Thursday, October 28, 2010

Soalan PJK Tahun Dua




(Gambarajah adalah merujuk kepada soalan 5 dan 15)



PKSR 2 2010
PENDIDIKAN KESIHATAN


Nama : _______________________________ Kelas : _____
Jawab semua soalan.
Pilih dan bulatkan jawapan yang betul dan terbaik.

1. Daya tahan kardiovaskular ialah untuk mengukur keupayaan.............
A. Jantung dan sistem darah berfungsi dengan baik
B. Paru-paru bernafas
C. Pundi kencing
D. Buah pinggang mencuci darah

2. Paru-paru ialah organ..................................
A. Pembiakan
B. Pernafasan
C. Mengepam darah
D. Mengalirkan darah

3. Bapa Fatin menerima khabar dari kampung tentang kematian datuknya. Apakah perasaan bapa Fatin?
A. Gembira C. Sedih
B. Kasihan D. Suka

4. Alif bersama bapa dan adiknya................................di taman pada setiap petang untuk mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan.

A. melompat
B. tidur
C. berbual-bual
D. berjoging


5. Gambar rajah di atas menunjukkan seorang murid sedang melakukan
aktiviti.................
A. Meleding ke sisi
B. Melentik aksi kucing
C. Melentik ke belakang
D. Membongkok ke hadapan

6. Kita perlu memakai.......................................ketika melakukan aktiviti lasak seperti menunggang basikal dan mendaki gunung.
A. Alat keselamatan diri yang lengkap
B. Pakaian yang longgar dan topi
C. Topi dan tali pinggang
D. Kasut dan pad siku

7. Fauzan telah melakukan beberapa aktiviti imbangan.Antara berikut yang
manakah bukan aktiviti imbangan...

A. Dirian bangau
B. Lompat ketingting
C. Dirian skala
D. Turun naik tangga

8. Aktiviti.....................................dapat meningkatkan daya tahan
kardiovaskular.
A. makan
B. lari ulang alik
C. tidur
D. duduk

9. Beckham.............................dan.............................untuk menjaga kebersihan diri daripada dijangkiti penyakit.
A.membasuh.....mengemas pakaian
B. makan.....minum
C. menyapu ...menyimpan sampah
D. mengelap...membungkus kasut

10. Ronaldo membuat kad ucapan Hari Guru untuk diberikan kepada Cikgu Usop sebagai tanda...................................atas jasa beliau.
A. selamat hari lahir
B. terima kasih
C. semoga cepat sembuh
D. semoga berjaya

11. Bermain piring terbang memerlukan kemahiran koordinasi................
A. membaling dan melompat
B. membaling dan terbang
C. membaling dan menyambut
D. membaling dan berlari

12.Sampah- sarap boleh menjejaskan persekitaran.Nyamuk aedes boleh
membiak dan menyebabkan penyakit.................................
A. malaria
B. taun
C. cirit-birit
D. denggi

13. ....................................ialah keupayaan seseorang bergerak dengan
pantas sambil bertukar arah seperti permainan bola beracun.
A. Imbangan
B. Kelenturan
C. Ketangkasan
D. Pergerakan lurus

14. Kita seharusnya minum air sekurang-kurangnya ………. gelas sehari.
A. lima
B. enam
C. tujuh
D. lapan


15. Apakah nama pergerakan di atas?
A. Terus berguling dan bersedia untuk mendarat.
B. Rebahkan badan ke sisi dan berguling seperti tenggiling.
C. Guling badan dengan kaki lurus ke atas.
D. Melompat seperti katak.

16. Meleret dan menahan bola kecil merupakan pergerakan asas ……………
A. bukan lokomotor.
B. lokomotor.
C. manipulasi alatan.
D. manipulasi alatan dan bukan lokomotor.

17. Alatan yang digunakan dalam aktiviti menghantar dan menyambut
pundi kacang ialah………………………..
A. bola kecil. C. pundi kacang
B. gelung rotan. D. bola besar

18. Ketika pulang dari sekolah Ahmad telah di kejar oleh seekor anjing.Antara berikut manakah aktiviti transisi lapan daya asas
yang betul.
A. Lari pecut – lejang dan radak.
B. Melompat parit – pegun.
C. Berdiri tegak – serta merta.
D. Memanjat pokok –kawal lambat

19. Aktiviti kesenggangan dapat mengeratkan hubungan diantara ahli
keluarga.Aktiviti berikut dapat dilakukan di rumah kecuali
A. Bermain catur.
B. Bermain congkak.
C. Menyiram dan menjaga pokok bunga.
D. Bermain basikal air

20. Memakan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan tubuh
kita lesu. Antara berikut yang manakah makanan yang tidak berkhasiat.
A. Sandwic.
B. Nasi lemak.
C. Ais krim
D. Buah pisang

21. Aktiviti jalan beruang merupakan salah satu daripada lakuan daya
asas.Bagaimanakah cara pergerakan tersebut dilakukan.
A. Pulaskan badan ke kiri dan ke kanan.
B. Tekan kedua-dua belah tapak tangan.
C. Merenjis keudara dengan menggunakan tangan.
D. Mencecah dengan menggunakan kedua-dua hujung jari kaki.

22. .……………… ialah organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh.
A. Paru-paru
B. Buah pinggang
C. Jantung
D. Tengkorak

23. Kita perlu memakai........................... setiap kali menggunakan
pengangkutan air.
A. Jejantas
B. Jaket keselamatan
C. Laluan zebra
D. Lampu isyarat

24. Berikut adalah antara kesan penyalahgunaan dadah kecuali
A. Kemurungan
B. Khayal
C. Penyakit kulit
D. Gigi patah

25. Di antara pernyataan berikut, yang manakahbukan cara
pengendalian makanan yang betul dan selamat ?
A. Buah-buahan tidak perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum dimakan.
B. Basuh tangan sebelum menyediakan makanan.
C. Gunakan penyepit, sudu atau garfu semasa mengambil makanan.
D. Tudung makanan yang telah dimasak

~Good luck~2010~

3 comments: