membayangkan bentuk
wajah gurunya, bulu tengkuk saya meremang. Saya merasakan semacam ada orang
yang memerhatikan langkah saya dalam perjalanan. Saya terus tidak berani
mengingati nama Daud dan gurunya.
MANDI
Kami
sampai di rumah. Saya terus mandi, begitu juga dengan datuk. Kami sembahyang
Zuhur, saya disuruh oleh nenek membersihkan kawasan rumah. Pada mulanya saya
enggan melakukannya. Bila nenek berjanji mahu memberikan wang sebanyak lima
ringgit, saya menyatakan kesanggupan.
Menjelang
waktu Asar, seluruh kawasan rumah bersih. Tidak ada daun di halaman, tidak ada
dahan atau ranting kayu yang berserakkan. Semuanya sudah dikumpul dan dibakar.
Semut dan nyamuk habis lari. Ular dan kala terus membawa diri.
Nenek
memujuk saya sebagai orang yang rajin. Memang leceh bila nenek memberitahu saya
upahnya akan dibayar selepas musim menuai. Saya dan nenek terus bertengkar
kecil. Tetapi, saya merasakan pertengkaran kecil itu menguntungkan saya.
Sebabnya, lepas bertengkar nenek menaikkan upah dari lima ringgit menjadi tujuh
ringgit.
Nenek
terus bayar tunai tanpa mahu menanti musim menuai. Ada syarat yang nenek
kenakan. Syaratnya bukan susah. Lepas sembahyang Asar nanti, saya dimestikan
membelah tujuh batang kayu getah untuk dijadikan kayu api.
Masa
itu wang tujuh ringgit cukup tinggi nilainya sama dengan nilai lima belas
ringgit sekarang. Saya boleh membeli baju, seluar dan sepasang sepatu getah
FUNG KEONG bertapak tebal atau saya boleh pergi ke bandar Taiping menonton
filem Melayu dan tidur di hotel kelas rendah.
“Kau
pergi sembayang dulu, lepas sembahyang selesai kerja tu,” ujar nenek. Tanpa
membuang masa saya terus mandi dan mengambil air sembahyang. Bila saya masuk ke
ruang tengah datuk sudahpun menanti. Ia menjadi imam dan saya jadi makmumnya.
Setelah
memberi salam terakhir, saya hulurkan tangan pada datuk untuk bersalam. Waktu
itu saya terlihat ada seorang lelaki duduk di sisi saya. Ia juga menghulurkan
tangan untuk bersalam dengan datuk. Saya tidak tahu dari mana lelaki itu
datang. Ia memakai pakaian serba hijau. Dan serban hijaunya terikat kemas di
kepala.
Saya
yakin orang inilah yang muncul di depan datuk kira-kira sebulan yang lalu. Saya
tidak memperhiraukannya. Datuk menyambut salam dari saya. Dada saya berdebar
kerana datuk tidak terkejut dengan kehadiran orang itu.
Datuk
menyambut salam darinya. Tetapi, bila telapak tangannya mahu menyentuh telapak
tangan datuk, cepat-cepat orang itu menarik tangannya dan terus
menyembunyikannya ke dalam saku bajunya. Orang itu memalingkan mukanya ke arah
lain. Tidak mahu menentang wajah datuk. Orang itu lebih senang melihat sinar
matahari yang beransur reda di luar.
“Kau
benar-benar mahu menjahanamkan aku,” orang itu bersuara dengan tenang tanpa
merenung wajah datuk.
Bila
dilihatnya datuk tidak mengindahkan cakapnya, ia terus menyapu mukanya dengan
telapak tangan kanan. Datuk terus membaca doa hingga tamat.
“Jangan
begitu, akibatnya buruk,” tambah orang itu lagi.
“Maksud
kamu?” soal datuk.
“Kau
menyeksa anak murid aku.”
“Siapa
anak murid kamu?”
“Daud.”
“Daud?”
ulang datuk dengan rasa gugup.
“Ya.
Itu saja yang mahu aku ingatkan kamu. Aku nak balik ke Ulu Kelubi,” orang itu
segera bangun, melangkah ke pintu. Berdiri di situ sejenak merenung ke dalam
rumah. Ia terus memijak anak tangga. Dalam beberapa minit sahaja orang itu
hilang dari pandangan saya dan datuk.
Datuk
terus menemui nenek. Mereka bercakap seketika. Datuk kembali ke ruang tengah
mengenakan baju putih ke badan. Ia sarung seluar warna kelabu. Tanpa menegur
saya datuk turun dari rumah. Saya segera menemui nenek.
“Datuk
nak ke mana nek?”
“Katanya
nak pergi ke Kampung Ulu Kelubi, apa pula halnya tak beritahu aku.”
“Ha,
saya nak ikut,” jerit saya lalu meninggalkan nenek. Datuk terus saya buru.
Datuk
singgah di rumah Haji Salim sebentar. Dilihatnya Haji Salim terbaring di atas
pelantar. Datuk rasa badan Haji Salim. Ternyata badan Haji Salim panas,
keliling lengannya yang kena parang mula membengkak. Haji Salim tidak dapat
menggerakkan tangannya.
“Badan
aku tak berapa sihat, kau seorang saja pergi ke Kampung Ulu Kelubi, jumpa Lebai
Din. Cucu kamu tahu rumahnya,” ujar Haji Salim sambil merenung ke arah saya.
Datuk
anggukkan kepala. Ia tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun untuk saya.
Tetapi, dari kerdipan mata dan air mukanya, saya yakin datuk merestui saya
mengikutinya.
LEBAI
Kami
terus ke rumah Lebai Din. Saya terus memperkenalkan datuk dengan Lebai Din.
Mereka terus bercakap penuh mesra, ada nasihat tertentu yang disampaikan oleh
Lebai Din pada datuk. Semuanya di dengar oleh datuk dengan teliti.
“Hati-hatilah
dengan orang itu. Saya tak boleh melihat rupanya tetapi setiap kali ia bercakap
dengan saya, saya rasa dia bukan sebarang orang. Banyak ilmu salah yang
dimilikunya,” terang Lebai Din.
“Saya
bukan apa-apa. Saya cuma nak berjumpa dan bercakap-cakap panjang dengannya,”
jawab datuk.
“Kalau
niat awak baik, Allah menyebelahi awak.”
“Saya
berdoa Allah akan melindungi saya,” suara datuk merendah. Kami pun terus
meninggalkan rumah Lebai Din.
Saya
dan datuk terpaksa meredah kebun getah yang cukup luas. Pokok getah tua yang
berbatang besar masih mampu mengeluarkan susu getah yang banyak. Dedaunnya
kelihatan menghijau serta bergoyang-goyang di tolak angin petang.
Kulit
buah getah berserakkan atas rumput. Pot-pot getah bertaburan di pangkal pokok
getah. Langkah datuk cukup cepat, ia kelihatan bagaikan tidak menghadapi
masalah memijak ranting dan kayu yang lintang pukang di celah-celah nirai
getah.
Saya
terpaksa melangkah dengan hati-hati, silap langkah saya akan tersepakkan
tunggul atau akar yang merayap di bumi. Berjalan di celah-celah nirai pokok
getah terasa amat seronok. Cahaya matarahi tidak menjamah muka kerana dihalang
oleh dedaun getah yang lebat dan berlapis-lapis.
Saya
dan datuk sampai ke kepala sawah. Dari situ kami melihat ke arah sebuah pondok
lama yang terletak di tengah-tengah sawah. Pondok itu didirikan di atas
sebidang tanah yang agak tinggi dari permukaan sawah. Kawasannya agak luas.
Ada
pokok kelapa gading yang berbuah lebat di samping beberapa batang pokok rumbia.
Untuk ke pondok lama tersebut, kami terpaksa melalui batas yang sempit dan
memanjang.
Di
kiri kanan batas yang penuh dengan pokok-pokok padi yang baru bunting,
anak-anak ikan haruan dan keli berlari liar di celah-celah padi. Angin yang
bertiup membuat air dalam sawah bergelombang. Saya dan datuk terpaksa memijak
batas dengan teliti serta mengimbangi badan.
Kalau
tidak pandai mengimbangi badan pasti jatuh ke dalam pohon padi. Seluruh badan
akan basah kena air sawah. Lumpur sawah akan masuk ke mata. Saya menarik nafas
panjang kerana berjaya sampai ke kawasan pondok lama. Saya lihat pintu dan
tingap pondok lama tertutup rapat. Rumput tumbuh subur hingga ke bawah pondok.
Saya
renung ke arah datuk yang berdiri di sisi saya. Datuk anggukkan kepala memberi
syarat, supaya mara ke arah pondok. Saya terus mengekori datuk hingga ke kaki
tangga pondok lama.
Tanpa
di sangka-sangka, pintu pondok lama terbuka sendiri. Seorang lelaki tua duduk
di muka pintu. Bau hapak mula datang menerkam lubang hidung. Tekak saya mula
terasa loya dan mahu muntah. Orang tua itu menjuntai kaki kanannya. Saya lihat
ada tokak di buah betisnya, beberapa ekor ulat macam ulat nangka jatuh ke
tanah.
Ulat
yang masih lekat di tokaknya terus bergerak-gerak memakan daging buah betisnya.
Memang menggelikan melihat ulat-ulat hidup yang jumlahnya bukan sedikit
bergerak.
Saya
tergamam bila orang tua itu mengambil ulat-ulat yang jatuh atas tangga lalu
menaruh kembali pada tokaknya.
“Apa
hajat?” tanyanya pada datuk.
“Tadi
kita berjumpa tapi tak puas. Fasal itu saya datang lagi ke sini.”
“Oh,
awak salah orang.”
“Tidak.”
“Awak
yakin.”
“Saya
yakin awaklah yang datang ke rumah saya dan sembahyang bersama.”
Mendengar
cakap datuk itu, orang tua tersebut terdiam. Wajahnya yang kasar dan keras,
penuh dengan parut berubah menjadi pucat. Memang, kalau direnung wajah orang
tua itu lama-lama terasa seram sekali.
Sepasang
matanya kelihatan besar. Kiri dan kanan di bawah kelopak matanya ada kulit
tumbuh yang berlapis-lapis. Kulit itu kelihatan lembik. Kulit pipi sebelah
kanannya menggerutu dan lembik macam telinga gajah. Manakala kulit pipi sebelah
kiri terdapat seketul tahi lalat hitam, sebesar telur ayam.
Tahi
lalat yang melekat di pipi macam terjuntai-juntai. Bila ia bergerak ke kanan
atau ke kiri, tahi lalatnya itu kelihatan terbuai-buai. Di bawah dagunya tumbuh
daging tebal yang berair. Dan parut kelihatan di mana-mana atas kulit mukanya.
Bibir atas dan bibir bawahnya tebal. Hidungnya dempak dan besar. Sebelah
keningnya tidak berbulu.
“Sial,”
pekiknya lalu menutup pintu. Datuk dan saya berpandangan.
Matahari
petang bertambah condong, angin terus bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaun kelapa
melintuk ke kiri, melintuk ke kanan mengikut arahan tiupan angin.
“Ya,
aku datang,” saya dan datuk pusing badan ke kiri. Di situ muncul seorang lelaki
berpakaian serba hijau. Ia memberi salam pada datuk, segera datuk menjawabnya.
Orang itu tersenyum.
“Sudahlah
Kamal, kau jangan memperdayakan aku lagi,” datuk segera menyinsing lengan. Saya
terus lari ke pangkal pokok kelapa. Sandarkan badan di situ.
“Mana
murid kamu yang membuka rahsianya, kau perdayakan mereka, kau pura-pura
mengajar agama dan silat. Ajaran agama yang kau bawa bertentangan dengan ajaran
Islam yang sebenar. Kau tidak mengajak mereka pada kebaikan, kau mengajak
mereka pada jalan kejahatan untuk kepentingan dirimu.”
“Kau
silap kawan.”
“Aku
tidak silap Kamal. Kau memang orang yang tahu tentang agam dan mempelajari
agama secara mendalam. Sayangnya kau jadikan agama sebagai alat untuk memenuhi
kemahuan kamu.”
“Buktinya?”
“Tak
payah aku terangkan. Kau ke mari kerana mencari aku untuk membalas dendam.
Banyak rancangan kau yang aku gagalkan.”
“Ya,”
jawab orang itu.
Serentak
dengan itu, pakaian hijau yang membalut tubuhnya terbuka. Dan badannya terus
dibalut dengan pakaian serba hitam. Di kepalanya terletak tanjak berwarna
hitam, kain sampingnya juga hitam. Kaki seluarnya kecil dan agak singkat. Ia
berdiri berpeluk tubuh, macam seorang pendekar.
“Dia
pakai pakaian dua lapis, tapi macam mana ia membuka pakaian hijau di badannya,”
hati saya tertanya dan terus berubah tempat. Dari pangkal pokok kelapa duduk di
anak tangga.
Saya
menarik nafas dengan tenang. Saya tahu sebentar lagi, saya akan menyaksikan
satu pertarungan yang hebat.
“Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” kata orang itu sambil
merenung ke arah sebatang pokok pisang dara. Tiba-tiba pokok pisang dara itu
patah dua. Orang itu memperlihatkan kemampuan kuasa matanya di depan datuk.
Tidak
memadai dengan itu, ia renung ke arah seekor tupai yang sedang melompat dari
hujung dahan mempelam menuju ke hujung pelepah rumbia. Tupai itu jatuh atas tanah,
mengeletek tidak tentu arah dan terus mati. Melihatkan kehebatan yang
diperlihatkan oleh orang itu, saya rasa datuk bukanlah tandingannya. Ilmu
kebatinan yang dimiliknya sungguh hebat sekali.
Saya
segera menghampiri datuk. Saya mengajak datuk pulang. Bagi saya, kalau dengan
Daud datuk mengalah, betapa pula ia akan menentang gurunya. Saya tidak mahu
melihat datuk yang saya sayangi kalah untuk kali keduanya. Bukan zamannya untuk
datuk beradu kekuatan lagi, usianya kian bertambah tua.
“Pulang
saja tuk.”
“Kau
diam, orang pengecut bukan keturunan aku,” tengking datuk. Saya termangu-mangu
bila ditengking begitu.
Kamal
terus memperlihatkan kemampuannya lagi. Ia membuka langkah silat sambil menarik
kaki seluarnya yang menyimpan tokak. Anehnya, tokaknya memang tidak kelihatan.
Kakinya tetap elok macam kaki orang biasa. Tidak ada tokak, tidak ada ulat
macam ulat nangka.
Kamal
membengkokkan badannya. Kedua belah tangannya dibuka lebar-lebar. Ia terus
melompat separas pucuk padi. Ia berjalan dan bersilat atas pucuk-pucuk padi
yang menghijau. Tidak ada pokok padi yang patah atau daunnya relai. Keadaan
Kamal seperti orang memperlihatkan senaman aerobik.
Dari
atas pucuk-pucuk padi Kamal melompat lagi. Kami ini ia berada di awang-awangan
terus membuka silatnya. Ia seolah-olah seperti orang terbang bergerak ke sana,
bergerak ke sini, di udara dengan bebas. Tiba-tiba Kamal menghilangkan diri.
“Bagaimana?”
katanya dengan muncul dari arah belakang saya. Kali ini badannya diselimut
dengan kain hitam. Cuma bahagian mukanya sahaja yang kelihatan.
Bila
saya melihat keadaannya begitu, saya teringat orang yang berjubah hitam di
kubur lama. Suaranya juga macam suara orang di kubur lama.
Datuk
segera menoleh ke arahnya. Kamal mendepangkan kedua belah tangannya. Dari celah-celah
kain hitam yang menyelimuti seluruh tubuhnya keluar beberapa ekor ulat dan
lipan. Merayap atas kain hitam, tidak tentu arah.
“Syaitannya
cukup kuat,” kata datuk sambil menggigit bibir. Saya terdiam dan terus merenung
ke arah tingkap pondok yang terbuka dengan sendirinya.
Di
situ saya lihat Daud tersengih. Ia melontarkan sebatang kayu ke arah Kamal.
Kamal terus menyambutnya, dengan kayu itu Kamal terus menyerang datuk.
“Persediaan
kita belum cukup Tamar, mari kita balik,” kata datuk pada saya. Datuk terus
meniti batas menuju ke arah kebun getah dengan layu. Saya terpaksa berlari.
Sayup-sayup saya terdengar suara ketawa Kamal dan Daud.
TERBENAM
Sebelum
matahari berada di puncak bukit, saya dan datuk sudah pun berada di rumah.
Nenek memberitahu datuk yang Haji Salim sakit tenat. Luka di lengan kanannya
terus dihurungi ulat-ulat yang besar. Ulat-ulat itu membiak dengan cepat sekali
memakan daging lengan dan menghisap darah Haji Salim.
“Badannya
tidak bermaya, mukanya pucat,” beritahu nenek pada datuk. Tanpa membuang masa,
kami pergi ke rumah Haji Salim. Memang benar cakap nenek, Haji Salim terkapar
di pelantar di depan isterinya.
“Kita
bawa saja ke hospital,” kata isteri Haji Salim pada datuk.
“Nanti
dulu. Ini sihir, mana boleh luka baru terus berulat. Ambilkan saya satu baldi
air, tujuh helai daun limau purut, tujuh helai pucuk ubi gajah, taruhkan
semuanya itu dalam baldi air tadi,” beritahu datuk pada isteri Haji Salim.
Sementara
menanti barang-barang yang dipesan itu tiba, datuk terus memeriksa lengan Haji
Salim yang luka. Saya lihat ulat-ulat itu sama panjang dan bentuknya serupa
dengan ulat-ulat yang terdapat pada tokak di kaki Kamal. Luka di lengan Haji
Salim mula mengeluarkan bau hapak.
“Haji,”
seru datuk. Haji Salim membuka mata dan merenung sayu ke arah datuk.
“Terasa
bisa seluruh badan,” soal datuk lagi.
“Ya,
kau usahakan. Ini kerja sihir. Ada orang yang mengamalkan ilmu tuju ulat. Orang
ini mengamalkan Ilmu Cenderaular, semuanya bertuhankan syaitan,” kata Haji
Salim. Datuk menarik nafas panjang.
Barang-barang
yang dipesan oleh datuk pada isteri Haji Salim pun tiba. Datuk terus bersila
menghadapi baldi yang berisi air, pucuk ubi gajah dan daun limau purut. Perkara
pertama yang datuk lakukan membaca ayat fatihah seribu kali. Kemudian, ia
membaca surah yasin, tiga kali berturut.
“Bersedia
Haji, kami nak jiruskan air ke badan,” datuk bangun lalu menjinjing baldi
berisi air. Perlahan-lahan datuk tumpahkan air ke tubuh Haji Salim yang dimulai
dari ubun-ubun kepala membawa ke hujung kaki.
Selesai
sahaja datuk melakukan semuanya itu, badan Haji Salim terus menggeletar. Dan
ulat-ulat yang mengerumuni luka di lengannya terus gugur satu persatu atas
lantai pelantar.
68. Puja Lidah Anak Dara
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
“Cuba
kau tengok Tamar, apa yang jatuh atas lantai,” cukup lembut datuk mengeluarkan
perintah. Dengan rasa jijik saya segera mematuhi cakap datuk. Saya periksa ulat-ulat
yang ada atas lantai.
“Bukan
ulat tuk,” beritahu saya terketar-ketar.
“Kalau
bukan ulat, apa bendanya?”
“Benang
putih yang sudah reput dan bercerai-cerai, kalau dikumpulkan jumlahnya dekat
tiga buku benang.”
“Sebenarnya,
penglihatan kita sudah disihir. Benang nampak macam ulat,” datuk terus renung
ke muka isteri Haji Salim. Datuk juga menyuruh isteri Haji Salim mencari tiga
pucuk pisang tanduk yang belum kembang penuh.
Isteri
Haji Salim menyediakan bahan-bahan tersebut. Tubuh Haji Salim diletakkan atas
pucuk pisang tersebut, manakala kepalanya dilapik dengan badan kukur kelapa.
Mata kukur yang bergigi seratus dicabut. Diikat pada ibu kaki kanan dan kiri
Haji Salim.
Tubuh
Haji Salim tidak menggeletar lagi. Ia terbaring kaku, macam orang pengsan.
Beberapa minit kemudian, Haji Salim membuka mata. Mukanya yang pucat kembali
menjadi merah. Pucuk pisang yang melapik badannya terus kecut dan layu, seperti
kena api.
Haji
Salim terus duduk. Bengkak di lengannya terus surut. Wajah datuk direnung oleh
Haji Salim seketika, seolah-olah mengucapkan ribuan terima kasih. Datuk terus
memeluk tubuh Haji Salim erat-erat.
“Kita
sedar kita kena sihir, tapi tak terdaya melawannya. Pengaruh syaitan tu cukup
kuat. Kita jadi lupa dengan beberapa ayat Quran yang perlu dibaca bila terasa
diri disihir orang,” beritahu Haji Salim pada datuk dalam keadaan suara yang
terputus-putus.
Datuk
terus menepuk-nepuk belakang Haji Salim sambil berkata:
“Rawatlah
luka awak tu. Kalau tak boleh pergi saja ke klinik kerajaan.”
“Rasanya,
boleh dibuat cara kampung.”
“Buatlah
mana yang patut. Asalkan luka awak sembuh.”
“Saya
cuba. Dengan izin Allah, tetap sembuh.”
Saya
cuma tersenyum sahaja mendengarkan perbualan datuk dengan Haji Salim. Isteri
Haji Salim juga tersenyum. Senyumnya tentu lebih lebar daripada saya. Suaminya
sudah beransur pulih.
Datuk
juga menceritakan pada Haji Salim tentang usahanya mencari rumah Dukun Pendekar
yang mencari guru pada Daud. Haji Salim anggukkan kepala.
“Saya
tidak mampu melawannya. Ilmu batinnya yang diapit syaitan cukup kuat,” terang
datuk dengan wajah kesal.
“Berusaha
dan berikhtiarlah. Kalau dibiarkan ramai orang yang jahanam.”
“Tengoklah,
sebelah malam nanti saya pergi lagi ke pondoknya.”
“Kalau
begitu, biar saya ikut sama.”
“Tak
payahlah, diri awak belum cukup baik.”
“Apa
yang boleh saya tolong?”
“Awak
doakan kejayaan saya.”
“Saya
berjanji.”
Datuk
terus bersalam dengan Haji Salim. Kami meninggalkan rumah Haji Salim. Waktu
saya sampai di kaki tangga rumah datuk, matahari sudah pun berada di kaki
langit. Beberapa ekor burung gagak berterbangan menuju ke sarang. Kelawar mula
mengembangkan kepak mahu memulakan tugas mencari rezeki.
Saya
renung ke langit, cukup bersih. Saya lihat keluang terus terbang berkawan-kawan
mencari bunga durian. Cara kebetulan waktu itu musim durian berbunga di kampung
saya. Terdengar sayup-sayup tembakan senapang kampung berlaras satu,
berturut-turutan. Dan fahamlah saya tembakan itu dilepaskan oleh beberapa orang
Cina yang datang dari Sitiawan dan Air Tawar yang suka makan daging keluang.
“Cepat
mandi. Maghrib dah tiba, kita nak pergi ke surau sekarang. Kau lambat, kau
tinggal,” sergah datuk dari anjung rumah. Ia sudah siap mandi dan mengenakan
pakaian yang rapi.”
“Malam
ini, ada guru agama dari Jabatan Agama Islam mengajar rukun haji dan mandi
mayat,” sambung datuk lagi.
Tanpa
membuang masa saya terus mandi. Tergesa-gesa sarungkan kain pelekat dan baju
Melayu. Kepala saya terus diserkup dengan ketayap putih.
TINGGAL
Saya
meninggalkan surau kira-kira jam sebelas lebih. Lepas makan malam, saya terus
masuk ke bilik tidur. Datuk terus membaca Quran di ruang tengah. Mungkin badan
terlalu letih, saya terus terlelap.
Saya
terjaga, bila datuk menyentapkan kaki kanan saya agak kuat dari biasa. Tanpa
fikir panjang, saya terus duduk.
“Cepat
sangat Subuh datang.”
“Bukan
Subuh. Baru pukul tiga pagi. Bangun ikut aku.”
“Ke
mana tuk?”
“Bangun,
jangan banyak cakap.”
Saya
terus bangun dan tukar pakaian. Kemudian terus mengikut datuk menuju ke pondok
lama di tengah sawah. Berjalan, dalam keadaan yang agak gelap dalam suasana
yang dingin memang terasa sukar sekali. Dua tiga kali saya terjatuh kerana
tersepakkan tunggul dan ranting kayu.
“Melangkah
dengan teliti,” beritahu datuk bila kami sampai di halaman pondok lama. Semua
pintu dan tingkap pondok tertutup rapat.
Dari
celah-celah papan dinding yang susunannya tidak teratur dan rapat, terlihat
cahaya pelita minyak tanah. Saya dan datuk mengintai ke dalam pondok melalui
celah-celah papan dinding. Ada dua tubuh bengkok terkapar atas lantai, macam
angka lima yang jaraknya tidak jauh dari pelita minyak tanah. Mereka memakai
baju dan seluar hitam.
Saya
kenal mereka. Lelaki yang meletakkan tangannya atas leher sambil mengeluarkan
dengkur yang kecil itu ialah Daud. Manakala lelaki yang merapatkan kepala
lututnya dengan pangkal dagu dan tidak berdengkur itu ialah Kamal, guru pada
Daud.
Tidak
jauh dari pelita minyak tanah, di sebelah kanan terdapat beberapa keping daging
kering yang nipis, diletakkan atas daun pisang. Sekali pandang daging itu
bentuknya macam paru goreng. Tidak jauh dari daging kering terdapat dupa yang
diisi dengan bara. Dupa itu mengeluarkan asap yang nipis bersama bau kemenyan.
“Apa
benda yang macam daging kering tu tuk?”
“Cuba
kau kira, berapa jumlah daging kering tu,” selesai mendengar cakap datuk itu,
saya terus menghitung daging kering tersebut.
“Ada
tujuh keping tuk.”
“Maknanya,
mereka sudah memotong tujuh lidah anak dara sunti.”
“Ah…,”
keluh saya cemas. Badan saya mula terasa seram sejuk. Perkara-perkara yang
buruk dan menakutkan mula terbayang dalam kepala.
“Mereka
baru lepas memuja lidah,” bisik datuk ke telinga saya. Datuk terus menggaru
pangkal pipi kanannya yang digigit nyamuk. Seekor katak puru melompat tidak
jauh dari kaki saya. Beberapa ekor nyamuk mula menggigit cuping telinga saya.
Angin
pukul tiga pagi terus bertiup garang. Dedaun rumbia berlaga sama sendiri,
begitu juga dengan daun kelapa. Dahan dan ranting kering terus gugur ke bumi.
Bunyi dedaun rimba, daun kelapa dan reranting yang jatuh itu bila berpadu
menimbulkan bunyi yang tidak menentu.
Sesekali
terdengar macam bunyi suara bayi menangis. Bila diteliti terdengar seperti
bunyi orang mengeluh menahan kesakitan. Ada masanya pula macam bunyi orang
ketawa.
Disebabkan
saya tahu punca dari semuanya itu adalah dari dedaun dan ranting jatuh yang
ditiup angin, hati saya tidaklah cemas sangat tetapi debarnya tetap ada.
Tiba-tiba
saya lihat Kamal bangun. Ia membuka seluarnya dan bertelanjang bulat. Saya
menutup muka bila ia menghalakan anunya yang hodoh ke arah saya.
“Sial,
haram jadah,” kutuk saya. Datuk tersenyum melihat telatah saya. Tiba-tiba saya
terdengar bunyi air, saya membuka mata. Ya Allah, kenapa begitu buruk benar
perangai Kamal. Ia kencing berdiri dalam pondok yang jadi tempat tidurnya.
Kamal
sarung seluarnya kembali. Ia duduk sambil mengutip ulat-ulat tokak yang jatuh
atas lantai, ditaruh ke dalam tokaknya kembali.
“Masuklah
kenapa mengintai, perbuatan tu tak baik,” cara mendadak sahaja Kamal bersuara.
Saya tahu, kata-kata itu ditujukan pada datuk dan saya. Cepat-cepat bahu datuk
saya cuit.
“Jangan
silap, dia bukan bercakap dengan kita. Dia bercakap dengan orang lain.”
“Ah,
dengan siapa tuk.”
“Kau
cakaplah.”
Cakap
datuk itu memang tepat, saya lihat salah satu lidah yang ada di depannya
bergerak-gerak. Lidah itu berpusing-pusing di depan Kamal sebentar. Kemudian
lidah itu terus berdampar atas dupa. Bara dalam dupa terus padam. Kepulan asap
bertambah tebal keluar dari dupa.
Dari
gumpalan asap itu, saya lihat ada kepala manusia terawang-awangan. Dari
mulutnya terjelir lidah yang panjang dan menitik darah segar ke dalam dupa.
Kepala
yang botak licin dengan dua mata terpelohong ke dalam berpusing-pusing atas
dupa. Berhenti bila mata yang berlubang itu menentang mata Kamal. Daud terus
berdengkur, tidak tahu apa yang berlaku pada sisinya.
“Kamu
lapar?” tanya Kamal. Lidah yang terjulur dari kepala yang licin itu tersentap
ke dalam. Dari matanya yang terpelohong ke dalam memancarkan cahaya bara yang
menyilaukan pandangan saya.
Perlahan-lahan
Kamal mengangkat kakinya tokak itu ke arah bara. Beberapa detik kemudian, lidah
dari kepala botak terjulur kembali. Kali ini lebih panjang dan lebar dari tadi.
Lidah yang merah segar itu terus menjilat-jilat tokak di kaki Kamal, macam
lidah kucing menjilat susu yang tumpah.
Beratus-ratus
ekor ulat dari tokak Kamal berlari atas lidah dan hilang ditelan oleh kepala
licin. Perkara itu berlangsung kira dua tiga minit sahaja. Semua ulat-ulat di
tokak Kamal hilang. Kamal menarik kakinya kembali.
Tanpa
dikejutkan oleh sesiapa, Daud terus bangun dan melukakan ibu jari kakinya
dengan pisau lipat. Darah merah memancut dari ibu kaki. Sebelum darah itu
menitik ke atas lantai, Daud menghalakan ibu jari pada lidah dari kepala botak.
Keadaan
Daud dan Kamal berbeza sekali. Ulat di tokak Kamal dijilat dengan lidah tetapi
darah Daud terus disedut dengan rakusnya oleh kepala di atas dupa. Masa
darahnya disedut, Daud tetap senyum.
“Tarik
kaki kamu,” Kamal mengeluarkan arahan. Cepat-cepat Daud menyentap kakinya.
Kepala licin di atas dupa berpusing lagi. Asap kian tebal dan menghitam.
Asap
yang menebal di dupa mula menipis. Kepala manusia yang menggerunkan itu masih
berada di situ. Kali ini ia tidak berpusing. Kepalanya yang botak licin mula
ditumbuhi oleh rambut yang hitam lebat dan panjang sampai ke atas lantai. Dan
rambut itu seolah-olah menjadi tiang untuk kepala tanpa badan itu berada dalam
keadaan tegak.
“Lidah
anak dara sunti masih belum cukup 44. Kalau tak cukup apa yang kamu tuntut tidak
akan menjadi. Kamu tidak akan menjadi kaya-raya. Kamu tidak akan dapat harta
karun. Kamu tak boleh hidup sampai dunia kiamat,” terdengar suara parau yang
keras. Tidak tahu dari arah mada datangnya.
Tetapi
yang pasti, mulut dari kepala yang kaku atas dupa itu bergerak-gerak. Matanya
nampak berkedip-kedip sekali sekala.
“Apa
yang kamu dapat sekarang cuma separuh sahaja. Pantangnya kamu tidak boleh kena
air dan pasir yang timbul di tengah sungai. Semua pantang itu menjadi tawar
bila dapat 44 lidah anak dara sunti,” bergema lagi suara parau yang keras.
Kamal termenung dan merenung muka Daud.
Kamal
terus mengangkat kedua belah tapak tangannya ke dahi. Ia menyembah kepala di
atas dupa sambil berkata:
“Kami
dalam bahaya di sini, Mahaguru.”
“Aku
tahu, kamu harus pindah. Cari mangsa di tempat lain.”
“Ya
Mahaguru.”
“Kamu
sekarang diintip musuh.”
“Ha…,”
Kamal terus melompat seketika. Kemudian duduk kembali dengan tenang.
Asap
dalam dupa berhenti. Kepala yang ada di situ terus hilang. Apa yang saya lihat
sekarang, ialah keping lidah yang terawang-awang dan kembali terkapar di atas
lantai bersama lidah-lidah kering yang lain.
“Sebelum
mereka menyerang kita, elok kita balik,” kata datuk. Kami tergesa-gesa pulang.
Waktu kami meniti atas batas bendang, kami melihat sejenis cahaya yang
memanjang memancar di atas bumbung pondok lama. Cahaya itu bergumpal-gumpal di
situ dan bentuknya macam kepala ribut.
“Syaitan,”
tutur datuk sebaik sahaja sampai ke kawasan kebun getah. Saya menoleh melihat
cahaya yang sudah bertukar rupa. Kali ini muncul dari tulang bumbung pondok
lama. Bentuk cahaya itu sebesar telur ayam, merah menyala dalam jumlah antara
sepuluh hingga dua puluh biji.
Cahaya
bulat itu kelihatan bergolek-golek atas atap rumbia. Kemudian bertukar jadi
memanjang dan tajam menuju ke dada langit dalam bentuk ekor ikan pari. Sekali
pandang macam bunga api dengan berbagai-bagai warna.
Bila
cahaya yang menuju ke dada langit itu hilang, saya dapati api membakar
daun-daun getah yang kering di sekeliling saya. Api itu terus marak. Katak dan
cengkerik bertempiaran lari menyelamatkan diri.
“Jangan
peduli dengan api tu,” kata datuk lalu menarik tangan saya untuk merempuh api.
Saya keberatan untuk melakukannya. Saya bimbang kalau kaki seluar saya disambar
api, badan saya pasti terbakar.
“Ikut
aku, jangan banyak fikir,” tambah datuk lagi dengan nada suara yang keras.
Badan saya mula berpeluh. Bahang api membuat saya jadi tidak tentu arah. Api
terus marak, kiri kanan, depan dan belakang penuh dengan api.
“Kita
tersepit tuk, kita boleh mati di sini tuk!” kata saya.
“Kalau
Allah berkehendakkan kita hidup, kita tetap selamat.
“Tapi
saya bimbang.”
“Apa
yang kau bimbangkan,” sergah datuk sambil menjegilkan sepasang matanya. Saya
terus terdiam.
Di
langit, bulan sabit mula muncul. Awan putih berarak tenang di langit biru.
Angin dinihari terus bertiup menggugurkan dedaun getah yang sudah tua. Peluh
dingin terus menguasai sekujur tubuh saya. Pejam celik saya menatap wajah datuk
dalam keadaan yang selamba.
Api
kian menghampiri diri saya dan datuk. Perlahan-lahan datuk membongkokkan badan
mengambil sekepal tanah. Dengan tenang tanah yang dikepal itu terus diserakkan
ke arah api yang mengelilingi kami.
“Biasanya
dengan cara ini dapat menahan perbuatan syaitan,” kata datuk sambil merenung ke
arah saya yang sedang menyapu peluh di dahi dengan telapak tangan.
Tiba-tiba
datuk kelihatan resah. Api tidak juga padam malah kian meninggi. Gegendang
telinga saya menangkap suara orang ketawa yang dibawa oleh angin dinihari.
“Terlalu
kebal ilmunya Tamar.”
“Apa
yang mesti tuk buat.”
“Sabar.
Allah memberkati orang yang berusaha.”
“Hum….,”
keluh saya separuh kecewa.
Datuk
membongkok lagi. Kalau sebentar tadi ia mengepal tanah dengan tangan kanan,
kali ini ia mengepal tanah dengan tangan kiri dan tanah itu terus diserakkannya
dari arah kiri membawa ke kanan. Saya terkejut, api yang menjulang terus
menjadi kecil dan akhirnya padam.
“Kita
tak boleh tunggu lama di sini,” datuk terus menarik tangan kanan saya. Sepasang
bibir datuk terus bergerak-gerak. Apa yang dibacanya saya tidak tahu.
“Jangan
tengok,” suara datuk meninggi, bila ia melihat saya enggan melangkah dan masih
merenung ke arah dedaun getah kering yang bertaburan atas tanah. Saya merasa
pelik kerana tidak terdapat kesan abu atau dedaun kering yang rentung dimamah
api.
“Langkah
cepat,” datuk mendesak dan perintahnya itu saya patuhi. Kami terus melangkah
dalam nirai getah. Langkah datuk terlalu cepat. Saya tercungap-cungap
mengikutnya dari belakang.
GUGUR
Angin
dinihari terus bertiup menggugurkan dedaun getah tua. Suara kokok ayam
sayup-sayup terdengar. Suara burung tukang muncul sekali sekala bersama dengan
laungan anjing. Suasana demikian membekalkan rasa cemas dan bimbang dalam diri
saya.
Dua
tiga kali perasaan saya tersentak, bila beberapa ekor katak puru yang memburu
serangga melompat berhampiran kaki seluar saya. Memang timbul niat mahu
memijaknya supaya katak-katak itu mati. Tetapi bila teringat pesan datuk yang
melarang membunuh binatang tanpa sebab, hasrat itu segera saya batalkan.
“Berhenti,”
kata datuk.
Saya
pun berhenti melangkah. Angin dinihari yang bertiup membekalkan rasa sejuk ke
seluruh tubuh. Datuk meletakkan telapak tangan kanan ke atas kening kirinya
untuk beberapa saat. Dahinya nampak berkedut.
Dari
kening kiri datuk ubah telapak tangannya ke atas dada sebelah kanan.
Perlahan-lahan datuk menjatuhkan tangan kanan dan sepasang mata lembutnya
meratah wajah saya.
“Kenapa
tuk?”
“Daging
dada aku bergerak-gerak.”
“Apa
alamatnya tuk?”
“Mengikut
petua orang tua-tua, ada bahaya yang tidak diduga,” suara datuk lemah.
Sebaik
sahaja berhenti bercakap, saya terlihat seketul benda putih sebesar telur ayam
melayang-layang di udara. Paling menceaskan hati saya, benda putih itu menuju
ke arah saya dan datuk.
“Ambil
daun getah kering, kepitkan ke celah ketiak dan meniarap serta berlindung di
balik pokok yang kecil,” datuk mgeneluarkan arahan. Kelam kabut saya mencari
daun getah kering dan mematuhi dengan apa yang dikatakan oleh datuk.
Benang
putih itu berputar-putar atas kepala kami sambil mengeluarkan suara macam
dengung kumbang yang amat kuat. Bila suara dengung itu berkurangan benda putih
itu mengeluarkan cahaya api dan jatuh kira-kira sepuluh kaki di depan saya dan
datuk. Di tempat benda itu jatuh segera terbakar.
Sebelum
api itu melarat datuk segera mengepal tanah dan melemparkan ke arah api
tersebut. Api segera padam.
“Mari
kita lihat apa bendanya, Tamar.”
“Takut
tuk, barangkali bom tangan.”
“Kau
merepek Tamar,” ujar datuk bersama ketawa kecil.
Saya
dan datuk pun mengatur langkah menuju ke tempat benda putih itu jatuh. Belum
pun saya dapat mempastikan benda tersebut, datuk segera menutupnya dengan kain
merah dan membungkusnya.
“Apa
bendanya tu tuk?”
“Nanti
sampai di rumah kamu boleh tengok.”
“Di
sini ada pantang larangnya tuk?”
“Ah,
kamu memang banyak mulut. Tanya itu, tanya ini. Apa kamu tak boleh diam.”
Saya
segera menutup mulut dengan telapak tangan. Tidak berani menentang biji mata
datuk yang terbeliak bagaikan memancarkan cahaya yang panas.
Saya
terus mengekornya dari belakang dengan meninggalkan perdu pohon getah yang
tertegun kaku. Dahan getah yang berlapis terus bergerak bila disentuh angin
lalu mengeluarkan suara macam budak menangis.
Entah
mengapa, setiap kali saya melangkah dada saya terus berdebar. Macam ada sesuatu
yang memperlihatkan gerak geri saya dan datuk. Saya dongak ke langit, awan
tetap bersih, bulan sabit tetap ada. Lolongan anjing tetap berterusan.
“Tamar,”
jerit datuk sekuat hati. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil memegang bahu
kanannya. Datuk cuba bangun ternyata ia tidak mampu berbuat demikian. Saya jadi
tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang patut saya lakukan.
“Ada
orang menendang aku cara curi Tamar.”
“Siapa
orangnya?”
“Aku
tak tahu,” suara datuk tersangkut-sangkut macam menahan kesakitan yang amat
sangat.
“Jangan
dekat aku Tamar. Kau bediri di situ, buka seluar kamu, kau telanjang di situ.
Angkat kaki kanan kamu separas lutut,” kata datuk bila saya mahu bergerak
menghampirinya.
“Sejuk
tuk, saya malu anu saya kena angin.”
“Hei,
ikut cakap aku, kalau kamu mahu hidup.”
“Ah,”
keluh saya sambil melucutkan seluar.
Bila
saya berdiri dalam keadaan bogel, bulu roma di betis dan paha terus berdiri
akibat dirempuh angin dinihari. Badan saya menggeletar. Tidak sanggup saya
merenung bahagian tubuh saya yang terdedah.
Datuk
terus mengguling-gulingkan badannya di tanah. Saya tidak tahu, kenapa datuk
melakukan semuanya itu. satu hal yang pasti setelah berguling sebanyak lima
kali, datuk dapat bangun dan berdiri dengan baik sekali.
Gembira
hati saya, datuk yang kelihatan tenang sambil menekan pangkal belikatnya dengan
kedua belah tangan. Kami mengatur langkah kembali. Ketika itu juga, kami
terdengar bunyi tapak kaki orang berlari dengan memijak daun-daun getah yang
kering.
“Jangan
pedulikan,” bisik datuk dengan lembut. Saya terus melangkah. Bila sampai di
pohon getah yang tumbang, kami melihat ada benda putih baring atas batang
tersebut.
“Jangan
toleh sampai dua kali,” datuk mengingatkan saya.
“Baik
tuk.”
Bila
sampai dekat pokok kabung (enau) saya lihat rambut perempuan berjuntai di
pelepah kabung. Rambut itu mencecah bumi. Rambut itu nampak kasar dan keras dan
warnya agak perang.
Dari
celah-celah rambut itu ternampak batang tubuh seorang perempuan dalam keadaan
yang bogel, berkulit putih tanpa mata dan dahi.
“Jangan
renung,” kata datuk.
“Baik
tuk,” balas saya.
“Semuanya
syaitan,” rungut datuk dan meneruskan perjalanan tanpa mahu menoleh ke kiri dan
ke kanan. Kawasan pokok kabung (enau) terus kami tinggalkan di belakang. Kini
kami membelok ke kanan melintasi sebuah danau kecil.
Tiba-tiba
saya lihat dari permukaan danau yang berair cetek muncul berpuluh-puluh tangan
yang berbulu. Semua tangan-tangan itu menghala ke arah kami. Saya didatangi
rasa cemas kembali. Datuk segera mengambil sehelai rumput serunai laut. Rumput
itu diramas hingga hancur.
Sebelum
rumput yang hancur itu dicampakkan ke dalam danau yang berair cetek datuk
membaca sesuatu. Aneh sekali, bila rumput itu jatuh ke dalam danau berair cetek,
tangan-tangan yang terkapai di permukaan danau terus hilang.
“Ingat,
kerja kita belum selesai. Mungkin esok mungkin lusa kita bertemu lagi,”
tiba-tiba datuk dan saya terdengar suara dari arah kanan.
Bila
kami menoleh, seorang lelaki berdiri di situ. Bau tokak yang busuk dan hapak
mula mencucuk lubang hidung kami.
“Orang
tu datang lagi tuk,” bisik saya pada datuk.
“Aku
tahu Tamar. Dia menggunakan semua ilmunya untuk menewaskan.”
“Jadi,
apa yang mesti kita buat tuk.”
“Kalau
Allah mengizinkan kita berjaya, tentu kita menang.”
Datuk
merenung ke arah lelaki yang berdiri dalam jarah sepuluh kaki darinya. Saya
segera berlindung di belakang datuk. Bau busuk dan hapak dari tokak lelaki itu
membuat tekak saya menjadi loya dan terasa mahu muntah.
“Aku
berpegang pada kata orang tua-tua. Musuh jangan dicari. Kalau musuh datang
elakkan diri tetapi sudah beralah dan mengelak musuh datang juga, aku tidak
menolak lawan,” tutur datuk dengan nada suara yang lembut pada lelaki itu.
Lelaki
itu tersenyum lalu membelakangi datuk dan saya. Beberapa detik kemudian lelaki
itu terus ghaib. Saya dan datuk merasa aman dan mempercepatkan langkah. Datuk
mahu sebelum azan Subuh dilaungkan, kami mesti berada di rumah.
Tanpa
diduga datuk berhenti melangkah. Ia pusingkan badannya ke belakang. Sepasang
mata tajamnya merenungi batang tubuh saya sambil ketawa kecil. Saya resah dan
serba salah.
“Kau
telanjang Tamar?”
“Ha,
telanjang,” kata saya tersipu-sipu sambil menutup anu saya dengan kedua belah
telapak tangan. Datuk terus ketawa. Seluar yang terletak di bahu kanan segera
saya turunkan. Sesungguhnya, saya lupa dengan seluar dan diri saya yang
telanjang akibat diresapi rasa takut dan cemas melulu.
“Pakai
seluar tu cepat. Tak malu dah besar telanjang,” usik datuk. Saya terus sarung
seluar ke badan serta meneruskan perjalanan.
Peristiwa
yang lucu itu meninggalkan kesan dalam diri saya hingga kini. Setiap kali saya
melihat kanak-kanak telanjang, saya pasti teringatkan peristiwa lalu yang
membuat saya senyum sendirian.
SAMPAI
Waktu
saya dan datuk sampai di kaki tangga terdengar suara azan Subuh yang
mendayu-dayu. Saya terus pergi ke perigi untuk membersihkan badan dan datuk
pula menuju ke sungai dengan tujuan yang sama seperti apa yang saya lakukan.
Lepas
menunaikan sembahyang Subuh tanpa minum kopi dan makan kuih saya terus tidur.
Tidak mampu rasanya saya menahan kelopak mata yang terasa amat berat. Saya
dikejutkan oleh nenk kira-kira pukul dua belas tengah hari.
Bila
saya bangun dan mahu melangkah menuju ke dapur untuk membasuh muka, saya terasa
pening. Pandangan saya berpinar-pinar. Lantai yang saya pijak terasa turun naik
dan berpusing-pusing. Saya hilang pedoman dan terus jatuh atas lantai.
Nenek
berlari dari dapur menghampiri saya. Tanpa membuang masa ia menyandarkan badan
saya ke dinding. Badan saya diurutnya, dua tiga kali. Saya tersedak dan sendawa
beberapa kali. Dari jendela, nenek memanggil datuk yang sedang menjemur jala di
halaman. Datuk segera naik ke rumha.
“Kenapa?”
tanya datuk.
Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
69. Ilmu Kaum Kubu
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
“Kamu
ni ada-ada saja,” datuk terus meraba dan menggosok serta memicit pergelangan
kaki saya. Berkerut muka saya menahan sakit. Sendawa saya bertalu-talu.
“Aku
dah pesan. Setiap kali bangun tidur, jangan bangun terus. Pusing ke kanan
sekali, pusing ke kiri sekali sambil gerakkan kaki dan tangan perlahan-lahan.
Kemudian duduk dan membongkok dua tiga kali. Kemudian menggeliat perlahan-lahan
dan tarik nafas panjang-panjang,” datuk mula membebel.
“Saya
jarang buat tuk.”
“Inilah
yang susah. Ada petua diberikan tetapi tidak mahu diamalkan. Tujuan aku suruh
buat macam itu, untuk melembutkan urat, mengeluarkan angin dari badan dan
perut. Lepas sembahyang Subuh terus tidur. Tidak makan tidak minum, akibatnya
angin masuk perut,” tambah datuk lagi.
Nenek
yang baik hati terus menggosok-gosok bahu kanan dan kiri saya. Datuk bangun dan
terus keluar. Dengan langkah yang tenang saya terus ke daput mencuci muka.
Lepas ucui muka saya terus makan.
Bila
perut diisi dengan nasi dan lauk-pauk, badan mula terasa segar dan malas mahu
bergerak ke mana-mana. Saya sandarkan badan ke dinding. Datuk tetap dengan
kerjanya di luar. Selesai menjemur jalan, ia meraut bilah lukah. Kadang-kadang
saya merasa hairan dengan datuk. Setiap masa ada sahaja kerja yang
dilakukannya. Ia seolah-olah tidak pernah merasa letih.
Setelah
penat bersandar, saya bangun menuju ke arah serambi rumah. Baru tiga kali
melangkah saya teringatkan tentang barang yang dibungkus oleh datuk malam tadi.
Saya tidak tahu di mana datuk meletakkan barang tersebut. Saya terus mendapatkan
datuk yang sedang meraut bilah lukah.
“Ha,
apa yang kamu mahu. Kamu nak pergi menangkap burung?”
“Tidak
tuk.”
“Kalau
bukan itu, apa yang kamu mahu?”
“Saya
nak tanya tentang barang yang tuk bungkus malam tadi.”
“Barang,”
datuk kerutkan dahi.
“Barang
yang nampak bercahaya kemudian tuk bungkus,” saya mengingatkan datuk.
Datuk
senyum. Ia faham dan ingat kembali peristiwa yang dialami. Ia meninggalkan
bilah-bilah lukah yang baru diraut separuh.
Datuk
masuk bawah rumah, ia mengambil sesuatu dari gelegar rumah. Saya hanya melihat
dari luar. Tetapi, saya tahu datuk meletakkan benda itu pada gelegar rumah yang
ada kuda-kuda dan kuda-kuda itu pula mengarah hala matahari terbenam.
Tentu
ada petua dan muslihat yang tertentu datuk melakukan semua itu. pada hal kalau
diletakkan di mana-mana pun benda itu saya fikir tidak mendatangkan mudarat
pada sesiapa saja.
Ah,
datuk sudah tua ada pengalaman dan ada sedikit ilmu. Tentu dia tahu dengan apa
yang dibuatnya, fikir saya.
Datuk
keluar dari bawah rumah membawa bungkusan kain merah. Tanpa memanggil saya,
datuk menuju ke halaman rumah. Ia membuat garisan bulat di tanah dengan ranting
kayu. Bungkusan kain merah diletakkan di tengah dalam garisan bulat.
“Tamar
ke mari,” laung datuk. Saya terus berlari menghampiri datuk yang duduk
bertinggung di luar garisan bulat. Peluh terus membasahi baju datuk dalam panas
yang terik dan garang.
“Kamu
bertinggung di sini.”
Saya
terus bertinggung di sisi datuk. Peluh-peluh halus mula meruap di muka saya.
Dengan perlahan-lahan datuk membuka bungkusan kain merah.
Bila
bungkusan itu terbuka, saya lihat biji telur burung puyuh. Datuk tidak menjamah
telur tersebut. Ia menolak telur itu dengan ranting kayu supaya kedudukannya
beratur lima sebaris.
Saya
menggigit bibir. Pelik, telur yang sekecil itu boleh mengeluarkan api dan
membakar dedaun kering. Memang sekali pandang telur puyuh itu tidak ada bezanya
dengan telur puyuh yang sering saya temui di sarangnya.
Tetapi
bagaimana orang yang kakinya mempunyai tokak memanfaatkan telur tersebut untuk
mengancam keselamatan orang lain.
Pertanyaan
itu terus berputar-putar dalam tengkorak kepala saya. Mahu saya ajukan
pertanyaan pada datuk tetapi, bila saya melihat datuk termenung panjang, hasrat
itu saya batalkan.
Datuk
terus duduk bersimpuh sambil menguris-guris tanah dengan ranting kayu. Ia
menulis perkataan Allah dan Muhammad di tanah.
Beberapa
minit kemudian tulisan di tanah itu dipadamkannya. Ia merenung ke arah saya.
Kedua belah bibirnya kelihatan bergerak-gerak. Bila mulutnya berhenti bergerak,
ia menyerahkan ranting kayu pada saya.
“Pukul
semua telur tu hingga pecah,” katanya. Saya terus memukul ke lima-lima biji
telur puyuh itu dengan sekaligus. Saya lihat ada percikkan api yang halus
keluar dari telur.
Bila
percikkan api itu berhenti, keluar asap nipis dan akhirnya asap itu hilang
dalam sinaran matahari yang keras.
“Orang
itu menggunakan ilmu tuju-tuju telur puyuh, ilmu syaitan yang ada di dadanya
sudah terlalu tinggi,” beritahu datuk pada saya. Datuk terus mengkuis-kuiskan
kulit telur burung puyuh hingga berserakkan atas tanah.
Sekejap
lagi, kamu nampak apa yang ada dalam telur yang baru kamu pecahkan tadi,”
dengan rasa dada yang lapang, saya terdengar ungkapan yang diluahkan oleh
datuk.
Sepasang
mata saya tumpukan pada kulit-kulit telur burung puyuh dalam garisan bulat.
Panas
terik terus menggigit kulit tubuh. Dan muka saya terus dibasahi peluh. Datuk
pun demikian juga. Saya terlihat beberapa batang jarum berkelip-kelip dipanah
matahari. Saya juga melihat beberapa ekor semut api mengelilingi gumpalan
rambut dan tulang ikan terubuk. Beberapa ketul batu juga terdapat di situ.
“Tuju-tuju
telur puyuh ini kalau kena tubuh kita, sukar untuk diselamatkan. Bisanya tidak
boleh ditahan. Seluruh badan jatuh biru. Tempat yang jadi sasarannya dada,
perut dan mata,” terang datuk.
“Macam
mana, kalau jatuh atas tanah boleh mengeluarkan api?” soal saya. Datuk mengelap
peluh di dahi dengan jari telunjuk.
“Bila
ada orang yang mampu mengalihkannya, benda itu jatuh ke tanah dan keluarkan
api. Kalau jatuh dalam air menjadi racun. Berbulan-bulan baru racun dalam air
itu hilang.”
“Di
mana orang ni menuntut ilmu syaitan ni tuk?”
“Aku
agak dari kaum Kubu tu. Ilmu dunianya terlalu kuat.”
“Kau
tak usah tanya semuanya itu. Makin lama kau hidup, makin banyaklah hal-hal
dunia yang diturunkan oleh syaitan pada anak Adam dan kau akan tahu,” tamat
berhenti bercerita.
Datuk
menggenggam sekepal tanah dan tanah itu ditaburkan dalam garisan bulat. Bila
tanah yang ditabur oleh datuk itu kena pada kulit telur, jarum, rambut dan
tulang terubuk terus menjadi hitam, macam arang. Kemudian hancur menjadi abu.
Tanah dalam garisan bulat bertukar menjadi warna kemerah-merahan macam darah.
“Sekejap
lagi tanah tu akan bertukar menjadi macam warna asalnya,” kata datuk. Tidak
lama kemudian tanah yang di dalam garisan kembali dalam warna asalnya. Datuk
terus memadamkan garisan bulat dan menepuk bumi dengan tangan kiri sebanyak
tiga kali berturut-turut.
Kau
tengok sendiri, kain kuning jadi lapik telur puyuh pun hangus jadi abu,” datuk
menudingkan jari telunjuknya. Cakap datuk itu memang benar. Kesan kain kuning
itu sukar dijejaki.
Suara
azan Zuhur terus berkumandang. Datuk mengajak saya mengambil air sembahyang.
Selesai sembahyang datuk mengajak saya duduk di ruang tengah. Ia mengajar saya
tentang sifat dua puluh serta menunjukkan cara sembahyang yang betul.
“Awak
tak pergi tengok Haji Salim?” nenek muncul di ambang pintu dapur dengan wajah
yang agak cemas. Datuk menutup kitab di depannya dan diletakkan atas rak. Datuk
mengenakan baju ke badan, menukarkan kain dengan seluar.
“Kenapa
dengan Haji Salim, bukankah dia nak ubat sakitnya sendiri,” datuk berhenti
melangkah dan merenung ke wajah nenek dengan seribu persoalan.
“Sakitnya
datang balik. Dia muntah darah dan meracau tak tentu arah,” jawab nenek.
“Apa
yang nak dibuat oleh bininya?”
“Nak
dihantar ke hospital.”
“Ah,”
kata datuk dan terus meluru ke muka pintu. Dengan sekelip mata datuk hilang
dari pandangan saya.
IKUT
Tanpa
mengucapkan sesuatu pada nenek, saya terus melompat dan memburu datuk dari
belakang. Tercungap-cungap saya bila sampai ke rumah Haji Salim. Saya lihat
datuk sedang memangku Haji Salim. Saya segera menghampiri datuk.
“Bawakan
saya ke hospital sahabat,” rayu Haji Salim.
“Saya
tunaikan, kalau itu yang awak mahu,” balas datuk dan meletakkan kembali kepala
Haji Salim atas bantal.
Datuk
meninggalkan rumah Haji Salim. Datang kembali dengan sebuah teksi. Haji Salim
pun diusung dan diletakkan dalam perut teksi. Bila berada dalam teksi batuk
darah yang dideritai oleh Haji Salim berhenti. Ia tidak meracau lagi.
“Ke
mana kita, nak bawa ke Taiping atau ke Ipoh?” tanya datuk pada isteri Haji
Salim yang memakai baju kurung kedah dan berkain batik. Isteri Haji Salim
termenung sejenak.
“Bawa
ke Taiping. Anak saudaranya ada kerja di hospital Taiping,” tiba-tiba sahaja
isteri Haji Salim bersuara.
“Kerja
apa?” tanya datuk.
“Pembantu
hospital. Kalau haji masuk hospital, saya boleh tumpang di rumah anak
saudaranya. Dapat saya menengok haji di hospital tiap-tiap hari,” terang isteri
Haji Salim.
Teksi
pun bergerak meninggalkan halaman rumah Haji Salim. Saya dan nenek serta
jiran-jiran berdoa, semoga Haji Salim yang peramah, suka mengambil berat
tentang jiran-jiran akan segera sembuh.
“Mari
kita balik Tamar. Kalau tunggu di sini pun tak guna, dia tu balik lambat tu.
Agaknya dekat Maghrib baru sampai,” ujar nenek pada saya. Nenek pun merapatkan
pintu rumah Haji Salim. Kami pun meninggalkan rumah sahabat baik datuk.
Sampai
di rumah, saya beritahu nenek yang saya mahu pergi keluar. Tetapi nenek
keberatan untuk memenuhi permintaan saya. Nenek menyuruh saya menyambung
kerja-kerja datuk yang belum selesai. Nenek suruh saya raut bilah lukah, nenek
suruh saya membetulkan jala yang koyak.
“Saya
nak pergi ke sawah nak menangkap burung,” kata saya.
“Nak
tangkap burung apa Tamar?”
“Burung
wak-wak.”
“Panas
macam ni. Eh kau tahu kalau terlalu lama berpanas nanti demam.”
“Tak
apalah,” balas saya terus meninggalkan nenek.
Dengan
nenek saya berani menentang atau membantah perintahnya. Tetapi, dengan datuk
saya tidak berani buat demikian. Telinga saya pernah dipulas oleh datuk, macam
mahu tercabut rasanya, akibat saya membantah cakapnya.
Sampai
di kawasan sawah yang lapang, saya mula mencari rumpun Menerung yang jadi
tempat berlindung burung wak-wak. Pokok atau rumpun tersebut berbatang lembut
serta mempunyai tiga segi, berdaun kecil dan panjang, mempunyai umbi dan akar
yang kuat.
Tumbuhan
jenis ini memang jadi musuh pada pesawah. (Mungkin di tempat anda tumbuhan
jenis ini disebut dengan perkataan yang lain.)
Kini
saya berdiri di depan kawasan tumbuhan Menerung (nerung) yang luas. Dua ketul
kayu pembaling yang saya ikat di pinggang pun saya buka. Kayu itu saya pegang.
Kayu yang berukuran kira-kira satu kaki itu digunakan untuk membaling ke arah
burung wak-wak yang mahu terbang.
Tiga
minggu saya belajar membaling ke arah wak-wak yang terbang dari Haji Salim.
Tanpa membuang masa saya terus meranduk ke dalam rumpun Menerung.
Beberapa
ekor burung wak-wak muncul dari rumpun menerung dan terus terbang untuk
menyelamatkan diri. Tanpa membuang masa saya terus membalingkan kayu ke arah
burung-burung tersebut.
Dua
ekor tidak cukup. Paling kurang dapat sepuluh ekor baru cukup, saya membuat
keputusan tersendiri sambil mengikat kaki dua ekor burung wak-wak dan saya
letakkan di bawah perdu mempelam. Saya terus mengharungi rumpung menerung lagi.
“Bagaimana?
Banyak burung yang kau dapat?” saya tergamam sebentar.
Di
depan saya wujud dua orang lelaki. Mereka ialah Kamal dan Daud. Saya tidak
menjawab pertanyaan mereka. Kamal mengangkat kaki yang dikuasai tokak separas
dada saya.
“Sampaikan
salam kami pada datuk kamu,” kata Daud.
Saya
terus muntah bagaikan mahu keluar semua isi perut saya. Tanpa membuang masa
saya terus memusingkan badan dan lari langkah seribu.
Semua
yang saya alami ketika berada di tengah sawah tidak saya ceritakan pada nenek.
Dan nenek terus menyindir saya kerana pulang dengan tangan kosong.
KEMBALI
Tepat
pukul enam setengah petang, teksi yang membawa Haji Salim ke Hospital Taiping
pun pulang. Saya dan nenek bergegas ke rumah Haji Salim kembali.
“Doktor
sudah mengesahkan Haji Salim sihat. Sebaik sahaja meninggalkan rumah ini batuk
darahnya terus berhenti, badannya cukup sihat,” isteri Haji Salim memberitahu
nenek.
Datuk
dan pemandu teksi menganggukkan kepala mengiakan kata-kata isteri Haji Salim.
Bagi
orang lain saya tidak tahu tetapi bagi saya, cerita yang disampaikan oleh
isteri Haji Salim itu menimbulkan keraguan dalam hati saya. Dalam saat-saat
begitu, saya teringatkan Kamal (si tokak di kaki) dan Daud.
Jiran-jiran
yang berkerumun di halaman rumah terus dikejutkan dengan suara batuk Haji Salim
bertalu-talu. Setiap kali datuk itu berakhir, Haji Salim akan muntah darah.
Darah yang diluahkannya berbuku-buku serta merah kehitam-hitaman. Muntah dari
Haji Salim datuk kumpulkan dalam mangkuk putih. Jiran-jiran yang berkumpul di
halaman terus bercakap sama sendiri.
Ada
yang mulut lepas mengatakan Haji Salim kena buatan manusia. Bila kata-kata itu
didengar oleh Haji Salim, ia segera bangun dan berdiri di muka pintu. Tidak
peduli dengan larangan datuk dan isterinya yang menyuruh ia baring.
“Hei
kamu. Sakit yang aku tanggung ni bukan buatan mausia. Sakit ini datangnya dari
Allah. Baliklah ke rumah masing-masing. Jangan bercakap yang bukan-bukan di
sini,” suara Haji Salim meninggi.
Jiran-jiran
yang jumlahnya antara sepuluh hingga lima belas orang berpandangan sesama
sendiri. Kemudian mereka bersurai. Haji Salim terus merebahkan badanya atas
pelantar.
Isterinya
memberikan segelas air Lidah Buaya yang dicampurkan dengan gula batu yang
dibancuh dengan serbuk Lampoyang.
Bila
bahan yang ada dalam gelas itu diteguk oleh Haji Salim. Batuknya beransur
kurang dan muntah darahnya tidak sekerap tadi berlaku.
“Kenapa
awak halau jiran-jiran kita?” isteri Haji Salim mengajukan pertanyaan.
Perlahan-lahan Haji Salim mengalihkan wajahnya ke kanan, merenung muka datuk.
Saya lihat datuk meraba batang hidungnya dua tiga kali.
“Kalau
dibiarkan mereka di situ, makin banyak perkara karut-marut mereka cakapkan.
Membiarkan mereka bercakap tentang manusia yang melebihi kuasa Allah, mengajar
mereka menjadi syirik. Aku tak mahu bersubahat dalam perkara semacam ini,” kata
Haji Salim dengan tenang. Datuk anggukkan kepala. Isteri Haji Salim terdiam.
Saya
terus menguap sambil merenung ke luar rumah. Sebentar lagi maghrib pasti tiba.
Tetapi, datuk masih tidak berganjak dari duduk merenungi ke arah Haji Salim.
Kerana
cuaca sudah beransur gelap, isteri Haji Salim terus memasang pelita minyak
tanah. Pelita minyak tanah itu diletakkan tidak jauh dari saya. Isteri Haji
Salim terus bangun. Ia mahu menutup semua jendela rumah.
Bila
semua jendela rumah sudah dirapatkan, isteri Haji Salim terus keluar, menutup
pintu reban ayam itik. Kemudian terus ke telaga.
Dari
cahaya lampu minyak tanah, saya terlihat jejari Haji Salim yang kasar dan keras
meraba pergelangan tangan datuk. Kemudian jejari datuk dan Haji Salim kelihatan
bercantum.
“Kamu
jangan balik, tunggu aku,” suara Haji Salim tenang.
“Ya,
saya tunggu kalau itu hajat sahabat.”
“Aku
rasa persahabatan kita tidak lama. Aku kembali kepada yang berhak.”
“Tak
usahlah mengarut sahabat.”
“Aku
bercakap benar. Banyak ayat-ayat suci yang aku amal sudah lupa atau tersilap
baca.”
“Sudahlah
haji.”
“Aku
mahu kau jadi imam maghrib di sini, kita sembahyang sama-sama.”
“Baiklah.”
Haji
Salim tersenyum. Dengan perlahan-lahan ia bangun. Saya cuba menolongnya tetapi,
Haji Salim menolak pertolongan saya. Ia sendiri pergi ke perigi mengambil air
sembahyang. Kemudian menukarkan kain yang dipakainya dengan kain baru.
Kali
ini saya lihat, Haji Salim berpakaian lengkap sebagai seorang Haji. Perkara
seperti ini memang jarang dilakukannya. Datuk hanya memerhatikan sahaja gerak
dan tingkah laku kawan karibnya itu.
Apa
yang nyata, sejak Haji Salim bercakap-cakap dengannya sebentar tadi, datuk
lebih banyak termenung. Macam memikirkan sesuatu.
Dalam
keadaan yang saya anggap berlainan dari keadaan biasa itu, saya terdengar suara
azan Maghrib. Beberapa saat kemudian datuk mengambil tempatnya sebagai imam.
Fardhu
Maghrib sudah ditunaikan. Doa dan wirid sudah pun selesai dibaca. Tetapi, Haji
Salim tidak membenarkan saya dan datuk pulang. Sebenarnya, saya tidak setuju
dengan tindakan Haji Salim itu. Ada kerja yang perlu saya lakukan di rumah.
Saya
mahu menyiapkan sangkar burung yang belum siap. Apakan daya datuk sendiri
memperkenankan permintaan Haji Salim. Sama ada rela atau tidak, saya terpaksa
akur dengan keputusan datuk.
“Tunggu,
kita sembahyang Isyak pula. Kali ini biar kita jadi imam. Lepas tu kita makan
dan baca Quran sampai pagi,” ujar Haji Salim dalam sinar lampu gasolen yang
menyinar menerangi tiap sudut ruang.
Datuk
sandarkan badan ke dinding. Isteri Haji Salim menyorongkan tepak sirih. Sehelai
daun sirih yang besar dan hijau segar datuk ambil. Datuk renung urat-urat sirih
yang berselirat. Datuk letakkan kembali daun sirih ke tempat asalnya kembali.
“Ada
sedikit petua yang nak kita sampaikan pada awak,” Haji Salim bersuara tenang.
“Petua
apa tua?” sahut datuk.
“Nanti
dulu, lepas sembahyang Subuh kita bagi tahu.”
“Tak
apalah, saya tunggu.”
“Bila
kita bagi tahu, amalkan petua tu.”
“Tengoklah,
kalau sesuai dan saya yakin pula, tentulah saya amalkan.”
“Baguslah
tu.”
Datuk
dan Haji Salim berbalas senyum. Angin malam yang masuk melaui jejaring bahagian
atas dinding rumah, membekalkan rasa dingin pada diri saya. Datuk menegakkan
kaki kiri dan terus memeluk kepala lutut. Haji Salim memicit daging lengan
kirinya perlahan-lahan. Suasana begini amat membosankan bagi diri saya.
Bunyi
cengkerik dan dedaun yang disentuh angin jelas kedengaran. Sesekali gegendang
telinga saya menangkap bunyi suara kucing biang menggaru papan, terdengar juga
suara burung jampuk merayu di hujung dahan.
Isteri
Haji Salim terus merendang ikan pekasam, baunya cukup menyelerakan. Saya kira,
isteri Haji Salim seorang yang yang cukup cekap membuat kerja-kerja di dapur.
Kalau
saya mahu mencari calon isteri, saya pasti memilih gadis yang memiliki tingkah
laku macam isteri Haji Salim. Barangkali cucunya, Saadiah mewarisi perangai
yang terpuji itu. Saya senyum sendirian.
Saadiah
berwajah manis, memilik lesung pipit di pipi, berkulit cerah terus terbayang di
ruang mata. Bagi saya, Saadiah gadis melayu yang cukup ayu, bersopan santun
tetapi berat mulut. Sinar matanya cukup tajam.
Pernah
saya bermimpi berjalan dengannya sambil berpegang tangan. Dan mimpi itu tidak
pernah saya ceritakan pada sesiapa.
“Kenapa
senyum seorang diri,” kejut Haji Salim. Matanya merenung muka saya. Apakah Haji
Salim dapat membaca rahsia hati saya? Kalau benar, perkara itu amat memalukan,
fikir saya.
“Orang
yang senyum sendiri, dipermainkan syaitan,” tambah Haji Salim lagi. Datuk
anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat Haji Salim.
“Begini
Pak Aji, saya fikir orang yang senyum sendiri dan bercakap sendiri tu bukan
dipermainkan syaitan. Tetapi ia melepaskan sesuatu yang tersembunyi dalam
hatinya,” antara berani bercampur takut, saya menjawab kata-kata Haji Salim.
“Betul
cakap kamu tu Tamar. Tapi syaitan tu selalu mengambil kesempatan dari orang
yang suka mengikut perasaan,” jawab Haji Salim.
“Macam
mana nak mengatasinya Pak Aji?”
“Kita
mesti selalu beristighfar Tamar.”
“Sekarang
kau dah faham,” celah datuk.
“Faham,”
jawab saya.
Ingatan
saya pada Saadiah terus punah. Kesal juga rasa hati bila khayalan dikacau oleh
orang lain. Saya terus menelan air liur. Harapan terus juga berbunga, semoga
pada satu waktu dan ketika, saya dapat bertutur sepatah dua dengan Saadiah yang
saya rindui secara diam-diam.
Saya
menguap panjang. Badan kian bertambah dingin. Bunyi angin malam kian keras
bertiup di luar. Suara anjing terdengar sayup-sayup di pinggir kampung.
Haji
Salim bangun menuju ke ruang kerjanya. Datang kembali ke tempat saya dan datuk
dengan sebilah keris tanpa ulu. Keris itu diletakkan atas lantai.
Haji
Salim bangun kembali. Kali ini masuk ke bilik tidurnya. Entah apa yang
dibuatnya di dalam, tidak ada sesiapa pun yang tahu. Haji Salim keluar dari
bilik. Di tangannya ada ulu keris berbentuk kepala burung geruda.
“Ulu
dan mata keris ni, saya berikan awak.”
“Terima
kasih,” datuk menyambut pemberian itu dengan wajah tenang. Beberapa saat, datuk
menatap ulu dan mata keris itu dengan teliti sekali. Saya lihat datuk menarik
nafas dengan penuh bersemangat.
“Kenakan
ulu dan matanya pada pagi Jumaat, buat sarungnya pada pagi Isnin, ini petua.”
“Usah
bimbang, pesan awak saya buat.”
“Simpanlah
baik-baik.”
“Sudah
tentu.”
Datuk
terus menatap wajah Haji Salim tanpa berkedip. Haji Salim tetap mempamerkan
senyuman yang cukup manis. Dua tiga kali, saya terdengar batuk isteri Haji
Salim di dapur. Haji Salim terus memperkemaskan silanya.
“Awak
ada dengar cerita, ilmu dunia boleh mengambil nyawa manusia,” datuk bagaikan
terkejut mendengar kata-kata dari Haji Salim.
“Takbur
dan bidaah,” sahut datuk.
Tamar Jalis
Bercakap Dengan Jin
Rakaman
Kembali Pengalaman Penulis Bersama Datuknya
70. Bantal Peluk Berjalan Malam
** Sumbangan dari ahli komunitisbdj
Heysanto
“Kita
juga tidak percaya tapi ramai orang yang percaya dengan perkara yang
karut-marut tu.”
“Ajal
maut milik Allah. Kalau ajal kita belum tiba, jatuh dalam gunung berapi pun
kita hidup. Bila ajal dan janji kita sudah tiba, digigit semut pun kita mati.”
“Kita
jangan lupa, nyawa kita ini dipinjamkan oleh Allah pada kita. Bila sampai
waktunya nyawa kita akan diambilnya. Jadi kenapa kita takut pada mati, kalau
kita sudah membuat persiapan yang cukup,” balas Haji Salim dengan tenang.
Ketika ia berkata-kata tadi, saya lihat sinar matanya cukup tajam.
“Kita
setuju,” jawab datuk.
“Mari
sembahyang, Isyak dah sampai,” Haji Salim segera bangun. Ketika itu juga
terdengar suara azan Isyak dari surau membelah ketenangan seluruh kampung.
“Kita
jadi imam,” tambah Haji Salim.
“Silakan,”
ujar datuk tersenyum.
“Nanti
dulu,” kata saya.
“Kenapa
pula budak ni,” keras sekali suara datuk.
“Saya
terkentut dalam diam tuk.”
“Ah
kamu ni, ada ada saja. Pergi cepat.”
Saya
meluru ke bilik air. Saya terdengar suara ketawa dari haji dan datuk tingkah
meningkah. Mereka geli hati dengan kelakuan saya. Memang kelemahan diri saya,
air sembahyang saya cepat batal. Bila ada air sembahyang perut buat ragam dan
sering mahu mengeluarkan udara kotor dari dalamnya.
Kalau
tidak ada air sembahyang, perut tidak pula buat hal. Entah mengapa begini
jadinya, mungkin dugaan pada orang yang ada air sembahyang terlalu banyak,
fikir saya sendirian. Nantilah satu hari, mahu saya tanyakan hal itu pada Haji
Salim.
Haji
Salim mengambil tempatnya sebagai imam. Saya dan datuk berdiri hampir berlaga
bahu. Memang pesan datuk kalau sembahyang jemaah mesti rapat, jangan ada ruang untuk
syaitan lalu yang menggoda kita sembahyang.
Sembahyang
Isyak dapat disempurnakan dengan aman. Haji Salim terus membaca doa. Suaranya
cukup terang dan jelas sekali. Cara mendadak suaranya yang terang itu beransur
lemah dan tidak kedengaran langsung.
Saya
lihat Haji Salim terus rebah di tikar sembahyang. Datuk dan saya terus
menghampirinya. Haji Salim kelihatan sukar untuk bernafas. Datuk segera mahu
melakukan rawatan kecemasan.
“Tak
payah, masanya sudah sampai,” kata Haji Salim. Nafasnya beransur tenang. Ia
terus merenung wajah datuk dengan senyum. Dengan susah payah Haji Salim
melunjurkan kedua belah kakinya. Ia terus baring. Sepasang matanya merenung
lelangit rumah dengan tenang.
Isterinya
datang membawa bantal. Datuk segera mengambil bantal itu, terus mengenepikan ke
kepala Haji Salim. Ia kelihatan lemah sekali.
“Maafkan
aku, kalau ada tersilap dan kasar bahasa pada kamu,” Haji Salim renung muka
isterinya. Perlahan-lahan isterinya anggukkan kepala bersama wajah yang gusar.
“Begitu
juga pada kamu Tamar,” Haji Salim renung muka datuk dan saya.
Serentak
datuk dan saya anggukkan kepala. Isteri Haji Salim mula tersedu dan datuk terus
memujuk isteri Haji Salim supaya jangan menangis dan meraung. Ternyata isteri
Haji Salim patuh dengan cakap datuk.
“Sahabat,
kita nak tidur. Kita rasa bekalan kita sudah cukup,” suara Haji Salim cukup
lemah. Sinar matanya cukup redup menikam wajah datuk. Saya lihat datuk menarik
nafas dengan rasa yang penuh berdebar.
Beberapa
saat kemudian, saya lihat Haji Salim merapatkan kedua belah kelopak matanya
dengan aman. Wajahnya nampak seakan-akan orang tersenyum. Datuk segera merasai
perjalanan nadinya.
“Dia
kembali pada yang HAK. Semoga amal ibadahnya diterima oleh Allah,” beritahu
datuk pada isteri Haji Salim. Dan saya lihat perempuan tua yang berwajah tenang
itu mengesat air matanya dengan hujung baju.
“Saya
goreng pekasam kesukaannya tapi…,” perempuan Haji Salim tidak terdaya
meneruskan kata-kata itu. ia terus tersedu. Saya dan datuk berpandangan.
“Jangan
disesali kematiannya. Kita mesti merelakan apa yang sudah diatur oleh Allah,”
datuk mengingatkan isteri Haji Salim yang masih termenung.
“Baik
tuk.”
“Pergi
sekarang.”
SEMPIT
Dengan
hati-hati saya memijak anak tangga kiri kanan jalan menuju ke surau ditumbuhi
pokok-pokok kecil yang merimbun. Memang sukar berjalan di jalan yang sempit.
Kalaulah orang lain yang menyuruh, pasti saya bantah.
Melangkah
di jalan yang sempit waktu malam, memang menyulitkan. Dua tiga kali saya
terlanggarkan akar pokok yang melintang atas jalan. Bukan kepalang sakitnya.
Ada
masanya saya terpaksa melompat, akibat dilanggar oleh katak puru yang muncul
dari rimbunan pokok kecil di kiri kanan jalan. Saya lihat langit yang cerah,
gumpalan awan terus berarak.
Saya
sampai dekat pokok kelapa yang patah pucuk, akibat dipanah petir. Dari pangkal
pokok kelapa itu, saya lihat cahaya gasolin di surau terang-benderang. Hati
saya gembira kerana surau masih belum ditinggalkan oleh orang kampung.
Dalam
gelap yang pekat itu, suara cengkerik kian rancak menyanyi. Beberapa ekor
kelip-kelip terbang tidak tentu arah. Desir angin yang menyentuh dedaun terus
berbunyi. Jarak surau dengan rumah Haji Salim kira-kira suku batu.
Tiba-tiba
saya tersepakkan benda lembik. Saya berhenti melangkah sambil memusingkan kaki
kanan saya dengan harapan dapat merasakan benda lembik itu. Anehnya, benda
lembik itu tidak tersentuh bila melangkah. Dan dengan tiba-tiba saya
teringatkan Haji Salim yang sudah menjadi mayat.
Saya
juga teringat cakap orang tua-tua yang mengatakan bila ada orang mati malam,
syaitan selalu merayau di kawasan orang ang meninggal dunia bertujuan untuk
menakut-nakutkan orang yang masih hidup. Mengingatkan semuanya itu, cara
mendadak sahaja bulu tengkuk saya meremang. Rasa takut mula bersarang dalam
diri.
Cara
yang paling baik dilakukan, berlari sahaja dalam gelap. Redah atau langgar apa
sahaja, dengan itu cepat sampai ke surau dan terus pukul kerantung tujuh kali
berturut-turut.
Setelah
diperhitung dan dipertimbangkan dengan teliti, saya membuat keputusan untuk
lari menuju ke surau. Baru lima enam langkah berlari, saya terlihat benda putih
sebesar buah kelapa datang bergolek-golek ke arah kaki saya.
Dalam
jarak dua kaki dari saya, benda putih itu berhenti bergolek. Bentuknya juga
berubah jadi memanjang bantal peluk. Perlahan-lahan benda putih itu bangun,
berdiri setinggi tubuh saya. Saya renung kiri kanan. Apa yang saya lihat,
barisan kelip-kelip yang terbang menuju ke satu arah, iaitu arah barat daya.
Saya
jadi tidak tentu arah dan bersedia menjerit memanggil datuk. Tetapi, hasrat itu
saya batalkan. Saya terus membaca ayat-ayat Quran untuk menghalau syaitan.
Makin kerap ayat-ayat Quran itu saya ulangi, makin rancak benda putih itu
berpusing-pusing di depan saya.
Saya
terus lari sekuat hati menuju ke surau. Sampai di surau saya dapati tidak ada
seorang pun di situ. Saya terus memanggil-manggil nama Siak beberapa kali.
Tidak ada jawapan yang saya terima. Tetapi, mengapa Tuk Siak tidak mematikan
lampu gasolin. Barangkali ia terlupa, kata hati saya.
Tanpa
membuang masa, saya ambil kayu pemukul lalu memukul kerantung tujuh kali
berturut-turut. Selesai sahaja kerantung (beduk) dipukul lampu gasolin terus
padam dengan sendiri. Hati saya berdebar. Dan saya bagaikan mahu menangis
rasanya. Saya terus duduk di tangga surau.
Dalam
keadaan yang kelam-kabut itu, saya terdengar bunyi suara orang batuk dari arah
belakang surau.
“Siapa
yang mati?” tanya suara dari belakang surau.
“Tuk
Siak di mana?”
“Aku
tanya lain, kamu jawab lain.”
“Haji
Salim yang mati.”
“Eloklah
tu.”
Darah
saya tersirap. Dan saya yakin, itu bukan suara Mat Upih Tuk Siak surau. Suara
Mat Upih parau bercampur nyaring. Tetapi suara yang saya dengar ini, keras
tidak nyaring dan serak.
Setiap
orang kampung yang menerima berita kematian akan menjawab dengan kata-kata;
Innalillah wa inna Ilaihirajiun. Mereka tidak akan mengucapkan perkataan,
eloklah tu, seperti yang diucapkan oleh orang dari arah belakang surau.
“Itulah
padahnya melawan kita,” tercetus lagi kata-kata dari orang yang tidak saya
kenali. Dengan tidak disangka-sangka rasa marah dan benci tumbuh dalam hati
saya terhadap orang itu.
“Ei,
manusia tak baik cakap macam tu. Kamu juga akan mati,” balas saya.
“Sudahlah,
tak lama lagi giliran datuk kamu.”
“Nyawa
datuk aku bukan di tangan kamu, tahu.”
“Tunggu,
dan lihat sendiri.”
“Laknat.”
Sebaik
sahaja kata-kata itu saya ucapkan, saya tercium bau yang amat busuk. Saya
terlihat dua lembaga manusia melintas di depan saya. Dari bentuk lembaga itu,
saya tahu orang itu tidak lain tidak bukan ialah Kamal dan Daud.
“Aku
tahu siapa kamu,” jerit saya.
Dalam
saya terus berlari meninggalkan surau, terdengar suara orang ketawa
berdekah-dekah dituruti dengan bunyi tapak kaki memburu saya dengan kuat. Saya
terus berlari tanpa mahu menoleh ke belakang, ke kiri atau ke kanan.
Bila
saya sampai di rumah Haji Salim, saya lihat orang sudah ramai. Mat Upih duduk
di halaman rumah bersama dengan kawan-kawan. Semuanya memakai songkok putih.
“Macam
mana tahu Haji Salim meninggal?” saya ajukan pertanyaan pada Mat Upih yang
berkulit putih, berasal dari Pangkalan Bharu, dekat Pantai Remis.
“Ada
orang datang beritahu para jemaah. Bila disuruh pukul kerantung, dia tak mahu.
Katanya kamu nak pukul lepas sembahyang Subuh,” jawab Mat Upih.
“Pak
Mat Upih kenal orangnya?”
“Inilah
yang kami bincangkan. Orang tu memakai serba hijau, kami ingatkan keluarga si
arwah yang datang dari jauh,” Mat Upih renung kawan-kawannya. Semua
kawan-kawannya anggukkan kepala.
Saya
garu pangkal telinga dua tiga kali. Di sudut halaman datuk sedang berunding
dengan penggali kubur. Isteri Haji Salim sedang bercakap dengan Borhan. saya
terus menghampiri mereka.
“Aku
nak suruh si Borhan ni telefon anak buahku dan telefon malam ni juga. Mana yang
tak ada telefon pagi esok di pejabat,” terang isteri Haji Salim lalu memberi
nombor telefon pada Borhan.
“Macam
mana kau nak buat Borhan,” soal saya.
“Aku
ke pekan malam ni juga, gunakan telefon abang aku Tamar.”
“Bila
balik ke sini?”
“Malam
ni juga.”
Borhan
segera meluru ke Honda 70cc miliknya. Meninggalkan saya yang terpaku di sisi
isteri Haji Salim. Bunyi enjin motosikal Borhan tidak kedengaran lagi.
Berita
kematian Haji Salim cukup cepat merebak ke seluruh kampung. Tidak sampai dua
jam rumah arwah Haji Salim jadi tumpuan. Semua yang datang tanpa di arah tahu
dengan tugas masing-masing.
Ada
yang datang membawa ketam, penukul dan paku serta gergaji. Ada yang datang
membawa papan dan kayu. Mereka bergotong-royong membuat keranda dan pengusung.
Menjelang pukul dua belas malam, semua kelengkapan itu siap.
Tepat
pukul satu pagi, orang-orang yang datang pulang ke rumah masing-masing. Mereka
sudah tahu tugas-tugas yang akan dilakukan pada esok pagi. Beberapa orang
penduduk kampung terus membaca Quran di depan jenazah Haji Salim.
Pada
mulanya, perbuatan itu ditentang oleh datuk. Menurut datuk membaca Quran di
depan jenazah merupakan perbuatan yang bidaah, tidak pernah dilakukan oleh Nabi
Besar Muhammad SAW.
“Tidak.
Tujuannya baik dan perkara ini harus. Kita menyedekahkan pada roh arwah, kita
tak usah bertekak atas perkara ini, nanti menimbulkan perbalahan antara kita,”
sanggah Pak Imam.
“Saya
tak pula bermaksud begitu. Setahu saya amal ibadah yang ditambah-tambah,
perkara yang tidak dilakukan oleh nabi kita buat, sudah tentu perbuatan tu
dicela oleh agama kita,” datuk mempertahankan pendapatnya.
“Sebenarnya
masalah ini, ulama-ulama besar pun tidak sependapat. Ada yang kata boleh, ada
yang kata tidak. Sudah jadi kebiasaan orang-orang kita membaca Quran di depan
jenazah,” tambah Imam lagi.
“Tak
apalah, saya akan tanya pada ahli-ahli agama dalam hal ini, supaya orang kita
dapat melakukan sesuatu yang baik mengikut nabi,” suara datuk merendah.
“Saya
setuju dengan awak, tapi apa yang berjalan sekarang jangan dikacau.”
“Demi
perpaduan penduduk perkara tu saya tak halang. Tetapi bila saya dapat hujah
yang kuat saya menentangnya.”
“Saya
setuju,” Pak Imam tersenyum.
Saya
tersenyum mendengar percakapan antara datuk dan Pak Imam. Mereka sering
bertolak ansur demi kepentingan dan perpaduan para penduduk. Pak Imam terus
naik ke rumah. Saya duduk dekat pokok mempelam. Dua tiga kali saya menguap.
Kelopak mata terasa amat berat sekali. Rasa dingin kian hebat mendakap seluruh
badan. Tanpa diduga saya terlena sejenak.
“Tamar.”
Saya
membuka mata. Saya lihat datuk sudah pun duduk di sisi saya. Muka saya
ditenungnya lama-lama. Kemudian pangkal ketiak kanan saya ditamparnya sekuat
hati. Rasa mengantuk segera hilang.
“Jangan
mudah tidur di mana-mana, nanti dikacau syaitan,” katanya pada saya.
“Saya
mengantuk tuk.”
“Kalau
mengantuk balik ke rumah.”
“Saya
takut tuk.”
“Takut?”
datuk membeliakkan biji mata pada saya.
Saya
terus menceritakan pada datuk, segala kejadian aneh yang saya lalui ketika
pergi ke surau beberapa jam tadi. Datuk mendengarnya dengan tenang.
“Dendamnya
pada kita belum habis,” cetus datuk sambil meraba ulu keris pemberian Haji
Salim yang disimpan dalam uncang kecil. Datuk meninggalkan saya. Ia terus
menemui isteri Haji Salim. Setelah bercakap-cakap sebentar dengan datuk, isteri
Haji Salim masuk ke rumah. Keluar kembali dengan ditemanui oleh nenek.
Datuk
dan nenek bercakap-cakap sebentar. Datuk tinggalkan nenek dan terus menghampiri
saya.
“Kita
balik dulu Tamar. Lepas Subuh kita datang lagi ke sini. Di rumah kamu boleh
tidur.”
“Ini
sudah cukup baik tuk.”
“Cepat
bangun.”
Saya
segera bangun. Badan saya menggeletar kesejukan. Langit tetap cerah tetapi
sekitar kawasan rumah Haji Salim terus didakap oleh suasana malam yang agak
pekat. Suara jampuk berpadu dengan suara pungguk mendendangkan irama malam yang
tidak pernah habis selagi dunia berkembang. Begitu juga dengan suara cengkerik.
Langkah
datuk cepat, tidak tersepakkan tunggul atau akar. Ia cukup arif dengan jalan
yang dilaluinya. Bagi mengelakkan supaya saya jangan jauh ketinggalakan, saya
terpaksa berlari. Kerana berlari membuat badan saya berpeluh dan menghilangkan
rasa sejuk.
“Tamar.”
Datuk
menepuk bahu saya. Langkah kami terus kaku.
“Ada
apa tuk?”
“Kau
nampak apa-apa Tamar.”
“Tak
ada apa-apa tuk,” saya renung ke kiri, saya renung ke kanan. Dalam gelap gelita
itu saya ternampak ada bentuk manusia berdiri antara saya dengan datuk.
“Ada
orang tuk.”
Sebaik
sahaja kata-kata itu berakhir, bayang-bayang orang itu segera hilang. Ia muncul
di depan datuk. Kali ini bayang-bayang ini menjadi nyata. Mempamerkan wajah dan
batang tubuhnya. Bila datuk mahu menyapa, orang itu segera hilang dan berdiri
jauh di belakang saya.
Orang
itu membongkok macam mencari sesuatu di atas tanah. Perlahan-lahan orang itu
mengeluarkan buluh tajam dan bersedia mahu menikam tanah yang ada kesan tapak
kaki saya dan datuk.
Waktu
orang itu mahu menikam buluh tajam ke arah kesan tapak kaki saya dan datuk,
bagaikan kilat datuk melompat lalu melakukan satu tendangan yang kuat ke arah
pergelangan tangan orang itu. Buluh di tangan orang itu terpelanting lalu
melekat di batang pokok pisang.
Orang
itu terus tercengan. Tergamam untuk melakukan sesuatu. Dalam keadaan yang
serba-salah itu datuk melepaskan satu tendangan yang kencang pada orang
tersebut. Saya lihat orang itu tersandar di pangkal pokok pisang.
Kalau
orang itu tidak mengelak sudah pasti buluh tajam yang tercabut dan terjatuh
dari pokok pisang mengenai perutnya. Kalaulah perkara itu terjadi, sukar untuk
saya membayangkannya.
“Aku
tahu, kamu menuntut dari kaum kubu di Sumatera, tidak ada sesiapa yang boleh
mengalahkan kamu kecuali kaum itu sendiri,” kata datuk. Saya lihat orang itu
terdiam. Datuk segera merapatinya.
“Kamal,
kamu menggelarkan diri kamu mahaguru. Kau memaksa orang memanggil kamu datuk.
Kamulah penipu besar di dunia ini,” datuk terus mengutuk orang itu. tidak ada
jawapan dari orang tersebut.
“Aku
tahu, ilmu dunia orang kubu cukup hebat, bekas tapak kaki manusia musuhnya
kalau ditikam dengan buluh orang itu boleh mati. Jika musuhnya berada jauh
dalam jarah berpuluh-puluh batu, boleh dibunuh dengan membalingkan pisau ke
arah rumah musuh dan musuhnya mati dengan serta-merta. Aku juga tahu ilmu itu
tidak ada pada kamu Kamal,” sambung datuk dalam nafas yang tercungap-cungap.
Saya
tidak berkata apa-apa. Bau hapak mula menyumbat lubang hidung saya. Ketika itu
juga saya lihat beribu-ribu kelip-kelip berterbangan sekitar kawasan kami
berada. Cahaya dari kelip-kelip itu memudahkan saya melihat pergerakan Kamal
yang mula mahu bangun.
“Kalau
ajalku belum sampai dan tidak diizinkan oleh Allah mati di tangan kamu, usahlah
kamu memburu aku Kamal,” beritahu datuk lagi. Kamal terus bangun.
“Buktinya
Haji Salim,” pekik Kamal.
“Kamu
silap. Ia mati kerana sudah sampai janjinya.”
“Sial,
kamu sial, menghalang kerja-kerja aku.”
“Kalau
kamu mahu menunjukkan kehandalan ilmu dunia kaum kubu yang kamu tuntut, aku
bukanlah tempatnya. Aku tahu ilmu kamu tidak cukup lagi.”
“Mana
kamu tahu.”
“Aku
berasal di Tanah Jambi. Aku sudah bercampur gaul dengan beberapa orang ketua
kaum tersebut, banyak ilmu dunia dia orang yang aku tahu. Serba sedikit pantang
larang dan sumpahnya aku tahu,” datuk berhenti bercakap.
Kelip-kelip
kian bertambah. Kamal termenung panjang. Bau tokaknya kian kuat berbau.
Lolongan anjing sayup-sayup terdengar. Bunyi angin kian kuat bertiup.
“Tokak
di kaki kamu tu terjadi kerana kamu tidak pergi berjumpa dengan ketua orang
kubu yang mahu tuntut ilmu. Kamu tidak membawa upahnya seekor babi hutan pada
setiap tahun.”
“Ah
mengarut.”
“Kamal,
aku tak mahu cakap banyak. Eloklah kamu pindah dari sini sebelum kamu dilaknati
oleh Allah. Pergilah ke mana-mana dan bertaubat.”
“Sudahlah.”
Dengan
sekelip mata kelip-kelip yang beribu-ribu itu terus hilang. Kamal juga lesap
dari pandangan saya dan datuk. Buluh yang ada di bawah pohon pisang terbakar
dengan sendirinya.
Datuk
menarik nafas panjang. Di wajahnya terbayang rasa kesal. Lama juga datuk
termenung, macam ada sesuatu yang difikirkannya.
“Mari
Tamar.”
Saya
pun terus melangkah mengikut rentak kaki datuk. Dua tiga kali melangkah, saya
renung ke belakang. Bimbang, kalau Kamal muncul lalu menikam saya. Kalau
perkara itu terjadi, tentu saya mati katak.
Kami
selamat sampai ke rumah. Tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sampai
di rumah saya terus tidur. Saya tidak tahu apa yang datuk lakukan dalam
biliknya.
USUNG
Pagi
itu, sebelum pergi ke rumah arwah Haji Salim, datuk duduk di kepala tangga.
Saya terus menghampirinya.
“Tamar.”
“Ya,
tuk.”
“Kau
ingat dengan Daud.”
“Ingat
tuk, kenapa tuk.”
“Dia
menipu kita. Katanya dulu, Kamal orang nombor dua yang menjalankan perintah
guru. Sebenarnya Kamal itulah kepala nombor satu.”
“Betul
ke tuk.”
“Sudahlah,
mari kita pergi ke rumah arwah Haji Salim.”
Waktu
kami sampai orang ramai di rumah Haji Salim. Sanak saudaranya yang jauh sudah
ada yang tiba. Saya pusing keliling rumah, kalau-kalau Saadiah dan keluarganya
sudah tiba. Ternyata Saadiah masih belum sampai.
Rasa
terkilan berbunga dalam diri saya. Rindu benar rasanya mahu melihat lesung
pipit di pipi Saadiah. Dalam rasa kehampaan yang memanjang itu saya terus
menuju ke arah Lebai Din yang buta kedua belah matanya.
“Tamar,”
kata Lebai Din. Saya tersenyum bagaimana orang tua yang buta ini memanggil nama
saya dengan tepat. Padahal saya tidak menegurnya.
“Kau
pakai baju dan seluar putih hari ni,” tambahnya.
“Ya
Pak Lebai,” jawab saya.
Lebai
Din terus ketawa dan menepuk belakang saya beberapa kali dengan penuh
kemesraan. Tangannya saya pegang erat-erat.
“Macam
mana tahu Pak Aji meninggal?” tanya saya.
“Borhan
beritahu.”
“Macam
mana datang?”
“Jalan
kaki Tamar.”
“Jauh
tu Pak Lebai.”
“Sebagai
orang Islam bila tahu saudara seagama meninggal kita mesti datang,” katanya.
Saya anggukkan kepala. Setuju dengan pendapatnya itu.
Datuk
datang dan terus duduk di sebelah Lebai Din. Saya tahu bila datuk datang, saya
tidak boleh bercakap ikut suka hati, nanti kena tegur oleh datuk.
“Bila
mahu dikebumikan,” tanya Lebai Din.
“Lepas
Zuhur, nanti anaknya dari Beranang tiba. Kalau tak sampai juga, tak boleh
ditunggu lagi.”
“Bagus,
menyegerakan mengkebumikan mayat memang dituntut oleh agama, tak baik
melambat-lambatkannya,” jawab Lebai Din.
Orang
tidak putus-putus datang ke rumah Haji Salim, orang sekampung semuanya tidak
pergi kerja hari itu. orang luar dari kampung juga tidak kurang ramai yang
datang. Melihat keadaan itu, saya meramalkan semasa hayatnya, Haji Salim memang
terkenal dan dihormati.
“Orang
yang duduk di tanah saya tu dah pindah,” Lebai Din memberitahu pada datuk. Saya
lihat datuk terkejut.
“Macam
mana awak tahu.”
“Lepas
sembahyang Subuh tadi, orang tu lalu dekat rumah saya dan beritahu perkara tu.”
“Biadab,
manusia biadab.”
“Biarlah
dia biadab, asalkan kita tidak jadi macam dia. Saya bersyukur pada Allah…”
“Bersyukur,
bersyukur apa?”
“Dia
sudah meninggalkan pondok itu. kalau di suruh keluar dengan paksa lain pula
jadinya.”
“Begitu,”
saya lihat datuk ketawa kecil. Keterangan dari Lebai Din membunuh keraguan
dalam diri datuk.
Seperti
yang dijanjikan, lepas waktu Zuhur jenazah Haji Salim pun diusung ke tanah
perkuburan. Masa di tanah kubur saya terlihat Kamal dan Daud ada di celah-celah
orang ramai yang sedang mendengar Pak Imam membaca talkin.
“Mata
kamu rabun.”
“Tak,
saya nampak tuk.”
“Pandangan
kamu saja, semuanya kerana takut.” Suara datuk keras. Saya terus diam.
Bila
semuanya sudah selesai. Orang ramai pun meninggalkan tanah kubur. Tetapi, datuk
dan Lebai Din masih berdiri di sisi pusara Haji Salim. Wajah mereka muram, mata
mereka merah.
“Allah
kasihkan dirinya, kerana itu ia dipanggil,” keluh datuk. Lebai Din menarik
nafas, matanya tidak berkedip merenung tanah pusara.
“Saya
kehilangan kawan,” tambah datuk lagi.
“Saya
juga begitu. Susah mahu mencari orang macamnya, penyabar dan bertimbang rasa,”
sahut Lebai Din. Serentak datuk dan Lebai Din meninggalkan pusara.
“Tadi,
saya rasa laknat tu ada sama,” cara mendadak sahaja Lebai Din memberitahu
datuk. Muka datuk segera berubah. Perlahan-lahan ia menarik nafas.
No comments:
Post a Comment