21. Berguru Dengan Syaitan
Datuk
tersenyum memandang saya. Dengan pertolongan cahaya bulan yang samar-samar itu,
saya lihat ketua pukau terus berdiri dekat tengkorak kering. Tengkorak itu
masih juga mengeluarkan buih dan sejenis habuk seakan-akan asap. Menurut
datuk, tengkorak itu diambil dari tengkorak orang mati dibunuh, ketika hujan
panas.
Lebih berkesan lagi kalau tengkorak itu dari tengkorak orang yang mati kena tikam. Tidak kira, sama ada orang yang mati itu orang Islam atau tidak. Mengambil tengkorak orang yang mati dibunuh itu , harus melalui beberapa ujian yang tertentu.
Bila tengkorak itu diambil dari tanah perkuburan, harus dipisahkan dengan badannya, tengkorak yang sudah di pisahkan dengan badan itu tidak boleh menyentuh tanah atau dipegang. Mesti dibawa pulang dengan mengandarnya.
Orang yang mengandarnya mesti ditutup kedua matanya dengan kain. Mesti sampai ke rumah sebelum subuh. Tengkorak itu akan disalai sampai kecut, kemudian dipuja oleh orang-orang yang tahu dengan kerja-kerja syaitan itu. Lepas itu baru diserahkan pada orang yang memerlukannya dengan syarat, bila memasuki rumah orang, tuan rumah jangan dianayai, kecuali tuan rumah itu bercakap besar atau takbur dan mahu menguji kebolehan orang yang menyimpan tengkorak tersebut.
"Sebenamya, ilmu pukau ini ada bermacam-macam cara, tetapi memukau dengan tengkorak cukup berkesan. Kekuatan ghaibnya mengatasi ilmu-ilmu pukau yang lain", begitulah yang dinyatakan oleh datuk pada saya secara ringkas.
"Lihat mereka sudah bersedia untuk masuk ke dalam rumah," kata datuk dengan nada suara yang cukup perlahan. Memang benar cakap datuk itu, saya lihat ketua pukau dua tiga kali berjalan di hadapan anak tangga. Dia memerintah anak buahnya memijak anak tangga pertama dengan hati-hati.
Saya terdengar selak pintu jatuh. Serentak dengan itu daun pintu terbuka. Tuan rumah tercegat dan mempersilakan kaki-kaki pukau memijak lantai rumahnya .
"Kau tidurlah, kami tak ganggu kau", cukup lantang suara ketua pukau. Tuan rumah angguk kepala lalu merebahkan diri di muka pintu.
"Bukan di situ, tempat kau dibilik", mendengar suara ketua pukau, tuan rumah segera bangun dan menuju ke bilik tidur. Ketua pukau mengambil tengkorak lalu melekapkan pada hujung gelegar rumah dekat tiang seri. Dia bagaikan bercakap sesuatu dengan tengkorak tersebut. Ketua pukau ketuk dinding rumah tiga kali berturut sambil berkata:
"Mulakan. Ingat niat kita hanya mengambil barang, jangan ganggu anak isteri tuan rumah."
Habis saja ketua pukau berkata-kata, seluruh perut rumah terang benderang. Anak buah ketua pukau pun masuk ke rumah. Mereka mencari barang-barang berharga. Lebih dari setengah jam mereka menjalankan kerja tersebut. Anak buah ketua pukau menurunkan barang yang dicuri. Semua barang-barang itu diserahkan pada ketuanya. Saya lihat ketua pukau memasukkan barang-barang kemas dalam beg kulit hitam, kemudian menghitung wang yang dicuri.
"Dah selesai?" tanyanya pada anak buah.
"Ambil daun tujuh helai dan ranting berkapit dua", ketua pukau memberitahu anak buahnya. Perintah itu segera dipatuhi oleh anak buahnya. Daun dan ranting berkepit dua lalu diletakkan di bawah rumah. Ketua pukau lagi sekali berhadapan dengan tengkorak kecut. Dia bercakap sesuatu di situ.
"Apakah yang mesti kita buat sekarang tok", saya menyoal datuk bila melihat ketua pukau dan anak buahnya meninggalkan kawasan rumah yang di curi.
"Biarlah mereka pergi", pendek saja datuk memberikan jawapan.
Bila kumpulan itu sudah pergi jauh dan datuk yakin jentera kereta kumpulan pukau sudah dihidupkan dan kereta mereka sudah bergerak, datuk pun mengambil ranting berkepit dua dan sehelai daun di bawah rumah. Semua benda-benda itu datuk bawa pulang ke pondoknya.
Sebaik sahaja datuk sampai ke pondok, dia segera menyalakan pelita dan menghidupkan bara api di tempatnya. Daun yang sehelai itu dilayarkan ke api pelita, manakala ranting berkapit dua dipatah-patahkan lalu ditaruh kedalam tempat bara api.
Saya tidak bertanya kenapa datuk melakukan semua kerja itu. Saya lihat datuk terus termenung didepan bekas bara api sambil menaburkan kemenyan ke dalamnya.
"Aku harap orang-orang yang mencuri itu akan datang menemui aku siang esok," kata datuk dengan nada suara yang tenang.
Saya terus diam dan merebahkan badan di hujung lutut datuk . Lepas itu saya tidak tahu apa yang Datuk buat tetapi saya di kejutkan oleh datuk ketika azan subuh menguasai kampung.
Pagi itu Din Kerani menemui Datuk dan mencarikan pada datuk apa yang berlaku di rumah ketua kampung. Datuk juga diberitahu, barang-barang yang hilang dinilaikan lebih dari enam ribu ringgit, termasuk wang tunai yang berjumlah dua ribu ringgit, hasil dari penjualan tanah isteri ketua kampung di Rendang Sawa, dekat Batu Gajah.
Secara terang-terangan Din Kerani melahirkan rasa kesal kerana datuk tidak berjaya menahan kejadian pukau itu itu dari berlaku. Malah Din Kerani meminta kata putus dari datuk sama ada dia sanggup menjalankan kerjanya atau tidak. Kalau tidak sanggup Din Kerani mahu mencari orang lain.
"Apa kau fikir menangkap orang berilmu sama macam menangkap anak ayam?", tanya datuk pada Din Kerani sambil membeliakkan biji mata.
"Saya dah tak boleh sabar, semua orang kampung dah tahu, saya yang bawa awak ke sini untuk mengatasi masalah ini, kalau tak berjaya tentulah saya malu."
"Kenapa kau begitu bodoh, beritahu orang kampung? Apa kau tak boleh sabar sikit?"
Nada suara datuk yang meninggi itu membuat Din Kerani termenung panjang. Dia bimbang benar kalau rumahnya akan menjadi mangsa ketua pukau. Datuk minta Din Kerani menunggu di pondok hingga pukul empat petang.
"Buat apa?"
"Untuk melihat ketua pukau"
Mendengar cakap datuk itu, air muka Din Kerani segera berubah. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dicakapkan oleh Datuk. Mana mungkin pencuri mahu menyerah diri, kalau tidak ditangkap. Fikir Din Kerani.
"Benar atau berjenaka?", Din Kerani meminta kepastian.
"Benar", jawab datuk dengan tegas.
Entah apa malangnya, ramalan datuk tidak menjadi kenyataan. Hingga jam lima petang ketua pukau yang diharapkan itu tidak datang. Satu tamparan yang cukup hebat dalam tugas datuk. Belum pemah dia mengalami perkara seperti itu sebelumnya. Mukanya merah padam. Din Kerani tidak mahu bercakap walau sepatahpun dengan Datuk. Dia meninggalkan pondok dengan seribu pertanyaan.
"Orang ini benar-benar handal dan dia tidak akan tunduk pada sesiapa," keluh datuk sambil merenung kemuka saya. Dia terus ambil air sembahyang lalu menunaikan fardu asar. Saya tidak tahu apa yang dilakukan oleh datuk selepas sembahyang. Saya lihat dia tertungguk depan tikar sembahyang sambil membuka beberapa buah kitab.
Habis membaca kitab, Datuk membaca surah Yassin. Datuk berhenti melakukan semua itu, setelah masuk waktu Maghrib. Saya dan datuk sembahyang di pondok. Bila masuk Isyak saya dan Datuk berjemaah bersama-sama orang kampung di surau.
Di surau orang-orang kampung membentuk satu jawatankuasa bertindak mengawal kampung. Mulai malam itu, lima orang lelaki dikehendaki mengawal kampung mulai jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi. Dari pukul 2.00 hingga 6.00, orang yang lain pula datang mengambil tugas itu yang berjumlah lima orang juga. Din Kerani dipilih sebagai ketua gerakan tersebut. Dia diwajibkan berada di surau setiap kali lepas waktu sembahyang Isyak.
Saya merasa kurang senang hati terhadap sikap orang-orang kampung pada datuk. Mereka buat tidak kisah dengan datuk, tidak seperti mula-mula Datuk datang dulu. Barangkali mereka mula sedar, bahawa datuk tidak mampu bertindak lebih jauh lagi untuk mencegah kejadian pukau. Meskipun begitu datuk tidak merasa kecil hati. Dia tetap melayan orang-orang kampung dengan baik dan peramah. Dia bercakap dengan tok siak, dia menyapa tok imam dan ketua kampung. Sebelum pulang datuk bercakap dengan Din Kerani dan datuk minta Din Kerani datang ke pondoknya kira-kira pukul satu malam.
Malam itu datuk tetap berusaha untuk memberkas ketua pukau. Dia berazam untuk menangkap ketua pukau itu dan mahu menasihatinya supaya jangan meneruskan kerja yang boleh menyusahkan orang ramai. Datuk mahu menasihatkan ketua pukau itu supaya mencari rezeki yang halal.
Datuk membentangkan kain hitam di tengah ruang pondok. Dia meletakkan keris panjang di tengah kain. Mangkuk putih yang berisi air ditempatkan dibucu kain hitam sebelah kanan. Bucu sebelah kiri diletakkan tempurung serta sabut.
Datuk berdiri tegak menghadapi benda-benda itu semua. Datuk memakai seluar hitam serta baju hitam dan pinggangnya diikat dengan kain merah. Kepala dililit dengan kain kuning. Datuk berdiri sambil memeluk tubuh. Datuk terus membaca ayat Al-Iqra' hingga tamat.
Lepas itu dia membaca Al-Fatihah. Sebaik saja datuk selesai membaca dengan tiba-tiba mangkuk putih yang berisi air bagaikan meletup, air melempah atas kain putih. Datuk terus duduk. Keris panjang saya lihat bergerak sendiri menuju ke bucu kain hitam sebelah kanan. Wajah datuk cukup cemas. Peluh halus muncul dengan tiba-tiba di dahi luasnya.
"Orang ini mencabar aku", kata datuk pada saya.
Cepat-cepat datuk membuka bungkusan kain kuning yang disimpannya dalam beg rotan. Dia mengeluarkan sebilah keris pendek berulu gading. Mata keris itu kelihatan berkarat. Datuk pernah menceritakan pada saya, bahawa keris itu memang di bawanya dari Jambi, Indonesia. ltulah satu-satunya peninggalan orang tuanya yang dapat diwarisinya. Keris itu pernah digunakan, ketika menentang Belanda di Acheh.
"Besinya dikutip dari besi-besi sekitar Acheh dan Jambi, dibuat dengan tangan. Mata keris itu sudah di taruh racun getah ipoh", kata datuk pada saya satu masa dahulu. Datuk juga memberitahu keris tersebut pernah membunuh beratus-ratus tentera Belanda.
Keris itu disimpan dalam busut di bawah rumah. Bila orang tuanya mahu meninggal dunia, keris itu diserahkan padanya dengan syarat dia tidak boleh memijak bumi Jambi sampai akhir hayat, kalau mahu keris itu menyimpan bisa dan kuasanya.
Hanya itu saja yang saya tahu tentang keris tersebut. Datuk terlalu merahsiakan tentang keris itu dari anak cucunya, kecuali saya. Datuk melayarkan mata keris ke atas bara. Saya lihat keris itu bertukar kemerah-merahan. Di mata keris tersebut timbul huruf-huruf jawi iaitu dua kalimah syahadah. Datuk menyimpan keris kembali. Dia merenung tembikar mangkuk putih yang berserak.
"Kau memang mahu menghancurkan aku", tiba-tiba saya terdengar satu suara dari arah kanan. Saya segera menoleh. Seorang lelaki tua berdiri di situ. Dari mana datangnya saya sendiri tidak tahu. Datuk merenung lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
"Aku sebenarnya tidak pernah tenang dan aku harap kau akan memberikan ketenangan itu pada aku", lelaki itu bersuara lemah.
Datuk terdiam. Saya lihat datuk seperti berada dalam keadaan yang tidak tentu arah.
Datuk menarik tangan saya. Dan saya pun segera mendekatinya. Dalam keadaan yang agak tenang itu, datuk sempat memberitahu saya, bahawa lelaki tua yang kelihatan itu adalah kenalannya yang sama-sama datang dari Jambi.
Bila sampai ke semenanjung, kenalannya itu sudah mati lemas di sungai, dekat pengkalan di Hutan Melintang. Perahu yang dinaiki kawannya itu karam akibat berlanggar dengan batang kayu di musim tengkujuh. Datuk menyuruh saya duduk di muka pintu pondok. Arahan Datuk itu saya patuhi.
"Kenapa kau yang datang Tandang Ali. Aku bukan mencari kau", kata datuk sambil membaca sesuatu. Ibu jari tangan datuk menekan pangkal belikat. Wajah datuk agak pucat sedikit.
"Aku tahu apa yang kau cari Ucang Diah", beritahu lelaki itu. Saya terkejut, kerana lelaki itu dapat menyebut nama datuk dengan tepat. Sebenarnya tidak ramai orang yang tahu nama sebenar datuk. Dalam kad pengenalan datuk namanya tercatat sebagai - Kulub Mohd Diah. Dan orang-orang kampung, anak cucunya juga tahu itulah nama datuk yang sebenar.
Tetapi pada saya, datuk memberitahu secara rahsia nama sebenarnya yang diberitahu oleh orang tuanya ialah Ucang Diah. Ucang itu adalah nama keturunan atau suku yang dibawanya dari Jambi.
"Engkau boleh memberi ketenangan pada roh aku"
"Maksud kau?"
"Akulah yang memberikan tengkorak pada ketua pukau. Aku mengambilnya dari kubur dan aku memujanya. Selagi tengkorak itu tidak hilang darinya, roh aku tidak aman."
"Kenapa kau memanjangkan ajaran syaitan?"
"Itulah silapnya aku."
"Kau tahu hukumnya menyiksa mayat? Berdosa besar."
"Masa itu aku tidak terfikir. Yang aku fikirkan masa itu ialah menyuruh mereka memukau rumah-rumah orang putih yang menjajah negara kita, tetapi mereka melakukan sebaliknya."
"Apapun niat kau tetap berdosa. Islam tidak mengajar pengikutnya membuat jahat. Islam menyuruh umatnya berunding dan menggunakan akal fikiran. Kenapa kau menyempitkan ajaran Islam?"
"Aku tahu..", belum pun sempat orang itu mengakhiri cakapnya, datuk terus membelakanginya. Dengan sekelip mata saja, lelaki itu hilang dari pandangan saya. Datuk terus menuju ke muka pintu. Dengan tenang memijak anak tangga pondok. Saya mengekornya dari belakang.
"Ke mana tok?"
"Ke surau."
Sebaik saja saya dan Datuk melangkah lima langkah ke depan, tiga orang lelaki menghalang. Saya kenal lelaki yang berbaju putih dengan badek di tangan itu ialah ketua pukau.
"Hei kalau kau benar-benar handal tunjukkan, apa hak kau menghalang kerja kami?", cukup keras suara ketua pukau. Salah seorang dari rakannya memberikan golok perak kepadanya. Datuk menyuruh saya undur. Muka ketua pukau saya lihat merah padam dalam samar-samar cahaya bulan malam itu.
"Aku guni kan awak dengan anak awak, kami nak campak kedalam Sungai Kinta," ketua pukau terus mengugut.
Datuk berdiri tegak dihadapan ketiga-tiga lelaki itu. Kaki kanan datuk saya lihat bergerak-gerak. Mata datuk tidak berubah merenung muka ketua pukau. Datuk menikam tumit kaki kanan ke dalam bumi. Separuh dari tumit itu saya lihat tenggelam.
"Kenapa bersekutu dengan syaitan untuk mencari kemewahan?", datuk terus menyergah ketua pukau.
Dan ketua pukau sudah tidak sanggup menerima penghinaan itu. Dia lalu mengangkat golok perak untuk menetak batang leher datuk. Datuk kerutkan muka. Tumitnya kian kejap ditekan kebumi. Saya lihat seakan-akan ada kepulan asap mengelilingi buku lali kaki datuk.
Ketua pukau angkat senjata, tiba-tiba tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bagaikan terkunci. Dia berusaha mahu bergerak. Usahanya gagal. Mulutnya separuh terbuka. Datuk melangkah ke depan. Dengan cepat datuk menyentuh mata golok perak.
Dengan tiba-tiba golok perak itu patah dua. Bahagian atas yang patah jatuh betul-betul di hujung sepatu ketua pukau. Datuk menghentakkan kakinya keatas tanah sekuat hati. Golok perak yang tinggal separuh di tangan ketua pukau terlepas.
"Kuncinya sudah aku buka. Apa yang aku mahu sekarang, ingat bersekutu dengan syaitan tidak akan boleh ke mana-mana. Belajarlah hidup dengan berusaha mencari rezeki yang halal", datuk memberitahu ketua pukau.
Dengan mendadak saja ketiga-tiga ahli kumpulan pukau itu sujud di kaki datuk. Cepat cepat datuk menolak ketiga-tiga badan anggota pukau itu. Datuk berubah tempat berdiri.
"Jangan sujud di kaki aku. Aku adalah manusia seperti kau juga, berasal dari tanah. Dalam Islam tidak ada manusia yang tinggi dan rendah, semuanya sama saja. Kamu semua harus sujud pada Allah yang Maha Besar meminta ampun dan bertaubat", kata datuk.
"Tapi kami mahu minta maaflah pada orang yang kami curi harta-bendanya. Jangan hukum kami."
"Aku tidak boleh menghukum kamu. Allah yang Maha Besar berhak atas dirimu. Pada Allah terletak hukuman yang adil"
"Kami bertaubat"
"Bertaubatlah pada Allah dan aku minta kau serahkan tengkorak itu pada aku", datuk mengemukakan permintaan secara jujur.
Belumpun sempat ketua pukau melakukan apa yang di perintahkan datuk, Din Kerani pun datang. Datuk terus memberitahunya, bahawa kaki pukau yang di cari ada di hadapan. Din Kerani mahu bertindak untuk membawa kaki pukau ke balai polis. Permintaan itu tidak dapat ditunaikan oleh datuk.
"Maafkan orang yang bersekutu dengan syaitan lebih mulia dari menghukumnya. Dengan kesempatan yang kita berikan, boleh membuat mereka insaf dan kembali ke ajaran Islam yang sebenamya", itulah alasan yang diberikan oleh datuk pada Din Kerani.
Datuk membebaskan mereka, dan mereka berjanji akan memberikan pada datuk tengkorak kecut yang digunakan ketika mencuri.
Sejak terjadi peristiwa itu, kejadian mencuri dengan memukau tidak lagi berlaku. Saya dan datuk terus duduk di Kampung Tanjung Tualang selama tiga minggu lagi. Dalam rancangan datuk, sesudah dia mendapatkan tengkorak kecut dari ketua pukau, barulah dia pulang ke kampung.
Ternyata, ketua pukau tidak menunaikan janjinya. Mereka berpindah tempat melakukan kegiatan memukau di kawasan Kampar pula. Datuk merasa kesal kerana membebaskan mereka tempohari. Sedarlah datuk, sekali syaitan menguasai hati manusia memang sukar untuk membuangnya.
Datuk menjadi manusia yang paling berdukacita dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi berita itu didengarnya pada setiap hari bila dia berjemaah ke surau. Datuk pun mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan dia akan cuba menghancurkan kumpulan pukau itu dengan caranya yang tersendiri.
Dua hari di kampung, datuk terus mengajak saya pergi ke Kampung Bahagia di Teluk Intan. Kami tinggal di rumah seorang ustaz yang mengajar di sekolah Sultan Abdul Aziz. Dengan secara jujur datuk memberitahu ustaz tersebut yang secara kebetulan mempunyai pertalian keluarga yang agak jauh dengan nenek, tujuannya datang untuk kesitu untuk memberkas kumpulan pukau.
Ustaz tersebut memperkenalkan datuk dengan seorang mata gelap. Mat Jali namanya, orang Lambor Kanan. Mat Jali memang sudah lama mengikuti kegiatan kumpulan pukau tersebut. Mat Jali memang mengharapkan dengan adanya kerjasama dari datuk, kegiatan kumpulan itu akan segera dapat ditumpaskan. Memang datuk berazam, bila kumpulan itu dapat di berkas, datuk tidak akan memberikan ampun dan maaf pada mereka. Datuk mahu mereka dihukum mengikut undang-undang yang telah di tetapkan.
Suatu petang Mat Jali datang menemui datuk. Mereka bercakap panjang di halaman rumah hingga waktu Maghrib. Lepas waktu maghrib, lagi sekali Mat Jali datang menemui datuk. Saya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang mereka bicarakan. Perkara yang nyata ialah, sambil datuk bercakap, Mat Jali mencatatkan sesuatu di kertas kecil. Sebelum Mat Jali meninggalkan rumah, Datuk terus berpesan padanya:
"Saya yakin, mereka akan di situ malam ini. Saya yakin dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, firasat saya ini betul, dan awak akan berjaya"
"Semoga Allah akan memberkati kerja saya ini"
"Sama-samalah kita berdoa", sahut datuk dari muka pintu.
Datuk masuk kerumah. Dia terus membaca surah Yassin, duduk di ruang tengah bersama saya dan ustaz. Menurut datuk, kumpulan pukau itu akan kecundang. Dua sebab kenapa kumpulan pukau itu kecundang. Pertama, ketuanya mungkir janji dan dan kedua gurunya sendiri tidak merestui kerja tersebut.
"Kerja dia orang licin", kata ustaz.
"Saya tahu. Guru mereka kawan saya dan sudah pun mati, sekarang rohnya tak aman."
"Macam mana Wak tahu hal itu?"
"Kerja jahat, janganlah ditanya. Pada Wak, cuma Wak mahu buat dengan tak mahu buat saja. Setiap kerja yang kita lakukan kita harus memikirkan apakah kerja tu di berkati oleh Allah atau tidak"
"Saya paham"
Cuma setakat itu saya dengar kata-kata datuk dan ustaz. Lepas itu masing-masing masuk bilik. Lebih kurang pukul dua pagi, rumah ustaz di ketuk orang bertalu-talu. Datuk buka pintu. Muka Mat Jali tersembul.
"Apa halnya?", soal datuk.
"Semuanya dapat kami tangkap."
''Dimana?''
"Macam awak katakan itu, mereka nak pukau rumah penghulu Tapah yang duduk di Bidor."
"Sekarang dia orang di mana?", tanya datuk lagi. Dia tersenyum puas.
"Di Balai Polis Langkap"
"Kenapa di Langkap, tidak di bawa ke Kampar?", celah ustaz yang berbadan besar, ada janggut sejemput di dagu, memakai kaca mata putih.
"Tak tahu, pegawai suruh bawa ke Langkap, esok baru di bawa ke Kampar"
"Begitu", suara datuk lemah.
Malam itu juga, saya dan datuk naik kereta Moris Minor Mat Jali menuju ke Balai Polis Langkap. Atas daya usaha Mat Jali, datuk dan saya dapat menemui ketua pukau bersama kawannya di dalam lokap.
"Kenapa kamu tak insaf?", soal datuk pada ketua pukau. Pertanyaan datuk itu tidak mendapat jawapan. Ketiga-tiga kaki pukau itu diam membisu. Dari Mat Jali datuk mendapat tahu nama sebenar ketua pukau itu ialah Kusman tetapi lebih dikenali dengan panggilan Hitam. Sudah ada anak dan isteri. Anaknya yang besar belajar tingkatan dua di Kampar yang pada masa itu dibela oleh abangnya. Datuk terus meminta tengkorak kering dari ketua pukau.
Datuk memberitahu tengkorak kering itu harus di pulangkan kepada tuannya secara ghaib, di samping itu datuk juga memberitahu, bawa guru mereka Tandang Ali memintanya mengambil tengkoraknya itu dari mereka.
"Dia sudah mati", meletus jawapan dari ketua pukau.
"Aku tahu, tapi rohnya tidak aman. Bila harta peninggalannya kau pulangkan pada yang berhak, baru dia aman. Aku tahu, dia kawan aku".
Ketua pukau terdiam. Datuk terus memujuknya. Hingga terbit fajar pagi datuk tidak memperolehi apa-apa darinya. Datuk tahu tengkorak itu ada padanya. Siapa pun tidak akan menjumpainya kalau mencari di badannya, kecuali menggunakan beberapa petua yang tertentu. Tengkorak itu boleh di sembunyikan dicelah kulit bahagian paha dimana orang tidak akan nampak.
Pada pukul 10 pagi datuk melihat ketua pukau itu dimasukkan ke dalam perut jeep untuk di bawa ke Balai Polis Kampar. Sebelum bertolak datuk mengingatkan polis yang mengawalnya supaya berhati-hati dengan ketua pukau. Meskipun tangan digari, dia boleh melepaskan diri. Ketua pukau itu juga mempunyai beberapa kebolehan dalam ilmu kebatinan. Bagi menjamin ketua pukau itu tidak boleh melepaskan diri, datuk menawarkan diri untuk mengikuti jeep itu pergi ke Kampar.
Permintaan datuk itu tidak dapat ditunaikan oleh ketua Balai Polis Lengkap. Datuk merasa bertuah kerana Mat Jali bersedia membawa datuk ke Kampar dengan menaiki keretanya kerana Mat Jali mengekor dari belakang.
Datuk nampak resah sahaja. Dia menyatakan pada Mat Jali ada sesuatu yang akan berlaku dalam perjalanan. Tetapi Mat Jali meyakinkan datuk, bahawa semuanya berjalan dengan baik,
malah dia yakin ketua pukau itu tidak akan berjaya melepaskan diri.
Datuk diam. Dia memejamkan kedua belah matanya. Dahinya berkerut. Mukanya mula didatangi oleh peluh-peluh halus. Saya tahu, bila datuk melakukan hal sebegitu, dia merenung atau menilik sesuatu yang jauh darinya.
"Dia berjaya membuka garinya", tiba-tiba datuk bersuara agak keras.
Ketika itu kereta jeep yang membawa ketua pukau sedang melintas jambatan di Sungai Air Kuning, dekat Kampar (jambatan itu dirobohkan dalam dalam tahun 1976, sebagai gantinya
satu jambatan baru telah dibina, seperti yang ada sekarang ini).
"Dia akan terjun ke dalam sungai", kata datuk lagi.
Sebaik saja datuk selesai bercakap, saya dan Mat Jali melihat ketua pukau terjun keatas jalan raya, kemudian terjun ke dalam sungai. Polis yang berada di sisinya terpaku. Mat Jali membunyikan hon menyuruh kereta jeep berhenti. Jeep itu pun berhenti dan Mat Jali menghentikan keretanya ke tepi. Datuk keluar dari perut kereta.
"Dia agak handal orangnya", ujar datuk sambil merenung kedalam sungai yang berbuih. Polis angkat rifle dan menjunamkan muncung ke arah perut sungai.
"Kita tidak akan dapat menangkapnya. Dia ada ilmu tahanair", kata Datuk.
Cakap datuk itu memang benar. Tiga puluh minit menunggu, ketua pukau tidak juga muncul. Air tempat dia terjun tetap berbuih.
Datuk memberitahu Mat Jali dia boleh memberkas ketua pukau itu, tetapi memakan masa sedikit. Datuk meminta Mat Jali menyuruh pemuda jeep membawa kawan ketua pukau ke Kampar. Jeep pun bergerak. Datuk berdiri di tebing sungai. Dia mengambil air sungai dengan daun keladi. Air itu di lambung ke atas.
Sebelum air itu jatuh ketanah, datuk menyambutnya dengan mulutnya, kemudian air itu disemburkan ke dalam perut sungai. Saya lihat air sungai bagaikan mengelegak dan berbuih-buih, kemudian tempat ketua pukau terjun itu berpusing-pusing menjadi semacam lubuk.
Dengan mendadak sahaja air sungai itu menjulang badan ketua pukau lalu mencampakkannya ke tepi tebing. Ketua pukau tersadai di situ. Dari bawah dagunya keluar satu benda putih.
Benda itu berbuih dan akhirnya menjadi satu tengkorak. Datuk pun mengambil tengkorak terse but.
Datuk merawat ketua pukau hingga pulih. Dia berdiri sambil merenung Mat Jali di sisinya, dan bagaikan kilat dia merampas pistol Mat Jali, lalu melepaskan tembakan ke arah datuk.
Datuk cepat-cepat menguncikan sendi badannya. Pistol di tangan ketua pukau terjatuh di kaki, dan secara mendadak saja pistol itu meletup dan pelurunya mengenai perut kedua pukau. Sebelum ketua pukau rebah ke bumi, datuk memeluk tubuhnya dan dengan sekilap mata sahaja datuk muntah darah.
Seluruh badan datuk menjadi biru.

22. Penunggu Rumah Tok Kaya Sendi Diraja
Datuk rebah
ke bumi. Batang tubuh ketua pukau terlepas dari pelukannya. Mat Jali menghampiri
ketua pukau yang sudah kaku itu. Dari lubang hidung dan telinga keluar darah
yang merah kental. Saya menghampiri datuk. Tubuhnya masih berwarna biru. Muntah
darahnya sudah berhenti. Datuk membuka tangannya perlahan-Iahan. Tengkorak yang
dipegangnya menjadi hitam, macam arang dan akhimya bertukar menjadi serbuk
halus macam amang bijih yang dibuang.
"Campakkan ke air", kata Datuk.
Saya mengambil serbuk hitam itu. Bila berada di atas tapak tangan saya, seluruh badan terasa panas. Cepat-cepat saya humbankan ke dalam air sungai. Datuk cuba bangun. Dia tidak berdaya. Setiap kali dia bangun, dia akan rebah. Bagaikan sendi tulang di kepala lurutnya sudah hancur. Saya jadi kelam-kabut. Mat Jali masih lagi memeriksa tubuh badan ketua pukau. Cara kebetulan sebuah jeep tentera lalu di situ. Mat Jali menahan jeep tersebut. Setelah berunding, pemandu jeep itu bersetuju membawa mayat ketua pukau ke Balai Polis Kampar.
"Biar saya uruskan datuk saya di sini, kalau boleh encik sampai ke sana, cuba ikhtiarkan sebuah ambulan untuk datuk saya".
"Saya cuba," itu janji yang diberikan oleh Mat Jali pada saya. Mereka pun berlepas ke Kampar. Saya merawat datuk mengikut arahan-arahan yang dikeluarkannya. Walaupun ada orang yang lalu Ialang dijalanraya, mereka tidak menghiraukan kami. Pada sangkaan mereka saya dan datuk pencari rotan yang sedang melepaskan penat di situ.
"Carikan aku daun serunai laut, pucuk daun semuka dan campurkan dengan air sikit. Ramas daun-daun itu hingga hancur dan sapukan pada kepala lutut aku”, perintah Datuk yang terpaksa saya lakukan. Hasilnya amat mengejutkan, bila disapu ke kepala lutut dengan iringan jampi tertentu dari Datuk, saya lihat dia boleh bangun.
Walaupun begitu, warna biru di tubuhnya tidak juga mahu hilang. Malah wajah datuk kelihatan lebam macam di pukul sesuatu. Saya bagaikan mahu menangis bila datuk tidak berdaya melangkah. Dia bagaikan terlupa macam mana mahu berjalan. Datuk sandarkan badannya pada sebatang pokok dekat situ.
"Badan aku terasa bisa-bisa, kepala terasa kosong”, datuk mengadu pada saya sambil meraba batang pokok di belakangnya.
"Apa yang mesti saya buat tok?”
"Tak ada satu pun yang dapat kau buat. Kalau janji aku sudah sampai untuk menemui Allah”
"Tapi kita harus berikhtiar”
"Aku tahu, tetapi kau bukan orangnya untuk membantu aku dalam hal ini”
"Kalau bukan saya, siapakah orangnya tok?"
Datuk terdiam. Badannya jatuh perlahan ke atas bumi. Dia jatuhkan kedua belah kakinya. Saya pun urut kaki datuk.
"Dalam dunia ini tidak ada sesiapa pun yang boleh mengaku handal dalam apa juga bidang. Kalau dia merasa dirinya handal, itu hanya perasaan. Sedangkan ada orang yang lebih handal darinya dan kehandalan diri orang itu pula tertakluk di bawah kekuasan Allah"
Sesungguh saya tidak tahu, apakah cakap itu ditujukan pada saya oleh datuk.
Saya perhatikan dalam saat-saat begitu, datuk bercakap ikut suka hati saja. Inilah yang membimbangkan hati dan perasaan saya. Sedang saya diamok keresahan, Mat Jali dan ambulan pun tiba. Datuk diusung ke dalam perut kereta ambulan untuk dibawa ke rumah sakit Kampar.
Datuk pun diberi rawatan segera. Bagi menghilangkan warna biru dan lebam, datuk terpaksa diberi suntikan ubat. Datuk tidak mahu menerimanya Menurut Datuk suntikan itu akan memberikan kesan yang kurang baik dalam lubuhnya. Mat Jali dan saya terpaksa memujuknya. Datuk tidak berganjak dari keputusannya. Saya memujuknya dengan sedaya upaya yang boleh.
"Tok, suntikan itu untuk memberi kerehatan pada datuk”, kata saya.
"Maksudnya?"
”Bila datuk dicucuk, datuk akan tidur. Tok dapat tenaga”, tambah saya sambiI merenung muka Mat Jali supaya dia mengakui kebenaran cakap saya itu. Setelah termenung lebih dari sepuluh minit, datuk pun setuju untuk melakukan suntikan. Saya terkejut bila seorang juru rawat yang bertugas memberitahu saya, sudah tiga batang jarum patah ketika doktor melakukan suntikan di bahu datuk. Dan doktor tidak mahu meneruskan kerjanya.
"Apa yang mesti saya buat?", tanya saya pada juru rawat tersebut, sambil merenung ke muka Mat Jali yang duduk di sebelah saya.
"Bagaimana? Boleh kami masuk ke dalam?", Mat Jali mengajukan pertanyaan. Jururawat yang berketurunan Pakistan tersenyum.
"Boleh. Tuan doktor memang mencari warisnya"
"Sebab?"
"Doktor nak tanya sikit", beritahu jururawat. Saya dan Mat Jali masuk kedalam bilik. Doktor Melayu yang berkulit hitam itu mempersilakan saya dan Mat Jali duduk.
"Saya orang Melayu, sudah belajar ke luar negeri, tetapi saya tidak membuang kepercayaan dan keyakinan saya pada ilmu batin", ujar doktor itu sambil menggigit bibir. Dia lalu memperkenalkan namanya pada kami. Namanya Abdul Mutalib, anak jati Batu Pahat, Johor. Baru sebulan bertugas di Kampar, sebelum itu dia bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Kedah.
"Saya kurang faham dengan cakap tuan" , suara Mat Jali tenang.
"Kalau orang Melayu tidak percaya pada kuasa ghaib dan kebatinan, ertinya dia bukanlah orang Melayu tulin. Kekuasaan ghaib, dukun dan pawang adalah sebahagian dari teras bangsa kita. Kerana itu saya panggil awak”
"Orang tua ini ada memakai ilmu tahan besii. Suruh dia buka", doktor itu merenung muka saya. Fahamlah saya. Doktor itu memerlukan bantuan dari saya. Saya pun rapat kepada Datuk. Saya membisikan ke telinganya:
"Bukalah datuk, untuk faedah diri datuk."
"Buka apa?", sergah datuk pada saya.
"Tahan besi."
”Tahan besi?", ulang datuk.
"Ya tok."
Datuk terdiam. Dia merenung muka saya. Sinar matanya cukup lembut seolah-olah dari sinar matanya terucap perkataan ini:
"Demi kasih sayangku padamu Tamar, aku lakukan apa saja”
Saya resah. Datuk memejamkan matanya. Mulutnya terkumat-kumit membaca sesuatu. Kemudian dia suruh saya memotong kuku di ibujari sebelah kiri.
Kuku yang sudah di potong itu mesti dilipat tiga dan diletakkan di celah ketiak kanannya. Apa yang di perlakukan oleh saya diperhatikan oleh doktor itu dengan penuh minat. Bila semuanya sudah selesai, lagi sekali datuk merenung saya dengan senyum.
"Sudah", pendek saja dia berkata. Doktor pun tersenyum. Dia mengambil jarum lalu melakukan suntikan. Semuanya berjalan dengan sempurna. Tidak lama datuk berada di hospital, cuma dua hari sahaja. Masuk hari yang ketiga, dia minta keluar. Datuk membuat keputusan untuk tinggal di rumah Mohd Zain, di Batu Berangkai, Kampar. Mohd Zain, seorang pemborong kelas F dengan Jabatan
Kerja Raya daerah Batang Padang. Dia mengenali datuk kira-kira dua tahun yang lalu, ketika membawa isterinya yang diserang sakit lumpuh berubat dengan datuk.
Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, sakit lumpuh yang dideritai oleh isterinya sejak bertahun-tahun itu di sembuhkan oleh datuk. Sejak itu, dia menjadikan datuk sebagai ayah angkatnya. Di Batu Berangkai, datuk mengubati sakitnya dengan caranya yang tersendiri. Setiap pagi dia akan mandi air dari gunung, dan memakan beberapa jenis pucuk kayu pada sebelah petangnya. Seminggu kemudian datuk beransur pulih dan sihat.
Semasa tinggal di Batu Barangkai, Mohd Zain memperkenalkan datuk dengan jutawan Melayu yang juga menjadi orang yang bergelar yang di lantik oleh Sultan Perak pada masa itu. Jutawan Melayu itu mempunyai beberapa buah lombong di Menglembu, Pusing, Batu Gajah dan Papan. Dia juga mempunyai beberapa buah rumah batu di daerah Kinta dan Batang Padang. Dia lebih suka berhubung dengan Mohd Zain untuk membaiki sebarang kerosakan di rumahnya.
Salah sebuah rumah batunya terletak dikawasan Sungai Raya. Rumah itu diwarisi dari arwah ayahnya. Besar tersergam ia terletak tidak jauh dari jalan besar. Dia tinggal di situ bersama isteri dan dua anak perempuannya, sementara rumahnya yang lain didiami oleh anak buah jutawan itu sendiri. Salah seorang anak perempuannya menuntut di Universiti Malaya, ketika itu bertempat di Singapura, dalam jurusan kedoktoran. Selain daripada mempunyai harta yang banyak, jutawan itu juga mempunyai dua orang isteri.
Isteri mudanya pula ada pertalian keluarga dengan Mohd Zain. Perkenalan yang terjalin di rumah Mohd Zain itu, secara tidak langsung memberikan satu tugas baru pada datuk. Jutawan itu meminta datuk memberikan pendinding di kawasan rumahnya, supaya tidak dimasuki oleh pencuri. Kerana tugas itu tidak berat, datuk bersedia menolongnya.
"Berapa upahnya? Seratus atau tiga ratus", jutawan itu menyoal datuk. Saya lihat datuk tersenyum dan menyandarkan badan pada dinding rumah Mohd Zain. Muka Mohd Zain saya lihat berubah sedikit.
"Kita bukan hidup dengan kerja ini, harta kita pun ada untuk makan pakai anak cucu. Kalau sekadar untuk menolong ke jalan baik tak jadi hal", jawap datuk pada pertanyaan jutawan itu, yang merupakan satu sindiran yang tajam. Jutawan itu tunduk.
"Maafkan saya, kalau cakap tadi menyakitkan hati. Saya sekadar mahu bersedekah saja", nada suara jutawan itu mula menurun.
"Sedekah saja wang itu ke rumah anak yatim", tingkah datuk. Jutawan itu anggukkan kepala.
"Bila bapak mahu menolong Tok Kaya Sendi Raja?", Mohd Zain memotong percakapan. Datuk urut pangkal dagunya. Dia merenung muka jutawan itu dua tiga kali. Jutawan kelihatan resah.
"Saya terpaksa pergi ke sana setidak-tidaknya tiga senja saya mesti ke sana"
"Kalau begitu duduk saja dirumah saya”
"Begini saja. Minggu depan saya minta anak angkat saya ni hantar saya kerumah Tok Kaya”
"Terpulang ikut mana yang baik. Baik pada awak, baiklah pada saya”, kata Tok Kaya (jutawan) sambil tersenyum. Lalu dia minta diri untuk pulang dari datuk. Mohd Zain menghantar jutawan itu hingga ke keretanya di tepi jalan besar.
Pagi itu datuk memberitahu Mohd Zain, anak angkatnya, yang dia mahu pergi mendaki gunung yang terletak di bahagian tepi kawasan Pekan Kampar.
"Buat apa ke sana pak?" tanya isteri Mohd Zain sambil menghidangkan kopi dan roti.
"Nak cari buluh tumpat."
"Buat apa?", sahut Mohd Zain.
”Untuk menolong Tok Kaya", jawap datuk.
Itu memuaskan hati Mohd Zain dan isteri, serta saya. Dengan menaiki kereta Moris Minor kepunyaan Mohd Zain, beliau menurunkan saya dan datuk dekat sekolah Inggeris di Kampar. Dari situ saya dan datuk masuk ke dalam hutan. Lebih kurang pukul empat petang, kami kembali ke rumah Mohd Zain di Batu Berangkai. Sebaik saja sampai di rumah, datuk pun memotong buluh tumpat itu sepanjang satu kaki.
Buluh yang sudah dipotong itu berjumlah empat semuanya, diletakkan di bawah rumah. Tidak ada kejadian ganjil yang kami temui semasa di hutan, jadi tidak ada cerita yang menarik untuk diceritakan pada Mohd Zain yang cukup kagum dan hormat dengan datuk.
Selepas sembahyang Isyak Mohd Zain masih bercakap dengan datuk di anjung rumah. Mohd Zain meminta ilmu pengasih dari datuk dengan tujuan supaya setiap orang yang ditemuinya akan jadi kasih padanya dan mempelawa dia untuk membuat rumah atau membuat kontrak dengannya. Saya dengar datuk memarahi Mohd Zain kerana permintaannya itu tidak masuk akal. Menurut datuk, kalau kerjanya baik dan ikhlas, tidak menipu sesama manusia, dengan sendirinya dia akan disayangi orang.
"Berusaha dan bekerja keraslah, kau akan mencapai kejayaan. Buat kerja dengan baik”, itulah yang dapat di tangkap oleh telinga saya. Lepas itu saya lidak dengar apa yang mereka perkatakan. Saya terlena.
Saya tahu datuk akan melakukan sembahyang hajat. Ada tanda-tanda yang menunjukkan datuk akan melakukan kerja itu. Supaya tugasnya tidak terganggu, saya lebih suka tidur bersendirian di ruang tengah rumah Mohd Zain. Biarlah datuk tidur sendirian di dalam bilik khas. Dugaan saya itu memang tepat. Apabila subuh, datuk menyatakan sembahyang hajatnya tidak terganggu oleh dengkor saya.
"Kau sudah mula mengenali perangai aku", katanya menyindir ketika saya mengaambil air sembahyang bersamanya.
"Belajar dari pengalaman”, balas saya.
"Petang esok kita pergi ke Sungai Raya”, datuk memberitahu saya lagi.
Saya pun mengangguk tanda setuju. Macam selalu, sebelum matahari bangun di kaki langit datuk akan mengajak saya mandi embun. Saya sudah pun pandai memilih jenis daun yang baik di ambil airnya untuk membasuh muka dan badan. Datuk juga memberitahu saya beberapa potong ayat suci yang harus saya baca ketika menyentuhkan air embun ke tubuh.
Mandi embun menyegarkan badan dan menegangkan kulit. Dengan nya muka kelihatan bersih dan tidak dimamah usia. Menyapu atau menggosokkan air embun ke badan juga harus pandai. Mesti ikut urutan. Dengan itu perjalanan darah akan menjadi lancar, terhindar dari sakit jantung atau darah tinggi.
Selepas menunaikan sembahyang asar pada petang selasa, saya dan datuk dihantar oleh Mohd Zain ke kawasan Sungai Raya. Jarak kawasan itu dari bandar Ipoh lebih kurang 10 kilometer ke selatan. Kami di sambut oleh Pak Ayub Naim penjaga rumah. Tok Kaya telah pergi ke lapangan terbang bersama anak dan isterinya untuk menyambut anaknya yang bercuti. Mohd Zain bercakap sesuatu dengan Pak Ayub Naim.
"Saya balik dulu pak", Mohd Zain memberitahu datuk. Dia menghidupkan jentera kereta dan keluar dari kawasan rumah Tok Kaya Sendi Raja. Rumah batu besar itu berbentuk lama, berunsur kesenian dari timur tengah dipadukan dengan seni bina tempatan menjadikan rumah batu dua tingkat itu kelihatan cantik dalam bentuk yang tersendiri, besama cat kuning air yang lembut. Berceritalah Pak Ayub Naim orang Keramat Pulai tentang rumah batu dua tingkat itu pada kami. Menurutnya, rumah batu itu sudah lebih dari seratus tahun usianya.
Sudah tujuh keturunan dipusakai turun temurun. Tok Kaya Sendi Diraja ialah pemilik yang tujuh atau keturunan yang ketujuh. Dan selama itu pula, belum pernah terlintas di hati para pewarisnya untuk merubah bentuk dasar rumah tersebut. Mereka hanya menambah beberapa bahagian yang tertentu saja. Bila bulan penuh muncul di langit dan cahayanya melimpah di atas bumbung rumah, keutuhan dan keunggulannya semakian nampak. Bumbung rumah itu bagaikan memancar cahaya yang boleh menegakkan bulu roma sesiapa saja.
Kebanyakan penduduk yang tinggal berdekatan enggan lalu di bahagian belakang rumah tersebut meskipun di situ ada jalan dekat menuju ke kawasan rumah mereka. ltulah cerita Pak Ayub Naim yang sudah berusia hampir enam puluh tahun itu. Sama dengan umur Tok Kaya Sendi Raja. Saya dan datuk di tempatkan di sebuah bilik di bahagian atas ruang tengah. Bahagian atas itu cukup luas dengan empat tiang besar yang bulat, berukir dengan awan larat bunga raya dan pucuk rebung.
Bila saya berdiri di situ saya terasa ada sesuatu yang ganjil. Saya terasa diri saya seolah-olah berada jauh dari dunia nyata. Seakan-akan terlambung ke satu alam lain yang sukar saya nyatakan. Saya
lapurkan perkara itu pada datuk. Dia hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pendapat berhubung dengan perkara itu. Ketika bunga senja tiba, saya dan datuk meninggalkan bilik. Kami mengelilingi rumah besar itu tujuh kali. Setiap kali sampai kebahagian bucu rumah, datuk berhenti dan membaca sesuatu.
"Kita pusing lagi sekali untuk jadikan lapan”, beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala dan ikut perintahnya.
"Berhenti di sini”, mendengar perintah itu langkah saya mati. Datuk menandakan tempat itu dengan kayu.
"Kau langkah ke timur, kemudian ke barat lima kali ke belakang. Lepas itu ke utara dan ke selatan macam tadi juga”
Arahan yang datang dari datuk saya patuh. Bila semua saya lakukan, datuk pun korek tanah dengan golok lalu menanam buluh tumpat ke dalam tanah.
"Cukuplah tu, agak-agak satu jengkal ke bumi,. Tidak dikorek anjing, ah mana ada anjing, kawasan ni berpagar", datuk bercakap seorang diri. Saya tersenyum. Bila dia menuju ke halaman rumah, Tok Kaya Sendi Diraja dan dua orang anaknya baru saja keluar dari perut kereta Chevrolet besar.
"Macam mana, sudah selesai?", iltu yang di tanyakan oleh Tok Sendi Diraja pada datuk.
"Belum selesai. Lagi tiga penjuru belum di taruh", balas datuk. Tok Kaya Sendi Diraja terus memberitahu datuk, makan minum datuk dan saya akan di hantar sendiri oleh tukang masak ke bilik. Satu layanan yang sungguh istimewa dari seorang jutawan pada orang biasa.
Kerana waktu maghrib sudah tiba, datuk dan saya terus naik ke tingkat atas sesudah mengambil air sembahyang. Lepas sembahyang datuk meneruskan zikimya. Saya keluar dari bilik mundar-mandir ruang tengah. Saya terkejut dan hampir menjerit, dari sudut ruang tengah yang agak suram itu keluar seorang gadis dengan pakaian diraja. Di kepalanya terletak mahkota yang memancar, di tangannya terletak sebilah sundang. Kain labuh yang menutup badannya berwama kuning. Saya terus lari masuk bilik.
"Kenapa, macam kena kejar syaitan."
"Ada puteri raja di sini tok”
"Kau gila? Lain kali jangan merayau. Kalau kau bantah cakap aku, cekik kau sampai mampus”, datuk memberi amaran dengan nada suara yang marah. Saya diam dan terus membaca surah Yassin. Datuk sudah pun selesai berzikir. Saya sudah pun menghabiskan bacaan surah Yassin. Kami baring di atas katil kuno. Tiba-tiba daun pintu diketuk orang. Datuk buka pintu dan saya berdiri di belakangnya.
Seorang lelaki muncul, tinggi dan besar orangnya, dada berbulu memakai tanjak dan ada bintang kebesaran di tengah tanjak, serta padang panjang di pinggang. Lelaki itu hanya muncul beberapa detik saja di hadapan kami. Datuk segera turun ke bilik Pak Ayub Naim di bawah. Barang kali Pak Ayub Naim boleh memberikan keterangan lanjut berhubung dengan perkara aneh yang ditemui. Dia sudah menjadi penjaga rumah semenjak ayah Tok Kaya Sendi Diraja masih hidup.
"Usah takut, anak dara itu memang salah seorang penguni rumah ini, dia hanya mengucapkan selamat datang”, katanya dengan berketawa pada Datuk.
"Orang lelaki itu siapa?", soal saya.
"Dia juga macam anak dara tu. Dia memberi salam perkenalan saja pada tuan berdua. Dia tidak akan mengganggu”, jawabnya.
Temyata Datuk tidak puas hati dengan jawapan itu. Tetapi dia tidak mahu mengemukakan sebarang pertanyaan lanjut. Kami naik ke bilik atas. Hidangan sudah tersedia. Lepas makan kami sembahyang Isyak. Lepas itu saya tidur.
Empat penjuru rumah Tok Kaya Sendi Diraja sudah di tanam dengan buluh tumpat. Dengan pertolongan Allah, rumah itu tidak akan dimasuki pencuri. Atas permintaan Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan saya dijemput duduk dua malam lagi dirumah itu. Tok Kaya Sendi Diraja mahu Datuk memulih semangat rumah. Menurut Tok Kaya Sendi Diraja, dia selalu bimbang dan berhadapan dengan perkara-perkara aneh bila dia membuat kira-kira pemiagaan di bilik khasnya. Kadang-kadang dia terasa ada mahkluk lain di rumahnya. Pemah satu ketika dia tertidur dimeja tulis, apabila dia sedar dari tidurnya, dia telah berada di atas katil disampang isterinya. Pakaiannya ditukar dengan baju tidur tanpa di sedarinya.
"Tetapi belum ada keluarga saya yang dicederakan", adu Tok Kaya Sendi Diraja pada datuk di ruang tamu bawah. "Saya merahsiakan perkara ini dari kaum keluarga", tambahnya sambil menyatakan keyakinan bahawa datuk dapat mengatasi masalah yang dihadapinya itu berdasarkan dari cerita Mohd Zain kepadanya.
"Saya cuma boleh menolong saya”, kata datuk merendah diri. Tok Kaya Sendi Diraja tersenyum. Sementara itu di luar, senja kian menjauh. Kedua-dua anak Tok Kaya Sendi Diraja mula meninggalkan halaman rumah. Norbaya yang bongsu pergi ke bahagian dapur, manakala Norlin yang bercuti dari universiti melintas di depan kami. Dia segera menaiki tangga yang menghubungkan antara ruang bawah dengan ruang atas.
Tok Kaya Sendi Diraja lalu menceritakan tentang anaknya Norlin, yang akan tamat pengajian doktornya akhir tahun ini. Belum pun cerita itu tamat, kami bertiga terkejut. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja menerpa ke arah kami. Satu jeritan nyaring dan keras menguasai rumah dua tingkat itu yang datang dari bahagian atas.
"Itu jeritan Norlin", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
Kamipun segera memijak anak tetangga yang berbentuk melingkar itu. Sampai di atas, Tok Kaya Sendi Diraja segera membuka pintu bilik yang selalu Norlin gunakan ketika menghabiskan cuti dari universiti. Norlin terduduk dipinggir tempat tidur dengan nafas yang sesak, mukanya pucat benar.
"Ada apa Norlin?", tanya Tok Kaya Sendi Diraja.
Norlin tidak menjawab. Peluh halus tumbuh di dahi. Di luar hari kian gelap. Terdengar suara gagak sesat menjerit di dahan pokok kekabu.
"Ada apa nak?", soal isterinya pula.
Ketika itu Pak Ayub Naim pun tiba. Angin kian keras masuk kedalam ruang rumah. Langsir bergerak-gerak dengan hebatnya.
"Ada apa Norlin? Cakaplah”, pujuk Tok Kaya Sendi Diraja. Norlin bangun dan terus memeluk ibunya. Dia menangis di atas dada ibunya semahu-mahunya. Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mengusap rambut anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.
"Kau nampak manusia di sini", Pak Ayub Nairn bertanya dengan nada suara yang cukup lembut pada Norlin yang hanya mengangkat bahu saja. Peristiwa yang terjadi itu memaksa saya duduk sendirian duduk di bilik. Datuk pergi menemui Tok Kaya Sendi Diraja di biliknya. Datuk bertanya tentang salasilah keturunan Tok Kaya Sendi Diraja dari A hingga Z.
Kira-kira pukul sepuluh malam, datuk masuk ke bilik tidur. Dia termenung panjang di atas katil kuno. Saya tidak berani bertanya apa yang di perkatakannya dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Saya biarkan datuk mengelamun sendirian. Angin malam berhempas pulas di luar. Dahan-dahan kayu bergoyang keras. Langit hitam, bulan pun tidak timbul di langit. Saya resah tidak menentu, bagaikan ada makhluk asing berdiri di hujung kaki. Datuk masih bertafakur di atas katil kuno.
Tiba-tiba saya terdengar sesuatu yang keras berlaku diluar rumah seperti bunyi dahan kayu dipatah orang. Saya rasa badan saya dilangkah oleh sesuatu. Bulu roma tengok saya tegak berdiri. Angin kian keras bertiup. Jendela rumah terbuka dengan sendiri. Saya lihat ada lembaga samar-samar masuk kedalam ikut jendela yang terdedah. Angin berhenti bertiup. Diganti dengan titik hujan. Saya tidak tahu kenapa badan saya berpeluh.
Kepala saya bagaikan di jamah orang. Ada benda sejuk menyentuh pipi saya, sejuknya bukan kepalang macam hidung orang mati. Saya menepis, tidak ada yang kena sasaran. Saya hanya menepis angin. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang. Datuk melompat dari atas katil dan membuka pintu.
"Anak saya Norlin”, ujar Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah cemas.
"Kenapa?", soal datuk.
"Berjalan dan menari sendirian"
"Allah", keluh datuk.
Kami pun berlari menuju ke bilik Norlin. Memang benar, Norlin sedang menari macam tarian klasik orang India. Datuk menyuruh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya merebahkan Norlin ke atas katil. Norlin mengikut tanpa sebarang perlawanan. Bila Norlin di baringkan, jam kuno di tengah rumah berbunyi dua belas kali.
Hujan kian menjadi -jadi di luar. Saya rasa bilik itu terlalu panas. Saya juga terasa ada makhluk asing beratus-ratus orang mengisi dalam ruang bilik. Makhluk itu tidak dapat dilihat tetapi bukti yang menunjukkan makhluk asing berada di situ memang ada. Buku-buku bacaan Norlin ada yang terbuka dan tertutup dengan sendiri. Pensil dan pen yang terbuka juga tertutup dengan sendiri. Hal itu tidak di sedari oleh Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya. Mereka asyik melihat Norlin.
Muka Norlin pucat, keningnya berkerut dan peluh-peluh halus membintit di kening. Seolah-olah Norlin berhadapan dengan sesuatu yang amat menakutkan. Matanya tegak merenung ke atas. Sesekali dia tersenyum.
"Norlin, Norlin emak ada di sini", kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja sambil menggoncang badan Norlin yang matanya terbeliak.
"Usir dia, halau dia. Jangan beri dia masuk!" jeritnya sekuat hati.
"Siapa dia nak? Cakap dengan saya", rayu datuk. Norlin merenung ke pintu, berpaling ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapapun di situ.

23. Roh Bayi Cari Ibu
Datuk
menggigit bibir. Sepasang matanya berpaut pada wajah Norlin yang kelihatan
cemas itu. Dari wajah Norlin, mata datuk beralih ke wajah Tok Kaya Sendi Diraja
dan isterinya.
"Mahu halau siapa? Tidak ada seorang pun yang masuk ke sini?", ulang datuk dengan nada suara yang cukup lembut.
"Ada. Dia selalu ganggu saya, kalau diusir diaaaa...", dan Norlin terus menghentak-hentakkan kaki ke lantai sambil meronta-ronta. Ibunya terus memeluk dengan erat dan kemas. Datuk terdiam, tidak tahu apa yang harus di buatnya. Suara bising di bilik atas membangunkan Pak Ayub Naim dan isterinya yang tidur di bilik bawah. Mereka naik ke bilik Norlin. Waktu Pak Ayub dan isterinya sampai, Norbaya sedang menyapu peluh yang tumbuh di dahi Norlin. Isteri Pak Ayub Naim terus bertanya:
"Apa yang dah jadi Norlin?"
"Saya takut makcik", suara Norlin terketar-ketar. Kemudian Norbaya memberitahu isteri Pak Ayub Naim bahawa kakaknya seperti melihat sesuatu di luar bilik mahu mengacaunya. Norbaya terus membaca ayat-ayat suci, tiba-tiba dia mendapati Norlin jatuh pengsan.
"Badannya terus jadi panas makcik", ujar Norbaya. Isteri Pak Ayub Naim resah dan berkata pada suaminya:
"Apa yang harus kita buat?" Pak Ayub Naim terdiam. Dia berjalan berpusing-pusing di hadapan Tok Kaya Sendi Diraja lalu berhenti di hadapan datuk.
"Norlin diganggu oleh sesuatu. Setahu aku, penjaga rumah tua ni tidak akan membuat kacau, apa lagi terhadap keluarga Tok Kaya", tutur Pak Ayub Naim. Mukanya merenung muka datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub terus menyambung:
"Kalau pun dia menampakkan dirinya, itu sebagai tanda salam perkenalan.
Isteri Pak Ayub Naim secara tiba-tiba berdiri. Matanya mula merah merenung ke wajah Norlin.
"Sama ada salam perkenalan atau tidak, dia tetap syaitan. Saya tahu setiap kali Norlin cuti dia jadi korban", nada suara isteri Pak Ayub Naim cukup keras. Semua yang ada dalam bilik itu berpandangan sesama sendiri.
"Kita harus mengatasi masalah ini. Saya tak mahu anak saya jadi korban”, kata isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
"Siapa orangnya boleh menolong kita?", sahut Pak Ayub Naim. Pertanyaan Pak Ayub Naim tidak mendapat jawapan. Datuk terus bercakap sesuatu dengan Tok Kaya Sendi Diraja. Kemudian Tok Kaya Sendi Diraja pula membisikkan sesuatu ke telinga Pak Ayub Naim.
"Baik", tiba-tiba suara Pak Ayub Naim meninggi lalu keluar dari bilik.
Sepuluh minit kemudian Pak Ayub Naim masuk ke bilik dengan membawa air dalam mangkuk putih.
"Berikan padanya", ujar Tok Kaya Sendi Diraja. Pak Ayub Naim meletakkan mangkuk putih berisi air di hadapan datuk. Datuk memasukkan separuh jari hantunya kedalam mangkuk putih.
"Ambil air ini dan sapukan ke mukanya", beritahu datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Perintah datuk segera dilakukan. Bila jari jemari isteri Tok Kaya Sendi Diraja menyapu air ke muka Norlin, saya lihat Norlin lemah dan terus terlena.
Norlin pun diletakkan ke atas katil dengan di temani oleh ibunya. Tok Kaya Sendi Diraja, datuk dan Pak Ayub Naim keluar dari situ dan terus menuju ke bilik saya dan datuk menginap. Mereka berbincang panjang. Datuk dengan rasa rendah hati ingin membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh keluarga Tok Kaya Sendi Diraja.
"Saya sekadar mencuba. Sama ada jadi atau tidak terletak pada kuasa Allah. Kalau Allah memberkati, kita akan berjaya”, ujar datuk.
"Saya faham”, sahut Tok Kaya Sendi Diraja.
"Mencuba apa salahnya”, celah Pak Ayub Naim pula. Akhirnya mereka pun berpisah.
Esoknya Norlin terus jatuh sakit. Tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk. Datuk tidak melakukan sesuatu pada sebelah paginya bagi mengubati sakit Norlin. Menurut datuk Norlin demam kerana lemah semangat. Pada sebelah petangnya, baru datuk memulakan tugasnya. ltupun sesudah membuat beberapa persiapan rapi di biliknya. Datuk meminta izin pada Tok Kaya Sendi Diraja untuk masuk ke bilik Norlin.
"Silakan, emaknya ada di dalam”, Kata Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja.
”Jangan tegur apa yang saya lakukan”, dengan tenang datuk mengingatkan kepada saya dan Tok Kaya
Sendi Diraja. Dengan tenang datuk melangkah. Berdiri betul-betul di tengah pintu bilik. Dia memusingkan badannya dari kiri ke kanan.
Dia mengeluarkan kain hitam dari pinggang lalu melemparkan ke ruang tengah rumah. Lepas itu, datuk pun mempersilakan Tok Kaya Sendi Diraja dan saya menghampiri Norlin. Tiba-tiba wajah Norlin berubah menjadi takut dan cemas. Dia merasakan Datuk mahu mengganggunya. Namun begitu dengan wajah yang tenang dan penuh keyakinan, datuk memegang urat nadi di tangan kanan Norlin. Mulut datuk terus terkumat-kamit. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Datuk memperhatikan wajah Norlin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Saya lihat datuk menarik nafas panjang. Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali. Saya terdengar bunyi jam tua di tengah ruang berbunyi lima kali. Angin petang terasa masuk dengan deras kedalam bilik. Ada bunyi suara burung gagak liar di pucuk kekabu.
Meski pun diluar cuaca cukup panas dan cerah, tetapi diruang itu tetap kelihatan muram, malah ada beberapa bahagian rumah itu bagaikan tidak kena sinar matahari. Sedang saya dan Tok Kaya Sendi Diraja serta isterinya melihat datuk menjalankan tugasnya dengan tekun. Terdengar bunyi bingkai gambar terhempas di lantai. Kaca dari bingkai gambar itu bagaikan bergerak sendiri menuju ke arah tiang seri rumah. Bila Tok Kaya Sendi Diraja mahu merapatinya, datuk segera menahan.
"Jangan”
"Kenapa?"
"Barangkali dia mahu menguji kita"
"Apa yang patut kita lakukan?"
"Tidak ada apa yang yang perlu kita lakukan”, datuk memberi penjelasan pada Tok Kaya Sendi di Diraja. Dan Tok Kaya Sendi Diraja pun anggukkan kepalanya dua tiga kali. Waktu isteri Tok Kaya Sendi Diraja membetulkan duduknya kerana lenguh lama duduk bertempuh, pintu bilik berbunyi dengan kuatnya macam dihempas oleh tangan manusia.
Gegarannya menjatuhkan botol-botol kecil yang terletak di atas meja hias Norlin. Bulu roma saya mula tegak. Datuk masih lagi tenang. Mata Norlin tidak seliar tadi. Kedua dua biji matanya merenung lelangit rumah. Norlin tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia seolah-olah berada di dunia lain.
Datuk memberi isyarat kepada Tok Kaya Sendi Diraja supaya mendekatinya.
"Bagaimana?", soal Tok Kaya Sendi Diraja pada Datuk.
Datukpun mendekatkan mulutnya ke telinga Tok Kaya Sendi Diraja lalu berbisik:
"Memang ada yang mengacaunya."
"Siapa? Penunggu rumah ini, dia tu rajakah,puterikah atau apa?"
Nampak benar tidak sabarnya Tok Kaya Sendi Diraja bila berhadapan dengan masalah yang rumit itu. Datuk mula resah. Memang pantang benar bagi dirinya bila dia menjalankan tugas, di ganggu dengan beberapa soalan atau pertanyaan. Perbuatan begitu boleh mengganggu tumpuan fikiran pada kerja yang dilakukan.
"Saya tak dapat mengatakan siapa orangnya. Ada baiknya Tok Kaya tengok sendiri."
"Tengok sendiri? Apa saya seorang sajakah?"
"Tidak. Bersama dengan orang yang ada di sini." Mendengar jawapan dari datuk itu, Tok Kaya Sendi Diraja merenung muka isterinya. Mereka nampak cemas dan gusar sekali. Norlin masih terkapar di atas katil. Matanya tidak lagi tertumpu pada lelangit rumah. Datuk memberi isyarat supaya saya menghampirinya.
"Ada apa tok?"
"Kau duduk dekat aku”, suaranya cukup tegas. Saya angguk kepala dengan lemah. Ekor datuk merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.
"Usah bimbang. Tok Kaya dan yang lain-lain harus mandi dengan air bunga tujuh jenis”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja dengan wajah yang selamba. Datuk lalu minta mangkuk putih berisi air bersama dengan bunga kemboja, bunga raya dan bunga tanjung.
Tidak sampai sepuluh minit, semua barang yang di kehendaki oleh datuk tersedia di hadapannya. Tiga kuntum buang yang berlainan jenis itu datuk taburkan ke atas air dalam mangkuk putih. Jam tua di tengah ruang rumah berbunyi lagi sebanyak enam kali. Cuaca di luar tidak secerah tadi. Keadaan dalam rumah bertambah suram.
Kami terdengar bunyi deru angin menguasai perut rumah. Bunyinya cukup kuat. Datuk menyuruh kami menghadapi keadaan itu dengan tenang. Dan datuk pun memperkemaskan silanya. Datuk memejamkan matanya sambil menarik nafas dengan tenang. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Nafasnya kian kencang. Wajah datuk berkerut.
Kemudian datuk meraba telinga kirinya tiga kali berturut-turut. Wajahnya kelihatan beransur tenang dan tarikan nafasnya bertambah aman. Datuk pun membuka matanya dengan perlahan-lahan dan merenung ke kiri dan ke kanan. Wajah saya dan wajah Tok Kaya Sendi Diraja direnung dengan tajam oleh datuk.
"'Begini Tok Kaya. Penunggu ini sedia menemui kita”, kata datuk.
"Bila?", soal saya tidak sabar.
"Malam ini, kira-kira pukul sembilan”, jawapan datuk itu ternyata menimbulkan kebimbangan di hati Tok Kaya Sendi Diraja, lalu dia mengemukakan pertanyaan.
"Dimana?"
"Di ruang rumah ini", jawab datuk dengan nada suara yang agak keras. Bagaikan ada sesuatu kuasa ghaib, Norlin yang terlentang di atas katil bangun dengan tiba-tiba. Dia nampak sihat dan melangkah dengan tenang di hadapan datuk.
"Penunggu rumah sudah membebaskannya. Bawalah dia ke bilik mandi”, datuk memberitahu isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Arahan datuk itu segera dipatuhi. Kemudian, datuk mengajak saya turun dari bilik Norlin.
"Saya dan cucu mahu memetik bunga tujuh jenis, jadi Tok Kaya tak payahlah ikut”, beritahu datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Silakan."
"Tapi jangan lupa. Lepas sembahyang Isyak datang jumpa saya ambil air bunga."
"Mesti”, datuk dan Tok Kaya Sendi Diraja pun ketawa.
Dengan pertolongan Pak Ayub Naim, saya dan datuk terus pergi ke Kampung Keramat Pulai. Pak Ayub Naim terus membawa kami ke satu kawasan di kaki gunung. Menurut PakAyub Naim semua jenis bunga yang tumbuh di kawasan itu boleh dipetik.
"Tak payah minta kebenaran dari tuannya?", tanya datuk penuh keraguan.
Pak Ayub Naim tersenyum.
"Tanah ini, tanah Tok Kaya sendiri, ambillah."
"Senang hati saya. Kita nak buat ubat mesti dapat izin, kalau dah Tok Kaya punya senanglah kita berunding”, datuk mengakhiri cakapnya dengan ketawa kecil. Kawasan di kaki gunung itu memang lapang. Di gunung paling hujung ada tempat orang memecah batu.
Banyak anak muda Keramat Pulai yang bekerja dengan syarikat pemecah batu disitu. Arah ke selatan terdapat kawasan kolam lombong tinggal dengan air yang membiru. Terdapat beberapa orang kampung dari Keramat Pulai memancing di kolam lombong tinggal itu.
Satu perkara yang menarik, semua jenis bunga terdapat di kawasan tanah lapang tersebut. Sesekali bila angin datang saya dapat menghidu baru yang cukup wangi. Datuk pun sudah dapat mengumpulkan tujuh jenis bunga. Semuanya datuk masukkan ke dalam bekas khas. Ketika itu, kaki langit sudah bertukar warna. Puncak gunung yang tadi kelihatan hijau dengan tumbuh-tumbuhan bertukar menjadi hitam sekata.
"Siapa yang tanam pokok-pokok bunga di sini?", soal datuk pada Pak Ayub Naim. Lelaki tua yang sudah beruban itu kerutkan dahi luasnya sebentar.
"Arwah ayah Tok Kaya, masa hayatnya dia selalu jalan di sini setiap malam jumaat, waktu bulan penuh."
"Buat apa dia ke sini?"
"Itu saya kurang periksa pula."
Mendengar jawapan itu, datuk tidak lagi mengajukan sebarang pertanyaan. Tetapi cakap Pak Ayub Naim itu menimbulkan beberapa persoalan dalam diri saya.
Apakah arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja mempunyai hubungan sulit dengan makhluk asing? Apakah pokok-pokok bunga yang di tanam di kawasan kaki gunung itu mempunyai tujuan yang tertentu? Cukup sukar untuk saya memberi jawapan pada pertanyaan yang timbul dalam diri saya itu.
Kamipun meninggalkan kawasan kaki gunung itu. Waktu saya dan datuk serta Pak Ayub Naim melintasi jambatan yang merintangi sebuah anak sungai, suara azan terdengar dari surau kecil yang terletak di tepi sungai.
Datuk pun memutuskan untuk menunaikan fardhu Maghrib di surau Keramat Pulai. Selepas menunaikan fardhu Maghrib, kami meneruskan pejalanan ke rumah Tok Kaya Sendi Diraja.
Kali ini saya tidak mahu naik basikal yang di kayuh oleh datuk. Saya memutuskan mahu naik basikal yang di bawa oleh Pak Ayub Naim.
"Kenapa?"
"Saya mahu bercakap dengan Pak Ayub Naim"
"Hum, terpulanglah. Boleh ke bawa cucu kami Ayub?"
"Boleh, apa salahnya”
Saya pun terus melompat ke atas lanting basikal. Entah macam mana, Pak Ayub Naim terus bercerita tentang keistimewaan arwah ayah Tok Kaya Sendi Diraja. Menurut Pak Ayub Naim, ayah Tok Kaya Sendi Diraja pemah mendapat harta karun di kaki gunung iaitu tempayan tembaga yang sumbing mulutnya.
Tempayan itu tidak di bawa pulang. Ditempatkan di satu kawasan dan dimandikan dengan air bunga-bungaan selepas sembahyang Jumaat. Sejak bertemu tempayan tentang itu, pemiagaannya bertambah maju. Lombong bijih terus dibuka hingga ke Jeram Mengkuang dekat Bidor. Bila ayah Tok Kaya Sendi Raya meninggal dunia, tempayan tembaga itu terus ghaib entah ke mana.
Lebih kurang pukul sembilan malam, sesudah dimandikan dengan air bunga tujuh jenis, Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya kelihatan tenang dan penuh semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Begitu juga dengan Norbaya, Norlin dan Pak Ayub Naim suami isteri. Semuanya duduk di atas tikar mengkuang panjang dua belas. Norlin mengadu pada datuk yang dirinya terasa pening.
Datuk pun menyuruh dia baring dekat ibunya. Sesuai dengan permintaan datuk, hanya tiga batang liIin sahaja yang di pasang menjadikan suasana agak samar-samar. Datuk pun duduk lurus-Iurus.
Mulut datuk terkumat-kumit. Suasana cukup sunyi, macam berada di tanah perkuburan di waktu petang. Hanya bunyi tekanan nafas sahaja yang kedengaran. Entah dari mana, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara lolongan anjing.
Cukup menghairankan, sekitar kawasan itu tidak ada orang yang memelihara anjing. Udara mendadak sahaja menjadi sejuk. Apa terdengar suara orang mengeluh dari bilik sebelah. Norlin tiba-tiba bangun lalu memandang wajah ibunya.
"Bersedialah, sebentar lagi dia akan datang”, ujar datuk perlahan-lahan tetapi cukup tegas. Apa yang dikatakan oleh datuk itu memang benar. Di hadapan, secara perlahan-lahan muncul semacam gumpalan kabus, bergulung-gulung dan kemudian menipis pula secara perlahan-Iahan.
Bila gumpalan kabus itu hilang, muka isteri Tok Kaya Sendi Diraja berubah menjadi pucat begitu juga dengan Norlin. Ada lembaga berbentuk bayi terapung-apung tanpa seurat benang pun. Matanya yang bercahaya itu memandang wajah Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri. Dari situ beralih pula ke muka Norlin.
"Siapa namamu anak yang baik?”, tanya datuk.
"Saya belum ada nama”, jawab bayi itu. Tidak terkeluar dari mulut bayi tersebut, tetapi datangnya dari satu arah yang lain dan bergema pula. Datuk terus merenung ke arah bayi itu.
"Apakah kau yang punya rumah ini?”, tanya datuk.
Badan datuk saya lihat mula menggigil bagaikan di goncang oleh sesuatu.
"Kau tinggal menetap di sini?", soal datuk lagi.
"Tidak”, terdengar suara gema yang agak jauh.
"Kenapa kau ganggu Norlin?"
"Saya cuma nak jumpa emak saya, isteri Tok Kaya Sendi Diraja"
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja mula mengelabah, kemudian terpekik tertahan-tahan. Datuk memberi isyarat pada semua yang ada di situ supaya bertentang. Tetapi perubahan wajah jelas kelihatan pada Tok Kaya Sendi Diraja dan isterinya.
"Apa fasal kau mahu menemui ibumu?"
"Saya minta di pertanggungjawabkan"
"Maksudmu aku faham"
"Kenapa saya dibunuh?"
"Jadi ibumu telah membunuhmu?"
"Ya. Waktu saya tujuh bulan dalam kandungan dengan pertolongan doktor, saya di keluarkan dari rahim secara paksa"
Sebaik sahaja suara itu hilang, diganti pula dengan suara tangisan. Suara itu terdengar sayup-sayup dan amat memilukan. Datuk meletakkan kedua belah tangannya atas tempurung lutut. Salah satu dari pada api lilin dihadapannya di padamkan.
"Kau mahu membalas dendam datang ke sini?"
"Bukan itu maksud saya"
"Jadi apa tujuan mu yang sebenar?"
"Saya memerlukan nama, dan pengakuan dari ibu yang sebenar dan kaum keluarga"
"Baiklah, selain dari aku dan cucuku, ada ayah, emak dan kakak atau adik kau. Mereka sudah mengakui kau sebagai keluarga mereka”,ujar datuk sambil merenung muka Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja dan isteri serta-merta anggukkan kepala. Datuk mengigit bibir lalu bertanya:
"Siapakah orang yang selalu muncul di sini, seperti yang pernah ditemui oleh cucuku dan orang lain itu?"
Bayi itu kelihatan berpusing-pusing, lalu berdiri dekat tiang seri. Dia seakan-akan ketawa menghadapi ke arah kami. Terdengar bunyi angin yang cukup kuat. Semua yang ada di ruang rumah berterbangan. Walaupun begitu api lilin yang tidak jadi padam.
"Mereka adalah waris dari keturunan datuk nenekku, merekalah yang memberi jalan kemewahan pada keturunan ayah dan ibuku. Dan merekalah yang mendesak aku supaya menemui ibuku yang sebenar." Terdengar gema suara dari arah kiri datuk.
"Baiklah, mereka sudah tahu sekarang. Mereka akui kau adalah keturunan mereka. Pulanglah jangan ganggu kakakmu Norlin”, datuk terus bersuara.
"Aku mahu bersalam dengan mereka”,minta bayi itu.
"Silakan”
Keluarga Tok Kaya Sendi Diraja menghulurkan tangan, ternyata mereka tidak bersalaman dengan bayi itu. Mereka hanya macam terasa angin yang tenang mengenai jari-jemari mereka. Seperti waktu mula muncul, bayi itu terus berubah menjadi gumpalan yang kabur, kemudian menipis, dan akhimya terus
menghilang.
Setelah beberapa detik berlalu, datuk kembali bertafakur dan membaca sesuatu. Dengan nada suara yang parau dan mengandungi maksud tertentu, datuk bersuara:
“Bangunlah wahai hati nurani yang tidak di kuasai oleh nafsu. Bangun dan temuilah kami"
Suasana bertambah sepi. Tidak ada seorang pun yang sedar tentang isteri Tok Kaya Sendi Diraja yang jatuh pengsan. Datuk meletakkan tangannya ke atas dahi isteri Tok Kaya Sendi Diraja.
”Saya tak tahu masa bila dia pengsan”, kata Tok Kaya Sendi Diraja.
"Jangan khuatir, kita mencari jalan yang baik”, balas datuk lalu menepuk tikar mengkuang panjang dua belas.
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja bangun. Duduk bersila, wajahnya pucat. Sepasang matanya merenung mata datuk.
"Siapakah yang datang tadi? Hati nurani cik puan yang tidak di kuasai oleh nafsu?", tanya datuk pada isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dia mengangguk. Wajahnya resah tidak menentu.
"Kau menggugur anakmu waktu berusia tujuh bulan?"
Isteri Tok Kaya Sendi Diraja angguk kepala.
"Kenapa kau berlaku sekejam itu?"
"Sebelum saya kahwin dengan Tok Kaya Sendi Diraja, saya jadi tukang masaknya. Kemudian terjadi perkara yang tidak baik, saya terus diam dibahagian atas rumah ini. Apabila genap tujuh bulan, saya dengan persetujuan Tok Kaya Sendi Diraja menggugurkan bayi ini dengan seorang doktor swasta di Kuala Kangsar"
Satu pengakuan yang jujur dari isteri Tok Kaya Sendi Diraja. Dan Tok Kaya mengakui apa yang dikatakan oleh isterinya itu memang benar. Datuk pun merenung wajah Tok Kaya Sendi Diraja.
"Awak berdua sudah melakukan dosa”, ujar datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja. Isteri dan suami berpandangan sama sendiri. Sekarang semua peristiwa buruk itu sudah tidak menjadi rahsia lagi buat keluarga diri Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja menundukkan mukanya dan dia baru sedar, bahawa kekayaan yang ada tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya.
"Lupakan semuanya itu. Yang berdosa tetap berdosa. Hanya Allah yang Maha Besar lagi Penyayang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan kamu berdua”, tambah datuk.
Tok Kaya terus menarik tangan datuk pergi ke ruang bawah. Saya mengikutinya dari belakang. Saya tidak tahu apa yang mereka bicarakan. Selepas bercakap datuk pun mengajak saya ke biliknya. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, wajah lelaki yang garang berbadan besar tercegat di dalam bilik. Datuk berhenti di hadapannya. Datuk pun memejamkan mata.
"Aku hanya datang untuk membetulkan mana yang silap”, kata datuk pada lembaga itu yang bergerak ke kanan sambil tersenyum dan terus hilang.

24. Puaka Tiang Seri
Lebih kurang
pukul dua belas malam, Tok Kaya Sendi Diraja datang menemui datuk. Dia pun
menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi memang tidak di duganya. Kalaulah
dia tahu kejadian itu akan membuka rahsia dirinya, memang dia tidak akan
mengundang datuk kerumahnya. Tetapi, datuk terus menasihati Tok Kaya Sendi
Diraja supaya menerima kenyataan ini dengan rela hati.
"lnilah kuasa Allah, dia melakukan sesuatu atau menunjukkan sesuatu di dunia untuk kita supaya kita sedar. Allah boleh melakukan pembalasan terhadap kerja yang tidak direlakanNya di muka dunia tanpa menunggu kita menemui ajal”
Apa yang di perkatakan oleh datuk itu di akui oleh Tok Kaya Sendi Diraja. Dan malam itu juga, Tok Kaya Sendi Diraja menyatakan hasratnya untuk pergi menunaikan fardhu haji ke Tanah Suci Mekah. Bila melihat keadaan sudah tenang, datuk pun memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja tentang hasratnya untuk pulang ke kampung. Mendengar kata-kata itu, Tok Kaya Sendi Diraja nampak resah.
"Kenapa cepat sangat nak balik? Tunggulah sehari dua lagi”, tahan Tok Kaya Sendi Diraja.
Datuk tersenyum sambil melihat langit petang yang berwarna kemerah-merahan dari anjung rumah.
”Kita ada anak isteri, ada binatang yang perlu di tengok Tok Kaya”
”Apa yang dirisaukan, ada yang menjaganya”
"Betul. Tapi isteri kita pun dah uzur jadi tak boleh tunggu sehari dua”
Tok Kaya Sendi Diraja bangun dari kerusi. Berjalan ke depan, dekat tingkap. Kedua belah tapak tangannya menekan jenang tingkap.
"Saya masih mengharap pertolongan awak. Barang kali inilah pertolongan akhir saya minta", kata Tok Kaya Sendi Diraja sambil memusingkan badannya memandang wajah datuk.
Tok Kaya Sendi Diraja datang dekat datuk lalu duduk atas kerusi.
"Apa lagi yang mahu saya tolong?”
”Masalah itu dah selesai, tetapi ada masalah lain"
"Maksud Tok Kaya?”
"Orang berbadan besar yang selalu ganggu saya"
Datuk terdiam. Matanya tajam merenung keluar pada pokok-pokok pisang di dada jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur yang tidak putus dengan kenderaan.
Ada sesuatu yang datuk fikir. Saya memang mengharapkan supaya datuk menolak permintaan Tok Kaya Sendi Diraja itu. Sudah bosan saya tinggal dirumah itu. Jiwa dan fikiran saya tidak pernah tenang dan aman.
"Baiklah, apa yang Tok Kaya mahu dari saya?"
"Menghalau penunggu rumah ini"
"Satu kerja yang sulit. Kalau dia datang kemudian senanglah kita. Tetapi, kalau sudah jadi penunggu turun temurun memang payah”
"Sebabnya?"
"Ini merupakan satu dari warisan keturunan Tok Kaya"
Jawapan dari datuk itu mendatangkan rasa yang amat kecewa pada diri Tok Kaya Sendi Diraja. Renungan matanya begitu redup tertumpu ke arah muka datuk. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada Tok Kaya Sendi Diraja.
Dalam sejarah saya mengikuti kegiatan datuk, belum pernah dia menolak setiap pertolongan yang di minta darinya. Permintaan Tok Kaya Sendi Diraja tidak dapat ditunaikannya, tanya saya dalam hati.
"Kalau Tok Kaya berhajat juga, boleh saya cuba", datuk memberi harapan.
Segaris senyum senang berlari di bibir Tok Kaya Sendi Diraja. Datuk meminta Tok Kaya Sendi Diraja mencari tempat bara. Datuk juga mahu bara yang diisikan ke tempat itu mestilah bara dari kayu keruing yang melintang uratnya. Dengan susah payah Tok Kaya Sendi Diraja mencari kayu keruing melintang urat.
Nasibnya cukup baik, dengan pertolongan Pak Ayub Naim kayu itu diperolehinya. Kayu itu dibakar dan diambil baranya. Semua diserahkan pada datuk. Datuk pun melihat ke langit lagi sekali.
Dia melihat awan putih yang bergerak lembut kearah matahari. Bila sebahagian daripada awan itu menutup bahagian pinggir matahari, datuk pun melompat dan bersuara:
"Bawa perasap itu ke tengah ruang”
Saya sambar tempat bara api dan berlari membawanya ke tengah ruang rumah, dan meletakkannya di situ. Saya berpatah balik ketempat datuk. Saya lihat datuk sedang bercakap dengan Tok Kaya Sendi Diraja.
"Di mana kau letakkan benda tu?", tanya datuk.
"Di tengah rumah"
Datuk lagakan gigi atas dengan gigi bawah. Tangan kanannya menyentuh dinding rumah. Mata datuk kelihatan rapat dan tangan kirinya diletakkan atas bahu Tok Kaya Sendi Diraja. Secara mendadak saya lihat Tok Kaya Sendi Diraja jatuh, macam ditendang sesuatu. Datuk buka mata dan memandang tepat ke arah saya. Dia pun membangunkan Tok Kaya Sendi Diraja sambil berkata:
"Salah satu tiang di dalam rumah ini ada penunggunya"
Muka Tok Kaya Sendi Diraja kelihatan pucat. Badannya mengeletar. Bibirnya kelihatan kebiru-biruan.
"Datuk nenek Tok Kaya dulu memeliharanya dengan tujuan penjaga rumah”, jelas datuk.
"Saya tak tahu"
"Sekarang Tok Kaya dah tahu”, ujar datuk dengan ketawa memanjang. Tok Kaya Sendi Diraja pun tersengih. Datuk pun menyuruh saya meletakkan tempat perasap dekat tiang seri. Perintah itu saya patuhi. Bila saya mahu melangkah menrapati Tok Kaya Sendi Diraja dan datuk, saya dapati mereka sudahpun berada dekat saya.
"Duduk”, kata datuk.
Saya pun duduk, begitu juga Tok Kaya Sendi Diraja. Saya duduk sebelah kanan dan Tok Kaya Sendi Diraja duduk sebelah kiri datuk. Semua menghadap ke arah tempat perasap. Datuk menaburkan kemenyan dalam bara api. Asap kemenyan menguasai ruang rumah. Datuk bertafakur sejenak. Matanya rapat dan kedua lengan terletak di atas kepala lutut. Suasana dalam rumah itu terasa aneh sekali. Terlalu sepi, saya rasa seolah-olah berada di satu tempat yang cukup tenang dan terdengar bunyi air sungai mengalir. Dari tiang seri rumah terhidu bahu yang cukup harum. Saya mengerling dengan ekor mata ke arah tiang seri itu. Saya lihat tiang seri itu mengeluarkan asap nipis, kemudian terus hilang. Datuk pun menoleh ke arah Tok Kaya Sendi Diraja dan terus berkata:
"Ada tanda kejayaannya”
Tok Kaya Sendi Diraja terus tersenyum. Datuk pun menyatakan padanya bahawa dia telah dapat berbicara dengan menunggu itu secara perasaan dengan tenang sekali. Penunggu rumah itu akan keluar menemui datuk pada tengah malam nanti. Sebelum bertemu, penunggu yang berwajah garang dan berbadan besar itu minta diadakan satu upacara kecil dengan menepung tawar tiang seri. Satu permintaan yang cukup mudah dilaksanakan.
Menjelang waktu Maghrib, tiang seri itu pun ditepung tawar datuk. Tok Kaya Sendi Diraja dan anak isteri turut menyaksikan upacara kecil itu.
"Begitu saja, biar saya uruskan. Tok Kaya jangan campur tangan dalam soal ini”, ujar datuk dengan tenang.
"Maksud awak?"
"Begini. Saya akan berjumpa dengannya secara terbuka. Biar saya tanya asal-usulnya dan petua bagai mana mahu menghalaunya”
"Saya mahu tengok"
"Percayalah pada saya. Kalau baik berita yang saya dapat, berita baiklah yang akan saya beritahu, dan begitulah sebaiknya"
Tok Kaya Sendi Diraja sejutu. Dia yakin datuk mahu menolongnya dalam masalah ini. Tok Kaya Sendi Diraja yakin datuk tidak memiliki hati yang bercabang.
"Kalau dah begitu kata awak, saya menurut saja”, jawapan itu amat menyenangkan hati datuk.
Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yang berwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang-barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja-raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik.
Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap didengar. Datuk berdiri dekat pintu.
Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar-samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah-celah tanah.
Kerana ingin tahu, larangan datuk saya langgar. Saya panggungkan kepala sedikit dan ekor mata kanan menjeling ke arah katil. Saya lihat seorang lelaki berbadan besar, siap dengan tanjak dan bintang kebesaran duduk atas bantal. Misainya cukup lebat. Sinar matanya tajam dan di sebelah lutut kanan tersimpuh seorang puteri.
"Apa hajat?", terdengar suara parau.
"Minta tuan hamba keluar dari sini”, balas datuk.
"Minta maaf. Janji kita, selagi tiang seri ini berada di rumah ini, kita tidak keluar. Itu janji kita dengan tuan punya rumah asal"
"Saya minta pada tuan hamba. Saya minta maaf kami sekadar meminta”
”Kau dan aku adalah makhluk Allah. Kenapa harus menghalau makhluk lain yang punya niat baik"
"Maksud tuan hamba?"
"Aku dari jin yang percaya pada hukum Allah dan memang taat pada perintahnya. Biarlah kami hidup di sini, sama-sama menjalankan hukum Allah dan melawan perkara yang buruk"
ltulah percakapan datuk dengan makhluk ganjil itu. Datuk terdiam. Makhluk ganjil itu turun dari katil dan duduk berhadapan dengan datuk. Saya lihat mereka bagaikan memperkatakan sesuatu. Perkara itu berlangsung agak lama dan saya bagaikan di pukau kerana secara mendadak saya terasa mengantuk dan terus tidur. Apa yang berlaku sesudah itu tidak saya tahu.
Setelah menyelesaikan sembahyang subuh, datuk terus membaca surah Yassin hingga tamat. Saya membaca beberapa buah kitab yang memang dibawa khas oleh datuk untuk saya baca bagi mengisi masa lapang. Subuh itu, saya membaca kitab Tajul Muluk. Seronok juga membacanya.
Tetapi datuk tidak berapa menggalakkan saya membaca kitab tersebut. Dia lebih suka kalau saya membaca kitab-kitab fekah yang ada hubungannya dengan hukum-hukum agama Islam. Lebih kurang pukul tujuh pagi, datuk pun menemui Tok Kaya Sendi Diraja di ruang bawah.
Apa yang berlaku malam tadi datuk ceritakan secara terperinci pada Tok Kaya Sendi Diraja. Tok Kaya Sendi Diraja mengeluh panjang kerana datuk tidak berjaya mengusir penunggu rumah tersebut. Menurut datuk, berdasarkan cerita dari makhluk ganjil itu, penunggu itu akan berada di situ sampai satu masa yang tidak dapat ditentukan, kecuali kalau rumah tersebut dirobohkan dan tiang seri yang berwarna kekuningan itu dihanyutkan kelaut.
Datuk juga memberitahu Tok Kaya Sendi Diraja, moyangnya dulu membeli kayu-kayu itu dari sebuah istana lama di Acheh, Indonesia. Kayu-kayu itu di bawa dengan sebuah tongkang dan mendarat di pelabuhan Bagan Datuk.
Moyang Tok Kaya Sendi Diraja menyewa tongkang tersebut dengan seorang kawan yang berasal dari Sumatera. Kawannya itu pula menggunakan kayu-kayu itu untuk membuat rumah di Papan dekat Pusing, Batu Gajah. Rumah binaan kawannya itu terkenal sebagai Istana Papan. Sekitar tahun tujuh puluhan, istana papan itu masih wujud lagi dan di jaga oleh anak buah kawan moyang Tok Kaya Sendi Diraja. Apakah istana itu masih wujud sekarang, saya tidak pasti kerana kawasan itu telah di tinggalkan untuk kerja-kerja melombong bijih timah.
"Bagaimana kalau bangunan rumah itu diruntuhkan dan tiang serinya kita hanyutkan kelaut?”, tanya datuk pada Tok Kaya Sendi Diraja.
"Sayang, itu rumah pusaka"
"Kalau begitu biarkan ia tegak di situ. Kita cuma harus hati-hati jangan membuat kerja yang tak baik. Tiap-tiap malam Jumaat panggil orang-orang berdekatan membaca surah Yassin. Usah bimbang dia sekadar menumpang dan menjaga anak buah Tok Kaya"
"Apa boleh buat saya terpaksa berhadapan dengan semuanya ini”, keluh Tok Kaya Sendi Diraja sambil tersenyum. Inilah kali pertama datuk gagal dalam usahanya. Anehnya, datuk tidak pemah merasa kesal dengan peristiwa yang terjadi.
Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh datuk. Waktu datuk dan saya mahu meninggalkan rumah Tok Kaya Sendi Diraja pada pagi selasa, Tok Kaya menghulurkan sebanyak lima ratus ringgit pada datuk. Sayangnya pemberian itu di tolak oleh datuk, dia sekadar mengambil wang tambang untuk pulang yang berjumlah tidak sampai sepuluh ringgit.
Enam bulan kemudian, Tok Kaya Sendi Diraja dan keluarganya berpindah kerumah baru, di Jalan Lapangan Terbang, Ipoh. Rumah besar yang di tinggalkan itu telah di sewa oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jabatan Pelajaran telah menempatkan guru-guru pelatih perempuan yang gagaI ke
Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka. Dan bangunan itu di kenali oleh masyarakat setempat sebagai pusat latihan guru-guru normal. Beberapa orang guru pelatih perempuan telah dicampakkan menerusi tingkap oleh penunggu rumah besar itu, kerana bercakap tidak senonoh dan mandi terlanjang. Salah seorang daripada mangsanya, berasal dari Tanjung Belanja dekat Parit yang sekarang masih mengajar di daerah Krian. Sudah mempunyai dua orang cucu.
Tempat yang paling keras ialah tingkat atas. Lagi sekali datuk diundang ke rumah batu tersebut. Datuk pun memberi beberapa petunjuk untuk dipatuhi oleh guru-guru pelatih perempuan yang tinggal di situ. Bila arahan itu di patuhi kejadian yang ganjil itu tidak berlaku lagi. Sejak Tok Kaya Sendi Raya berpindah ke rumah baru, hubungannya dengan datuk tidak putus. Ketika anaknya Norbaya menikah dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang, Tok Kaya sendiri menjemput datuk datang ke rumahnya dengan kereta. Begitu juga, ketika menghantar Norlin ke London untuk menyambungkan pelajarannya, datuk dijemput dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Lumpur.
Tetapi nasib Tok Kaya Sendi Diraja kurang baik. Sebaik sahaja anaknya Norlin menamatkan pengajian di England, anaknya terus menikah dengan orang putih dan menetap di Essex, kira-kira 60 km dari London.
Perbuatan anaknya itu amat mendukacitakan hati Tok Kaya Sendi Diraja. (Tok Kaya Sendi Diraja meninggal dunia dalam tahun 1971. Norlin dan suami serta dua orang anaknya tiba sesudah jenazah Tok Kaya Sendi Diraja dimasukkan ke dalam lubang kubur di tanah perkuburan orang Islam Garap berhampiran jalan besar Ipoh-Kuala Kangsar).
Kepulangan datuk ke kampung kali ini amat berbeza sekali. Dia selalu sahaja mengadu kepada nenek yang dirinya, kerap diserang sakit tulang. Bila sakit itu datang, datuk terpaksa duduk berhari-hari di atas katil. Berbagai ubat cara kampung dilakukan, sakitnya itu cukup susah mahu sembuh. Dan datuk lebih banyak menghabiskan masanya dengan membuat amal ibadat. Kegemarannya menembak ayam hutan dilupakannya sarna sekali.
Tetapi isteri mudanya orang bunian selalu mengunjunginya terutama di malam Jumaat dengan membawa ubat-ubat dari akar kayu, ternyata ubat-ubat itu tidak memberikan sebarang kesan pada datuk. Saya dan cucu-cucu yang lain telah membawa datuk menemui doktor swasta di Taiping, Setiawan dan Ipoh, namun usaha itu juga tidak berjaya. Menurut doktor yang di temui sakit datuk itu adalah sakit biasa yang akan di alami oleh kebanyakan orang lelaki bila berusia hampir empat puluh tahun.
"Inilah akibatnya bila waktu muda kerja terus merantau ke sana kemari, dah tua penyakit pula hinggap”, keluh datuk pada suatu petang.
"Itu dah adat dunia, apa datuk takut pada mati?" tanya saya.
Datuk ketawa terkekeh. Secara terang-terangan dia mengatakan pertanyaan dari saya itu satu pertanyaan yang bodoh.
"Mati apa yang ditakutkan, cuma kita bimbang kalau amalan kita semasa masih hidup tidak sempurna sebagai seorang Islam. Mati memang menanti kita”, jawab datuk.
Saya terdiam. Cakapnya itu memang benar dan tepat sekali. Saya menghabiskan masa petang itu dengan mendengar cerita dari datuk tentang pengalaman masa mudanya. Adakalanya saya ketawa berdekah-dekah, bila datuk membuka kisah lucu yang pernah dialaminya.Bila duduk berduaan begitu terasa betapa mesranya datuk melayani saya. Bila sampai waktu Maghrib, datuk terus memerintah saya untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, datuk mengajar saya untuk mengenali Allah dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar saya tentang sifat dua puluh. Dia juga mengajar saya cara-cara sembahyang tahajjud dan sembahyang hajat, di samping beberapa doa yang harus dibaca selepas menunaikan sembahyang fardhu.
"Kau harus mengamalkan dalam hidupmu, selepas sembahyang Maghrib pada tiap-tiap malam Jumaat, eloklah kau membaca surah Yassin”, datuk mengingatkan saya dan pesannya itu hingga kini masih terpahat dalam hati kecil saya.
Entah apa mimpi datuk, secara mendadak sahaja pagi itu kira-kira pukul sembilan dia mengajak saya pergi ke Pekan Air Tawar. Pada mulanya, saya amat keberatan untuk pergi. Ada dua sebab kenapa saya tidak mahu pergi ke sana. Pertama, Air Tawar bukanlah satu pekan yang besar. Kedua susana di pekan itu memang tidak menarik minat saya.
"Aku nak jumpa kawan dari Changkat Keruing, selalunya setiap hari Selasa dia turun ke Air Tawar”, begitu datuk menyatakan setuju utamanya dia mahu pergi ke situ.
"Sekarang kita pergi Tok?"
"Tentulah, pergi bersiap”, ujarnya.
Saya pun tukar pakaian. Tidak sampai sepuluh minit saya pun sudah berada di kaki tangga. Kemudian saya dan datuk jalan beriringan menuju ke gigi jalan raya. Datuk menahan bas. Kira-kira empat puluh minit berada dalam perut bas, kami pun sampai ke tempat yang dituju. Setelah mundar-mandir dalam pekan kecil itu, datuk pun menemui kawan lamanya. Usianya tidak banyak beza dengan usia datuk. Mereka bercakap panjang. Saya hanya tumpang dengar saja. Saya terkejut bila kawan datuk itu mengajak datuk untuk pergi ke Kuala Terung dengan tujuan tertentu.
Datuk menolak dengan alasan kalau sekedar pergi ke Kuala Terung untuk mencari kayu bakau bagi kegunaan menahan tebing sungai dari arus deras, datuk tidak mahu. Berceritalah kawan datuk itu tentang rumahnya yang dibina tepi tebing Sungai Keruing. Tebing itu setiap hari runtuh kerana dilanda arus sungai yang deras.
"Kaubina rumah di tempat lain, habis cerita”, kata datuk.
"Malas nak pindah"
"Kalau begitu, kau pacak tebing tu dengan batang buluh”, datuk memberi nasihat.
Kawannya terdiam. Mereka berpandangan dan senyum pun terukir di bibir mereka kedua. Datuk merenung saya. Bahu kanannya dipegangnya serta ditekan. Kemudian datuk merenung kedua-dua biji mata kawannya lama-lama. Keresahan terbayang di wajah kawan datuk itu.
"Aku tahu tujuan kau yang sebenar mengajak aku ke Kuala Terung”, cukup bersengaja tekanan nada suara datuk. Kawannya tersengih, dan wajahnya bertukar kemerah-merahan menahan rasa malu. Kawan datuk memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Kau berterus terang saja kau mahu meminta pertolongan dari aku”, sambung datuk lagi. Dan kawannya anggukkan kepala. Saya terus menggigit bibir, mata saya masih tertumpu kewajah kawan datuk.
"Aku tahu, kalau berterus terang, kau tidak akan menolongnya, kau dah benci dengan kerja-kerja menolong orang bukan?"
"Aku tidak pemah memikirkan hal itu. Kalau untuk kebaikan, aku tidak pernah menolak."
"Salah dugaan aku”, keluh kawan datuk dengan nada suara yang mengandungi kekesalan.
Kerana mahu bercerita agak panjang, kawan datuk itu mengajak saya dan datuk masuk ke sebuah warung kepunyaan orang Melayu keturunan Mendailing yang terletak di sudut kanan jalanraya menuju ke Lumut. Dengan rasa agak kesal kawan datuk itu memberitahu kegagalannya menghalau syaitan yang bermaharajala di sebuah kampung dekat Kuala Terung. Akibat kegagalan itu tangan kanannya terasa lumpuh dan kebas sepanjang malam. Tidurnya selalu di ganggu oleh mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan. Ada kalanya dia tidak sedarkan diri sampai beberapa jam.
"Jadi apa yang harus aku buat dalam hal ini?", tanya datuk dengan nada suara menurun.
Wajah kawannya itu direnungnya tepat-tepat. Dengan tenang datuk menghirup kopi dihadapannya.
"Kau aku harapkan menolong dalam hal ini"
"Susah menyambung kerja yang terbengkalai”, keluh datuk sambil merenung kosong ke depan pada kenderaan yang bersimpang siur di dada jalan. Beberapa detik masa berlalu tanpa diiringi dengan sepatah perkataan dari datuk dan kawannya. Saya terus menghirup kopi panas.
"Biar aku fikirkan dulu, hari Selasa depan kau datang ke rumah aku”, beritahu datuk pada kawannya.
Saya lihat kawan datuk itu tersenyum senang. Datuk dan kawannya berjabat tangan sebagai tanda perpisahan. Waktu berada dalam bas untuk pulang, datuk memberitahu saya bahawa kejadian aneh yang mengganggu penduduk dekat Kuala Terung itu harus diatasi. Kalau dibiarkan nanti penduduk di situ salah anggap dan melupakan kekuasaan Tuhan serta membuat kerja-kerja yang bertentangan hukum agama.
"Aku bimbang mereka akan menjadikan kubur itu sebagai tempat keramat”, pendek saja datuk memberi tahu saya.
Dari apa yang datuk dengar melalui kawannya itu, jelaslah orang yang mereka kuburkan di tanah perkuburan itu ketika hidupnya telah melakukan kerja-kerja yang ditunjukkan oleh syaitan.
"Orang perempuan atau lelaki tok?"
"Perempuan. Masa hidupnya aku ingat telah menduakan suami dan durhaka pada suaminya sendiri”, beritahu datuk lagi pada saya. Satu keinginan timbul dalam hati untuk mendengar cerita selanjutnya. Tetapi hasrat itu tidak terlaksana. Bagi datuk mengajak saya berhadapan dengan kejadian itu lebih baik dari bercerita.
"Kau ikut aku ke sana"
Ungkapan dari datuk itu amat menggembirakan hati saya.

25. Sumpah Nasi Tanggas
Suasana di
pekan kecil Terung di pagi Selasa dalam musim tengkujuh cukup lembab.
Lopak-Iopak yang terdapat berhampiran bangunan-bangunan kedai di situ ditakungi
air, akibat hujan yang memanjang pada sebelah malamnya. Saya dan datuk masih
lagi duduk di warung kopi sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Terung. Di
perhentian bas kira-kira 10 hingga 15 anak muda menanti bas.
Mereka mahu pergi ke bandar Taiping menonton filem Melayu. Datuk mula resah. Uda Lodin, kawan datuk belum juga tiba. Jam di dinding warung sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Saya mengambil akhbar Utusan Melayu milik tuan punya warung yang terletak di meja sebelah.
"Agaknya ada aral dijalan", keluh datuk.
Saya renung wajahnya dengan senyuman. Orang silih berganti keluar dan masuk ke warung. Tiba tiba datuk menekan pangkal ketiak kanan dengan tangan kiri.
"Alamat kurang baik”, ujar datuk tenang.
"Maksud nya dia tak ada?"
"Kalau dia datang, dia tak boleh pergi ke Kuala Terung sebelum matahari berkalih tempat. Kalau pergi juga susah diri kita”
"Jadi apa yang patut kita buat tok?"
"Tunggu sampai Uda Lodin tiba"
Saya kembali membaca akhbar Utusan Melayu. Tepat jam sebelas, Uda Lodin pun sampai dengan teksi sapu Blue Bird warna biji kundang. Uda Lodin minta maaf. Menurutnya, dia singgah di pejabat pos Pantai Remis menemui menantunya yang bertugas di situ. Dari Pantai Remis dia naik teksi sapu dan berhenti di Pekan Pancur membeli buah kelapa dan nangka sebagai buah tangan pada keluarga rumah yang akan di temuinya.
"Begini saja, aku tak dapat pergi sekarang. Kira-kira pukul lima petang ni kau tunggu aku di situ dan kita pergi bersama”, kata datuk pada Uda Lodin.
"Sebabnya?"
"Kau jangan tanya, itu hal aku"
"Di mana nak duduk sementara menanti pukul lima?", tanya Uda Lodin.
Datuk terus membayar harga minuman. Dia renung muka saya sambil senyum. Kemudian kami bertiga ke luar dari perut warung menuju ke gigi jalan besar.
"Begini Lodin, aku nak pergi ke Kampung Air Kuning. Pukul empat setengah aku datang. Kau nanti aku di sini"
"Baiklah"
"Kau sediakan batang tepus, bunga durian tiga kuntum dan mayang pinang berbunga sulong serta tujuh helai daun sirih yang bertemu urat"
"Lagi?"
"Tak ada apa-apa. Kalau kau tak tunggu aku terus balik."
"Mesti saya tunggu”, Uda Lodin ketawa kecil.
Datuk dan saya terus naik bas menuju ke Kampung Air kuning. Rumah yang kami tuju ialah sebuah rumah yang berbumbung lima yang letaknya tidak jauh daripada rumah Pendekar Meor Abdul Rahman, seorang guru seni silat gayung yang terkenal. Kata datuk, penghuni rumah itu adalah kenalan lamanya. Kami jadi hampa bila mendapati tingkap rumah itu tertutup rapat. Seorang jiran memberi tahu bahawa tuan rumah dan keluarganya sudah pergi ke Pontian, Johor, kerana urusan nikah kahwin anaknya.
Datuk membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Lahing di Padang Rengas. Tetapi keputusan itu segera di tukar oleh datuk dengan alasan terlalu jauh. Lantas dia membuat keputusan baru untuk pergi ke Batu 10 Terung. Sebagai cucu yang amat sayang dan mencintai datuk sendiri, saya tidak membantah. Elok pada datuk, eloklah pada diri saya. Datuk terus mencari teksi sapu di Pekan Changkat Jering.
Akhirnya kami naik teksi sapu Morris Minor berwarna hitam yang di pandu oleh seorang lelaki India. Tidak sampai setengah jam, kami pun sudah berada di rumah Anjang Shamsuddin, orang Batu Bara. Dari percakapan dengan datuk, tahulah saya bahawa datuk memang kenalan rapat pada ayah Anjang Shamsuddin dengan menyebut Ayah Tandang.
Sebelum saya bertanya maksud panggilan itu datuk telah menerangkan Ayah Tandang merupakan satu panggilan yang berunsurkan penghormatan tinggi pada orang tua dikalangan keturunan orang Batu Bara. Lama juga datuk bercakap dengan Anjang Shamsuddin, termasuk kisah-kisah pengalaman datuk bersama arwah ayah Anjang Shamsuddin berlayar dari Sumatera membelah Selat Melaka menuju ke Pangkalan Bharu waktu muda-muda dulu.
"Walaupun datuk kau dan datuk saya datang dari berlainan daerah di Sumatera, tetapi mereka berkawan berdasarkan semangat Bangsa Melayu yang tidak mengenal batas keturunan dan suku”, ujar
Anjang Shamsuddin sambil mengerling tajam pada saya. Datuk tersenyum sambil berkata:
"Saya tahu sangat perangai ayah awak, cepat panas baran, keras kepala dan berani. Saya puji dengan sifat tegasnya"
"Agaknya memang begitu sifat orang Batu Bara yang suka merantau”, celah Anjang Shamsuddin sambil mengatakan keturunan orang Batu Bara tidak terdapat di Malaysia kecuali di beberapa kampung sekitar daerah Dinding (sekarang Manjung) iaitu di Kampung Empat Puluh Pantai dan Kampung Bharu, Lumut.
Salah seorang dari pada orang Batu Bara itu telah meneroka badar Lumut serta Teluk Rubiah dan pernah berperang dengan angkatan Siam serta Belanda di Pulau Pangkor.
Anjang Shamsuddin (sudah meninggal dunia) adalah bapa kepada salah seorang pengarah dan pelakon filem terkenal di tanah air dewasa ini. Masa itu bintang filem tersebut belum lagi menjadi pelakon filem. Menurut bapanya, anaknya pada masa itu sudah pergi ke Ipoh mengikut abangnya yang menjadi salah seorang pegawai Rida (sekarang Mara). Hingga kini saya tidak berhadapan dengan bintang terkenal itu kecuali melihat lakonannya di dalam filem.
Lebih kurang pukul tiga petang saya dan datuk meninggalkan rumah Anjang Shamsuddin dan terus naik bas menuju ke Pekan Terung. Uda Lodin tidak mungkir janji. Dia menanti kami di tempat yang dijanjikan. Pukul lima setengah petang dengan menaiki kereta salah seorang penduduk Kuala Terung, saya dan datuk sampai ke tempat yang di tuju. Kami menginap di sebuah rumah berhampiran dengan pengkalan nelayan.
Perkara pertama yang di lakukan oleh datuk ialah pergi melawat tanah perkuburan. Ada beberapa perkara yang perlu datuk lakukan di situ. Datuk hampir mahu membatalkan kerja-kerjanya itu apabila mengetahui jenazah perempuan itu dikebumikan ke Kampung Terung dan bukannya di Kuala Terung.
"Bagaimana?" tanya Uda Lodin.
"Mana di rumah yang selalu didatanginya?" tanya datuk. Uda Lodin menunjukkan sebuah rumah yang tidak jauh letaknya dari pada tempat saya dan datuk menginap. Bentuk rumah itu agak sederhana dengan atap rumbia dan berdindingkan papan lidah. Kedudukannya agak terpencil dengan rumah-rumah yang lain di dalam kampung tersebut.
Saya dan datuk diperkenal oleh Uda Lodin dengan tuan rumah yang berkulit hitam manis, berdahi luas dan rambutnya keriting. Setelah bercakap beberapa patah perkataan lelaki itu mempersilakan kami naik ke rumah. Perkara pertama yang diajukan oleh datuk pada lelaki yang menjangkau usia lima puluhan ialah:
"Seminggu berapa kali dia datang?"
"Boleh dikatakan pada setiap malam"
"Apa yang dibuatannya?"
"Makan sisa makanan yang lebih di dapur"
"Sejak awal berikhtiar menghalaunya, apa pula yang awak dapat?"
Lelaki itu terdiam. Biji matanya tertumpu ke wajah saya. Dia tidak senang duduk sambil memicit dagu tirusnya berkali-kali. Datuk kerutkan dahi dan Uda Lodin meraba misai tebalnya.
"Tak ada mendatangkan kesan. Dia tetap macam dulu”, ujar lelaki itu dengan tenang sambil memberitahu empat orang anak yang tinggal bersamanya sudah berpindah ke rumah lain.
"Awak kenapa tak pindah?" soal datuk lagi.
"Buat apa menyusahkan orang”, sahutnya dengan jujur.
"Apa rancangan awak?”, tanya datuk lagi.
Lelaki itu kerutkan dahi luasnya hingga bergaris empat.
”Tak ada apa-apa rancangan. Saya bimbang benda ganjil tu sudah mula mengacau orang lain. Saya takut rumah saya akan di bakar oleh orang yang tidak boleh dapat mengawal perasaan"
"Sebab?"
"Mereka yakin, hantu itu adalah isteri saya"
"Kau percaya dengan mereka?", tanya datuk lagi.
Lelaki itu nampak resah dan gelisah. Tanpa di tanya oleh datuk lagi, lelaki itu memberitahu dia juga yakin bahawa hantu yang selalu menganggunya itu adalah hantu isterinya kerana setiap kali hantu itu datang dia pasti memanggil namanya. Dan suara itu serupa dengan suara isterinya. Ada kalanya, semua barang-barang di dapur seperti bawang dan cabai berubah tempat, satu kegemaran yang dilakukan oleh isterinya sebelum meninggal dunia.
"Saya mahu berikhtiar menghalaunya”, nada suara lelaki itu lembut tetapi mengandungi harapan yang besar. Dia nampak resah dan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk dan Uda Lodin.
"Saya bawakan orang yang boleh menolong awak”, kata Uda Lodin sambil menepuk bahu datuk di sebelahnya dua kali. Datuk tersenyum. Datuk terus membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Dengan tenang lelaki itu anggukkan kepala. Datuk menghampiri Uda Lodin.
"Barang yang aku minta, sudah kau sediakan?", tanya datuk pada Uda Lodin.
Saya lihat Uda Lodin anggukkan kepala macam ayam jantan berjumpa ayam betina.
"Aku mahu tidur di sini dan kau bawakan barang-barang itu ke sini”, beritahu datuk pada Uda Lodin.
"Rumah yang saya sediakan tu, tak sesuaikah?"
"Sesuai. Aku kira di sini lebih baik lagi”, jawab datuk. Uda Lodin pun terdiam. Uda Lodin meninggalkan kami di situ dan pergi mengambil barang-barang yang disediakannya untuk di bawa ke rumah lelaki itu. Bila barang-barang itu diserahkan ke tangan datuk, Uda Lodin pun beredar dari situ menuju ke rumah jirannya. Uda Lodin berjanji akan menemui datuk sesudah waktu sembahyang Isyak. Datuk terus bercakap dengan lelaki yang menjangkau usia lima puluhan di ruang tengah. Banyak benar pertanyaan yang diajukan oleh datuk pada lelaki itu untuk menyingkap rahsia peribadi arwah isterinya.
"Saya selalu ke laut, banyak hal yang berhubung dengan dengan dirinya saya tak tahu”,kata lelaki itu dengan jujur.
Datuk terdiam dan mati akal kerana setiap kali perkara yang berhubungan dengan isteri lelaki itu disoal, itulah jawapan yang diberikan kepada datuk. Akhirnya datuk membuat kesimpulan bahawa hubungan antara lelaki itu dengan isterinya agak renggang dan penuh rahsia. Ada rahsia-rahsia rumah tangga yang dilindungi oleh si isteri dari pengetahuan suaminya.
”Tak apalah, awak tak tahu. Saya cuba berikhtiar mengatasi hal ini”, datuk memberikan janji itu pada lelaki tersebut.
"Memang itulah yang saya harapkan"
"Awak pernah berkelahi dengannya?", tanya datuk lagi.
"Dulu saya ni memang buas. Suka beristeri banyak. Isteri saya yang mati itu adalah isteri saya yang kelima", kata lelaki itu membuka rahsia.
Datuk menggigit bibir. Secara tidak langsung dia sudah dapat mengetahui rahsia diri lelaki yang nampak cemas itu.
"Isteri yang lain tu kemana perginya?"
"Semua saya ceraikan, tetapi dengan isteri yang mati saya tidak sanggup berbuat begitu"
"Kenapa?"
"Saya tak tahu. Saya cukup sayang dan mendengar perintahnya, ada kalanya saya jadi begitu bodoh bila berhadapan dengannya"
"Begitu”, suara datuk lembut. Dan datuk tidak meneruskan sebarang pertanyaan terhadap diri lelaki itu.
Kerana waktu Maghrib sudah tiba, datuk menyuruh saya mengambil air sembahyang di perigi. Saya lantas memberitahu datuk yang saya lebih senang mengambil air sembahyang bersamanya.
"Kenapa?", tanya datuk.
"Periginya jauh tuk, saya rasa seram"
"Pergi. Tidak ada benda yang mesti kau takutkan”, nada suara datuk yang keras itu sungguh menghampakan.
Saya tidak ada pilihan lain. Saya terpaksa pergi. Berdebar juga hati saya bila memijak bumi di tengah cahaya yang samar-samar itu. Lebih menggerunkan sepanjang jalan menuju jalan ke perigi terdapat beberapa pohon jejawai yang besar dan akar berjuntaian. Angin ketika itu tidak bertiup.
Beberapa ekor burung gagak liar terbang rendah pulang ke sarang sambil berbunyi. Bunyi gagak itu, saya amat-amati seperti bunyi orang mencarik kain kapan. Saya tahu, kalau saya berpatah balik tentu datuk naik darah. Saya terus melangkah.
Langkah saya mati bila seekor kucing hutan melompat di hadapan saya. Sebelum kucing itu melompat ke dalam semak, matanya merenung muka saya sambil membuka mulutnya dengan lebar bersama suara yang nyaring dan kuat. Hari bertambah gelap.
Pondok perigi nampak berbalam-balam di hadapan. Saya berlari terus masuk ke dalam pondok
perigi yang berdindingkan tepus tanpa atap. Pepohon rumbia yang berdiri dekat pondok perigi kelihatan kaku dan menakutkan. Saya terus membaca niat dan membasuh muka. Dengan tiba-tiba saya berhidu bau busuk yang amat sangat. Serentak dengan itu saya terasa dinding pondok perigi diraba orang dari luar. Saya resah tidak menentu.
Kemudian saya terasa ada orang berdiri di belakang saya. Saya cuba menjeling. Kerana keadaan bertambah kabur, saya tidak dapat mempastikan dengan tepat siapakah yang berdiri di belakang saya. Perasaan saya cukup cemas.
“Orang baru mahu ambil air sembahyang”, lubang telinga diasak dengan suara orang perempuan.
Saya terus menoleh ke belakang. Tidak ada apa yang saya lihat, kecuali bau busuk yang cukup hebat. Tekak saya jadi loya. Tanpa berfikir panjang saya terus berlari dengan sekuat hati menuju ke rumah.
"Kenapa?", tanya datuk sambil melihat wajah saya yang pucat lesi.
"Ada suara orang perempuan dan bau busuk"
"Tak apa. Itu perkara biasa”, balas datuk sambil melihat ke wajah tuan rumah yang berdirinya di sebelahnya.
Tuan rumah saya lihat resah tidak menentu.
"Itulah dia”, tiba-tiba keluar dari mulut tuan rumah.
Tanpa berlengah-Iengah lagi datuk mengajak tuan rumah pergi mengambil air sembahyang di perigi. Saya terpaksa tinggal sendirian di rumah. Bagi menghilangkan rasa takut, saya duduk di anak tangga bongsu sambil menyanyikan lagu 'Tudung Periok'. Saya pasti benar rangkap lagu yang saya sebut itu lintang pukang. Nada atau iramanya tetap sumbang. Untuk menghiburkan hati yang takut saya menyanyi terus.
Saya terdengar ayam di reban berketak dengan kuat macam terlihat sesuatu. Kucing kepunyaan tuan rumah lari tidak menentu macam di kejar sesuatu. Suara ayam kian keras dan kemudian hilang.
Saya mula terhidu bau busuk. Macam ada kelibat manusia lalu di hadapan saya. Dan saya lihat lampu minyak tanah terpasang dengan dirinya di ruang tengah. Daun tingkap tertutup dengan sendirinya.
"Awak siapa? Ada hajat? Rasa aku adik beradik aku dan suami aku tak ada mempunyai saudara-mara macam muka kamu"
Saya terdengar suara orang perempuan dalam rumah. Saya terdiam. Kemudian saya terdengar bunyi pinggan mangkuk dan periuk berlaga sama sendiri di bahagian dapur macam orang mencari sesuatu. Saya juga terdengar suara perempuan merungut sesuatu. Bau busuk bertambah hebat. Hari bertambah gelap. Saya tidak sedar bila masa tuan rumah dan datuk berada di hadapan saya.
"Nak, mari kita sembahyang”, kata datuk.
Saya memberitahu datuk tentang bau busuk dan peristiwa yang saya alami. Datuk tidak peduli. Tuan rumah dan saya terus sembahyang Maghrib dengan berimamkan datuk. Aneh, sesudah memberi salam terakhir, bau busuk sudah tidak ada lagi. Datuk menyuruh tuan rumah turun ke dapur melihat periuk dan pinggan mangkuk. Tuan rumah patuh dengan perintah datuk.
"Baki nasi saya habis dimakannya. Dia membasuh pinggan mangkuk yang kotor”, dengan wajah yang tenang tuan rumah memberitahu datuk sesudah memeriksa barang-barang di dapurnya.
"Kalau begitu kau masak nasi sekarang dan masukkan hujung batang tepus ini”, ujar datuk sambil memberi batang tepus yang sudah di potong sedikit.
Tuan rumah terus memasak nasi dan menggoreng ikan kering. Bila semuanya sudah siap, saya dan tuan rumah makan. Atas permintaan datuk nasi di bahagian atas ditinggalkan didalam periuk.
Lebih kurang pukul dua malam, datuk pun mengejutkan saya dari tidur. Datuk menyalakan api pada sebatang liIin. Uda Lodin yang datang ke rumah itu lepas waktu Isyak juga dibangunkan oleh datuk dari tidurnya. Tuan rumah yang tidur dekat tiang seri tidak di kejutkan oleh datuk. Dengkur tuan rumah cukup keras.
Datuk terus bertafakur setelah mengenakan baju hitam dan seluar hitam ke badan serta melilitkan kepalanya dengan kain merah sebesar dua jari. Kemudian dia suruh saya mengatur tujuh helai daun sirih dimuka pintu. Dia juga menyuruh Uda Lodin meletakkan batang tepus dalam keadaan selang-seli pintu dapur. Datuk pun menepuk dahi tuan rumah sebanyak tiga kali dan meraba urat lehemya.
"Apa yang awak buat padanya?", soal Uda Lodin pada datuk.
"Saya pukau dia supaya tidur terus”, jawab datuk pendek sambil memperkemaskan silanya.
Datuk pun menyuruh kami duduk tanpa bergerak. Datuk ke dapur dan mengambil periuk berisi nasi lalu diletakkan dekat tiang seri. Suasana malam itu cukup sepi. Rasa sejuk terasa menyentuh kulit muka dan badan. Sesekali angin bertiup dengan kuatnya di luar menggugurkan dahan-dahan pokok yang mati. Suara jampuk tidak kedengaran, suara burung hantu juga begitu. Kecuali suara itik dan ayam di reban macam melihat sesuatu. Bau busuk mula masuk ke lubang hidung.
Datuk terus membuka pintu dan datuk membentangkan kain hitam yang berbucu tiga. Datuk duduk bersila di situ. Sebatang lagi lilin datuk nyalakan. Lilin yang baru dibakar sumbunya itu datuk letakkan betul-betul di tengah pintu. Datuk terus bertafakur. Dia membaca sesuatu. Cara mendadak api lilin di tengah pintu padam. Bunyi tapak kaki orang melangkah jelas terdengar. Datuk bangun sambil memeluk tubuh.
"Siapa?", terdengar suara perempuan.
"Tetamu suami kamu”, jawab datuk.
"Apa halnya?"
"Saja datang"
"Aku nak masuk ke rumah, lalu kau dari situ?"
"Masuklah ini rumah kamu. Tapi nyalakan api liIin yang padam"
Selasai sahaja datuk bercakap, api liIin yang padam terus menyala. Bau busuk bertambah kuat.
Muka saya terasa dilekati sesuatu. Saya raba dan cium. Ternyata muka saya dilekati lumpur dari kubur. Baunya juga cukup busuk. Bunyi tapak kaki orang melangkah kian kuat. Dengan pertolongan cahaya lilin saya dapat melihat satu lembaga memakai kain putih yang sudah koyak dan penuh lumpur.
"Kain kapan”, kata hati saya.
Lembaga itu bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya, lalu secebis kain kapan yang busuk di campakkan kepada saya. Bentuk mukanya tidak dapat saya lihat dengan jelas.
"Aku lapar”, saya terdengar lagi suara perempuan.
"Makanlah”, sahut datuk.
Saya lihat periuk nasi bergerak dan saya terdengar suara orang mengunyah sesuatu. Saya menggit bibir. Uda Lodin menutup lubang hidungnya dengan tangan. Dalam cahaya samar-samar itu juga saya lihat lembaga yang berkain kapan kotor menghampiri suaminya. Ia mencangkung di situ sambil meraba-raba pipi dan rambut suaminya. Perempuan itu menangis tersedu-sedu.
Darah saya tersirap kerana jari-jari perempuan itu sudah tidak berdaging lagi. Hanya tulang jari dengan kuku yang panjang jelas kelihatan berlari-Iari atas pipi dan tengkuk suaminya. Beberapa daging lengan dan pahanya yang sudah reput jatuh ke atas lantai. Datuk terus melompat dan memukul belakang perempuan itu dengan batang tepus sebanyak tujuh kali. Datuk juga menyuruh Uda Lodin memasang api pada pelita minyak tanah.
Bila pelita sudah di pasang, wajah perempuan itu jelas kelihatan. Matanya sudah berlubang, daging pipinya jatuh satu-satu kelantai macam habuk kayu yang baru di ketam. Giginya masih kuat dan kelihatan putih bersih. Saya tidak sanggup memandang wajah yang amat menakutkan itu.
"Apa yang kau lakukan pada suamimu?”, tanya datuk.
Perempuan itu tidak menjawap. Dia berjalan kearah periuk nasi. Kedua belah kakinya di kangkangnya, dengan periuk nasi itu betul-betul berada di celah kangkangnya. Beberapa ketul daging yang buruk di bahagian punggung jatuh ke dalam periuk tersebut. Setelah beberapa saat periuk itu di berikan pada suaminya. Macam ada sesuatu kuasa yang luar biasa, suaminya bangun lalu memakan nasi itu dengan lahapnya, kemudian suaminya tidur kembali.
"Kauberikan suamimu nasi tanggas?", tanya datuk.
"Ya. Saya sayangkan dia. Saya mahu dia mendengar kata dari saya dan tidak mencari betina lain"
"Perbuatan ini dikutuk Tuhan dan berdosa besar"
Perempuan itu tidak menjawap. Dia terus duduk merenung wajah suaminya dan memukul-mukul dadanya.
"Dari siapa kau dapat ilmu ini?", soal datuk.
Perempuan itu tetap membisu. Datuk pukul lagi hingga perempuan itu mengakui bahawa dia menuntut ilmu dari seorang yang perempuan tua yang memang menaruh dendam pada lelaki. Menurutnya, perempuan itu memang seorang yang baik. Tetapi lakinya yang kuat berjudi itu selalu memukulnya bila kalah main. Kemudian dia dimadukan oleh lakinya dengan seorang perempuan.
Mula dari hari itulah dia mencari ilmu nasi tanggas dan di kenakan pada suaminya, hingga suaminya
jadi bodoh dan tidak boleh membilang hingga kesepuluh kecuali di tunjuk atau diajar olehnya sendiri. Datuk terdiam. Saya dan Uda Lodin berpandangan sama sendiri. Saya lihat datuk membuka kain yang melilit kepalanya. Datuk membuka bajunya dan menyarungkan ke tubuhnya dalam keadaan terbalik.
"Kau tahu, perbuatan kamu salah dengan ajaran agama. Dan kau tidak di terima oleh bumi. Roh kau ditolak ke dunia merayau-rayau selama empat puluh hari sebelum dihumbankan ke neraka"
"Saya tidak tahu"
"Suami kau seorang lelaki yang baik, kenapa kau buat perkara ini?", soal datuk lagi.
Perempuan itu diam. Dia cuba bangun dan dan mahu menerkam ke arah datuk. Cepat-cepat datuk memukul badannya dengan batang tepus. Ternyata pukulan itu tidak mendatangkan kesan. Dia membuka kian kapannya lalu melemparkan pada datuk. Datuk menahannya dengan kedua belah tangannya hingga kian kapan itu berbalik kepadanya. Datuk lalu membaca beberapa potong ayat suci sehingga perempuan yang sudah tinggal rangka itu terperosok ke tepi dinding sambil menutup mukanya. Dia kelihatan takut dan cemas sekali.
"Roh engkau tidak akan diterima Allah selagi kau takut minta ampun dan maaf pada suamimu”, pekik datuk.
"Engkau siapa yang menyuruh aku berbuat begitu”, balas perempuan itu dengan kuat. Datuk lalu mengambil sebatang tepus lagi dan menekan ke dada perempuan itu.
"Engkau syaitan. Engkau syaitan”, ujar datuk kemudian membaca beberapa ayat suci lagi.
Ternyata hantu perempuan itu tidak mahu mengaku kalah. Barangkali, rasa sabar datuk sudah hilang, datuk terus menepuk kedua belah tangannya.
Perempuan itu menjerit macam kena sesuatu yang panas dan terus bersuara minta ampun pada suaminya. Bila suara jeritan perempuan itu hilang, semua pelita dalam rumah padam. Bila dinyalakan semula, perempuan itu sudah hilang. Datuk tepuk dahi suami tiga kali sambil mengurut lehernya. Suami hantu perempuan itu tersedar dari tidur.

26. Isterinya Jadi Kelip-Kelip
Dengan
nada suara yang keras datuk menyuruh saya membakar sumbu pelita yang padam.
Seluruh ruang rumah terang. Uda Lodin masih terpaku dekat dinding rumah. Saya
lihat Uda Lodin membongkokkan badannya sambiI menekan perut.
"Kau sedar apa yang berlaku?", tanya datuk pada lelaki yang baru sedar dari tidur.
Lelaki itu gelengkan kepalanya beberapa kali. Datuk pun menceritakan semua yang terjadi pada lelaki (suami perempuan yang jadi hantu) tersebut. Lelaki itu mengeluh panjang.
"Masa isteri kamu mahu mati apakah perkara ganjil yang kau nampak yang terjadi padanya?", datuk mengajukan pertanyaan. Lelaki itu terdiam memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia tersenyum sambil merenung tajam ke arah datuk.
”Tak ada yang ganjil cuma..”, lelaki itu berhenti bercakap.
Dia menelan air liur. Saya dan datuk berpandangan dan lelaki itu menyambung kata-katanya:
"Masa mengusung jenazahnya dulu, ramai orang bersungut terlalu berat”
"Siapa yang cakap?", tanya datuk.
"Anak-anak saya"
Datuk tidak dapat bertanya lebih lanjut lagi kerana diganggu oleh suara Uda Lodin. Datuk pun segera menghampiri Uda Lodin yang berada dalam keadaan cemas. Perkara pertama yang datuk lakukan pada Uda Lodin ialah memegang buah betis kaki nya dan mengurut-urut dengan perlahan-lahan. Usaha datuk tidak mendatangkan sebarang kesan.
"Ambilkan aku sehelai sirih”, datuk mengeluarkan perintah.
Barang yang datuk mahu saya adakan. Datuk melipatkan daun sirih menjadi tujuh bucu dan diletakkan atas tapak tangan kiri. Saya lihat daun sirih itu terus layu bagaikan kena bahang panas. Dari celah-celah jari datuk keluar asap menipis naik bersama bau kemenyan. Datuk melekapkan ke leher Uda Lodin. Uda Lodin melompat dan menjerit. Sakit perutnya serta merta hilang. Daun sirih yang dilengkapkan ke pangkal leher Uda Lodin datuk ambil dan terus meramas-ramasnya hingga hancur. Dari tapak tangan kiri daun sirih masih lagi elok dan segar.
"Kau kena badi hantu perempuan”, datuk memberitahu Uda Lodin yang pucat lesi itu.
Datuk mengurut-urut bahagian belakang Uda Lodin hingga mukanya kembali merah. Datuk menyuruh Uda Lodin melakukan senaman kucing mencangkung.
"Bagaimana rasanya?", tanya saya pada Uda Lodin.
"Baru terasa segar sedikit"
"Kau baca ayat ini”, datuk menghulurkan secebis kertas yang bertulis huruf jawi pada Uda Lodin. Datuk kembali mendapatkan lelaki tuan rumah. Lelaki itu masih terpaku duduk di sudut dinding. Barangkali dia memikirkan sesuatu.
"Ada berapa anak kau?", dengan tenang datuk mengajukan pertanyaan.
Saya segera duduk di sebelah datuk. Uda Lodin juga begitu.
"Empat orang, semuanya lelaki"
"Ada di mana?", saya gatal mulut bertanya.
"Semua dah bekerja. Dua di Singapura dan dua lagi ke Kuala Lumpur. Duduk menyewa di Kampung Pandan”, terang lelaki itu dengan jujur.
Datuk segera menyiku bahu kanan saya yang membawa maksud supaya saya berhenti dari mengajukan sebarang pertanyaan pada lelaki itu. Uda Lodin terus mengeliat. Suasana terasa cukup dingin sekali. Angin malam yang bertiup di luar melanggar dedahan pokok getah yang melahirkan bermacam-macam bunyi. Saya menguap dan mata terasa cukup mengantuk.
"Masih dinihari lagi. Baiklah kita tidur”, kata datuk.
Dan saya secara tiba-tiba terasa mahu buang air kecil. Saya terus merebahkan badan dengan harapan saya akan terlena dan tidak akan membuang air kecil pada waktu subuh. Ternyata rancangan saya tidak berjaya. Saya sudah tidak boleh tahan lagi. Seluruh pangkal pinggang saya terasa sakit. Saya mencapai pelita dan terus ke bahagian dapur untuk buang air kecil. Selesai buang air kecil saya pun melangkah untuk masuk ke ruang tengah. Kaki kanan saya tersepak sesuatu. Pelita pun saya rendahkan. Dengan
pertolongan cahaya lampu saya dapat melihat seketul tanah merah bersama secarik kain putih yang ada kesan darah kering. Bila kain dan tanah itu saya dekatkan ke lubang hidung, baunya amat tidak menyenangkan.
Cukup busuk, macam bau bangkai. Bulu tengkok saya mula meremang. Saya meletakkan pelita ke tempat asalnya dan terus merebahkan diri di sisi datuk. Tetapi,saya tidak dapat tidur. Macam-macam bunyi saya dengar di Iuar. Macam ada bunyi tapak di kaki orang melangkah dan memijak sesuatu di bawah rumah.
Saya juga terdengar bunyi suara ayam berkokok dalam reban dengan kuatnya. Saya cuba bangun untuk melihat dari tingkap. Datuk segera memegang dan menekan bahu kanan saya. Dia memaksa saya tidur.
"Orang curi ayam tok”
"Bukan"
"Kalau bukan kenapa ayam direban berbunyi?"
“Kau tidurlah, jangan banyak cakap"
Saya tidak dapat berkata apa-apa. Saya baring kembali dan akhirnya terlena. Sedang asyik dibuai mimpi, datuk membangunkan saya untuk sembahyang subuh. Uda Lodin terus jadi imam sembahyang subuh. Bila matahari terbit di kaki langit, saya dan datuk pun mandi embun. Kemudian datuk mengajak saya pergi ke reban ayam kepunyaan lelaki tuan rumah itu.
Saya terkejut besar bila terpandangkan beberapa ekor ayam mati dengan tali perutnya berjela-jela keluar. Saya Iihat bahagian perut ditebuk dengan kuku. Bila datuk memeriksa seluruh kawasan reban ayam, datuk menemui beberapa cebisan kain putih yang ada kesan darah kering dan tanah merah. Sedang datuk asyik membelek-belek ketul tanah dan kain putih itu, lelaki tuan rumah menghampiri datuk.
"Setiap kali benda tu datang, habis perut ayam di makannya”, ujar lelaki itu, dan datuk angguk kepala.
Datuk meletakkan tanah merah dan kain ke tempat asalnya. Saya termenung panjang. Datuk mengajak lelaki itu masuk ke ruang dapur rumah. Semua kuali dan periuk dan nasi berselerak. Lebih kurang pukul sepuluh pagi beberapa orang penduduk setempat datang menemui datuk. Mereka bercerita pada datuk, sejak berlakunya peristiwa aneh di kampung tersebut, banyak ayam peliharaan mereka mati akibat ditebuk perutnya oleh makhluk aneh itu.
Manakala bahagian dapur rumah mereka hampir setiap malam kena gelidah. Nasi yang tinggal di periok habis di makan oleh makhluk ganjil itu. Biasanya periuk yang sudah disentuh oleh makhluk ganjil itu tidak boleh digunakan lagi. Meninggalkan bau yang cukup busuk. Macam selalu datuk memberikan janji untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Datuk juga meminta mereka supaya jangan melakukan sesuatu terhadap lelaki yang isterinya menjadi makhluk ganjil.
"Semuanya terjadi bukan atas kemahuannya. Tentu tidak baik orang lain yang membuat salah dan orang lain pula yang menerima hukuman”, kata datuk memberitahu mereka.
Ternyata keterangan yang datuk berikan amat memuaskan hati mereka. Dan mereka pun pulang. Selepas sembahyang Zohor, datuk dan saya dengan ditemani oleh Uda Lodin terus menemui Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung. Mengadakan mesyuarat kecil di dewan orang ramai. Semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung bersetuju menyerahkan pada datuk untuk mengatasi masalah yang menimpa kampung. Mereka berjanji akan memberi sebarang pertolangan sekiranya datuk memerlukan pertolongan.
Bila mesyuarat itu berakhir, datuk mengajak semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan kampung sembahyang Asar di surau. Datuk jadi imarnnya. Dari surau kecil, kami pun menuju ke tanah perkuburan. Lelaki malang itu terus menunjukkan kepada datuk, kubur isterinya. Seluruh kawasan kubur isteri lelaki itu di
periksa. Tidak terdapat sebarang keganjilan. Nisan yang dibuat dari kayu teras berbentuk bunga rebung tetap utuh dibahagian kepala dan kaki. Pokok puding tetap hidup subur.
Uda Lodin terus menguis-nguiskan dedaun getah kering yang menepuk tanah perkuburan itu dengan ranting getah. Beberapa orang Ahli Jawatan kuasa Kemajuan kampung meminta diri untuk pulang kerana urusan masing-masing. Matahari petang kian menurun. Suasana di tanah perkuburan terasa sunyi. Dua kali saya mengajak datuk pulang datuk tak mahu pulang. Dia masih mahu mencari sesuatu di situ. Uda Lodin terus membersihkan kubur dan lelaki yang kematian jsteri datuk termenung di pangkal getah.
"Pukul berapa sekarang?", tanya Uda Lodin pada datuk.
Cepat-cepat datuk renung ke langit. Datuk kerutkan dahi sambil merenung muka Uda Lodin.
"Lebih kurang pukul empat setengah”, kata datuk pendek.
Lelaki yang duduk di pangkal pokok getah segera bangun. Menuju kebahagian batu nisan dibahagian kaki. Dia terus menolak segala dedaun kering yang terdapat di situ.
"Lubang”, katanya.
Saya segera meluru ke situ. Memang terdapat satu lubang dalam ukuran satu kaki bulat. Bila saya mahu menjenguk ke dalam lubang, datuk datang dan menolak saya ke tepi. Kerana hari sudah beransur gelap saya tidak dapat mengagak berapa dalam lubang itu. Datuk mahu menimbus lubang, namun hasrat datuk tidak terlaksana kerana kami tidak membawa cangkul. Uda Iodin menutup lobang itu dengan daun-daun kayu kering.
"Dah berapa lama isteri kamu meninggal?", mendadak saja datuk menyoal lelaki itu.
Uda Lodin merenung ke arah tepi kawasan perkuburan yang penuh dengan pepohon keduduk dan anak-anak getah yang terpegun dalam kesamaran senja yang kian gelap. Suasana cukup sepi. Saya mula terasa takut . Saya takut melihat batu-batu nisan yang terpacak.
"Hari ini genaplah 44 hari”, jawab lelaki itu, serentak dengan itu saya terdengar pokok-pokok kecil di pinggir kawasan perkuburan digoncang orang.
Saya menoleh ke arah bunyi itu. Disebabkan suasana bertambah gelap saya tidak nampak samada pokok-pokok di situ bergoyang atau tidak. Saya juga mula terdengar bunyi orang mencarik-carik kain dan bunyi papan kena ketuk. Semuanya datang dari arah hutan kecil di pinggir kawasan perkuburan. Bila bunyi itu hilang, saya terdengar bunyi suara orang perempuan menangis. Pada mulanya saya mengira semuanya berpunca dari perasaan saya yang takut. Bila Uda Iodin sendiri memberitahu saya bahawa dia juga mendengar seperti apa yang saya dengar, ternyata saya tidak berkhayal. Satu kenyataan yang berlaku di depan mata yang tidak boleh dilihat.
"Ada macam-macam bunyi saya dengar, macam suara isteri saya”, lelaki kematian isteri menyatakan pada datuk dan saya.
Datuk diam. Perasaan saya sudah tidak damai. Saya sentiasa berdiri dekat datuk. Kemudian datuk pun mengajak kami pulang. Sepanjang jalan pulang kami terdengar bunyi tapak kaki manusia mengikuti langkah kami. Bila direnung kebelakang, tidak ada apa-apa yang kelihatan.
Kami berpisah dengan Uda Lodin di kepala simpang. Dia terus menuju ke rumah tempat dia menginap. Kami meneruskan perjalanan. Datuk bagaikan tahu yang langkah kami diekori oleh manusia atau makhluk yang tidak dapat dilihat. Datuk menyuruh kami berjalan secepat yang boleh. Bila sampai dekat pokok besar, datuk suruh kami bersembunyi di balik pokok itu.
"Dah dekat waktu Maghrib ni”, kata datuk yang juga bersembunyi di balik pokok besar. Datuk mengambil tiga helai daun serunai laut yang mati pangkal. Daun itu datuk genggam sambil membaca sesuatu. Datuk pun memberikan daun itu kepada kami.
"Kalau kamu nak tengok syaitan, lekapkan daun ini ke kelopak mata kamu. Kemudian kamu gigit pangkalnya dan renung ke depan”
Arahan yang datuk keluarkan itu kami patuhi. Dada saya berdebar. Apa yang saya lihat amat menakutkan. Saya nampak satu lembaga berjalan terloncat-loncat. Bahagian bawah lembaga itu tidak sampai ke bumi. Dia bagaikan meloncat di atas awang-awangan. Bahagian atas atau kepala lembaga itu menajam ke atas. Kain putih yang membalut tubuh lembaga itu sudah koyak penuh dengan darah kering dan selut tanah merah. Lembaga itu menoleh ke arah kami. Bahagian mukanya sudah hancur.
Lubang matanya terpelohong ke dalam. Bahagian daging yang tinggal kelihatan menggerutu macam kulit katak puru. Tulang pipinya menonjol ke depan. Hidungnya sudah tiada tetapi, giginya masih kukuh dengan rambut hitam terurai atas bahu.
Lembaga itu mengeluarkan suara. Sekejap macam suara orang menangis dan sekejap macam suara orang mengeluh. Serentak dengan itu, terdengar bunyi suara gagak dan suara burung tukang sayup-sayup bertingkah dengan bunyi suara burung puyuh jantan. Suasana terasa amat menyeramkan. Lembaga itu terus meloncat ke depan tanpa menoleh ke arah kami lagi. Datuk pun meminta daun serunai laut dari kami. Daun itu datuk genggam dan terus ditanam ke dalam tanah. Dua kali datuk melangkah kawasan yang sudah ditanam dengan daun serunai laut tersebut.
"Itulah isteri kamu. Selagi kamu tidak mengampunkan perbuatannya, dia tidak akan aman. Tetap berkeliaran di atas dunia hingga hari kiamat”, beritahu datuk pada lelaki itu.
Saya menggigit jari sambil menjeling ke wajah lelaki itu. Air mukanya nampak berubah mengundang rasa kesal yang amat sangat. Belum pun sempat lelaki itu memberikan sebarang jawapan datuk terus mengajak kami pulang. Datuk mengajak lelaki bersembahyang Maghrib di surau. Lelaki itu menolak dengan alasan kepalanya terasa pening. Jadi, saya dengan datuk terus ke surau, sesudah mengambil air sembahyang di kolah, saya terserempak dengan Uda Lodin di kaki tangga surau.
Atas permintaan orang-orang kampung, datuk terus jadi imam untuk sembahyang Maghrib, jadi tugas datuk bersambung lagi. Waktu sembahyang Isyak mereka juga minta datuk jadi imam. Permintaan itu tidak datuk hampakan. Selepas menunaikan sembahyang Isyak datuk bercakap sesuatu dengan ketua kampung. Entah apa yang mereka cakapkan saya tidak tahu. Tetapi, selesai bercakap ketua kampung terus bangun dan bercakap dengan lantang.
"Saya minta orang yang ada disini mengikut saya ke rumah orang yang mati isteri bersama orang tua ini”, ujar ketua kampung sambil menuding jari kelingkingnya ke arah datuk. Ketua kampung memerintah tiga orang kampung mengambil cangkul dan daun pisang abu. Orang yang diperintah itu segera ke luar dari perut surau. Beberapa saat kemudian orang yang diperintah mencari cangkul dan daun pisang pun tiba. Datuk melarang mereka masuk ke dalam surau. Datuk suruh mereka duduk di kaki tangga surau.
Angin malam terus bertiup kencang. Datuk mengambil lampu gasolin di tengah surau lalu dibawa turun. Orang dalam surau mengikut datuk turun.
"Kita kesana semuanya. Tetapi, sepanjang jalan menuju ke rumah itu saya minta orang yang ada ini membaca surah Alfatihah dan Qulya di dalam hati, jika ada sesuatu yang ganjil jangan tegur atau direnung”
Tiba-tiba semua orang yang berada di halaman surau terkejut. Lampu gasolin padam dengan sendirinya, beberapa ketul tanah merah melayang dalam gelap malam mengenai tubuh badan orang yang berkumpul. Suasana menjadi gawat. Datuk pun menekup kedua belah telinganya dengan tapak tangan. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya seperti sedia kala, bau busuk mula menerpa ke dalam lubang hidung orang ramai bersama dengan bunyi suara orang ketawa yang amat memanjang. Bunyi bergegar, bagaikan digoyang oleh satu tenaga yang amat kuat.
Lampu gasolin kembali menyala. Saya melihat beberapa kumpulan kelip-kelip datang menuju ke arah kami. Cahaya yang keluar dari punggung keli-kelip itu menerangkan sebahagian dari pada halaman surau. Datuk membuka kain ikat kepalanya lalu mengibas ke arah kelip-kelip itu hingga kumpulan kelip-kelip itu berpecah dan hilang. Beberapa orang yang berkumpul di halaman surau terus menghilangkan diri. Kumpulan yang berjumlah lebih dari dua puluh orang itu menjadi kecil jumlahnya. Tinggal kira-kira lima orang. Datuk tersenyum, dia tahu kumpulan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Tidak sanggup berhadapan dengan percubaan dari syaitan.
"Kita bergerak sekarang”, kata datuk.
Kumpulan yang tinggal pun bergerak menuju ke rumah lelaki itu. Semuanya berjalan dengan tenang dan jaraknya tidak jauh antara satu sama lain. Lebih kurang setengah rantai mahu sampai ke kawasan rumah lelaki itu. Dua orang dari kumpulan itu melarikan diri setelah mereka melihat satu lembaga besar setinggi pokok kelapa berdiri di halaman rumah lelaki itu.
"Begini, saya tidak mahu rancangan ini gagal. Saya minta sesiapa yang tidak sanggup bersama saya, sila beritahu saya”, kata datuk.
Uda Lodin muncul didepan datuk bersama ketua kampung. Mereka menyatakan tidak sanggup untuk menyertai datuk. Dengan rela hati datuk membenarkan mereka pergi. Tinggallah saya bersama datuk dan seorang penduduk kampung yang bernama Kamal. Kami meneruskan perjalanan dan masuk ke dalam kawasan rumah lelaki itu. Sebaik saja berada di depan tangga rumah lelaki itu, Kamal terus jatuh pengsan sesudah dia melihat wajah seorang perempuan yang amat hodoh memangku kepala lelaki di muka pintu.
Datuk terpaksa mengeluarkan sehelai daun sireh dari saku baju sebelah kiri. Daun sireh itu di kunyah-kunyahnya hingga hancur. Datuk menyemburkan daun sirih itu ke muka Kamal sehingga Kamal sedar dari pengsannya.
"Kaumakan daun sirih ini”, datuk menghulurkan secebis daun sirih lain kepada Kamal. Kamal terus mengunyahnya hingga mukanya jadi merah.
"Apa rasa kau, ada rasa takut?”, soal datuk lagi.
"Tak ada”, jawab Kamal serentak dengan itu wajah perempuan hodoh di muka pintu terus ghaib.
Hanya yang tinggal batang tubuh lelaki dengan bekas kena gigit di bahagian pipi dan pangkal leher. Bila saya mahu menyentuh tubuh lelaki itu datuk segera melarangnya.
"Jangan di sentuh nanti kau kena badinya”, kata datuk.
Saya terdiam. Datuk pun memulihkan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Lelaki yang kelihatan lesu itu tidak boleh bangun dan terpaksa diusung ke tanah. Datuk membiarkan lelaki itu terkapar dihalaman.
Dengan pertolongan sinar gasolin, saya melihat lelaki itu cuba bangun tetapi dia tidak berdaya. Datuk dan saya serta Kamal terus masuk ke bawah rumah. Dalam beberapa saat lembaga perempuan itu muncul dan cuba menghampiri lelaki yang terkapar di halaman. Lelaki itu cuba menjerit. Suaranya tidak keluar. Lelaki itu cuba bangun tapi ternyata dia tidak berdaya. Datuk menepuk bumi dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali. Lembaga dengan wajah yang amat menakutkan itu merenung ke arah kami. Saya dan Kamal tidak sanggup memandangnya, segera merenung ke arah lain.
Datuk bangun dan menghampiri lembaga itu. Datuk dan lembaga itu berhadapan antara satu sama lain. Lagi sekali saya lihat mulut datuk berkumat-kamit membaca sesuatu. Lembaga itu bagaikan ditekan oleh sesuatu kuasa segera sujud di kaki datuk. Datuk tidak ambil kisah lalu mengambil tanah dan dikepal-kepalnya tanah itu dengan tangan.
"Dari tanah asalmu, ke tanahlah kembalimu”, suara datuk cukup lantang.
Tanah yang dikepalnya dikenakan pada bahagian tubuh lembaga itu. Satu jeritan yang amat menakutkan berlaku di malam yang sepi. Lembaga itu hilang dan tempatnya segera digantikan dengan beribu-ribu kelip-kelip sambil mengeluarkan cahaya yang amat terang. Kelip-kelip itu berkumpul dan memanjang naik ke udara. Datuk segera menyuruh Kamal mengambil cangkul dan kami bertiga meredah malam menuju ke tanah perkuburan.
Saya membawa lampu gasolin. Kami segera menuju ke kubur perempuan yang kami temui siang tadi. Datuk tanpa membuang masa terus merebut cangkul dari tangan Kamal. Lubang yang terpelohong segera datuk timbus. Sebaik saja lubang di timbus, terdengar suara ribut yang amat kuat, dahan-dahan kering berjatuhan. Batu nisan di perkuburan saya lihat bagaikan bergerak-gerak. Bila suara ribut hilang tanah perkuburan kelihatan terang dari cahaya kelip yang datang beribu-ribu banyaknya. Saya terdengar suara orang menangis.
"Kita pulang. Dia akan berkeliaran di muka bumi ini sehingga hari kiamat”, kata datuk dan kami pun terus pulang.
Waktu kami sampai di rumah lelaki itu hari sudah subuh. Lelaki malang itu masih terkapar atas tanah. Datuk terus merawatnya hingga pulih.
"Kau ampunkanlah dosa isterimu”, bisik datuk pada lelaki itu.
"Saya bersedia mengampunkannya. Tetapi saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya”, terang lelaki itu dengan jujur.
Hari beransur cerah. Fajar mula terbit di kaki langit. Datuk membawa lelaki itu ke perigi lalu memandikannya.

27. Manusia Tanpa Kepala
Datuk pun
membasuh kepala dan muka lelaki itu dengan air daun pisang dara. Datuk juga
membasuhkan seluruh tubuh lelaki itu dengan air bunga tujuh jenis dan tujuh
warna. Kedua belah tapak kaki dan tangan lelaki itu dibasuh oleh datuk dengan
air tanah liat.
Akhirnya, datuk menjiruskan air penawar dari kepala ke kaki lelaki itu datuk merimbaskan badan lelaki dengan kain hitam sebanyak tiga kali. Dengan penuh teliti, datuk menyarungkan kain pelikat ke badan lelaki malang itu dalam keadaan terbalik.
Cara menyarungnya juga agak ganjil iaitu, dari kepala ke kaki. Datuk membawa lelaki tersebut pulang ke rumahnya. Datuk minta lelaki itu baring di muka pintu dan datuk meletakkan batang tepus atas dada lelaki itu. Datuk berdiri di anak tangga terakhir sambil matanya menatap wajah lelaki itu.
"Kau sekarang bangun perlahan dengan tangan kiri kau menolak batang tepus hingga ke hujung kaki”, kata datuk dan lelaki itu patuh dengan apa yang dikatakan oleh datuk.
"Sekarang, tak ada suatu apa pun yang mesti kautakutkan. Tugas aku sudah selesai”, beritahu datuk pada lelaki itu sambil melangkah ke dalam perut rumah. Datuk duduk dengan tiang seri menyandarkan badannya. Saya bersandar dekat dinding. Matahari pagi kian meninggi, sudah masuk pukul sepuluh pagi. Saya kira bila kerja datuk sudah selesai tentu dia akan pulang.
Paling lewat tiga atau empat petang kami akan meninggalkan Kuala Terong, fikir saya dalam hati. Lelaki yang sudah diubati oleh datuk terus menghidangkan kopi pada saya dan datuk. Lelaki itu sendiri menuangkan air kopi ke dalam cawan.
"Minumlah. Goreng pisang belum masak”, ujar lelaki itu.
Datuk senyum. Saya terus menghirup kopi. Tiba-tiba saya tersedak. Air kopi bersembur ke atas lantai.
"Kenapa?", suara datuk keras.
Biji matanya terbeliak merenung wajah saya. Hati saya jadi kecut bila datuk memandang demikian.
"Kopi ni panas tok”, ujar saya.
"Kalau dah tahu panas, kenapa kau telan. Apa kautak boleh tunggu sampai air itu sejuk”, tekanan suara datuk cukup keras dan meninggi.
Wajahnya masam. Saya tahu, datuk memang tidak senang dengan perangai gelojoh saya itu. Datuk mahu saya menjadi manusia yang penuh sopan santun, bila menghadapi hidangan terutama sekali bila berada di rumah orang.
"Tak apalah tu. Tapi Kamal mana dia?", tanya lelaki itu sambil menyapu air kopi yang tumpah di lantai dengan kain buruk.
"Dia terus balik”, jawab saya.
"Oh begitu, saya tak sedar. Uda Lodin juga tak nampak batang hidungnya”, tingkah lelaki itu lagi.
"Uda Lodin tu penat”, datuk bersuara tenang.
Lelaki itu tersenyum. Tanpa memberitahu saya dan datuk, lelaki itu terus ke dapur. Datang semula sambil membawa sepiring goreng pisang. Kami pun makan bersama. Memang sedap makan goreng pisang panas bersama air kopi. Bila sarapan pagi sudah selesai, datuk menghampiri lelaki yang isterinya menjadi hantu itu sambil berkata:
"Kau ampunkan dosa isterimu?"
"Saya ampunkan"
"Kalau begitu, malam ini kita adakan majlis tahlil"
"Saya tak ada wang"
"Aku beri kau wang”, nada suara datuk cukup tegas.
Datuk selok saku dan mengeluarkan wang. Dengan wajah yang agak cemas lelaki itu menerima wang pemberian datuk. Saya juga hairan dari mana datuk memperolehi wang. Setahu saya sewaktu datang dulu, datuk tidak banyak membawa wang. Saya segera menghampiri datuk dan terus bertanya dari mana dia dapat wang. Datuk menerangkan pada saya, bahawa wang yang diberikan pada lelaki itu adalah daun-daun kering. Dalam tempoh tertentu wang itu akan akan jadi daun kembali.
"Kenapa tok buat begitu?"
"Untuk menolong orang susah"
"Rugilah orang yang menjual barang padanya"
"Tidak. Sebelum wang kertas itu bertukar menjadi daun seperti asalnya, orang bunian isteri aku akan datang dan menukarkan wang yang betul pada penjual barang tersebut"
Saya menarik nafas panjang mendengar penjelasan datuk itu. Sebenarnya datuk bagaikan berahsia dengan diri saya tentang ilmu kepandaian yang ada pada dirinya. Dia hanya menunjukkan kebolehannya dalam waktu yang tertentu tanpa di duga atau dijangka oleh sesiapa. Berdasarkan pada itulah saya lebih senang mengikutinya walau ke mana-mana.
Dan majlis tahlil pun berlangsung di rumah lelaki itu. Lima belas orang telah hadir. Datuk sendiri jadi tukang masak dan membacakan doa. Bila acara majlis itu selesai, datuk memberitahu pada orang yang datang itu bahawa apa yang berlaku itu adalah petunjuk dari Allah untuk renungan manusia yang masih hidup.
"Jadikanlah ini sebagai contoh dan tauladan. Allah dapat menunjukan kebesaran dan kekuasaanNya pada bila-bila masa”, nada suara datuk menurun.
Orang yang berada dalam rumah tertegun. Tumpukan perhatian pada cakap datuk.
”Jika kamu sayangkan isteri kamu, cuba elakkan atau kawal diri mereka dari jadi penderhaka pada kamu. Isteri yang derhaka pada suami, tidak akan mencium bau syurga”
"Tetapi, suami akan berdosa besar, kalau menggunakan taat setia seorang isteri untuk mencari kesempatan”, datuk mengakhiri cakapnya.
Bila semua tetamu malam itu pulang, saya dan datuk mengambil tempat di ruang hadapan untuk tidur.
Lelaki itu tidur dalam bilik, manakala Uda Lodin tidur di rumah lain. Uda Lodin bimbang kalau dia tidur di situ, pengalaman ngeri yang dilalui akan terulang lagi. Lebih kurang pukul dua belas malam lelaki itu mengejutkan datuk. Saya secepat kilat bangkit dari baring.
"Ada apa?" tanya datuk.
”Bagaimana cara saya nak ampunkan isteri saya?"
"Hum..", datuk garu pangkal kening.
"Saya termimpikan dia menangis di atas tanah lapang”, ujar lelaki itu lagi.
Saya sandarkan badan ke tepi dinding. Datuk pun menyoal lelaki itu waktu bila ia mengalami mimpi itu.
Apakah masa dia mahu tidur tadi badannya bersih dan ada membaca ayat-ayat suci.
"Masa saya masuk tidur saya ada air sembahyang. Sebelum tidur saya membaca ayat al Kursi”, jelas lelaki itu.
"Isteri kau mengharapkan keampunan dari kau?"
"Apa yang mesti saya buat?" tanyanya lagi.
Datuk bangkit dari tidur. Datuk berjalan di kawasan ruang itu dua tiga kali. Suasana malam cukup sepi.
"Kau pergi ke kubur isterimu tujuh pagi. Bacakan surah Yassin. Setiap kali kau sembahyang subuh, berdoalah pada Allah minta dosa isteri kau diampunkan", itu nasihat datuk pada lelaki malang itu.
"Saya buat. Saya mahu rohnya tenang dan damai. Saya ampunkan dosanya”, kata lelaki itu.
Dia pun meninggalkan saya dan datuk di ruang hadapan. Malam itu tidur saya cukup nyenyak. Bila bangun pagi, badan terasa segar lebih-lebih lagi bila mandi embun bersama datuk. Kulit badan terasa sejuk dan kelihatan kemerah-merahan. Pagi itu saya bersama datuk meninggalkan Kuala Terung menuju ke pekan Pekan Terung. Datuk terus menemui Uda Lodin yang memang menanti kedatangannya.
"Kita balik berasinganlah”, beritahu datuk pada Uda Lodin.
"Sebab?"
"Aku nak pergi ke pekan minggu di Changkat Jering. Aku nak beli parang"
"Bagaimana bayaran ubat menolong orang tu? Saya dah minta pada orang kampung tiga ratus ringgit. Mereka setuju bayar"
Dahi datuk bergerak-gerak. Biji matanya macam berputar-putar merenung muka Uda Lodin. Datuk terus memegang batang leher Uda Lodin.
"Kenapa ni?”, Uda Lodin terkejut.
"Ingat aku bukan cari makan dengan cara ini. Aku menolong orang kerana Allah, bukan niat aku nak buat harta dengan ilmu yang ada pada aku ni. Ilmu ini pemberian Allah untuk menolong orang. Aku nak hidup mesti berusaha cara lain. Lagi sekali kau cakap macam itu, aku patahkan batang leher kau”, cukup keras suara datuk.
Dua tiga orang yang lalu di situ berhenti. Mereka mendekati datuk dan Uda Lodin. Salah seorang daripada mereka menyangka datuk dan Uda Lodin bergaduh, lalu menasihati datuk dan Uda Lodin supaya berdamai.
"Jangan campur, ini urusan kami”, ujar datuk pada orang itu.
Dengan wajah yang tersipu-sipu orang itu menjauhkan diri dari datuk dan Uda Lodin.
"Kau pergi beritahu pada orang yang kau cakapkan mahu wang, katakan apa yang aku buat itu semuanya percuma. Tak kena bayar satu sen pun”, datuk mengeluarkan perintah pada Uda Lodin.
Tanpa banyak cakap Uda Lodin terus naik bas yang memang menanti penumpang untuk pergi ke Kuala Terung. Datuk terasa lega.
"Kawan ni adakalanya jadi racun”, rungut datuk sebaik saja bas bergerak menuju ke Kuala Terung.
Datuk yakin Uda Lodin akan memberitahu pada orang tertentu dengan apa yang di katakan oleh datuk padanya. Saya dan datuk terus menahan teksi yang dipandu oleh pemuda berbangsa Cina menuju ke pekan minggu Changkat Jering. Memang, tujuan utama datuk ke situ untuk membeli sebelah parang panjang. Setelah membayar harga teksi tersebut, saya dan datuk terus masuk ke dalam gerai menjual buah-buahan kampung hingga ke gerai makanan, saya dengan datuk berjalan dalam suasana tenang.
Akhirnya, kami pun sampai ke gerai yang menjual golok serta parang kepunyaan Usman Rumba dari Sayong, Kuala Kangsar. Di samping menjual golok dan parang, Usamn Rumba juga menjual labu sayung atau labu air yang terkenal itu. Datuk memberi sebilah parang panjang berulukan tanduk kerbau serta tiga biji labu air. Setelah membayar harga barang yang kami beli, datuk pun mengajak saya pergi ke gerai kopi yang berhampiran dengan balai polis di situ.
Waktu mahu masuk ke gerai tersebut, seorang angota polis lengkap dengan pakaian seragam dengan pistol terselit di pinggang, berlari ke arah datuk. Polis itu menepuk bahu datuk dari belakang. Darah saya tersirap. Apakah salah yang telah datuk lakukan? Kenapa datuk mesti di tangkap? Persoalan itu timbul dalam tengkorak kepala saya.
"Kau Atan”, ujar datuk sebaik saja matanya tertumpu ke wajah anggota polis yang berusia kira-kira empat puluh tahun itu.
Anggota polis itu menyatakan rasa kagumnya kerana datuk masih dapat mengingatinya, walaupun sudah hampir dua puluh tahun tidak bertemu. Anggota polis itu berasal dari Johor dan pernah bertugas di balai polis Pekan Bruas sekitar tahun 1943-1945. Awal tahun 1946 dia ditukarkan ke balai Polis Umbai, Melaka. Sejak itu hubungannya dengan datuk putus sarna sekali.
"Ini siapa?", tanya anggota polis itu pada datuk sambil merenung muka saya.
"Tamar cucu aku”, jawab datuk.
Anggota polis tersenyum. Dia memberitahu datuk bahawa anak sulungnya yang sebaya dengan saya sudah bekerja sebagai anggota polis dan ditempatkan di Kuala Terung juga. Kemudian Atan (anggota polis), mengajak saya dan datuk ke rumahnya. Barangkali ada tujuan yang tertentu. Paling kurang, dia mahu menuntut ilmu dari datuk, fikir saya.
Memang tepat apa yang saya duga. Dia memang sudah lama mencari datuk untuk diajak ke Batu Pahat. Dia menyatakan hanya datuk seorang saja yang boleh menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh pihak keluarganya. Sudah banyak pawang dan dukun terkenal dipanggil ke tempatnya. Tetapi, mereka tidak berjaya mengatasi masalah yang yang menimpa keluarga anggota polis itu.
"Apa masalahnya?”, soal datuk.
"Kubur anak saudara saya berasap"
"Kuburnya berasap?" datuk terkejut.
"Biasanya kubur itu berasap pada sebelah pagi dan senja. Serentak dengan itu orang yang dekat tanah kubur terdengar suara orang menjerit minta tolong”, terang anggota polis itu.
Datuk terdiam. Datuk tidak jadi minum kopi yang di hidang oleh isteri anggota polis itu. Saya kira datuk terkejut dengan apa yang didengarnya itu. Lama juga datuk termenung. Dahinya berkerut. Belum pemah dia mendengar dan berhadapan dengan peristiwa semacam itu.
"Ada gambar anak saudara awak tu di sini Atan?", datuk renung muka anggota polis itu.
"Ada, nanti saya ambilkan”, anggota polis masuk ke dalam bilik dan keluar dengan sekeping gambar poskad ditangan. Gambar itu diserahkan pada datuk. Lama juga datuk merenung wajah anak saudara anggota polis tesebut. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk memulangkan gambar tersebut pada anggota polis yang berasal dari Johor itu.
"Saya boleh cuba”, pendek datuk memberikan jawapan.
"Terima kasih”, wajah anggota polis itu saya lihat berseri-seri. Senyumnya tidak putus-putus bermain dibibir.
"Bila kita akan pergi?”, tanpa sabar-sabar anggota polis itu mendesak.
Datuk menggigit bibir sambil merenung ke wajah saya.
"Minggu depan, kita bertolak petang"
"Eloklah tu, saya boleh minta cuti"
"Cara nak pergi macam mana? Pergi bersama atau bersingan?”, datuk mengajukan pertanyaan.
"Kita pergi dengan kereta saya”, lega hati saya mendengar pengakuan dari anggota polis itu.
Saya tahu, kalau berasingan, datuk akan menunggang harimau peliharaannya waktu malam. Satu cara yang amat tidak saya sukai. Seram sejak badan saya memaut batang leher harimau, meskipun harimau itu jinak dan boleh diurut ekor dan kepalanya. Datuk terus memberi alasan kenapa dia terpaksa pergi ke Batu Pahat minggu depan. Pertama dia mahu menemui isteri mudanya (orang bunian) sebelum berjalan jauh. Kedua, dia perlu menghubungi harimau belaannya untuk jadi pengiring ketika dia berada di sana. Dan ketiga datuk perlu membuat persiapan-persiapan yang tertentu.
Sementara menanti minggu depan, saya dan datuk pulang ke kampung. Sernasa berada di kampung boleh dikatakan setiap malam datuk memanggil harimau belaannya datang ke halaman rumah. Datuk memberi harimau itu makan tujuh biji bertih dan menyediakan air dalam bekas buluh gading. Datuk bermain-main dengan harimau di bawah cahaya bulan yang sedang mengambang dan datuk memberitahu pada harimau belaannya itu supaya pergi ke arah selatan tanahair.
Kadang-kadang saya lihat datuk duduk atas belakang harimau dengan isterinya orang bunian menuju ke arah Bukit Kota. Anehnya, bila saya bangun dari tidur pada esok harinya, saya dapati datuk berada di rumah. Waktu bila dia pulang saya sendiri tidak tahu.
Pagi Selasa itu, sebuah kereta Austin 1100 bercat merah yang dipandu oleh Atan (anggota polis) datang ke rumah datuk. Mana barang yang difikirkan perlu dimasukkan ke dalam bahagian belakang kereta itu. Tepat pukul sepuluh kami pun bertolak. Lebih kurang pukul empat petang kami pun sampai di Balai Polis Cheras, Kuala Lumpur. Kami singgah di rumah Kadir Khan, pangkat abang ipar kepada Atan (Kadir Khan baru saja ditauliahkan menjadi sarjan di Balai Polis tersebut). Balai polis Cheras kami tinggalkan setelah menunaikan sembahyang Maghrib.
Sepanjang perjalanan datuk tidak putus-putus bercerita dengan Atan. Ternyata banyak yang datuk tahu tentang keluarga dan sanak-saudara Atan. Perjalanan yang amat membosankan itu saya isikan dengan tidur. Bila jaga saya akan melihat keluar. Pemandangan malam memang tidak menyenangkan hati saya.
Saya juga tidak pernah bertanya pada datuk, bandar atau pekan yang dilintasi oleh kereta yang saya naik itu. Buat apa bertanya, buat penat mulut saja. Tidak banyak kendaraan yang kami temui atau berselisih dengan kami sepanjang perjalanan. Badan terasa cukup sejuk. Bila saya melihat keluar, saya terasa takut melihat hutan dan bukit yang tertegun di kiri kanan jalan. Tiba-tiba saya terasa Atan memperlahankan laju keretanya.
"Pukul berapa?", saya terdengar suara datuk.
Atan tidak tidak menjawab pertanyaan itu. Kereta bagaikan ditarik sesuatu dari belakang.
"Pukul dua”
"Kita dekat mana ni Atan?"
"Dekat Sungai Rambai, dah dekat sempadan Johor"
Saya terasa cukup resah. Saya yakin kereta yang saya naiki itu tidak bergerak. Walaupun Atan menekan minyak dan dan memutar setering. Saya panjangkan leher ke depan. Kepala saya hampir saja mahu menyentuh kepala Atan. Saya terkejut besar. Saya lihat muka Atan pucat. Matanya tajam merenung ke depan. Ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada kami.
"Tok”, saya mecuit bahu datuk, ”kereta kita tidak berjalan tok”, tambah saya lagi.
Datuk anggukkan kepala. Secara mengejutkan saja, datuk menampar dahi Atan. Saya lihat Atan terpinga-pinga macam orang bangun tidur. Dia menyebutkan sesuatu mengenai kereta yang di pandunya tidak bergerak. Empat tayar kereta bagaikan terlekat pada sesuatu. Tidak ada sebuah pun kereta yang lalu untuk diminta pertolongan. Suasana cukup gelap. Datuk membaca sesuatu dan menghembus pangkal telinga Atan.
"Mengucap Atan”, kata datuk.
Atan pun mengucap dan datuk tahu bahawa Atan sudah pulih dari keadaan khayalan. Bila datuk bertanya pada Atan kenapa dia jadi demikian, Atan menyatakan yang dirinya berada di satu tempat lain yang indah, diapit oleh wanita sambil mendayung sampan.
"Kau diresapi syaitan penunggu”, bisik datuk ke telinga Atan.
Dengan pertolongan lampu kereta, saya melihat tubuh manusia tanpa kepala sedang menunggang basikal. Saya segera memberitahu pada datuk dan Atan. Rupanya mereka melihat apa yang saya lihat.
Tubuh manusia tanpa kepala yang naik basikal itu kian hampir pada kami dan berhenti betul-betul di hadapan kereta yang di pandu oleh Atan. Jentera kereta serta-merta mati. Datuk buka pintu kereta, saya dan Atan pun keluar sarna. Dada saya berdebar. Jalan raya itu terasa kosong benar. Tidak ada kenderaan yang lalu, tidak ada manusia yang berjalan. Dari hutan kecil di kiri kanan jalan raya terdengar
bermacam-macam bunyi.
Ada bunyi air terjun, ada bunyi suara orang menyanyi. Hati saya jadi kecut, lembaga tanpa kepala itu turun dari basikal. Saya lihat batang lehernya berlubang penuh dengan urat-urat yang bertuntai atas dada. Darahnya meleleh di seluruh badan.
"Syaitan”, jerit datuk.
Mulutnya membaca sesuatu. Datuk mengambil seketul batu lalu dilemparkannya ke arah lembaga tanpa kepala. Lembaga itu menjerit dan terus melompat ke atas basikal. Kami segera masuk kereta. Datuk menyuruh Atan mengekori lembaga itu. Bila sampai ke kawasan Sungai Kesang, lembaga tanpa kepala itu terus hilang. Sampai ke Batu Pahat hal itu diceritakan oleh Atan pada kawan-kawannya. Menurut kawan-kawan Atan, tubuh tanpa kepala itu memang selalu mengacau pemandu kendaraan. Menurut mereka tubuh tanpa kepala itu berasal dari tentera Gurkha yang di pancung oleh tentera Jepun dalam perang dunia yang kedua dulu.
Lebih kurang pukul sembilan pagi pada hari Isnin, kami pun sampai ke Kampung Jorak Ilahi. Atan memperkenalkan datuk dengan ayah saudaranya iaitu, Omari berusia lebih kurang enam puluh tahun, ada ladang kelapa dan kopi. Pada mulanya, datuk membuat keputusan untuk menginap di masjid berhampiran tanah perkuburan itu.
"Tidur di rumah saya. Masjid itu dikawal jin”, Omari memberitahu datuk.
Kemudian Omari pun bercerita tentang beberapa keanehan yang terjadi pada masjid itu. Datuk tidak begitu tertarik dengan cerita tersebut. Datuk hanya tertarik tentang kubur anak Omari yang berasap dan menjerit waktu senja dan pagi. Setelah berbincang dengan Omari dan Atan, datuk bersetuju melihat kawasan kubur yang di katakan itu. Bila bunga senja mula jatuh di seluruh Kampung Jorak Ilahi, datuk pun memakai seluar hitam dan baju hitam. Datuk ikat kepala dengan kain merah.
“Biar saya tinjau dulu dengan cucu saya”, beritahu datuk pada Omari dan Atan.
Kedua-duanya anggukkan kepala tanda setuju. Omari menyerahkan pada datuk sebatang anak kopi berdaun tiga. Memang, datuk menyuruh Omari menyediakannya untuk tangkal. Waktu saya dan datuk sampai di pinggir jalan kawasan perkuburan, tengkok saya terasa seram. Ada bunyi suara burung murai batu dan puyuh tanah. Suasana sekeliling kelam dan samar-samar. Datuk dan saya berdiri tenang menghadapi batu-batu nisan yang memenuhi tanah perkuburan.
Angin yang bertiup menolak dedaun di tanah perkuburan. Dedaun itu berlaga sesama sendiri dan melahirkan bunyi air ombak diselang-seli dengan bunyi orang ketawa. Terdengar bunyi suara jampok dan burung hantu kubur mengkais-kais tanah. Secara mendadak saja saya memeluk tubuh datuk, bila saya terdengar bunyi suara orang menjerit dan minta tolong di tanah perkuburan dalam suasana senja yang bertambah gelap.
Tanpa banyak bercakap, datuk mengheret saya ke tengah kawasan perkuburan. Langkah kami mati bila berhadapan dengan sebuah kuburan yang mengeluarkan asap nipis dari rekahan tanah antara dua batang nisan. Datuk pun membakar liIin. Asap itu jelas kelihatan macam wap yang keluar dari ketul ais. Suara orang minta tolong dan ampun menendang gegendang telinga saya. Suasana di kawasan perkuburan itu amat menakutkan saya.

28. Kubur Berasap
Saya masih
dapat mengawal perasaan. Datuk pun memadamkan api yang membakar sumbu lilin.
Nyamuk mula menggigit cuping telinga dan muka. Dalam samar-samar senja itu
datuk memandang wajah saya tepat-tepat.
"Kita balik saja”, kata datuk.
"Kenapa?"
"Jangan banyak soalan, ikut cakap aku"
"Tapi tok.."
"Jalan”, pekik datuk.
Saya lihat wajah datuk lain macam. Langkah datuk cukup cepat. Saya lihat tapak kakinya bagaikan tidak menyentuh bumi. Supaya tidak ketinggalan jauh darinya, saya terpaksa berlari tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian saya terdengar bunyi yang ganjil dari arah belakang, macam bunyi tapak kaki orang memburu saya. Bila di toleh ke belakang tidak ada suatu pun yang saya nampak kecuali dedaun rumput menutup bumi yang runduk kena pijak. Saya terdengar bunyi suara reriang rimba yang bertali-temali. Bunyinya berubah dari satu pokok ke satu pokok. Bunyinya cukup nyaring dan memanjang pula. Kata nenek, kalau reriang rimba berbunyi dalam bunga senja dan bunyinya tidak putus, membawa alamat ada penghuni kampung yang akan meninggalkan kampung dan tidak akan kembali hingga hari kiamat.
"Siapakah yang akan mati?", timbul pertanyaan dalam hati kecil saya. Tentu saja pertanyaan itu tidak akan menerima jawapan dari sesiapa. Barangkali, kalau pertanyaan yang sama diajukan pada datuk kemungkinan menerima jawapannya cukup cerah. Sayang, saya tidak berani bertanya padanya. Datuk terus melangkah. Saya renung ke kiri. Pokok getah berdaun lebat tertegun kaku. Saya toleh ke kanan, pohon-pohon koko yang berbuah rapat-rapat tidak bergerak.
"Tok”, mendadak saja memanggil nama datuk dalam warna senja yang kian gelap itu.
Datuk berhenti. Entah macamana sepasang mata saya tertumpu pada sepasang kakinya yang tidak memijak bumi. Saya kedutkan kening dan dahi. Belum pernah saya melihat datuk dalam keadaan demikian. Hati saya mula ragu-ragu. Apakah saya berhadapan dengan datuk atau dengan satu makhluk asing yang menyerupai datuk.
Bagi membuktikan apakah datuk yang wujud di hadapan saya itu datuk yang sebenar atau sebaliknya, saya segera menarik hujung bajunya dengan sekuat hati. Badan saya bagaikan ditarik oleh satu kuasa menyebabkan saya terdorong ke depan. Bahu sebelah kanan saya menyondol pangkal belikat datuk. Kemudian saya terasa satu hentakan yang amat kuat mengenai pangkal telinga kanan saya. Seluruh badan terasa lemah. Saya tidak mendengar apa-apa. Semuanya terasa sunyi dan sepi. Saya tidak tahu, berapa lama saya berkeadaan demikian.
Saya tersedar apabila badan saya digoyang oleh datuk beberapa kali. Telinga saya diasak dengan bacaan ayat-ayat suci. Bila saya membuka mata, saya lihat datuk tersenyum.
"Saya lihat datuk ber.."
"Aku faham”, datuk memotong cakap saya dan menyuruh saya bangun. Suasana sekeliling bertambah kelam. Bunyi suara burung kuang-kuik cukup jelas kedengaran. Kata orang tua-tua, burung itu berbunyi dari atas kepala harimau. Ada juga yang mengatakan burung itu jadi kepala jalan kepada hantu dan syaitan. Sering berbunyi waktu senja begini dan tengah malam menjelang subuh.
Saya tidak boleh bangun. Kedua belah sendi lutut saya terasa longgar, tidak mampu menahan badan saya agak gemuk ini. Bunyi suara burung kuang-kuik semakin dekat. Saya cemas dan saya faham, kalau tidak kena caranya saya dan datuk akan jadi korban harimau.
"Kita dalam bahaya tok. Rumah Omari agak jauh tok"
"Tak apa. Sepatutnya kau tidak boleh menegur aku bila melihat aku dalam keadaan yang ganjil"
"Kenapa tok tak cakap tadi?"
"Aku terlupa”, kata datuk dengan wajah yang kesal. Tanpa diminta, datuk menerangkan pada saya bahawa, dia terpaksa berjalan atas angin untuk menghindarkan sebarang kejadian buruk. Menurut datuk jarak tapak kakainya dengan bumi lebih kurang satu kaki setengah ruang yang kosong antara tapak kaki dengan bumi akan dilalui oleh angin yang boleh memisahkan kuasa jahat dari meresap ke dalam tubunya.
"Apa dia kuasa jahat tu tok?", tanya saya.
"Jin tanah atau jembalang tanah"
"Ganjil benar bunyinya. Ini dah tahyul tok”, kata saya sambil tersenyum.
Belum pun datuk memberikan jawapan pada pertanyaan itu, saya tercium satu bau yang agak ganjil. Suara burung kuang-kuik terdengar dari dahan pokok atas kepala. Datuk masih juga bertenang. Dia suruh saya berdiri tetapi saya tidak berdaya.
"Kalau aku berjalan memijak bumi tadi, tentu saja aku lumpuh semua badan. Tempat ini agak keras”, dengan mendadak saja datuk memberitahu saya.
Datuk juga menyatakan, sekiranya saya tidak menarik bajunya, perkara itu tidak berlaku pada diri saya.
Sebabnya, ketika dia berjalan tadi semangat dan perasaannya sudah disatukan dengan semangat saya. Datuk pun memicit buku lali kanan saya. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Hari bertambah gelap. Bunyi reriang rimba tidak kedengaran lagi. Ternyata usaha yang datuk lakukan tidak dapat memberikan kejayaan. Saya tidak mampu berdiri dan saya rasa tempurung lutut sudah tidak wujud pada tempatnya.
"Kau tahu Tamar kenapa aku berjalan atas angin?"
"Tak tahu"
"Kau perlu belajar dan mengenal adat budaya dan kepercayaan nenek moyangmu yang tidak lari dari asas agama Islam"
"Maksud tok?"
"Manusia tidak dapat melarikan diri dari empat unsur ini iaitu, tanah, air, api dan angin. Begitulah yang dikatakan oleh guruku"
"Sebab apa begitu tok?"
"Kalau tidak ada benda-benda ini, manusia tidak akan dapat bergerak atas alam ini"
"Maksud tok memang saya tak faham"
"Mudah saja. Manusia berasal dari tanah akan kembali ke tanah. Air pula mesti ada dalam tubuh manusia. Api yang bermaksud darah mesti ada dalam diri manusia. Begitu juga dengan angin, jika tidak ada angin manusia tidak akan boleh bemafas"
Saya terdiam mendengar keterangan dari datuk itu. Lalu dia menyatakan makhluk lain sama ada dari jin dan sebagainya juga bergantung pada perkara-perkara yang disebutkan itu.
"Pada zahirnya, engkau nampak kakiku tidak memijak bumi. Tetapi dari segi kebatinannya aku tidak terpisah dengan bumi, seluruh pancaindera bertaut rapat dengannya. Kerana itu aku tidak boleh bercakap atau mengerakkan tubuhku. Bila bergerak, kuasa jahat akan meresap ke tubuhku”, datuk pun memberikan penjelasan.
Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan sendirinya sudah terjawap. Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolah-olah berkata begini:
“Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”
Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerak-gerak dan dalam samar-samar senja itu sinar matanya seakan-akan bercahaya.
"Kau datang sayang”, kata datuk.
Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulu-bulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabah-raba misai harimau, dan harimau besar itu menguap panjang. Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.
"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi.
Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan sambiI menggerak-gerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun mengurut-urut-urut badan harimau itu berkali-kali.
"Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya”
Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi. Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi. Harimau itu mengaum kecil sambil membetulkan kedudukan badannya seperti asal.
"Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang dan urat-urat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerak-geri harimau tersebut.
Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut-turut. Dengan tenang harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit badan saya dari kepala lutut hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlari-lari lembut atas tempurung lutut. Saya kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke buku lali.
Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata. Burung Kuang-kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun. Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah dengan penuh tenaga dan kekuatan.
"Bagaimana? Kau kuat sekaran?"
"Ya tok, saya kuat"
Tiba-tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri betul-betul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan tangan ke atas bahu saya.
"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk.
Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak.
"Sedia”
Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang. Datuk dan Omari berbual-bual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak.
Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud.
Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari menuju ke masjid. Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhati-hati bila tidur dalam masjid tersebut. Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut suka hati.
Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau masjid itu dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas.
Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami berjalan, tiba-tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak dalam gelap di celah-celah batu nisan yang terpacak kejap di situ.
"Datanglah. Aku kenal awak. Sama-sama anak Adarn”, nada suara datuk cukup keras.
Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher. Saya segera merapatinya.
"Keluarlah”, ujar datuk lagi.
Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan mendadak kira-kira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.
"Nyalakan lampu minyak tanah kau"
Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat sungguh.
"Dari mana kau?", soal datuk.
"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit"
"Kubur siapa?"
"Anak Omari"
"Kau siapa?"
"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di pondok belakang masjid"
Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan kedalam uratnya.
Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran dengan tingkap dan pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang datuk terus membaca al-Quran. Saya akhirnya terlelap.
Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya.
"Kau tidur di sana nak”, katanya tenang.
"Terima kasih"
Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus membaca al-Quran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayat-ayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur. Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga. Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh.
Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak membaca Allahu Akbar. Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali itu. Saya sembahyang agak jauh dengan datuk. Lepas sembahyang orang-orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai dihalaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.
"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya.
"Memang, ada hajat besar" .
"Apa hajatnya?"
"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur"
"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu"
"Maksud pak imam?"
"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu, tidak berapa sempuma”
"Saya kurang faham"
"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat, memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan senyum.
Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik datuk itu akan berjaya.
"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia”, itulah kata-katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.
Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Suasana subuh yang amat menyejukan itu membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.
"Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk. Saya pun terus membaca yassin dengan perlahan-lahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian. Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.
"Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat.
"Kami sudah sembahyang jemaah"
"Dengan siapa?"
"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid"
"Haa.."
"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum dengan bilal muda"
Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak. Cepat-cepat dia menuju ke sudut masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada datuk semula.
"Awak bermimpi agaknya?"
"Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian pak imam"
"Pelik"
Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.
"Awak berjemaah dengan jin"
"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun menadahkan ke dua belah tangannya.
Orang-orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena sinaran matahari nampak bermanik-manik. Burung-burung mula melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang.
Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok -bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak memperdulikan kedatangan kami.
Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang di siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol kosong itu bergerak-gerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.
"Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat memberitahu saya yang kehairanan.
Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu.
"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu. Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan retak -tetak kecil.
Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ. Datuk terus membaca ayat-ayat suci. Saya tetap berada disamping datuk. Bila datuk selesai membaca ayat-ayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri disisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata:
“Dia anak derhaka”
Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang tengah memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari terbit.
Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kira-kira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan saya penuh teliti. Datuk memejamkan matanya rapat -rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu.
"Kaubenar-benar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib.
"Ya, pak imam"
"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang melahirkannya"
"Lagi pak imam?"
"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya"
Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepat-tepat.
"Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk.
"Tentu"
Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Larangan itu tidak diperdulikan oleh anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat nombor masih belum ada).
"Anak saya itu membuat kerja-kerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram.
Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.
"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya"
"Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk.
"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal dunia"
“Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi.
"Memang. Dialah satu-satunya anak saya”, suara Omari tersekat-sekat dan menangis.
Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai Indonesia. Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak memberitahu tentang kematian anaknya.
Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat. Kira-kira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid.
"Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu.
"Ya, pak imam"
“Mana dia?"
"Dia ada di rumah adik Omari"
"Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau.
Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerak-geri pak imam. Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit pak imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk.
"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi.
"Lagi pak imam?"
"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang tahajud tengah malam minta Allah mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya"
Janda Omari dan iparnya termanggu-manggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami semua.

29. Dikacau Penunggu Kolam
Apa yang
dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan
sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali
menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi berturut-turut. Masuk hari
yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan
janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.
"Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya.
"Kenapa?"
"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau pulanglah. Aku minta pada kau demi kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.
Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi.
"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan hajat baik tu”, jawab janda Omari.
Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.
"Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang berwajah lembut.
Kedua-dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.
"Tengahari ini”, jawabnya pendek.
"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam lagi di sini”, celah datuk.
Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.
"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar perempuan itu dengan tenang.
Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah.
"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah.
Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk dimuka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.
"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan itu.
Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya. Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau. Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk tunduk membilang tasbih.
Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam. Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau.
"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu.
Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.
"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah semata-mata. Bersyukurlah pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk.
"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"
"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anak-anak yatim"
"Maafkan saya”, ujar Omari.
Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba-tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.
"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.
"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"
“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"
Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya. Menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tanah kubur. Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu bertingkat- tingkat tingginya.
Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalu-talu. Bila dia mahu membukanya Yusuf menahan.
"Kenapa?", tanya saya.
"Syaitan”, jawab Yusuf.
Mendengar cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf kelihatan pucat. Anak dan isterinya tidak dikejutkannya.
"Syaitan macam mana?" datuk minta kepastian.
"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.
Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu.
"Apa hal?" tanya datuk.
"Saya lapar"
"Masuk”, perempuan itu pun masuk.
Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya.
Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu perempuan berambut panjang. Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang.
"Aku terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan Yusuf.
Dan Yusuf tidak dapat berkata apa-apa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi. Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan. Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiran-jiran Yusuf berkumpul di halaman rumah kira-kira pukul empat petang. Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan sabut kepala.
Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati. Tiba-tiba datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti oleh asap tebal.
Perempuan itu terbatuk-batuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat tulang-tulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseri-seri. Boleh bercakap dengan baik dan teratur.
"Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk.
Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah, seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara pada perempuan itu.
Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya sendiri.
"Awak salah”, kata datuk.
"Apa salah saya?"
"Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya pulang.
Pagi esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara dengan sebuah teksi. Kami sampai ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang. Kami bermalam di rumah kenalan datuk di Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.
Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C. (Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan.
Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga menjelang waktu subuh.
Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri. Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalam-dalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.
Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalah-gunakan. Dia hanya menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.
Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang.
"Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak sabar-sabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang. Tanpa diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami. Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
"Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar”, kata datuk dari kepala tangga.
Nenek merenung muka saya.
"Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi. Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi.
Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing-masing membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati.
Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.
"Nenekmu seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.
Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawan-kawan yang sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil. Cita-cita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan-kawan hingga terbelah. Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.
"Nak ke mana dah petang begini”, tanya nenek
"Nak memancing ikan di sawah"
"Usahlah, dah petang”, tahan nenek.
"Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju kesawah yang terbentang luas.
Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok-pokok buluh. Akar-akar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada.
Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkati-kati ikan keli, haruan dan puyu. Ikan-ikan itu saya letakkan dalam raga. Azam saya mahu menangkap separuh dari ikan-ikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya berdebar dengan tiba-tiba. Daun telinga kanan saya bergerak-gerak dan terasa angin lembut menyentuhnya.
Saya mula rasa ragu-ragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan-ikan hasil dari pancing saya. Saya dapati ikan-ikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam raga. Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus memancing, ikan-ikan saya lihat bagaikan melompat-Iompat dipermukaan kolam.
Saya membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing ikan di kolam. Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggil-manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari terlompat-Iompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang.
Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari surrah al-Falak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib.
Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang.
Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar pokok tualang digoncang bertalu-talu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang. Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam.
Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu. Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa dengan bentuk tubuh manusia biasa. Dalam saat-saat cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayup-sayup dari arah kampung.
Saya kenal benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi tidak berdaya. Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata manusia.
Sinar matanya tajam tidak berkelip-kelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saat-saat begitu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba membaca beberapa potong ayat al-Quran, tapi banyak yang silap dan lintang-pukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah.
Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-olah tidak dapat dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samar-samar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerak-geri saya.
Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu.
"Tak mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk.
Saya lihat dia berdiri betul-betul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantang-Iantangnya. Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.
"Kau masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.
Sampai dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampir-hampir saja dia mahu menampar muka saya. Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap suka mengada-adakan cerita yang tidak munasabah.
Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

30. Ilmu Raja Kelawar
Datuk pun
mengeluarkan perintah pendek buat saya.
"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patah-patahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.
"Faham!" sergahnya.
"Faham tok!"
Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putus-putus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.
"Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.
"Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah.
Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketiga-tiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di rendamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.
"Ini ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.
Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham. Memang, ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur kurang. Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus-putus.
Saya terdengar kokok ayam bertalu-talu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai. Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai. Dari mana datangnya, saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap saya tarik.
Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok-pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berak-berak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit.
Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertali-tali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalu-talu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya.
Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalu-talu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar. Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung berek-berek lalu berlegar-legar atas bumbung rumah semula.
Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebiru-biruan. Datuk jatuh ke atas lantai.
Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan ctatuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya
jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung.
Dalam saat-saat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipu-sipu melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.
"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesa-gesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras erat-erat dan memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahut-sahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.
Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.
"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat-cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni. Daging pipi aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.
Dan nenek pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang rumah. Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayat-ayat al-Quran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar. Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.
"Esok kena tanam”, kata datuk.
Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca al-Quran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhimya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan, Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.
Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu).
Datuk cukup cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit pun. Tugas saya tidak berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang sudah di potong oleh datuk. Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya matahari.
Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.
"Jarang-jarang kita dapat makan bersama”, kata saya.
"Tentulah, kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.
"Betul, aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"
"Kenapa pula?" tanya saya pada datuk.
"Ada alamat aku akan panggil orang"
"Apa alamatnya tok?"
"Masa aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.
"Hum baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.
Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun.
"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.
"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.
Anak muda yang termanggu-manggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.
“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.
"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan bomoh"
"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik”
"Siapa?"
"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis"
"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"
"Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.
Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu.
Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman. Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya.
"Kenapa kau yang sibuk-sibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.
"Tidak"
"Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"
"Ada hubungan dengan ayah saya"
"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.
Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerak-gerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.
"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerja-kerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.
"Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak muda itu menyatakan pada datuk.
Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerak-gerak penuh malas.
"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"
"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya"
"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari Talu"
Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.
"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.
"Tidak"
"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"
"Ayah saya sudah meninggal dunia"
Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerak-gerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat urut-urut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.
Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci.
Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengah-mengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan.
"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding.
Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.
"Berterus-terang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”, pekik datuk sekuat hati.
Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang.
"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis.
Datuk terdiam. Dari gerak-gerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.
"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan berterus-terang saja dengan aku"
"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak oleh sesuatu untuk berbuat begitu"
"Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya"
Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.
"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.
"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.
"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu"
"Lagi?"
"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya benda-benda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini"
"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"
"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia"
"Apa tindakan orang-orang kampung tempat kamu?”
"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adik-adik yang lain membawa diri ke tempat lain”
Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang
kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam.
Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lain-lain lagi.
"Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam atau sebaliknya", kata datuk.
Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.
"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang-orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.
Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.
"Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.
"Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.
"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.
"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah"
Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang. Masing-masing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok-pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ.
"Selepas orang-orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian.
Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.
"Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.
"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya.
Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasi-kelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar.
Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beribu-ribu tahun. Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.
"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.
"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.
Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hi-
dup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pemah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh.
Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikarnpung tersebut.
"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.
"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.
"Sejak akhir-akhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah orang lain pula”, tambah anak muda itu.

No comments:
Post a Comment